Chapter 54

Romance Completed 28069

Bab 54

Nuha kepenatan dan baru balik dari tempat kerjanya. Ada sedikit kerja yang perlu dihantarnya ke sekolah tadi. Dia singgah di sebuah kedai makanan segera. Entah kenapa perasaannya ingin merasai makanan segera itu. Dia pun singgah. Selepas menempah makanan dan mengangkatnya. Dia bagaikan terlpas pandang. Kawan lamanya yang selama ini sering memujuknya hendak bertemunya sudah di depannya.

“Awak?” soalnya apabila mereka sudah berdepan.

“Duduklah.” Kata Saiful mempelawanya pula duduk di situ. Sebenarnya semua kerja sudah diselesaikannya pada hari ini. Dia tidak mahu bertangguh lagi. Sekalipun bau bunga mawar yang dibelikannya suaminya menggigit tangkai hidungnya namun dia tidak mempedulikan bunga mawar itu. Dia memang berterima kasih tetapi dia sungguh bersyukur.

“Dah lama sampai?” Saiful geleng dan baru sahaja menggigit sebiji burger. Makanannya pun tidak habis lagi. Memang lelaki baru tiba di situ. Oh dia baru teringat. Suaminya meminta dia memberitahu jika dia sudah balik ke rumahnya, suaminya mahu menjemputnya. Namun dia tidak selesa. Dia terpaksa menumpang dengan kawan baiknya hingga menurunkannya di kawasan pusat membeli belah ini. Ada sesuatu yang dia hendak beli di sini.

“Baru aje. Saya ada urusan di pejabat tadi itu yang turun ke sini.” Jawab Saiful. Dia pula memang suka singgah di Suria Sabah ini.

Memang tempat yang selalu dia singgahi. Sekalipun tempat ini sibuk namun dia menyukai tempat ini. Tempat ini aman untuk dimasuki.

“Syukur sangat dapat jumpa Nuha di sini. Lama sungguh kita tak jumpa. Sejak kita keluar maktab tu, Nuha sukar ditemui. Sudah hampir empat tahun kita tak jumpa.” Dia angguk-angguk sahaja sambil menikmati nasi ayam kegemarannya bersama kepak ayam.

“Saiful apa khabar?” soalnya setelah agak lama menikmati ayam KFCnya yang terasa enak di dalam perutnya. Dia memang begitu kalau sudah menikmati makanan. Suaminya di sisinya pun dia biarkan tersisih di sisinya.

“Alhamdulillah. Tetapi saya selalu rindukan Nuha!” berderau darahnya. Lelaki ini merinduinya? Rindu sebagai kawan baikkah dia ni? Jangan pula dia suka perkara lain pula! Membahang wajahnya dengan tidak semena-mena dengan pengakuan lelaki ini. Kenapa pula lelaki ini mengaku merinduinya?

“Rindu?” soalnya perlahan. Kepak ayam yang dikunyahnya terasa pahit pula. Pahit macam hempedu. Tetapi jika dia mengaku rindu sebagai kawan baik, dia sedar dia pun rindu. Tetapi jika dia mengaku rindu sebagai bakal kekasih, dia bukan orangnya. Dia sudah kunci hatinya untuk orang lain. Hanya Aliff Hakimi yang dia rindui. Itu yang lelaki di depannya ini kena tahu.

Dia sedar dia sudah menjadi seorang isteri. Isteri kepada seorang lelaki yang kembali muncul dalam hidupnya. Argh, dia bagaikan baru keluar daripada ruang gua yang menyesakkan nafasnya. Kini dia kembali bernafas dengan normal. Tetapi berada di sekitar restoran makanan segera ini sekali lagi dia terasa betapa dia bagaikan bernafas dalam lumpur.

“Err, tak boleh ke saya rindukan Nuha?” soal lelaki itu pula. Dia seperti tidak berasa bersalah setelah meluahkan perasaannya. Malah, kaca matanya dinaikkannya dan dia memandang dirinya dengan penuh keyakinan. Dia sebagai Nuha Qarina pula terasa betapa serba salahnya dia.

“Boleh dan tak boleh!” jawabnya. Buntang mata lelaki itu. Terkejut dengan jawapan Nuha Qarina yang agak sudah berubah. Dia tidak pernah tahu kalau gadis ini sudah berpunya. Setahunya dia sudah putus tunang.

“Apa yang boleh dan tak boleh?” soalnya perlahan-lahan.

“Booleh kalau rindu sebagai kawan baik. Tak boleh kalau rindu sebagai kekasih!” jawabnya dengan hati-hati. Dia takut ada hati yang akan terluka.

“Nuha dah berpunya?” soalnya lagi. Nuha Qarina angguk cepatcepat. Sudah lebih enam bulan dia menjadi hak kepada Aliff Hakimi tetapi lelaki itu sahaja mempersiakan dirinya. Sebak rasanya akhirnya. Namun dipujuknya hatinya agar tidak menampakkan kesakitan hatinya kepada kawan baiknya semasa menuntut di maktab perguruan ini.

“Sudah bertunang? Setahu saya dulu Nuha dah putus tunang?” dia terkenang Akmal Adli pula. Lelaki itu kembali di layar ingatannya. Dia menggeleng. Memang dia sendiri yang memutuskan pertunangan mereka. Namun bagi perkahwinannya, mereka suami isteri masih belum bercerai.

“Memang kami dah putus dua tahun lalu. Awak datang lambat,” Jawabnya. Makanannya sudah diletakkan di pinggan putih itu.

“Jadi saya ada peluang.” Ucap lelaki itu. Beraninya dia melamar isteri orang. Bisiknya dalam hati. Matanya pula terbuntang macam mata ikan merah. Malah mahu terkeluar jantungnya melihat keyakinan kawan baiknya ini. Dia tidak menyangka lelaki ini ada hati pula kepadanya. Sejak bila dia ada perasaan rindu dan sukakan dirinya dia sendiri pun tidak tahu.

“Tak de!” jawabnya. Mata mereka bertatapan semula. Tangannya pula sudah dikucup lelaki yang merupakan kawan baiknya ini. Semakin buntang matanya. Dia cepat-cepat menarik tangannya dari pegangan lelaki yang bukan muhrimnya ini. Kalaulah suaminya tahu, alangkah sakit hati lelaki itu. Malah kalau dia tahu besar kemungkinan terjadi perang dalam hubungan mereka yang baru berkembang ini. mesti perang besar kalau memang benar Aliff Hakimi seorang yang cemburu tetapi tidak akan berlaku apa-apa jika lelaki itu tidak mencintainya sepenuh hatinya.

“Tak de? Maksudnya?” soal lelaki itu lagi. mata lelaki ini tidak lepas dari memandangnya. Memang dia amat merindui suasana dahulu tetapi pandangan lelaki ini sudah berlainan coraknya. Pandangan mata kekasihkah ini? Ah, dia tidak mahu menduga!

“Saiful…” panggilnya.

“Apa?” sahutnya pula.

“Tolong lepaskan tangan saya.”Pintanya. Mereka seperti bertariktarikan. Dia mahu sahaja menangis saat itu. Kenapa lelaki ini cuba pula cari pasal dalam hidupnya? Kenapa ni? Kalau Aliff Hakimi melihat apa yang berlaku, pasti perang dingin akan dilancarkan dengan serta merta.

Jika dia tidak tahu dia takkan lancarkan apa-apa perang!

“Kenapa saya tidak ada peluang lagi Nuha? Sepatutnya sejak dulu lagi saya sukakan awak Nuha! Tetapi selalu pula saya yang ketinggalan!” soalan itu dikemukakan sekali lagi. Seperti merajuk pula suaranya. Serba salah dia jadinya. Dahulu lelaki ini tidak pernah menyuarakan rasa hatinya kepadanya. Mereka asyik belajar bersamasama.

“Saya dah kahwin.” Jawabnya. Secara otomatiknya tangannya terus terlepas dari pegangan lelaki itu. Puas hatinya tetapi dia menundukkan pandangannya. Mata bulat Saiful sudah memandangnya bagai ular yang gilakan mangsa. Apa lagi yang boleh diberikannya kalau memang dia sudah berpunya. Takkan dia mengaku dia menerima lamaran Saiful! Tidak mungkin!

“Sudah kahwin?” cepat-cepat dia mengangguk. Tak berkedip mata lelaki berwajah tirus itu. Memang lelaki ini sungguh rapat dengannya dulu tetapi mereka tidak bercinta. Mereka sepasang sahabat!

“Saya memang dah kahwin.” Ulangnya lagi. Lama mereka terdiam.

Saling terdiam dan saling berpandangan. Hati dan mata saling berbicara.

“Bila?” soal lelaki itu seperti tidak puas hati dengan pernyataannya.

“Hujung tahun lalu.” Dia mendengar lelaki itu mendengus dengan kasar. Kecewakah dia ketika mengetahui dirinya ini sudah dinikahi oleh seseorang? Dan, dia sendiri pula tidak mempunyai perasaan lain selain perasaan berkawan baik dengan Saiful ini. Dia tidak mahu lelaki ini menukar status hubungan baik menjadi hubungan yang lebih serius. Dia tidak pernah bermimpikan hal itu.

“Maafkan saya Nuha. Saya ingat saya masih berpeluang.” Kata lelaki itu. Dia menggeleng. Lelaki ini sudah tidak berpeluang. Mungkin dia berpeluang dengan gadis lain. Apa yang dia boleh cakap, mereka tidak berjodoh!

“Maafkan saya juga.” Katanya. Dia seperti menyeru nama suaminya sendiri dalam hatinya. Entah kenapa. Dia sendiri tiba-tiba keliru.

“Kenapa awak tak kahwin-kahwin lagi sejak dulu? Saya ingatkan awak dah ada calon!” soalnya pula kepada Saiful. Lelaki itu menggeleng.

“Saya tunggu awak.” Jawabnya pasti. Matanya masih lagi macam tadi. Memandangnya seperti ayam-ayam yang sedang menunggu makanan. Kasihan pula dia. Kasihan kepada sahabatnya ini.

“Tak perlu awak nak tunggu saya. Kita tetap akan jadi kawan baik macam di maktab dulu. Tak perlu jadi orang istimewa dalam hidup saya, awak sentiasa istimewa sebagai kawan baik saya.” Akuinya. Lelaki itu menggeleng. Entah mengapa dia tidak puas hati dengan pengakuannya.

Jadi suami isteri belum tentu mereka sebahagia sekarang ini.

“Selama ini saya memang cintakan awak!” sekali lagi dia menelan air liurnya yang terasa kesat. Terasa bagaikan mimpi luahan perasaan itu. Dia tidak menyangka kalau selama ini lelaki ini memendam perasaannya sewaktu mereka di maktab dahulu. Lelaki ini terlalu pandai menyimpan perasaannya.

“Bukankah selama ini awak mencintai Latifah kawan semaktab kita dulu. Kenapa awak dah tukar pula?” soalnya. Lelaki itu ketawa. Kelat wajah itu. Latifah yang berwajah bujur itu memang agak cantik orangnya. Entah mengapa dia teringat gadis yang kononnya menjadi kegilaan kawan baiknya ini.

“Saya buat kononnya saya mencintai Latifah tetapi sebenarnya saya mahu awak kecewa. Rupanya awak tak mengerti apa yang saya inginkan.” Dia tidak menyangka lelaki itu ingin memancing cemburunya sewaktu di maktab dulu. Ah, dia tidak akan cemburu sebab Saiful hanyalah kawan baiknya.

“Saya mana pandai cemburu! Sebab kita sahabatkan?” katanya berterus-terang mengenai perasaannya. Suaminya meminta kebenaran hendak nikah lagi pun dia izinkan suaminya. Apa salahnya!

“Bagusnya awak! Tapi saya takut suami awak akan ambil kesempatan! Jangan terlalu baik ya!” kata Saiful.

“Lantak dialah nak kahwin sekarang ini!’ katanya berterus-terang. Dia beritahu hal yang benar. Sekalipun ibu bapanya akan sedih dengan apa yang menimpanya, namun dia tidak mampu memarahi atau melarang gadis manis itu.

Orang yang selalu dekat dan selalu cepat membantunya jika dia kesusahan. Jika dia perlukan ubat ketika dia sakit pening lelaki itu yang akan cepat-cepat menghulurkan ubat kepadanya. Sekarang apa sudah jadi? Lelaki seprihatin di depannya ini sebenarnya mencintainya sepenuh hati. Sedangkan dia sendiri tidak mempunyai perasaan seumpama itu.

“Awak kahwin dengan siapa?” soal Saiful pula. Dia keluar dari kenangan mereka di maktab perguruan Gaya dulu.

“Saya dah nikah dengan lelaki lah!” katanya. Lelaki di depannya itu ketawa. Pecah ketawanya. Sebenarnya dia tahu hati Saiful sekali lagi hancur berderai. Kalau sebatang kayu, ia sudah patah. Kasihan pula dia kepada suaminya ini.

“Ya saya tahu. Takkan awak nikah dengan kaum sejenis awak pula.” Katanya. Dia ketawa. Ia mengembalikan kenangan mereka sewaktu di maktab dulu. Pulang dari maktab mereka singgah di Kafe Seri Mutiara. Minum dan makan goreng pisang. Sekarang mereka makan nasi dan ayam goreng.

“Saya nikah dengan Aliff. Awak tak kenal saya tahu.” Jawabnya pula. Wajah kawan baiknya itu jadi kelat. Apakah lelaki ini mengharapkan sesuatu yang lebih jauh daripadanya? Kenapa dia tidak diberitahu awal-awal lagi. Mungkin dia boleh fikirkan.

“Mungkin suatu hari nanti saya boleh kenal dia.” Kata Saiful. Dia diam seketika. Kemudian dia angguk. Setahunya Aliff Hakimi agak sombong orangnya. Sekalipun lelaki itu suaminya namun dia cukup kenal siapa suaminya.

“Boleh apa salahnya.” Jawabnya. Sebenarnya dia tidak pasti sama ada lelaki ini boleh berkenalan dengan suaminya atau tidak.

“Kenapa dia tak ikut makan di sini?” dia terkocoh-kocoh menyemak telefon bimbitnya. Ada lima belas missed call rupanya. Dia tidak mendengar akan suara telefonnya tadi. Waduh!

“Err, dia ada kerja dan saya dengan kerja saya. Kami balik berasingan.” Jawabnya sudah terketar. Suaminya sudah menghubunginya sejak sejam yang lalu iaitu ketika dia sama-sama duduk dengan Saiful di sini.

Telefonnya berbunyi lagi. Dia sudah bagaikan cacing kepanasan. Apakah dia sudah menduakan suaminya? Oh tidak!

“Saiful, saya balik dulu. Kita jumpa lagi nanti ya.” Katanya memohon diri. Makanannya yang tidak habis dia tinggalkan dengan terburu-buru.

“Saya harap kita boleh jumpa lagi lain kali. Kita masih kawan baik macam dulu.” Itu harapan Saiful. Dia hanya mengangguk dan mengangkat beg tangan kuningnya dengan segera.

“Boleh tak de masalahnya!” katanya. Dia berlalu dengan langkah lebar dan cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience