Chapter 78

Romance Completed 28069

Bab 78

Berdebar dia memasuki klinik. Doktor itu memeriksanya tanpa senyuman dan kata-kata. Mungkin hairan melihat dia yang mengenakan tudung. Mungkin tidak biasa dengan pesakit muslim. Suaminya tetap setia di sisinya. Sampel air kencingnya sudah diambil. Ah, baru dia ingat. Sudah beberapa minggu darah haidnya belum datang. Entah kenapa. Dahulu masa dia belum kahwin darah haidnya tidak menentu. Sekarang pun begitu. Jadi dia tidak begitu mengambil berat mengenai darah haidnya sama ada datang atau tidak.

“You’re pregnant almost six weeks!” kata doktor tersebut. Tidak ada tertulis namanya. Hanya ada tulisan consultant di sebuah papan terletak di pintu dan di atas mejanya yang penuh dengan fail dan segala macam alat perubatan.

“Pregnant?” suaminya pula sudah buat aksi sarkas. Dia sudah memeluk tubuhnya dan mengucup dahinya. Terasa kesyahduannya. Sebenarnya dia tidak suka dengan berita itu. Baginya itu berita yang tidak baik. Bagi suaminya mungkin itu berita baik. Ah, bagai batu granit terhempas di kepalanya!

“Congratulation!”

“Thank you doctor!” kata suaminya dengan muka yang ceria. Dia benci. Entah selepas ini bagaimana nasibnya selepas ini. Dia tidak akan tahu apa nasibnya. Patutlah dia hanya ingin melekat di bantal sahaja sejak akhir-akhir ini. Entah apa yang menimpanya dia pun tidak faham.

Mungkin ini pengalaman pertamanya.

Doktor pula sudah bertanya mengenai tarikh akhir haidnya datang. Nasib baik dia ingat mengenai semua perkara yang doctor tanyakan kepadanya.

“It’s almost eight weeks.” Kata doctor itu. Kandungannya baru berusia lapan minggu.

“Syukur Alhamdulillah.” Bisik suaminya. Wajah suaminya sudah ceria dan berseri-seri. Itu seri apa? Seri nak dapat baby? Kenapa dia tidak ceria dan suka mendengar berita itu? Dia diam sahaja.

“Ok thanks doctor! See you again!” mereka keluar berpegangan tangan. Ah, di dalam perutnya yang kempis itu sudah ada bayi rupanya. Memang dia sayang tetapi dia lebih sayangkan pelajarannya. Dia tidak akan mahu jika suaminya memberhentikan pelajarannya. Bagaimana jika mama mertua dan emaknya ikut campur? Apa yang dia boleh buat nanti?

“Thanks sayang, kita akan jadi papa and mama tak lama lagi!” kata suaminya memegang erat tangannya. Air matanya mengalir perlahan. Kalau boleh dia tidak mahu mendapat khabar yang kurang baik ini bersama suaminya yang macam chipsmore ini. kalaulah antara mereka saling jatuh cinta selama ini, dia tidak kisah. Tetapi dia tidak punya yang menyayanginya setulus hati.

Ah, entah apa pula nasibnya selepas ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience