Chapter 31

Romance Completed 28069

Bab 31

“Menantu Datin mana? Belum nampak batang hidungnya! Tak sabar nak jumpa menantu datin!” soal Datin Salbiah yang datang bersama anak dan menantunya. Menurutnya suaminya masih berada di luar negara.

Dia pula awal balik untuk menghadiri jemputannya pada malam ini.

“Sabar Datin Sally, menantu saya belum sampai! Kejap lagilah saya kenalkan nanti!” kata Datin Hamidah.

“Oh belum sampai! Jauhkah dia tinggal?” soal Datin Salbiah. Dia tahu Datin Salbiah memang agak penyibuk orangnya tetapi hatinya baik.

“Tak jauh. Aliff sedang jemput dia. Dia ada hal di luar tadi,” jawab Datin Hamidah. Anak Datin Salbiah hanya memerhatikan mereka.

“Datin Hamidah, betulkah desas-desus anak datin nak ceraikan isterinya? Majalah gossip ada mengatakan yang anak datin nak kahwin dengan kekasihnya Harrynna Lisa. Betulkah datin?” soal Datin Salbiah. Datin Hamidah terdiam malah ternganga. Dia tidak tahu kenapa majalah gossip terlalu membesarkan isu anaknya itu.

“Tak tahulah Datin Sally! Marilah kita makan dulu. Nanti ramai tetamu berebut-rebut pula kan datin,” kata Datin Hamidah.

“Terima kasih lah datin. Sebenarnya kita datang ni bukannya nak makan sangat! Tapi kita nak kenal-kenal dengan menantu datin tu lah!

Kalau dah kenal nanti senanglah!” kata Datin Salbiah. Datin Hamidah mengangguk. Dia tidak menghalang kalau Datin Salbiah datang ke rumahnya ini hendak berkenalan dengan menantunya.

“Oh tak pe. Nanti tak lama bolehlah berkenalan dengan menantu saya tu Datin Sally! Bukannya apa, dia ada hal sikit tadi, tu yang dia keluar kejap!” kata Datin Hamidah melayani kata-kata Datin Salbiah.

“Cantik sangatkah menantu datin tu sampai mengalahkan

Harrynna Lisa kekasih anak datin tu?” soal Datin Salbiah tidak puas hati. Datin Hamidah tidak terkata.

Kalau diamat-amati kecantikan Nuha Qarina memang agak cantik dan sedap mata memandang. Malah setanding juga dengan Neelofa pelakon yang disukainya itu. Malah tidak kurang juga cantiknya dengan pelakon Korea masa kini. Tetapi menantunya tentu lebih cantik sebab dihiasi dengan iman dan takwa. Itu yang dia mahu. Dia mahu menantu yang baik dan berpengetahuan agama yang luas untuk membimbing cucu-cucunya yang bakal lahir ke dunia tidak lama lagi. Itulah harapan Datin Hamidah dan suaminya Datuk Adnan.

“Datin Sally, saya mahukan menantu yang bukan sahaja cantik tetapi juga pandai dan tahu dalam selok-belok rumah tangga dan agama. Ia penting untuk kepanjangan rumah tangga mereka tu! Kalau setakat hanya pandai menayang body tetapi tak pandai dalam segi yang lain, susah juga datin!” balas Datin Hamidah. Dia beritahu hal yang benar. Dia mendoakan agar rumah tangga anaknya akan berkekalan hingga ke akhir nyawa mereka.

“Betul juga tu datin. Saya pun setuju juga dengan cakap Datin Hamidah tu!” kata Datin Salbiah lagi.

“Ya begitulah yang saya mahukan datin!” kata Datin Hamidah lagi sambil bersalaman dengan tetamu yang datang.

“Tapi datin, apa kurangnya Harrynna Lisa tu? Dia pun cantik dan pandai juga otaknya. Dia berpelajaran, keluaran university Leeds di UK. Saya berkenan kalau anak datin kahwin dengan dia! Mereka tu bercinta bagai nak rak tapi last-last kahwin dengan gadis lain!” kata Datin Salbiah. Terpempan Datin Hamidah. Wajah cantik Harrynna Lisa yang ditempeli dengan bedak dan mekap itu memang cantik tetapi kecantikan luaran belum tentu cukup untuk mendidik cucu-cucunya yang bakal lahir nanti. Dan dia tahu juga, Datin Salbiah ada kaitan dengan keluarga Harrynna Lisa.

“Entahlah datin Sally, saya pun susah nak cakap. Memang ada lainnya lah kalau anak saya tu nikah dengan Lisa. Entah lah, mungkin belum jodohnya mereka tu!” kata Datin Hamidah yang tahu akan kerenah Harrynna Lisa yang selalu menangkap teman lelaki yang lebih kaya daripada anaknya. Masam muka Datin Salbiah.

“Anak siapa yang datin jodohkan dengan anak datin tu?” soal Datin Salbiah pula. Sebenarnya Datin Salbiah agak lama menguruskan perniagaannya di luar Negara. Dia memang setuju kalau anak buahnya itu kahwin dengan anaknya Aliff Hakimi namun dia tahu Harrynna Lisa tidak secocok untuk anaknya itu. Hanya Nuha Qarina sahaja yang tahan dengan sikap anaknya. Itu yang dia pasti.

“Oh Nuha Qarina! Nuha tu anak kepada kawan baik saya jugalah! Anak kepada Suria. Dia yang mengajar kita memasak di kelas masakan dulu. Masih ingat datin?” kelat wajah Datin Salbiah. Mungkin dia rasakan anaknya tidak layak kahwin dengan anak Datin Hamidah.

“Anak Suria yang tukang mengajar masak tu?” soal Datin Salbiah terkejut. Memang dia tidak akan percaya kalau anaknya dinikahkan dengan anak tukang masak itu. Tetapi apa yang dia kisah? Itu bukan hal orang lain, itu halnya sendiri!

“Datin Hamidah, bawalah Datin Sally kita ni makan,” kata Datuk Adnan sudah mendekati mereka. Datin Hamidah rasa syukur apabila suaminya mendekati mereka dan meminta mereka makan dahulu. “Memang nak bawa makan bang, tapi saya cerita-cerita dulu mengenai majlis kita pada malam ni kan Datin Sally?” soal Datin Hamidah mengenyitkan matanya kepada Datin Salbiah.

“Ya ya betul! Kita semua memang lapar nak makan ni datuk!” kata Datin Salbiah. Datin Hamidah terus membawa Datin Salbiah dan anakanaknya makan di ruang makan.

“Ya silakanlah datin!” kata Datin Hamidah. Mereka berpimpinan tangan menuju ke penjuru kawasan untuk menikmati makan malam yang disediakan oleh pihak Hotel Horison pada malam ini.

“Memang special jamuan datin pada malam ni!” kata Datin Salbiah yang sempat memuji kawannya dan melupakan kisah Alif Hakimi dan Harrynna Lisa. Mereka beriringan ke penjuru bahagian makanan.

“Jadi, datin tak benarkan anak datin nikah satu lagi? ini mak Harrynna Lisa yang suruh saya tanyakan. Saya ni hanya menyampaikan amanah sahaja!” kata Datin Salbiah. Datin Hamidah sekali lagi terkejut dengan soalan itu. Dia menggeleng.

“Maafkan saya datin, saya tak tahu tentang hal ini. Ini hal anakanak, nanti datin tanyakan kepada anak saya Aliff!” kata Datin Hamidah memberikan ruang kepada Datin Salbiah untuk bertanyakan kepada anaknya Aliff Hakimi. Datin Salbiah tersengih.

“Ala datin, seganlah pula saya nak tanyakan! Saya pun diwakilkan juga tu datin!” kata Datin salbiah malu-malu.

“Kalau cam tu kita makan lah dulu ya!” kata Datin Hamidah. Agak resah juga dia. Tetamu semakin membanjiri kawasan rumahnya tetapi anak dan menantunya belum kelihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience