Chapter 52

Romance Completed 28069

Bab 52

Dalam diam-diam, pada malam itu, Aliff Hakimi terjumpa tiket hendak bergerak jauh Nuha Qarina isterinya. Aliff Hakimi cepat menghubungi Kartika dan sahabatnya di MAS untuk mengetahui arah perjalanan isterinya esok. Dia mesti menghalang pemergian isterinya. Bukan hendak menghalang peluang tetapi kerana hatinya yang sudah tertambat resah kepada isterinya itu. Nasib baik kawan baiknya Kartika memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Benarkah Nuha nak ke Australia? Dulu abang tanya Nuha takmengaku?” soal suaminya. Ketika ini mereka memang tidak boleh berenggang dengan suaminya. Ke mana-mana pasti bersama. Bulat matanya. Bagaikan kepalanya dihempap batu besar. Entah siapa yang telah memberitahunya mengenai hal itu.

“Mana abang tahu?” soal isterinya itu. Dari mata isterinya itu dia tahu isterinya sedang menyembunyikan sesuatu. Benarkah isterinya mahu menyembunyikan daripadanya?

“Ada sumber yang beritahu abang.” Jawabnya. Bulat mata bundar yang cantik dan bersinar macam bentuk ekor sirih itu.

“Sumber siapa? Mak saya?” soal isterinya tidak puas hati. Dia menggeleng. Sepatutnya isteri berterus-terang dan bukannya bertanya dari manakah dia tahu akan hal ini.

“Perlu awak tahu siapa yang beritahu abang? Abang ni memang ada sixth sense!” katanya ketawa kecil. Dia melihat gadis itu menurunkan pandangannya ke lantai.

“Sudah terlambat bang! Tak de da gunanya. Abang, Nuha sekarang tak sambung mana-mana, Nuha duduk di sekolah sahaja macam biasa.” Jawabnya. Dia mahu sahaja meraung. Harapannya sudah musnah. Keinginannya hendak menyambung pelajarannya sudah tidak kesampaian. Dia berharap suaminya ini tidak akan mensesiakan pengorbanannya selama ini. Jika dia terkorban juga kali ini dia tidak tahu.

Selaku suami dia pula yang berasa kasihan. Kasihan kepada isterinya sendiri. Dia tidak mahu menyekat kemhuan isterinya. dia tahu isterinya itu berfungsi

“Awak kena pergi teruskan perjuangan awak jika awak mahu.” Katanya memberikan sokongan kepada isterinya itu.

“Tak perlu. Saya duduk saja kat sini!” katanya seperti orang yang merajuk.

“Kenapa pula? Bukankah itu cita-cita kau selama ini?” soalnya pula. Bertambah simpati kepada isterinya itu. Terdengar keluhan dari isterinya itu.

“Saya tak perlu semua tu!” dia sudah senang hati.

“Sayang sambung di sini sahaja, kualitinya sama sahaja.” Katanya. Kenapa isterinya perlu ke luar negara menyambung pelajarannya? Bukankah banyak universiti yang menawarkan ijazah sarjana pendidikan di Malaysia ini? Kenapa perlu ke luar negara? Mungkinkah ada rajuk di hati isterinya ini? Soalnya dalam hati. Ah, mungkin semuanya disebabkan oleh dirinya ini.

“Tak tahu lagi lah bang, mungkin saya lupakan ajelah. Tak jadi masalah yang besar.” Katanya. Betapa besarnya masa yang dibuatnya hari ini.

“Lupakan? Tak nak teruskan?” isterinya menggeleng. Betapa runtuh perasaannya melihat kekecewaan isterinya itu.

“Tak perlu fikirkan hal ini bang.” Katanya lagi. Dia akan sentiasa menyesali hal ini jika isterinya membatalkan cita-citanya hendak menyambung pelajarannya.

“Sayang berhenti kerja ajelah! Kerja dengan abang!” katanya pula. Sekali lagi mata bundar cantik itu memandangnya dengan penuh kejutan.

“Entahlah bang. Susah nak cakap. Buat masa ini saya masih tak nak fikir apa-apa!” Kata isterinya itu. Nuha Qarina sekali lagi menarik nafasnya. Mungkin tidak puas hati dengan permintaannya yang mungkin juga tidak menarik perhatiannya.

“Kenapa, tak berminat dengan tawaran abang?” soalnya. Isterinya itu menggeleng.

“Susah nak cakap sekarang bang!” kata isterinya perlahan. Isterinya mengeluh. Kasihan pula dia kepada isterinya. Rupanya tersimpan cita-cita yang murni dalam dirinya. apakah isterinya masih belum mempercayainya? Belum percaya dia akan menjadi suami yang baik untuk suaminya? Dia rasa memang isterinya berasa masih sukar mempercayai akan sikap prihatinnya kepada isterinya. Kalau dia sebagai isterinya, dia memang akan rasa begitu.

“Baiklah, sayang fikirkan dulu hal ini. Tak elok rasanya kalau sayang bersedih. Sekarang adalah masanya kita bergembira. Bukan selalu abang ada masa begini,” isterinya mengangguk. Pasti ada kesedihan di hati isterinya itu. Dia tahu.

“Ya, maafkan saya bang,” katanya perlahan. Dia sudah memeluk bahu isterinya bagi mengurangkan kekusutan hatinya. Isterinya membenamkan wajahnya ke dadanya. Benarkah isterinya menangis. “Jangan menangis sayang, jangan menangis. Abang memang nak jaga sayang seperti mana suami lain menjaga isterinya sayang,” pujuknya sambil membelai kepala isterinya.

“Saya bukan budak-budak nak dijaga bang,” kata isterinya. Dia kelucuan pula dengan sikap isterinya.

“Bukan maksud abang begitu. Maksud abang, abang kena bertanggungjawab dengan saya dan bukannya membiarkan sayang tanpa kasih sayang abang. Abang takkan abaikan sayang lagi,” itulah janjinya kepada isterinya.

“Abang tak perlu risaukan saya bang,” kata isterinya masih teresak-esak. Memang dia tahu isterinya menghadapi masa yang sangat mencabar sepanjang dia tidak melayani isterinya. Entah apa yang istrinya katakan ketika kawan-kawan di pejabatnya bertanyakan mengenai suaminya. Apakah alasan yang isterinya berikan? Dia ke luar negara? Dia bekerja di luar daerah? Dia sangat sibuk? Soalnya mengenai alasan isterinya. Pasti isetiap isterinya memikirkan apakah alasan-alasan yang akan diberikan kepada kawan-kawannya. Atau isterinya ini berterus-terang yang suaminya tidak menerima hadirnya.

Suaminya tidak melayaninya sebagai isteri! Ah, kasihan dia!

“Terima kasih bang,” isterinya turut mengeratkan pelukannya. Dia ternampak air jernih menuruni pipi isterinya. Seperti rintik hujan turun, isterinya menahan lagi perasaan sebaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience