Chapter 13

Romance Completed 28069

Bab 13

Aliff Hakimi sudah menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia menyesal dan ingin kembali kepada seorang isterinya yang cuba menjadi setia selama ini. Tetapi dia sendiri yang mengengkarinya. Entah kenapa tergamak benar dia mengungkapkan sesuatu yang benar-benar dibenci oleh setiap isteri pada malam bulan madu mereka beberapa bulan yang lalu. Dia bagaikan tidak dapat mengampunkan dirinya. Kejam sungguh dia pada masa itu.

Gadis manis yang sering menemani tidurnya itu seperti sudah tidak dapat dipujuk. Gadis manis itu benar-benar keras hati. Namun dia tetap berjanji kepada dirinya betapa dalam dua tiga hari ini dia akan dapat memenangi gadis manis itu. Dia percaya dengan apa yang dilakukannya. Dia percaya kepada diri sendiri.

Wajah gadis yang dinikahinya enam bulan yang lalu begitu redup dan kusut. Dia tahu gadis itu juga menanggung resah dan derita yang dicipta oleh dirinya sendiri. Itulah yang menyebakkan hatinya. Bilik dan rumah besar ini menimbulkan banyak kenangan yang menyakitkan yang tidak seharus dikenang. Namun ia datang bagaikan tanpa paksaan.

Gadis manis yang sudah disayanginya sepenuh hatinya itu sudah menjauhkan dirinya. Kalau tidak dikenang gadis itu sebagai isteri dia sudah tidak berkeyakinan terhadap gadis itu. Tetapi memandangkan adanya ikatan yang sah antara mereka dia yakin gadis itu akan menyerah kepadanya suatu hari nanti. Apatah lagi apabila dirasakannya gadis itu membalas rangkulannya semalam, dia berkeyakinan penuh yang gadis itu juga memerlukan dirinya seperti mana dia memerlukannya. Namun dia tidak tahu bilakah penyerahan itu akan berlaku sepenuhnya.

Kini dia berasa betapa jauhnya gadis itu dengan dirinya. Dia tibatiba menjadi malu dengan dirinya sendiri. Malu kepada keluarganya yang sudah memberikan isteri yang terbaik buatnya. Malu juga kepada keluarga isterinya yang menyimpan harapan yang tinggi kepadanya. Malu dia kepada isterinya itu. Malah sekali lagi dia turut malu kepada keluarga isterinya yang mengharapkan agar dirinya menjadi penjaga yang terbaik kepada anak gadis mereka itu. Tetapi apakah yang telah dilakukannya?

Gadis itu pernah disakitinya. Tidak pernah dia membalas layananlayanan terbaik yang diberikan oleh gadis itu kepadanya. Gadis itu disakitinya dengan harapan dia akan dapat kembali kepada kekasihnya yang lama. Alangkah tergamaknya dia melakukan demikian? Alangkah mulianya kedudukan seorang isteri di mata seorang suami yang tahu menghargai dirinya?

Telefon yang terletak di atas katilnya dicapai perlahan. Dia menghubungi nombor isterinya. Rindu sungguh dia kepada isterinya.

“Assalamualaikum, Nuha ada?” soal pemanggil itu perlahan. Nuha Qarina sedang mandi. Jawabnya dalam hati. Dia mendengar apa yang akan dibicarakan oleh pemanggil itu. Mana tahu ada sesuatu yang dia perolehi.

“Hello walaikumsalam, ya saya. Awak nak apa lagi dari saya? Antara kita sudah tamat! Tamat awak faham!” kata isterinya perlahan. Namun dalam perlahan terasa tegasnya isterinya itu. Baru kini pula isterinya menjawab panggilannya. Selalunya berpuluh-puluh panggilannya dibiarkan sepi. Itu yang menyebakkan hatinya. Malah dia semakin tidak sabar hendak bertemu isterinya. Dia mahu memohon keampunan dan kemaafan kepada isterinya itu jika masih terbuka pintu kemaafan untuk dirinya yang dhaif ini.

“Nuha?” soalnya pantas tetapi lemah. Dia bersyukur kerana isterinya masih sudi mendengar dan menjawab apabila dia sudah menghubunginya.

“Ya saya,” kata Nuha Qarina di hujung talian. Senang hatinya. Walaupun suara isterinya kedengaran lemah namun dia tahu isterinya belum lagi tidur dan menghormati dirinya sebagai suami. Tetapi pada saat dia masih terkejut ini apa yang hendak diluahkannya? Ah, dia gagap pula rupanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience