Chapter 14

Romance Completed 28069

Bab 14

“Aliff, mana Nuha, kenapa tak pernah bawa ke rumah papa ni? Macam disisihkan pula menantu papa tu? Ada apa-apa yang papa dan mama tidak tahu?” soal Datuk Adnan apabila baru muncul di rumahnya ini secara tiba-tiba. Isterinya Datin Hamidah duduk di sisinya. Aliff Hakimi duduk bertentangan dengan mereka.

Memang sukar hendak melihat anaknya ini datang ke rumahnya sejak dia sudah tinggal di kondominiumnya sendiri. Tambahan pula dia sudah membawa isterinya tinggal di kondominium itu. Itupun dia meminta pembantu mereka memanggilnya berkali-kali. Tidur mati! Sudah pukul 11.00 pagi baru nampak batang hidungnya di ruang tamu ini. Mungkin anaknya ini penat baru balik dari pejabatnya semalam. Mereka pula terkebil-kebil di ruang tamu menunggu anak lelaki mereka bangun tidur.

“Papa, Nuha tu agak kampungan papa! Mama, kenapa kahwinkan Aliff dengan perempuan kampungan macam tu? Tak sesuai dengan jiwa saya papa, mama! Mana papa dapat perempuan kampung tu?” balas Aliff Hakimi yang selama ini tidak menyukai isterinya itu. Sekalipun ada ingatan-ingatan halus untuk isterinya itu tetapi dia tetap abaikan. Isterinya itu tidak layak untuk dirinya. Dia hairan kalau ibu bapanya masih mementingkan aspek kekampungan dalam pemilihan isteri anak mereka.

“Apa? Kau cakap isteri kau kampungan? Kau hina diri sendiri Aliff! Kau tak tahu mama dan papa ni semuanya berasal dari kampung? Kau tahu? Kenapa kau hina isteri kau sendiri?” soal mamanya tidak puas hati. Bukan niatnya hendak memperlekehkan mamanya yang memilihkan isteri untuknya tetapi dia benar-benar tidak puas hati.

“Maafkan saya mama papa. Tetapi jiwa saya memang tak serasi dengan isteri saya tu mama!” katanya berterus terang dengan ibu bapanya. Padahal dia sendiri juga yang bersetuju untuk bernikah dengan isterinya itu. Jika tidak bagaimana mereka dinikahkan?

“Jadi, kau diberi lessen untuk abaikan isteri kau tu?” soal papa pula. Dia geleng.

“Bukan begitu maksud saya papa.” Dia terdiam. Mamanya sudah marah.

“Jadi apa maksud kau?” soal papa.

“Saya tak serasi lagi dengan dia!” jawabnya perlahan. Makin bertambah marak mata mamanya.

“Jadi tak boleh kau nak bawa isteri kau tu ke sini jumpa mama dan papa? Suami apa macam kau ni Aliff? Tak bertanggungjawab betul!” soal mamanya pula. Dia terkenang Nuha Qarina. Sudah dua minggu dia tidak balik ke kondominiumnya.

“Bukan macam tu mama. Tadi saya penat sangat. Rumah saya tu jauh sangat. Jadi saya terus balik ke sini dari airport. Saya mengantuk.

Kiranya hari ni lah saya nak balik ke rumah saya, jenguk isteri saya tu!” katanya. Sebenarnya itu hanya alasannya. Sebenarnya dia serba salah dengan perasaannya. Ada baiknya dia tenangkan dirinya di rumah ibu bapanya. Bukan dia dapat bertenang pula, dia sendiri dimarahi oleh ibu bapanya pagi ini. Belum pun dia puas tidur, balik-balik pula pembantu rumah mamanya mengetuk pintu biliknya. Itulah yang menyakitkan hatinya.

“Jadi benar, kalau kau mahu nikah lain lagi?” soalan papanya menyebabkan sebiji batu bagaikan menghempap di kepalanya. Apakah Harrynna Lisa sudah mengheboh-hebohkan cerita mereka di laman sosial? Kenapa mama dan papanya sudah tahu? Eh, tak boleh nak pakai pula perempuan itu! Bisiknya sendiri. Nanti dia akan bertemu semula dengan bekas kekasihnya itu.

“Apa ni papa? Mana papa tahu?” soalnya tidak faham. Walhal dia memang ada membuat pengakuan yang dia tidak sukakan isterinya itu.

Mungkin itu kesilapannya.

“Kau tak tahu kalau kau sendiri yang buat pengakuan?” soal Datuk Adnan lagi.

“Apa akan jadi dengan syarikat kita dan para pelabur di syarikat kita kalau kau buat macam ni? Baru sahaja kau menikah, banyak pelabur masuk ke syarikat kita. Sekarang kau buat hal lagi! Apa sebenarnya dalam kepala kau ni Aliff? Kau sebenarnya dah tua tetapi tak sedar diri! Berlagak masih macam remaja! Bercinta semula dengan kekasih kau masa remaja dulu! Eh, sepatutnya kau sedar Aliff, kau sudah ada tanggungjawab. Kau sepatutnya jaga hati isteri dan ibu bapa mertua kau, dan bukannya buat statement menyakitkan hati semua orang!” panjang lebar ulasan papanya. Mamanya pula masih dengan wajah mencuka memandangnya tanpa kerdip.

“Saya tak faham ni papa!” katanya lagi. Sekalipun telinganya bagaikan berasap tetapi dia memang tidak faham hujung pangkal apa yang papanya sedang bicarakan ini.

“Kau tak faham atau kau pura-pura tidak faham?” soal mamanya pula. Kali ini Datin Hamidah sudah memandangnya dengan pandangan yang seperti ular hendak menelannya.

“Tak faham mama!” katanya bingung. Mama dan papanya berpandangan. Sinis pandangan mereka.

“Takkan kau tak kenal Harrynna Lisa lagi!” lagi sinis kata-kata papanya.

“Lisa? Kenapa dengan Lisa papa?” soalnya. Dia memicit kepalanya.

“Hey, bukankah kau nak nikah dengan Lisa? Apa benda yang kau tak faham ni Aliff?” soal papanya. Mamanya masih tersengih di sisi papanya.

“Apa dia buat papa?” soalnya pula.

“Kau tak tengok laman sosial kau sendiri? Twitter, fac, instagram… semuanya memperkatakan benda yang sama! Kau tak Nampak begitu bahagianya budak perempuan tu nak nikah dengan kau tak lama lagi!” kata mamanya.

Entah kenapa ibu bapanya mendapat berita ini awal daripadanya. Dia sendiri belum sempat hendak membuka laman sosial itu. Ibu bapanya sudah tahu. Rupanya Harrynna Lisa memang ada muslihat tiba-tiba mencarinya setelah beberapa tahun tidak mempedulikannya. Dia macam nangka busuk selama ini, terbiar busuk tanpa dipedulikan oleh gadis itu. Tiba-tiba sekarang gadis itu datang semula dalam hidupnya, apa muslihatnya ya?

“Belum lagi mama. Saya ada hal lain lagi sebelum ni.” Katanya. Mukanya sudah panas macam udang kena rebus di periuk. Memang hal ini bertambah serabutkan kepalanya.

“Kau kena jelaskan hal ini. Jika tidak, lihat minggu depan, saham syarikat kita akan jatuh menjunam! Baru saja saham kita mula tarik nafas sebulan yang lalu! Sekarang kau buat hal lagi! Mungkin ini helah pesaing kita Aliff! Kau kena hati-hati!” kata papanya yang bimbangkan syarikat mereka. Syarikat Taram Sdn Bhd memang baru hendak tarik nafas dan sekarang hampir goyah lagi. Angkara siapa kalau bukan angkaranya sendiri! Bukan! Ini angkara Harrynna Lisa yang memang hendak runtuhkan kebahagiaannya yang belum kelihatan itu.

“Saya akan siasat benda ni papa, mama,” katanya memberikan janji kepada ibu bapanya.

“Selesaikan hal ini baik-baik. Kalau tak selesai, banyak tender kita akan ditolak. Banyak pesaing kita sekarang. Pasti kerajaan mahu melihat syarikat yang bersih dan bukannya banyak berita yang tidak menyenangkan macam ni!” kata papanya pula. Dia angguk. Memang besar sekali kesilapan yang telah dia lakukan selama ini. Malah, mengabaikan isterinya juga satu kesilapan yang tidak dapat dilihatnya dengan mata hatinya.

“Saya akan selesaikan hal ini papa!” katanya.

“Cuba atasi hal ini. Nanti bawa Nuha berbincang, mama dan papa nak jumpa dia.” Kata Datin Hamidah pula. Dia angguk.

“Saya akan beritahu dia mama, papa.” Katanya kepada ibu bapanya. Ke mana dia mencari Nuha Qarina kalau Nuha Qarina sudah tidak ada di rumahnya itu? Ke mana isterinya itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience