Chapter 79

Romance Completed 28069

Bab 79

“Tak boleh, sayang kena balik! Abang tak ada masa nak datang sini nak jaga sayang sepanjang masa!” kata Aliff Hakimi. Pujukan apakah begini? Terbuntang matanya. Sejak tadi suaminya sibuk menelefon ibu bapa dan ibu bapa mertuanya. Dia pula asyik muntah sahaja sejak suaminya datang ke sini. Jika suaminya dekat dengannya, muntahnya akan menjadi-jadi. Apa penyakit sebenarnya yang dia hidapi?

Ketika kawan-kawan seperjuangannya sudah bersiap-siap hendak ke kuliah, suaminya pula tidak mengizinkan dia datang ke kampusnya. Hairan sungguh kawan-kawannya dengan apa yang berlaku kepadanya. Apa yang mahu dijawabnya kalau panggilan kawannya bertalu-talu bagaikan hujan yang turun menyerbu bumi? Memang sukar hendak dia jelaskan tetapi suaminya memang sudah bertindak sebagai suaminya pada ketika dia bersemangat hendak memulakan pengajiannya pada sesi pengajian semester pertama ini. Memang sayanglah kos yang telah dibuangnya untuk sampai ke sini mengikuti program pengajian sarjana ini.

Ah, apalah malangnya nasibmu Nuha Qarina! Keluhnya sendiri.

“Balik?” soalnya dengan mata seperti mata singa betina. Lelaki yang selamba badak itu hanya mengangguk. Mereka bertentangan mata. Macam tidak percaya kalau awal minggu ini suaminya sudah menurunkan arahan mandatori. Sakit sungguh hatinya. Tidak bolehkah kalau suaminya biarkan dia belajar ketika kandungan belum besar ini? “Ya sayang kena balik sayang! Abang akan jaga dan bertanggungjawab sepenuhnya sepanjang sayang mengandung ini!” kata suaminya. Janjinya ke itu? Adakah hanya kerana bayi ini? Selepas sudah bersalin suaminya akan membuangnya pula? Begitu? Kasihannya dia! Soalnya dalam hati.

“Boleh tak kalau saya tak balik bang? Saya nak habiskan satu semester di sini. Dah alang-alang saya di sini! Nanti kalau dah enam bulan perut saya ni baru saya balik! Abang jangan risau, saya akan jaga diri dan jaga anak untuk abang,” itu janjinya. Dia mahu menyudahkan satu semester dahulu. Itu pun jika suaminya ini setuju dengan cadangannya. Selama ini pun mereka biasa sahaja berpisah. Ala, inikan berpisah sementara sahaja. Biarlah suaminya balik ke Malaysia dahulu.

Dia tidak kisah!

Mata lelaki itu macam singa lapar hendak menelan mangsa.

“Tak boleh sayang. Di Malaysia pun universiti tumbuh macam cendawan tumbuh. Nuha tahu tak? Nuha sepatutnya belajar di sana saja,” kata suaminya dengan ketegsan.

“Kalau saya ada suami yang macam orang lain tak pe juga. Ini tidak, suami saya sekejap ada, sekejap tak de bang!” katanya memusingkan badannya membelakangi suaminya. Mereka sudah di bilik lelaki itu di Hotel Apartmen City Stay di Perth itu.

“Apa sayang cakap ni?” soalnya pula dan memaksa dia

memusingkan badannya menghadap lelaki bertubuh tegap itu sekali lagi.

“Lepaslah! Apa nak pegang-pegang ni?” marahnya kepada lelaki ini. Dia tidak suka dipaksa-paksa. Mengeluh lelaki itu.

“Saya dah mendapat arahan dari mama dan mak mertua saya. Mereka minta saya urus sayang balik ke sana! Apa yang saya nak jawab kalau sayang tak nak balik Malaysia?” ah, pening dia memandang wajah kacak ini. Mahu muntah pun ada. Jangan lelaki ini datang kepadanya lagi, dia pasti akan muntahkan semuanya! Dahulu sebelum dia disahkan mengandung dia tidak pula begini. Elok sahaja dia pandang dan suaminya mendekati dia. Sekarang, kenapa dia terlalu sensitif begini?

“Tak, saya dah sign perjanjian pengajian dan akan tamatkan pengajian saya dalam tempoh satu setengah tahun hingga dua tahun! Tak dapatlah saya nak duduk dengan awak bang. Awak biarkan saya di sini. Saya boleh jaga diri saya sendiri!” katanya tidak mahu mengalah. Suaminya tidak boleh diikut. Dia mesti menunjukkan kedegilannya. Jika tidak dia dibiarkan sahaja seperti kain buruk tak bertuan.

“Tak nak? Apesal degil sangat dan susah sangat nak faham ni? Abang ni bukannya apa, sakit sayang, makan minum sayang, sihat sayang, perkembangan bayi kita, siapa yang nak tengok-tengokkan?” soal suaminya. Dia angguk. Dia tidak mahu mengikut arahan suaminya kali ini. Memang dia kena melutut kali ini dengan kerenah suaminya.

“Tapi saya banyak usaha untuk sampai ke tahap ini bang! Abang mana nak peduli apa yang sudah saya buat ni! Abang orang kaya, duit macam petik daun, saya ni apa? Saya ni orang miskin. Peluang ini seperti emas bergolek di depan saya bang!” katanya mahu merayu kepada suaminya ini. Dia benar-benar perlukan pengajian ini.

“Tak boleh. Ia soal keselamatan isteri dan anak kita sayang! Balik sana nanti abang akan daftarkan sayang dengan sebuah universiti yang lain. Ada ramai kenalan abang bekerja sebagai pensyarah.” kata suaminya mula bertegas. Mereka berpandangan. Gagah sungguh pandangan suaminya. Akhirnya dia menundukkan pandangannya. Benci sungguh dia kepada suaminya ini. Suka sangat mengalahkan dia kalau sudah mereka berbalas pandangan! Bencinya!

“Tapi ini soal masa depan saya bang,” jawabnya. Dia sudah mula teresak-esak.

“Tak ini soalhidup mati isteri dan anak abang!” kata suaminya yang sudah memeluk tubuhnya. Dia tidak dapat menahan rasa hendak muntahnya apabila terhidu bau minyak wangi suaminya. Dia menghamburkan sahaja muntahnya di dada suaminya. Baru terbuntang mata suaminya. Dia pula rasa kepalanya rasa berpusing satu dunia. Dia cepat-cepat bergerak meninggalkan suaminya terpinga-pinga melihat dia yang turut terkejut dengan adegan yang tidak disangka-sangka itu.

“Maafkan saya bang!” katanya yang sudah berlari menuju ke bilik air di bilik suaminya ini.

“Sayang, buka pintu ni. Baju abang nak cuci ni!” kata suaminya. Dia membasuh muntahnya. Lehernya terasa perit dan sakit sekali. Mahu sahaja dia menidurkan dirinya. Dia sudah pening berbalas cakap dengan suaminya. Dia mahu sahaja tidur merehatkan kepalanya yang pening ini. Eh, penyakit apakah ini? Memang terpaksa menanggung sakit begini kalau mengandung? Teruknya dia mengandung!

“Maafkan saya bang! Saya… saya… tak sengaja!” katanya tergagap-gagap melihat baju suaminya yang kekuningan oleh muntahnya. Dia memang tidak sengaja kalau dengan terhidu bau suaminya dia akan muntah dengan teruk sekali. Aduhai!

“Tak pe! Memang anak abang dalam ni nakal!” kata suaminya yang sudah memegang perutnya yang masih kempis. Dia kegelian. Dia tidak biasa kalau perutnya diurut-urut begini. Mahu sahaja dia tepis tangan suaminya! Namun dia tidak sampai hati selepas dia memuntahkan semua muntahnya di baju suaminya itu! Kali ini dia akan kawal dirinya.

“Maaf bang, saya tak sengaja.” Katanya memohon maaf apabila suaminya sudah membuka bajunya dan mengganti dengan baju yang ada di dalam begnya.

“Mari sayang. Kita makan ubat lagi. Tahan muntah sayang.” Dia geleng. Dia tidak perlukan ubat untuk menenangkan sakitnya ini. Dia takut ia akan merbahaya kepada dirinya dan anaknya.

“Tak pe bang! Saya tahan lagi ni! Jangan abang datang dekat aje!” katanya kepada suaminya. Aliff Hakimi terpaksa mengangguk dalam paksa. Dia tahu suaminya mahu memanjakan dia namun entah mengapa lain pula berlaku.

“Sayang, abang kasihan tengok sayang. Dah beberapa kali muntah sejak semalam.” Kata suaminya yang cukup prihatin kepada kesihatannya. Dia tunduk memandang lantai. Dia pun tidak suka muntah-muntah sahaja begini. Kalau boleh dia mahu dia sihat dan cepat-cepat pergi ke kuliah.

“Sayang, ayuh duduk di kerusi.” Suaminya sudah mendekatinya dan memegang tangannya. Dia yang masih terpinga-pinga itu dipandangnya tegang. Ah, kenapa suaminya masih mahu mendekatinya? Suaminya mahu dia muntah lagi di dadanya? Suaminya mahu cari pasal lagi?

“Bang, jauh sikit bang! Awas bang! Nanti saya muntah lagi kalau tercium bau abang! Saya nak minta abang mandi boleh?” katanya.

Suaminya tersengih.

“Buat apa nak jauh-jauh dengan isteri dan anak abang! Abang ni rindu kat sayang. Biarlah sayang nak muntah berapa kali pun di dada abang ni, abang tak kisah! Tanpa kalian hidup abang tak bermakna!” kata suaminya dengan rasa sebak tertahan-tahan. Memang dia tidak sengaja hendak hendak bertindak demikian. Dia terdiam. Masih tidak percaya dengan apa yang terlihat di depan matanya. Bukan apa, selama ini ke manapun dia, di mana pun dia, sakitpun dia, sihat pun dia, lelaki ini tidak pernah ambil peduli! Dengan kata lain, ada aku kisah!

Sedihnya!

Terasa syahdu hatinya. Suaminya sudah duduk di birai katil. Dia pula duduk di kerusi meja soleknya. Bukan dia berniat mahu menjauhi suaminya tetapi terpaksalah. Suaminya kena faham mereka tidak boleh berdekatan. Kalau berdekatan alamatnya dia akan muntah lagi! Kalau dah termuntah di dada baju lelaki itu, bermakna lelaki itu terpaksa tukar baju lagi! Kasihannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience