Chapter 53

Romance Completed 28069

Bab 53

Nuha Qarina sudah balik dari percutiannya di Kundasang. Dia memaksa suaminya agar menghantarnya ke rumah sewanya itu. Dia belum bersedia hendak balik ke rumah suaminya di atas bukit itu. Dia memohon kemaafan akan hal yang tidak mampu dia kuasai itu. Makin dia mengingati rumah di atas bukit itu semakin dia kecewa dan bersedih.

Jadi dia tidak mahu pergi ke sana semula buat masa ini.

“Maafkan Nuha bang. Nuha memang tak mampu nak balik sekarang ke rumah abang.” Katanya memohon kemaafan dari suaminya. Dia berharap suaminya itu akan mengerti akan perasaannya.

“Bila-bila masa abang akan datang nanti. Nuha jangan risau abang takkan paksa,” kata Aliff Hakimi kepadanya. Dia tersenyum. Dia suka kalau suaminya tidak akan memaksanya balik ke rumahnya. Sebenarnya dia masih berfikir. Berfikir sama ada dia hendak meneruskan cita-citanya atau menjadi suri kepada suaminya. Dia masih di ambang keliru memikirkan semuanya.

“Terima kasih bang. Berilah masa kepada Nuha dalam dua tiga hari ini! Nanti Nuha tetap akan ke situ! Ke mana lagi tempatnya isteri abang kan bang!” katanya yang sudah menyalami tangan suaminya. Dia memandang wajah kacak itu dalam-dalam. Jika dia jadi berlepas pada esok malam, inilah kali terakhir dia akan mengucup tangan lelaki itu. Tetapi jika dia tidak meneruskan cita-citanya, mungkin mereka akan bersama untuk selamanya.

“Jaga diri baik-baik sayang. Jika ada masalah beritahu abang,” kata suaminya. Dia angguk. Mereka saling bertukar senyuman seketika.

Selepas itu dia terus menghadapi wajah rumah sewanya.

“Abang pun jagalah diri untuk Nuha,” guraunya. Lelaki itu mengangguk dan mengenyit mata untuknya. Mahu sahaja dia pengsan melihat kenakalan suaminya itu.

“Sudahlah bang, saya masuk dulu. Assalamualaikum.” Katanya lalu mengangkat beg dan beberapa buah plastik. Ia buah tangan buat kawan baiknya Kartika.

Dia terus masuk ke bilik kawan baiknya Kartika. Sebenarnya dia bertekad yang dia sudah mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ilmunya. Dia tidak peduli kepada semua halangan yang ada di depannya sekarang ini. Dia masih ada masa sehari untuk memikirkan hal ini.

“Hei, dah balik? Bila sampai? Aku tak dengar pun bunyi kereta.” Kata Kartika. Mereka bersalaman. Kartika kebetulan sedang duduk di kerusinya sambil membuat pelayaran di internet.

“Baru aje! Kau tu yang asyik dengan kerja kau! Tu yang tak dengar tu! Apa yang kau buat sebenarnya? Kau sedang berchatting dengan tunang kau?” katanya. Kartika ketawa kecil. Dia menutup laptopnya. Mana ada Kartika berchatting dengan tunangnya. Dia hanya berbual melalui telefon sahaja.

“Mana ada aku chatting dengan tunang aku! Aku sedang tunggu kau! Aku ada sediakan kau cucur cempedak! Mesti kau suka Nuha! Maaflah, aku memang tak sedar kau datang tadi. So, apa cerita? Ada sesuatu nak kongsi?” soal Kartika. Mukanya masih monyok dan masam.

“Suami aku bawa tinggal dengan dia tapi aku berkeras minta berikan masa. Aku tak nak pisang berbuah dua kali Ika! Berilah aku pendapat, apa aku akan cakap kepada suami aku! Aku tak nak tinggal semula di atas bukit tu! Lepas tu aku kena tinggal pula dekat bilik dekat dapur! Tu yang aku tak suka!” Katanya masih dengan ingatan kepada suaminya. Kartika hanya mendengar ceritanya.

“Oh.” Macam bentuk huruf ‘O’ mulut Kartika. Dia sengih perlahan. Dia tidak pula mengulas apa yang dia cakap. Apakah Kartika sedang termenung atau apa? Dia tidak member perhatian apa yang sedang dia cakapkan!

“Kenapa tak nak pindah? Bukankah pindah ke rumah suami tu wajib bagi seorang isteri. Bukannya jauh sangat pun kita,” kata Kartika seolah-olah tidak menghayati ceritanya tadi. Kartika seolah-olah memujuknya.

“Bukan tak nak tapi aku sengaja nak minta masa bertenang. Aku tak suka tinggal kat rumah atas bukit tu seorang diri! Dia tu bukannya ada di rumah dia siang-siang ni! Last-last aku juga yang duduk di situ sorang-sorang dengan drama Korea aku, kau tahu!” Katanya dengan panjang lebar. Dia memandang wajah Kartika. Wajah itu seperti tidak ada masalah pula.

“Entahlah Nuha. Tapi bagi aku tempat sebaik-baik isteri ialah dekat dengan suaminya. Kenapa kau nak jauhi suami kau? Sepatutnya kau ikut aje apa cakapnya! Jangan nak degil!” kata Kartika memberikan pendapatnya. Ada juga benarnya kata-kata Kartika itu.

“Memang benar begitu tapi aku masih trauma lagi! nanti dia buat aku macam dulu, takkah naya!”kata Nuha Qarina. Kartika menggeleng. “Taklah. Mesti dia sudah berubah Nuha! Kau percayalah cakap aku!” kata Kartika.

“Aku kena fikirkan dulu lah!” kata Nuha Qarina yang tidak menyukai kerenah suaminya yang suka mengarah itu dan ini kepadanya. Ah, sebagai isteri dia seharusnya mengikut cakap suaminya.

“Bagaimana dengan pelajaran kau? Jadi kau sambung? Visa dan passport kau dah ok ke?” soalnya lagi. Bertambah monyok wajah yang sering menunjukkan keceriaan itu. Dia angguk. Terkejut Kartika. Sangka Kartika suaminya sudah Berjaya memujuknya agar tidak meneruskan pelajarannya di luar negara. Namun lain pula yang menjadi. Lagipun Australia bukannya jauh sangat!

“Aku kena pergi. Aku dah sign borang perjanjian dengan kerajaan kan! Kau tahu juga! Visa dan passport aku dah ok! Takkan aku nak batal pula!” Bulat mata Kartika mendengar kedegilan kawan baiknya itu.

Kartika sendiri pun tidak mampu menasihatinya.

“Jadi, kau tetap pergi? Suami kau benarkan?” soal Kartika agak marah. Dia angguk walaupun berat hati dia tetap akan pergi. Dia akan mencuba dulu. Jika dia tidak tahan di situ dia akan berhenti dan meneruskan di dalam negara pula.

“Dengan berat hati.” Katanya yang agak berat hati meninggalkan tanah air demi untuk meneruskan pelajarannya. Dia juga sudah terlanjur mengambil semua tawaran biasiswa dan tawaran belajar itu.

“Kau tak kasihankan suami kau?” soal Kartika lagi. Dia bukan tidak kasihankan suaminya. Dia sangat kasihankan suaminya. Tetapi perbuatannya hari itu memang melampau. Apakah Kartika tahu sakit hatinya?

“Selama ini dia ada kasihankan aku?” soalnya pula. Terkejut wajah bujur sirih itu.

“Jangan nak berdendam dengan suami Nuha. Lagipun sekarang Negara kita banyak bergolak dengan Negara luar. Saya ni bukan apa, sebagai kawan, saya hanya bimbangkan awak aje!” kata Kartika. Dia seperti terhantuk ke anak tangga. Bulat matanya memandang kawan baiknya itu.

“Aku bukannya dendam ya tetapi aku cakap apa yang patut sahaja ya!” katanya tegas. Suaranya tegang.

“Tak baik begitu!” katanya. Dia diam. Memang selama dia banyak menderita akibat perbuatan lelaki itu kepadanya. Namun Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dengan sekelip mata sahaja suaminya itu berubah fikiran. Suaminya begitu prihatin pula kepada dirinya ini. Tetapi keputusannya sudah diambil sejak beberapa lama ini. Sudah lama dia menanam azam itu, mungkin ada dalam beberapa tahun. Kenapa pula dengan sedikit perasaan untuk suaminya dia mengendurkan cita-citanya? Ah dia harus pergi. Dia harus pergi. Dia harus pergi. Itulah bisikan hatinya.

“Kau kena fikirkan dari banyak aspek Nuha.” Nasihat kawan baiknya itu. Dia angguk. Dia memang sudah banyak memikirkan hal ini. Jadi tidak ada gunanya dia membatalkan hal ini setelah semua perkara dilakukannya.

“Aku dah fikirkan. Nampaknya aku kena pergi juga. Kalau panjang umur da nada jodoh kami akan bertemu lagi nanti!” katanya. Kartika tersengih.

“Jangan menyesal nanti kalau kau sudah terlalu nekad.” Kata Kartika pula. Dia bagaikan tersentak. Kenapa pula dia mahu menyesal?

“Aku tidak kisah kalau suami aku tukar fikiran. Aku memang sudah lama berikan dia peluang untuk beristeri lain.” Ternganga mulut Kartika. Mungkin dia tidak menyangka dirinya ini sebaik ini. Bukan baik. Dia sebenarnya hanya memberikan suaminya peluang jika benar cintanya memang tidak ada untuknya. Jadi, untuk apa dia menghalang? Biarlah dia berikan sahaja apa yang dia mahu. Biarkanlah dia bahagikan kasihnya. Jika benar jodoh mereka masih panjang, pasti ada jalannya.

Itu sahaja keyakinannya.

“Terpulanglah kepada kau Nuha. Aku hanya sumbangkan fikiran ya. Jangan menyesal nanti.” Takut dia dengan kata-kata kawan baiknya ini. Ia seperti mengugut pula.

“Kau macam ugut aku pula?” Kartika ketawa.

“Tak. Aku tak ugut kau Nuha. Tetapi aku hanya mahu yang terbaik daripada kau. Kau kawan baik aku. Apa salahnya kalau kau fikirkan semula hal ini. Jangan terburu-buru.” Kata Kartika.

“Sudah tak de masa Ika. Aku akan terbang juga esok malam. Jangan bising-bising kat suami aku ya. Nanti kalau aku sudah pergi barulah kau buka mulut.” Pesannya kepada Kartika. Kartika besarkan matanya.

“Mana-mana ajelah! Aku tak kisah. Apa yang penting aku pun akan ikut jejak kau.” Kata Kartika. Dia pula membulatkan matanya. Takkan Kartika hendak sambung belajar? Soalnya dalam hati.

“Ikut jejak aku belajar?” soalnya terkejut. Kartika tutup mulut.

“Tak!” kata Kartika. Dia kerut dahi.

“Apa? Kahwin?” soalnya. Kartika angguk. Kartika sengih-sengih. Dia turut mendoakan kawan baiknya itu akan mendapat jodoh yang baik.

“What? Kau nak kahwin? Bila?” soalnya pula. Dia berasa gembira pula mendengar khabar sahabatnya itu.

“Ya aku nak kahwin.” Kata Kartika malu-malu. Dia pastilah terkejut. Selama ini Kartika tidak pernah melayani kawan-kawan lelaki yang hendak berkenalan dengan dia. Katanya dia tidak percaya lelaki. “Err,kau nak kahwin dah? Bagus! Tapi kau dah percayakan lelaki ke? Bagus… juga! Dengan siapa?” soalnya pula. Termangu dia mendengar kata-kata Kartika. Selama ini dia tidak pernah tahu kalau kawan baiknya itu menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang. Dia berlagak biasa sahaja. Panjang lebar pula bicara mereka berdua. Agak lama mereka tidak berbual lama-lama.

“Saya memang belum percaya sangat akan lelaki tapi saya dijodohkan oleh keluarga. Tu yang saya terima ajelah! Umur makin meningkat. Bukan muda lagi saya ni! Elok juga kalau ada orang nak,” kata Kartika. Dia mengangguk.

“Oh siapa yang bertuah tu?” soalnya sekali lagi. Kartika sengihsengih.

“Dengan orang yang kau kenal juga.” Jawab Kartika. Dia kerut dahi. Siapakah lelaki yang dia kenal dan kemudiannya bakal menjadi suami kawan baiknya ini. Dia memikir panjang. Namun dia tidak mendapat jawapannya.

“Siapa?” soalnya. Dia tidak puas hati selagi kawan baiknya itu tidak memberikan jawapannya. Kartika tersengih-sengih. Semakin dia geram.

“Siapa?” soalnya lagi. Kartika masih tidak mahu memberitahunya. “Dengan orang kampong kau!” jawab Kartika. Semakin dia tidak faham. Siapa pula orang kampungnya yang hendak menikah dengan Kartika ini. Semakin dia tidak faham.

“Siapa orang kampung yang aku kenal? Siapa ya?” soalnya pula.

“Tam!” jawab Kartika setelah didesaknya. Mulutnya sudah berubah bentuk macam huruf ‘O’. Terkenangkan Tam yang banyak membantunya membuat lukisan selama dia masih bersekolah di kampungnya dahulu. Setahunya Tam sudah menyambung pelajarannya hingga ke luar negara dalam bidang yang dia minati iaitu lukisan. Sekarang dia sudah menjadi pelukis fesyen yang terkenal. Ah, siapa yang tidak kenal dengan Tam! Dia orang sekampungnya yang dibanggakan orang kampungnya!

“Tahniah lah Ika! Aku selalu doakan agar kau akan bahagia!” katanya menyalami tangan Kartika. Kelihatan sebentuk cincin belah rotan di jari manis itu. Ah, dia tahu kawan baiknya itu memang layak mendapat yang terbaik.

“Terima kasih lah Nuha. Aku pun harap kau akan bahagia dengan suami kau! Nampaknya hubungan kamu semakin baik.” Mereka berpelukan seketika. Namun dia sedih. Entah kenapa hatinya sebak!

“Jagai lah dia, dia orang yang baik-baik Ika.” Katanya kepada Kartika. Dia terkenangkan Tam, orang yang selalu membantunya. Dia pernah membawa Kartika ke kampungnya dan kebetulan bertemu dengan Tam. Sebenarnya nama Tam itu ialah Rostam. Dia tidak menyangka kalau Tam akan meminang kawan baiknya ini.

“Ya, tak sangka juga. Sudah lama dia hendak ke rumah jumpa mak ayah aku. Aku tak benarkan. Aku rasa dia tak layak untuk aku Nuha.

Jadi aku berikan dia masa untuk bertenang.” Kata Kartika merenung matanya.

“Ya, tapi sejak bila pula kamu ni menjalinkan hubungan cinta?” soalnya tidak pernah mendengar kisah Kartika dan Tam.

“Tak ingat mungkin sejak tahun lalu. Tapi kami bukan bercinta. Kami hanya kenal-kenal begitu saja. Mak aku dan keluarga dia tahu, jadi dia masuk meminanglah! Aku tak kenal sangatlah kat dia! Macam gitugitu aje!” Dia mengangguk-angguk. Memang dia tidak pernah melihat Kartika keluar ke mana-mana.

“Baguslah. Kasihan Tam tu, dia sunyi aje tu!” katanya pula. Kartika tersengih-sengih.

“Bila kau nak kahwin?” soalnya pula.

“Belum lagi. Mungkin dalam tahun depan! Tunggulah aku jemput kau nanti!” kata Kartika.

“Ya. Nanti beritahu aku! Aku nak orang pertama yang tahu!” “Hehe! Pandailah kau! Tapi mestilah tu! Kalau kau tak de kat sini macam mana?” soal Kartika. Dia senyum.

“Aku mesti ada lah! Jangan bimbang!” katanya pula. Entah benar atau tidak. Nampaknya melepaslah dia hendak melihat kawan baiknya menikah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience