Chapter 60

Romance Completed 28069

Bab 60

“Nuha, selamat pagi!” kata Beatrice di hujung talian. Dia sendiri ceria mendengar suara kawannya yang ceria. Dia baru sahaja mengemaskan ruang tamu rumah sewa mereka ini. Televisyen yang terpasang menyebabkan dia kurang mendengar suara telefonnya.

“Apa hal kau telefon aku ni? Kau tahukan aku dah cuti?” soalnya kepada Beatrice. Dia tahu pasti ada sesuatu yang Beatrice hendak kongsikan kepadanya. Beatrice ketawa di hujung talian. Dia turut tertanya kenapa pagi-pagi lagi kawan baiknya di tempat kerjanya ini menghubunginya. Dia tahu Beatrice paling berkira kalau soal berbelanja.

“Aku nak bagitahu kau,” kata kawannya itu masih mahu bertekateki. Berkerut dahinya. Apa yang nak dia beritahu? Kuntuman bunga mawar di jambangan di rumahnya ini semakin layu. Dia harus menukarkan air bunga-bunga itu.

“Apa cerita tu ya Beat?Mesti cerita baik punya kan?” soalnya. Ada debar dalam dada. Beatrice diam seketika mendengar kata-katanya.

“Cerita? Ya aku memang ada cerita Nuha. Tapi, bukan cerita agak baik.” Kata Beatrice lagi. Masih ada tawa di hujung talian. Tetapi hatinya semakin berdebar.

“Kau macam nak perli aku kan, sampai kau ketawa panjang macam tu!” dia sudah masak dengan sikap Beatrice, kawan baiknya itu.

Beatrice diam pula.

“Taklah! Tapi…” dia diam saat Beatrice berjeda.

“Kau belum berangkat?” soal Beatrice mengubah tajuk perbualan. Saat ini dadanya masih berirama yang tidak menentu.

“Belum lagi Beat, apa hal sebenarnya yang kau nak beritahu? Ada hal penting yang aku tak tahu?” soalnya masih diburu teka-teki ciptaan Beatrice.

“Bila kau berangkat?” soal Beatrice pula. Bukankah kawan baiknya ini tahu bila dia akan berangkat? Kenapa ditanya berkali-kali pula?

Soalnya dalam hati.

“Beat, baik kau berterus terang, kenapa kau nak hubungi aku ni? Have something happened is it? Don’t make me angry Beat!” soalnya tidak sabar. Gadis ituterus ketawa pula. Debarnya menggila. Dia yakin pasti ada sesuatu yang hendak Beatrice luahkan untuknya.

“Ya, memang ada aku nak beritahu kau.” Jawabnya ringkas. Dia sudah dapat mengagak. Beatrice memang lincah kalau berteka-teki dengannya.

“Kenapa?” soalnya membuka ruang untuk Beatrice bercerita. “Apa yang kenapa?” dia mengeluh. Beatrice masih mahu bertekateki dengannya. Sakit juga hatinya.

“Kau yang cakap kau ada cerita baik punya kan!” katanya sambil ketawa. Beatrice diam seketika. Adakah takrifannya tidak silap? Beatrice hendak meluahkan sesuatu? Apa yang hendak dia beritahu?

“Jangan marah kalau aku cakap!” Beatrice memberikan syarat. Dia pula yang ketawa. Sempurna ketawa mereka.

“Buat apa aku nak marahkan kau! Sepatutnya kita bermaafmaafan, mana tahu lepas ni kita tak jumpa lagi! Mana tahu lepas aku habis belajar, kau dah pindah ke sekolah lain atau kau dah naik pangkat, misalnya,” katanya. Beatrice pula ketawa. Terdengar sedih ketawanya itu.

“Ya benar tu, ada kemungkinan yang kita tak tahu kan! Tapi aku akan tunggu balik ke sekolah kami semula! Nanti aku akan rindukan kau Nuha. Kau tak rindukan kami?” soal Beatrice pula. Dia memang cepat merindui seseorang apatah lagi kawan baiknya. Ada benarnya kata-kata kawan baiknya itu. Dia pasti akan merindui kawan-kawan sekerjanya. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat dia mencari rezeki.

Tetapi dia cepat-cepat memendamkan sahaja perasaannya itu demi sebuah lagi perasaannya yang sangat terluka. Sangat terluka sehinggakan dia tega mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya apabila dia mempunyai peluang. Sekarang peluang sudah terbuka di depan mata seperti terbukanya pintu langit tujuh petala.

“So?What happended actually?” soalnya menjadi tidak sabar. Dia sudah naikkan suaranya. Sebenarnya dia sayu sekali malah debar di dada masih terasa. Beatrice berjaya mengocakkan perasaannya pada pagi yang mulia ini. Kartika pula tidak kelihatan di mana-mana. Kebetulan dia balik sekejap ke rumah sewanya ini. Ada barang yang hendak diambilnya. Dia mengemaskan apa yang patut sebelum dia berangkat. Dia pasti akan merindui ruang rehatnya bersama Kartika di sofa gebu di ruang tamu ini.

“Suami kau,” kata Beatrice perlahan. Berdebar dadanya. Bagaikan dipalu dengan pemalu. Iramanya berantakan. Dia pantang kalau orang lain sebut suaminya. Dia akan dapat mengagak kalau suaminya sudah pasang kayu tiganya.

“Kau kenal dia?” soalnya kepada Beatrice. Beatrice tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya hari itu. Dia sangka kawannya itu tidak kenal suaminya. Seketika dia menyeru nama Aliff Hakimi. Entah di manakah suaminya? Hari itu dia berjanji mahu datang mencari dia di rumahnya tetapi dia tidak datang-datang. Sedikit hampa dia.

“Kenapa tak kenal? Lelaki pujaan satu Malaysia! Satu Malaysia nak jadi follower dia. Bertwitter dengannya. Satu Malaysia nak ikuti ceritanya di fac. Satu Malaysia nak berinsta dengannya. Kau tak tahu suami kau tu public figure Nuha?” soal Beatrice seperti membuka langsir yang menutupi pentas untuk sesebuah pementasan. Dia mendengar penuh perhatian.

“Jadi kenapa dengan dia? Apa yang dah kamu buat kat cerita dia?” soalnya. Dia sendiri sebagai isteri tidak tahu apa akaun twitter suaminya. Dia sendiri tidak tahu apa akaun fac suaminya. Memang gadisgadis di luar sana mungkin peminatnya tetapi bukan dia!

“Dia ternampak dia dengan kekasih dia, kau tak tahu?” kata Beatrice. Dia tahu. Tak perlu diberitahu. Suaminya sudah berkali-kali diingatkan agar menyuakan dia surat poligami. Dia akan tandatangani borang itu. Namun sampai hari ini suaminya tidak berikan dia borang itu. Katanya dia akan menjadikan dirinya isterinya sampai akhir nyawanya tetapi tak mungkin dia percaya kalau lelaki itu tidak mahu menikah lain!

“Oh, dia? Bila?” soalnya berbasa-basi. Dia tahu apa aktiviti suaminya selama ini. Ada isteri macam tidak ada isteri. Malah dia sendiri pun dia tidak mahu pandang kalau dia ada di rumahnya.

“Semalam, kat Suria Sabah. Aku kebetulan di situ!” kata Beatrice. Dia tidak hairan. Lelaki itu suka ke pusat-pusat membeli belah dengan gadis-gadis yang disukainya. Apa yang dia hendak hairan?

“Oh ok.” Katanya. Pasti Beatrice hairan dengan sikapnya yang tidak ambil peduli.

“Kau tak marahkan suami kau Nuha? Kau macam selamba aje!” soal Beatirce kehairanan. Takkan dia mahu meraung?

“Taklah! Dia memang dah begitu. Aku takkan sekat dia! Biarlah dia dengan labu-labunya!” katanya. Beatrice ketawa kecil mendengar jawapannya.

“Patutlah mata kau menangis! Mungkn ini sebabnya!”kata Beatrice.

“Taklah!” dia menafikan lagi.

“Aku tak percaya!” kata Beatrice lagi. apa lagi yang dia mahu jawab kalau Beatrice tidak percaya? Takkan dia mahu buat penafian lagi?

“It’s up to you!” katanya. Dia sudah bosan kalau bercakap mengenai suaminya itu. Di sana sini orang nampak dia keluar dengan teman wanitanya. Namun dia hanya mendiamkan sahaja.

“Baiklah aku percaya! Tapi aku kasihankan kau.” Kata Beatrice pula. Dia hela nafas panjang.

“Tak perlu nak kasihankan aku!” katanya. Dia tidak perlukan simpati orang lain.

“Heboh satu Malaysia dia nak kahwin lain! Kasihan pula kau Nuha!” mahu sahaja dia sebak. Dia tahan perasaannya. Dia sudah biasa begini.

“Tak perlu nak kasihankan aku! Aku tahu di mana kedudukan aku!” katanya.

“Maafkan aku Nuha!” kata Beatrice memohon maaf pula kepadanya.

“Ya aku ok!” katanya. Sebenarnya dadanya menyempit dan diamahu menangis! Namun dia tidak dapat menangis!

“Aku tahu kau tabah! Jadi aku minta kau sabar ya Nuha,” nasihat Beatrice.

“Ya, jangan risaukan aku!” katanya kepada Beatrice. Setitis air matanya sudah turun ke pipi kurusnya. Entahlah, dia tidak tahu perkahwinan apa yang dia miliki ini. dugaan datang bertali arus. Baru sahaja dia mahu mengecapi bahagia, tsunami datang lagi menggoncang kehidupan mereka. Hari itu baru sahaja mereka bermaafan di rumah ibu bapa mertuanya. Kemudian, timbul pula isu dia berjumpa dengan kekasihnya kononnya. Bukan kekasihnya dan gambar yang disebarkan tidak sama dengan apa yang dia lakukan. Itu yang dia kesal. Kesal seribu kali kesal dia.

“Aku harap kau tak terluka!” kata Beatrice lagi. Ah, kehidupannya bagaikan dihiris-hiris halus dengan pisau tajam.

“Dia bagaikan pisau yang melukakan aku! Namun aku reda dengan apa yang berlaku!” katanya.

“Sabarlah ya Nuha! Mungkin mak bapa kau percayakan dia!” kata Beatrice pula. Dia angguk walaupun Beatrice tidak melihat mukanya.

“Ya aku akan sabar. Aku akan tabah!” katanya dengan nekad yang tinggi.

“Aku doakan kau bahagia dengan lelaki idaman satu Borneo tu Nuha!”kata Beatrice. Dia ketawa kecil. Selepas itu mereka berhenti bercakap mengenai dia dan suaminya. Ah, si kacak itu pasti hendak menghabiskan duitnya kepada gadis-gadis yang suka menghabiskan wangnya di luar sana! Katanya dalam hati.

“Terima kasih Beat, aku sayang kau dan akan ingati kau sepanjang aku tiada nanti! Aku akan rindukan kau! Apa yang penting ketawa kau tu!” katanya kepada Beatrice. Beatrice ketawa kecil.

“Kami semua akan merindui kau Nuha. Kau selalu membuatkan suasana kami ceria, kalau kau tak de kami akan rasa sunyi!” kata Beatrice membuatkan setitis lagi air jernih mengalir ke pipinya. Siapakah yang tidak sedih meninggalkan kawan-kawan yang merupakan sebahagian dari hidupnya? Kemudian mereka saling berpisah di talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience