Chapter 34

Romance Completed 28069

Bab 34

Tiba di perkarangan rumah, orang ramai sudah keluar menanti mereka berdua. Semua mata tertumpu kepadanya. Mereka seperti pengantin baru pula. Pengantin baru? Haha, perasanlah pengantin baru kan? Pengantin baru apa pula kalau dah berbulan mereka nikah! Apa semua ini? Kenapa suaminya tidak memberitahu yang ibu bapa mertuanya menjemput ramai orang ke rumahnya ini. Soal Nuha Qarina.

“Eh, menantu mama dah sampai. Ayuh sayang, silakan masuk ke dalam.” Datin Hamidah sudah memeluk menantunya. Terharu sungguh Nuha Qarina dengan layanan mama mertuanya ini. Selama ini dia tidak pernah memberikan khabar kepada mama mertuanya ini. Papa mertuanya pun tersenyum di sisi mama mertuanya.

Datin Hamidah dan Datuk Adnan sudah mengiringi kedatangan anak dan menantunya. Nuha Qarina pula terus menyalami tangan mama mertua dan memeluknya. Dia terasa betapa sebaknya dirinya kerana tidak pernah lagi bertemu dengan wanita elit itu selepas mereka bernikah hari itu. Lama mereka berpelukan. Tetamu-tetamu lain juga disalaminya.

“Apa khabar sayang Nuha? Lama betul mama tunggu Nuha. Tak pernah datang sini sejak bertunang dulu,” kata Datin Hamidah dengan ramah sekali. Senyuman di wajah tua itu bagaikan bunga yang mengelopak di pagi hari. Dia terasa bersemaangat sekali hendak bercakap dengan wanita kesayangan Datuk Adnan ini tetapi sekali lagi dia serba-salah. Serba salah dengan apa yang pernah berlaku kepada mereka suami isteri selama ini.

Apa yang harus dijawabnya? Dia ingat suaminya sudah hendak memberikan surat cerai kepadanya. Lain pula yang suaminya buat untuk memujuk hatinya semula. Hairan dia dengan sikap suaminya. Kalau sudah ada orang baru, suaminya sepatutnya memberikan perhatian kepada isteri barunya dan bukan kepadanya. Dia umpama melukut di tepi gantang. Ha, sedihnya dia!

“Baik mama. Mama dan papa pula apa khabar?” Katanya menjawab dengan santun. Sejak berkahwin, ini kali pertama mereka bercakap secara dekat dengan mama mertuanya ini.

“Alhamdulillah mama dan papa khabar baik sahaja!” kata mama mertuanya dengan senyuman manisnya. Lesung pipitnya menambah seri wajah tua ini. Ah, tak berapa tua sebenarnya wajah mama mertuanya ini.

“Maafkan Nuha kerana lama tak dengar berita mama dan papa.” Kata Nuha Qarina. Aliff Hakimi sudah berada di sisinya. Malah lelaki itu sudah memegang pinggangnya selepas sahaja dia menyalami tangan papa mertuanya. Sekali lagi dia bagaikan terkena renjatan elektrik. Matanya membesar seperti mata kucing yang sedang berebutkan tulang. Tangannya sedia pula hendak mencubit lengan suaminya yang pandaipandai memeluk pinggangnya. Sudahlah ramai tetamu mamanya yang datang, sekarang dia pula sudah dipeluk erat oleh suaminya. Memang dia mahu pengsanlah!

“Tak apalah sayang, mama faham. Papa pun faham sangat. Mari kita makan malam dulu. Mama dah sediakan sebuah meja di situ untuk

Nuha dan Aliff,” Nuha Qarina terkejut melihat perhiasan meja yang agak moden dan penuh dengan makanan.

“Nuha sayang, mari kita makan, abang pun dah lapar ni sayang, sejak tadi tunggu sayang.” kata Aliff Hakimi yang tidak dipedulikan oleh mamanya sejak tadi. Para tetamu juga memfokuskan kepada Nuha Qarina. Mereka terus duduk di kerusi yang telah disediakan. Nuha Qarina terasa agak segan pula. Jika dia tahu begini ramainya manusia, dia sepatutnya membawa kawan baiknya ke sini tadi.

“Terima kasih bang.” Katanya perlahan.

“Lepas makan ni, Nuha tidurlah di sini ya.” Mahu tersedak nasi yang berada di dalam mulut Nuha Qarina. Aliff Hakimi pula cepat-cepat menghulurkan air untuknya. Dia terpaksa menyambut huluran itu.

“Tidur kat sini?” mereka berdua berpandangan. Aliff Hakimi mengangguk dan menggenyitkan mata kepadanya. Apa pula maksudnya?

“Ya mama, Nuha akan tidur di sini sempena menyambut menantunya malamini. Kan sayang, sayang akan tidur di rumah mama malamini kan?” Aliff Hakimi sudah menarik tangannya dan mengucupnya di depan para tetamu. Mahu terkeluar biji mata Nuha Qarina.

“Err, saya ikut saja abang mama,” kata Nuha Qarina yang tidak mahu memalukan suaminya itu. Tidak tertelan nasi di mulutnya. Dia tidak tahu bagaimana keadaan mereka jika dia tidur sebilik dengan suaminya itu. Mahu sahaja dia berterus-terang yang dia tidak akan tidur di rumah mama mrtuanya itu tetapi dia bimbang dia akan menyakiti hati mertuanya. Biarlah perasaannya dikorbankan.

“Ha, eloklah tu sayang menantu mama. Memang eloklah tu. Malam ni Nuha tidur di rumah mama ni ya. Rumah ni dah lama tunggu kedatangan Nuha. Mama rindukan Nuha,” terharu sungguh Nuha Qarina dengan ungkapan mama mertuanya. Papa mertuanya hanya tersenyumsenyum di sisi isterinya.

“Ya mama, papa. Jangan risau, Nuha akan tinggal di sini buat sementara waktu,” kata Aliff Hakimi dengan penuh bangga mengumumkan kepada mama dan papanya. Pembantu mereka hanya tersengih-sengih mendengar perbualan mereka. Perlahan-lahan dia mengunyah makanan yang masih bersisa di mulutnya.

“Nuha jangan risau, mama dah minta pembantu rumah ini kemaskan bilik kamu Nuha. Mama dah sediakan semuanya!” kata Datin Hamidah. Bertambah berdebar dada Nuha Qarina. Malah dia terasa seperti malam pertama pula bagi mereka berdua. Malam pertama mereka dulu hancur berkecai apabila lelaki itu terus sahaja meninggalkan dia sendirian di biliknya. Apalah nasibnya!

“Tak apalah mama, Nuha pun boleh kemaskan nanti,” jawabnya berbasa-basi. Dia mengunyah makanannya perlahan-lahan.

“Eh tak apa. Mama dah minta pembantu selesaikan semuanya. Nuha jangan bimbang. Mama mahu Nuha berasa selesa di rumah ini. Selesai makan nanti, kita akan berbual-bual di luar melayan tetamu mama, jangan risau sayang. Semuanya akan selesai dengan baik ya!” Nuha Qarina hanya angguk. Sebenarnya debaran di dadanya belum habis lagi. Mana layanan mama mertuanya, layanan suaminya, pembantu rumah mereka dan tetamu-tetamu yang datang.

Memang dia sungguh terkejut. Apa yang akan dia cakap kepada emaknya nanti? Dia tidak jadi bercerai? Apa alasannya? Suaminya tarik balik keputusan? Huh, sukarnya hidupnya kali ini!

“Terima kasih mama, apa-apapun saya dan suami akan selesaikan masalah kami mama, mama jangan risau ya mama!” katanya berbisik kepada mama mertuanya dengan perlahan. Datin Hamidah mengangguk. Dia bagaikan puas hati dengan janji menantunya kepadanya.

“Tak apalah, terima kasih untuk suami Nuha yang begitu sayangkan Nuha selama ini. Selama ini dia macam kucing beranak! Ke sana sini cari isterinya yang hilang! Sekarang dah jumpa, syukurlah nak! Mama pun risau juga nak Nuha. Mama harap Nuha takkan hilangkan diri lagi,” mahu tersedak makanan yang ada di mulut Nuha Qarina.

Lelaki itu dijelingnya sekilas. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Mungkinkah mamanya hanya bergurau sahaja? Bukan dia hendak menghilangkan diri selama ini. Bukan dia hendak melarikan diri dari mama mertuanya selama ini. Namun ada sesuatu yang tidak kena di hatinya menyebabkan dia sakit hati kepada suaminya sendiri. Tahukah mama mertuanya ini?

“Terima kasih bang.” Katanya perlahan. Lelaki itu menganggukangguk dengan penuh bangga. Walaupun selama ini mereka berjauhan namun dia tidak pernah melupakan lelaki ini. Wajah lelaki ini bagaikan sudah tercop di ingatannya. Malah setiap hari dia hanya mengenang suaminya ini. Malah, setiap hari rindunya bertambah dan semakin meningkat untuk lelaki ini. Apakah memang jodoh mereka hingga ke akhir hayat mereka?

“His mama ni! Nuha, mama bergurau aje tu!” kata Aliff Hakimi. Benarkah mama mertuanya bergurau? Dari kilas wajahnya, wanita itu tidak berbohong. Suaminya yang segan apabila diceritakan begitu?

Ah, reda ajelah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience