Chapter 50

Romance Completed 28069

Bab 50

Kenangan empat bulan yang lalu

“Abang, abang nak minum!” soal Nuha Qarina melayani suaminya yang baru balik dari Kuala Lumpur. Nuha Qarina tidak tahu apakah urusan suaminya di sana tetapi apa yang diketahuinya suaminya mempunyai beberapa urusan di sana. Dia menyedapkan dirinya yang tidak menerima layanan sepatutnya dari suaminya itu. inai di jarinya ditatapnya. Sebuah keluhan terdengar dari rengkung nafasnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak lari dari kemelut yang tercipta tanpa kemahuannya ini.

“Tak perlu. Abang dah minum tadi! Buang je minuma tu,” kata lelaki itu dengan basa basi. Sebu hatinya mendengar jawapan itu. lelaki itu terus berlalu ke biliknya.

“Nuha! Nuha! Awak ada ganggu kah bilik saya ni? Ada tak?

Kenapa ada barang-barang yang berubah? Kenapa?” soalnya keras dan matanya membuntang tajam macam nak menelan tubuhnya. Nuha yang masih berada di ruang dapur agak terkejut dengan apa yang ditanyakan oleh suaminya itu. Entah kenapa suaminya menjadi kasar begitu.

“Nuha…Nuha…Nuha tak ada kacau bang! Nuha tak masuk pun bilik abang tu! Kenapa pula bilik abang berubah.” kata Nuha Qarina pelahan. Macam tikus dia di depan lelaki itu. Lelaki itu keluar dari biliknya.

“Awak buat apa di sini? Awak tahu tak banyak pelan tindakan yang harus saya siapkan dan awak tak perlu masuk campur dalam urusan saya dan tolong jangan ganggu saya!” katanya keras sambil mengeraskan lagi perkataan ‘jangan ganggu’. Terasa benar rusuh di hatinya dengan kata-kata suami yang baru menikahinya itu.

“Saya tak buat apa-apa bang! Saya tak buat apa-apa! Tolonglah jangan tuduh saya!” kata Nuha Qarina bagaikan menuntut simpati dari suaminya itu. Dia menjadi serba-salah kepada lelaki itu. Apatah lagi setelah berminggu-minggu dia menunggu di rumah emaknya.

Apabila dia mengetahui yang suaminya sudah balik ke kondominium mereka, dia cepat-cepat berkemas dan pergi sendiri ke rumah mereka itu. Dia juga cuba merindui lelaki it u sepertimana lagak seorang isteri yang baik dan solehah. Namun, apa yang diterimanya terlalu menyakitkan hari ini.

“Baik! Kali ini saya maafkan. Lain kali kalau awak ganggu bilik saya, awak akan kena oleh saya! Awas ya!” kata suaminya lagi seperti mengugut.

“Abang, ini ada saya masakkan untuk abang. Ikan masak asam pedas. Masakan kegemaran abang.” Itu cerita mama mertuanya sebelum kahwin dahulu. Sekarang lelaki itu tegak berdiri di depannya macam tentera garang. Mahukah suaminya makan apa yang telah dimasaknya pada hari ini? Aduh, dari wajah masam mencuka itu dia sudah dapat menduga, suaminya tidak akan makan masakannya itu.

“Tak, saya tak mahu makan. Saya dah kenyang makan tadi di luar! Tengok perut saya ni kembung! Lagipun apa kelas masakan kelas macam masakan awak ni!” kata suaminya seperti berdalih. Aduhai, ini satu penghinaan. Penghinaan untuk dirinya. sakit nya hatinya dengan penghinaan itu. Dia sempat berjanji kepada dirinya sendiri. Suatu hari kalau suaminya ini datang balik dalam hidupnya dia tidak akan sudi memasak untuk lelaki ini. Lelaki ini cukup teguh menghinanya! Sakit hatinya!

Ah, di manalah suaminya itu makan, dia sendiri kurang pasti.

Malah, dia cukup kecewa dengan apa yang berlaku.

“Tak apalah kalau begitu bang. Saya tak paksa abang pun makan masakannya itu!” kata Nuha Qarina perlahan. Tetapi dia sudah belajar dengan mama mertuanya sebelum dia menikah hari itu. Waktu itu dia berjanji akan membahagiakan suaminya.

Kata orang-orang tua yang pandai bijak, kalau nak memikat suami, pikat dulu perutnya. Kenyangkan dia. Sekarang apa yang dah jadi? Perut suaminya sudah diisi oleh mana-mana restoran di luar sana. Sakit sungguh perasaannya. Bagaikan isi dagingnya yang disiat-siat. Memang menyakitkannya. Aduhai!

Wajah garang di hadapannya itu dipandangnya selamba. Dia beranggapan lelaki itu akan merinduinya seperti mana perasaan yang memberat di hatinya ini. Rupanya dia tersilap, silap menilik perasaan suaminya itu. Rupanya suaminya itu meluat memandangnya. Ah, apalah dosanya ini sehinggakan ada suami tetapi seperti tidak ada suami pula. Apalah malang dirinya ini, dinikahi tetapi tidak disentuhi perasaannya.

Apalah malang dirinya ini! Malang lah malang!

“Awak kalau nak memasak, awak tak perlu nak masak banyakbanyak, membazir! Awak masak untuk diri awak sendiri sahaja! Abang tak akan makan di rumah ini!” kata lelaki itu dengan lagak angkuh. Alangkah terperanjatnya dia. Jadi, apakah maknanya dia berada di rumah ini? Menjadi bunga meja? Alas meja? Atau, sekadar menjadi ubat nyamuk sahaja? Fikirnya sesak.

“Awak makan di mana pula? Bukankah awak sepatutnya makan di rumah? Kenapa perlu makan di luar?” soalnya tidak puas hati. Dalam diam dia berani menanya di manakah suaminya makan.

“Awak jangan nak melawan! Awak sepatutnya bersyukur dapat tinggal di rumah macam ni! Ia lebih selamat jika awak duduk di rumah kampung tu!” kata lelaki itu lagi. Hatinya tersentuh dengan hinaan lelaki itu mengenai rumahnya di kampung. Dia bukanlah orang kampung seperti dakwaan suaminya itu. Tetapi hinaan itu lebih menyakitkan. Selama ini dia memang tinggal di rumah ibu bapanya dan dia selamat di situ sehinggalah dia berumahtangga. Kenapa dia terasa begitu selamat dan bahagia di rumahnya sendiri berbanding rumah suaminya yang sombong dan tak kenal timbang rasa ini?

Alangkah bahagianya hidup seorang Nuha Qarina di rumah kampung mereka di Kinarut. Dia tidak pernah menyesal lahir dalam keluarga yang besar dan dia tidak sekali-kali ingin pergi dari rumah itu kalau tidak menerima pernikahan mereka ini.

“Baiklah kalau macam tu. Saya nak pulang dulu ke rumah emak saya! Jangan haraplah saya akan balik ke sini lagi!” katanya perlahan. Dia terasa hati dengan suaminya sendiri. Kalau tidak suka, kata tidak suka. Buat apa dia nak disimpan dalam istananya ini?

“Apa awak ingat rumah saya ni hotel awak? Suka awak datang dan tak suka awak pergi? Begitu?” soal lelaki itu lagi dengan mata berjelaga. Dia terasa kecut. Perit dengan apa yang didengarnya namun lelaki itu tidak memahami hati Nuha Qarina yang lebih terluka. Kenapa suaminya yang baru menikahi dirinya ini begitu kasar memperlakukannya selaku isteri? Betapa kejamnya perkataan yang dituturkannya seperti jarum, satu-satu menusuk hatinya!

“Habis, saya ni tunggul lah di rumah ni? Awak suka-suka hati nak balik atau tidak!” katanya tegas tetapi suaranya diperlahankannya. Kali ini dia terasa di mata lelaki itu ada bola api yang bila-bila masa sahaja akan lebih marak dan menyakitkannya.

“Awak tu isteri saya, jadi tugas awak duduk di rumah ni! Segalagala sudah saya sediakan, apa lagi yang awak mahu di rumah ni, semuanya sudah ada! Awak hanya tinggal duduk dan diam sahaja di rumah saya ni!” katanya lagi.

Suara itu didengarnya semakin perlahan. Perlahan juga dia masuk ke biliknya yang berdekatan dengan kawasan dapur. Tidak ada apa-apa lagi yang hendak didengarinya jika lelaki itu sudah tidak mengizinkan dia keluar dari rumah ini. Hati seorang Nuha Qarina tidak setuju dengan apa yang berlaku tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Hidupnya sepatutnya dihabiskan di kondominium mewah yang bagaikan sangkar mewah bagi Nuha Qarina ini.

Ah, dia tidak tahu sehingga bilakah dia akan hidup begini. Alangkah baiknya kalau dia masih hidup bersama dengan keluarganya tidak ada yang akan menyakitkan hatinya. Ah, apakah dosanya sehingga dia terpaksa menerima kehidupan yang amat perit kali ini? Dia benarbenar sayu dengan apa yang berlaku. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Habis semua kenangannya dengan suaminya itu hilang dengan sekelip mata.

“Hello,” sapanya perlahan. Hendak dibiarkan telefon yang berdering tetapi dia tidak tergamak. Wajah lelaki yang masam mencuka itu dipandangnya.

“Asalamualaikum. Boleh cakap dengan Nuha Qarina.” Kata suara itu. dia tersenyum. Suara yang amat dikenalinya.

“Ya Nuha yang bercakap ni. Siapa di sana tu?” soalnya ingin tahu walaupun dia tahu siapakah yang memanggilnya. Dia masih ingat suara kawan baiknya yang banyak membantunya semasa dia belajar di maktab perguruan beberapa tahun yang lalu.

“Nuha, ini Saiful, tak kenal lagi? Ala, kita kan sama-sama latihan mengajar di Tenom dulu tu, awak ingat? Nuha yang tak suka dengan mandi sungai dulu, ingat? Saya yang tolong Nuha angkat air dulu untuk kegunaan Nuha, ingat?” dia mengingat-ingat sendiri. Tidak lama dia menganggukkan kepalanya. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat dia bertugas dahulu. Tidak mungkin dia lupa akan bekas tempatnya mengikuti latihan mengajar.

“Oh awak. Ya saya ingat. Awak apa khabar Saiful?” soalnya membalas sapaan lelaki di taliannya. Dia duduk di sofa di biliknya.

Suaminya di bilik lain.

“Sihat. Nuha, saya ni nak bawa awak keluar bolehkah?” kata Saiful di hujung talian. Serba-salah. Hendak keluar pula hujung minggu ini. Nampaknya memang tak boleh lah! Hidupnya sepi dan sunyi bagaikan burung di dalam sangkar. Namun dia tidak akan mengambil kesempatan keluar disebabkan oleh kesunyiannya ini. Ia dikatakan mengambil kesempatan pula!

“Nak keluar dengan saya? Apa hal? Tak boleh cakap di telefon ke? Saya ni bukan apa, hari Sabtu ni saya ada hal lain. Tak elok pula rasanya kalau saya keluar,” katanya resah. Dia tidak mahu keluar rumah walaupun mendapat izin suaminya.

Lelaki yang berhadapan bilik dengannya itu akan mengamuk jika dia keluar pada waktu petang begini apatah lagi berjumpa dengan lelaki lain. Kalau hati lelaki itu tidak dijaga, sekurang-kurangnya hati keluarga lelaki itu harus ditawan. Namun, penerimaan lelaki itu terhadapnya begitu dingin sekali. Itulah yang menyebabkan hatinya amat sebal sekali.

“Bukan begitu Nuha. Tapi, sebenarnya sudah lama saya nak jumpa awak. Saya…saya sebenarnya benar-benar nak jumpa awak? Awak sibuk? Tak boleh nak jumpa saya? Kebetulan saya belajar di UMS esok jadi saya ambil kesempatan nak jumpa awak ni? Mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsi!” kata Saiful lagi. Dia tergamam dalam diam. Entah kenapa lelaki itu tiba-tiba membawanya keluar ketika dia sudah menjadi isteri kepada lelaki dingin hatinya itu. Kesal pun ada. Ini kerana dia begitu cepat menerima pinangan Aliff Hakimi ini. Kalau dia tahu Saiful ada hati kepadanya kenapa dia tidak menunggu Saiful sahaja?

Buat apa kahwin dengan orang yang tidak cintakan kita?

“Maafkan saya Saiful. Mungkin lain kali. Kalau boleh biarlah awal sikit!” katanya menolak permintaan lelaki itu. Dia tahu, melalui pesanan kawan-kawan di maktab dahulu, Saiful mempunyai perasaan yang mendalam terhadapnya. Namun, dia tidak berani mengungkapkannya sendiri kepada lelaki itu. Kebetulan dia berasa dirinya masih terlalu muda hendak mempunyai seorang teman hidup pada masa itu. tetapi bertahun-tahun dia menunggu, lelaki itu tidak muncul-muncul lagi dalam hidupnya. Kini setelah dia bersuami, barulah dia menelefon.

“Tak apalah kalau macam tu Nuha. Saya ucapkan terima kasih atas sambutan awak. Lain kali kita jumpa ya!” katanya mengundur diri. Nuha Qarina juga agak tergamam. Sekali lagi dia kesal. Kalau dia bujang dia sudah menerima pelawaan Saiful rakan semaktabnya dulu.

“Saiful, di mana awak dapat nombor telefon saya ni?” soalnya spontan. Dia hairan kalau tiba-tiba saiful menghubunginya. Mereka sudah lama tidak berhubungan. Selama ini dia menunggu juga kalaukalau ada kawan-kawan lain yang hendak menghantar pinangan kepadanya. Ternyata tidak ada yang sukakannya. Huhu!

“Oh, saya terjumpa Siti Khalilah, kawan kita di maktab tu, awak ingat lagi. Minggu lalu saya jumpa dengan dia. Jadi saya minta nombor awak ni! Saya rindukan awak, lama kita tak jumpa kan!” katanya begitu berani mengucapkan kata rindunya.

Dulu sewaktu di maktab lelaki itu hanya memendam perasaannya. Ah, kau masih ada peluang Saiful. Suami ku bagaikan tidak dapat menerima diriku ini. Bisiknya perlahan.

“Oh macam tu. Kalau begitu tak apalah. Saya tunggu awak panggil saya lain kali ya! Asalamualaikum.” katanya menutup bicara. Dia berasa sayu sekali. Sedih pun ada. Entah kenapa dia perlu sedih dia pun tidak tahu.

“Waalaikum salam. Saya harap awak jaga diri awak baik-baik.” Kata Saiful berpesan. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Dilihatnya, suaminya sudah berdiri di hadapannya. Dia yang sedang duduk bagaikan terpaku. Dia ingat lelaki itu sudah berehat di dalam biliknya. Lagipun buat apa dia hendak sibukkan diri untuk dirinya? Sepatutnya mereka buat kehidupan asing-asing.

“Awak bercakap dengan buah hati awak ya?” soal Aliff

Hakimidengan tiba-tiba menyergahnya. Alangkah terkejutnya dia dengan sergahan yang kasar itu. Marak mata lelaki itu berdiri di depan pintu biliknya. Dia ketakutan pula. Entah kenapa lelaki yang sudah lama tidak menegurnya ini berdiri di situ. Kalau hatinya bagaikan kaca, ia sudah remuk terhempas ke lantai simen.

“Tak! Tak bukan buah hati! Saya mana ada buah hati!” katanya perlahan sambil memegang tiang katilnya. Sebenarnya dia mahu cakap begini: ‘Awaklah buah hati saya abang!’ namun dia tidak mampu memperkatakan hal itu. Hendak memandang wajah ksar lelaki itu pun dia tidak mampu. Ini kan pula bertentangan mata! Ah, inilah lelaki yang baru bergelar suami kepada Nuha Qarina itu. Alangkah takutnya dia walaupun dia berasa dirinya tidak bersalah.

“Ha baguslah kalau awak ada buah hati! Senang sikit tugas saya nanti!” kata Aliff Hakimilagi. Apa yang bagus? Apa yang senang? Apa niat lelaki ini sebenarnya? Kenapa dia tidak tahu? Adakah lelaki ini salah dengar? Dia tidak ada buah hati. Kenapa lelaki ini kata dia ada buah hati? Kenapa lelaki ini ya?

“Mana ada bang! Saya ni tak ada siapa-siapapun! Saya hanya ada ayah, kakak, emak dan adik-beradik saya aje! Tak de buah hati pun!” jawabnya perlahan.

Entah kenapa lelaki itu menunjukkan kuasanya kepadanya walaupun mereka baru sahaja berjumpa setelah lelaki itu baru balik dari perjalanannya yang jauh-jauh selama beberapa minggu ini. Sehari selepas mereka bersanding, lelaki itu sudah terbang ke Jakarta. Kemudian, dia diberitahu oleh ibu mertuanya suaminya itu berada di New York.

Kemudian, ke London dan Paris. Baru minggu lalu dia tahu lelaki itu sudah berada di Kuala Lumpur kerana mengikuti beberapa pertemuan dengan rakan seperniagaannya. Dia tidak mahu siapakah rakannya itu. Apa yang dia mahu hanyalah keikhlasan lelaki itu menerimanya sebagai isteri di sisinya. Namun dia kecewa kerana tidak mendapat apa yang sepatutnya diperolehi oleh seorang isteri dalam sebuah rumahtangga.

“Ha baguslah kalau macam tu! Awak nak pergi mana pula kalau

dia telefon siang? Awak nak keluar dengan dia ya?” jerkah lelaki itu lagi seperti tidak puas hati dengan jawapannya sebentar tadi. Kenapa pula dia hendak bertanya, sedangkan ke mana lelaki itu pergi tidak pernah memberitahunya. Alangkah menyakitkan!

“Dia hanya rakan saya di maktab dulu sewaktu saya ambil kursus setahun dulu! Tak ada kaitan dengan buah hati saya!” katanya perlahan. Muka lelaki itu sudah macam singa. Sakit hatinya.

“Baik, awak dengar ni baik-baik ya! Kalau saya tahu awak ada hubungan dengan sesiapa, awas awak ya! Awas saya akan kerjakan awak dan buah hati awak tu cukup-cukup, awak tahu!” katanya dengan mata marak bersinar. Dia hairan dengan sikap lelaki yang tidak mempunyai rasa kasih sayang kepada dirinya. Alangkah manisnya kalau dia dibelai sebagai seorang isteri.

“Awak siapa nak larang saya? Bukankah awak dalam proses nak ceraikan saya?” katanya cuba-cuba melawan suaminya itu.

“Saya tak akan ceraikan awak sampai bila-bila!” sekali lagi dia nanar dengan apa yang baru didengarnya. Apakah yang sebenarnya ada di hati suaminya itu?

“Cerai? Awak nak cerai saya? Cerailah sekarang!” katanya mencabar suaminya sendiri. Dia sudah hilang sabar sebenarnya.

“Aku takkan cerai kan kau, sampai hati aku puas! Kau tahu?” kata lelaki itu dengan ketawa berdekah-dekah. Entah apa yang lucunya dia.

Dia kesal dengan lelaki itu. Mementingkan dirinya sendiri sahaja!

“Kalau tak nak ceraikan sudah! Tapi jangan sampai saya terseksa di rumah awak ni!” katanya yang sudah sakit hati dengan suaminya sendiri.

“Nuha, tolonglah lupakan apa yang sudah berlaku antara kita dulu,” suara suaminya ini mengembalikan dia ke alam nyata.

Bukan main dia mengingati detik-detik dulu yang agak pahit dan menyakitkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience