Chapter 29

Romance Completed 28069

Bab 29

“Jadi, bagaimana dengan Nuha? Jadi tak dia datang sini Aliff?” soalan mamanya cukup mengharukan. Dia hendak jawab apa? Takkan dia hendak beritahu yang isterinya tidak mahu berjumpa dengan emak mertuanya? Oh tidak! Jadi apa jawapan yang sesuai?

“Entahlah mama, susah nak cakap. Nuha kata dia sudah ada acara malam ni. Tak tau pula acara apa.” Kata Aliff Hakimi perlahan. Sendu wajahnya. Mama dan pembantu rumah mereka sudah menyediakan makanan yang akan dihidangkan pada malam ini. Mata Datin Hamidah pula membuntang.

“Tak jadi? Kenapa tak beritahu awal? Mama nak raikan anak menantu mama!” kata Datin Hamidah sungguh kesal dengan apa yang berlaku. Buntang matanya memandang anak lelakinya itu. Takkan dia hendak membatalkan majlis pada malam ini? Oh tidak! Aliff Hakimi sudah gosok-gosok kepala. Dia juga tentunya lebih kesal kerana isterinya itu tidak dapat dipujuk.

“Tak sempat nak beritahu mama. Saya pun baru tahu petang ni!

Mana sempat nak beritahu mama!” kata Aliff Hakimi masih kesal dengan apa yang berlaku. Dia sendiri yang salah. Salah kerana selama ini dia tidak mempedulikan isterinya itu. Selama ini isterinya itu dibiarkan sendirian di rumahnya dan dia entah ke mana. Apapun berita dia tak berikan. Isterinya jadi tunggul kayu di rumahnya, begitu? Kalau dia dibuat begitu, sudah lama dia lari dari tempat itu. Sekarang apa yang sudah jadi kepada dirinya? Ah, ini semua disebabkan oleh dosa-dosanya yang lalu. Maafkan abang Nuha!

“Mana nombor telefon Nuha, mama nak cakap dengan dia.” Pinta Datin Hamidah. Dia mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor isterinya. Mamanya mengambil telefon itu.

“Dia tak angkat.” Kata Datin Hamidah. Dia sendiri bingung. Kenalannya jauh dan dekat hendak bertemu dan berkenal mesra dengan menantunya tetapi menantunya tidak ada. Apa yang dia hendak cakap nanti? Aduhai, dia sendiri bingung.

“Apahal kau ni Aliff, ada isteri macam tak de isteri? Orang lain ada isteri ke hulu ke hilir bersama-sama, kau ni apa? Pelik mama tengok, kau ada masalah dengan isteri kau?” Aliff Hakimi geleng kepala. Dia tidak tahu apa yang akan dikatakannya. Soalan mamanya itu terlalu menceroboh, menceroboh rumah tangganya. Memang dia salah, dia sendiri salah. Tetapi dia sedar bukan selalu mamanya bercakap mengenai dia dan isterinya. Mamanya juga sibuk sepertinya.

“Saya kan sibuk ma, mama mesti faham. Kalau tak kerana uruskan perniagaan luar negara kita, saya takkan sesibuk ini. Mama tukarlah pekerja, berilah pula kepada adik yang baru habis belajar tu. Biarkan dia uruskan perniagaan dan saya cuti sekejap uruskan isteri pula, macam mana mama, papa setuju tak?” soal Aliff Hakimi. Mamanya tepuk dahi. Semakin bingung mungkin mendengar permintaannya.

“Itu bukan alasannya. Kalau betul sayang isteri, kau sayang isteri tak?”

“Mestilah sayang mama. Kenapa pula saya tak sayang. Saya sayangkan Nuha, kasihan dia.” Datin Hamidah sudah tersenyum. Datin Hamidah tahu anaknya dan menantunya ada masalah. Jadi dia sengaja mengadakan majlis untuk menyatukan kedua-dua mempelai yang sudah empat bulan diijabkabulkan itu.

“Bagus, kalau dah sayang, Aliff hendaklah bawa Nuha ke manamana Aliff pergi. Kalau perlu cuti, biarlah dia cuti! Jangan nak sakitkan hati dia. Selama ini mama malas nak masuk campur!” kata Datin Hamidah. Aliff Hakimi tersenyum. Mamanya memang faham ada sesuatu antara mereka.

“Betul tu ma, saya sokong. Memang selama ni saya abaikan isteri saya, tapi berilah saya cuti mama, barang sebulan, saya nak bawa isteri saya honeymoon pula!” pinta Aliff Hakimi dengan penuh perasaannya. Datin Hamidah sudah tersenyum.

“Jangan main-main dengan isteri Aliff! Mama ni dah lama makan garam. Kalau mama ada masalah dengan papa kau, mama memang sakit hati bertahun-tahun mama sakit hati! Perempuan ni lain hatinya

Aliff!” kata Datin Hamidah dengan panjang lebar.

Telefonnya berbunyi. Dia melihat nombor yang tertera di skrin.

“Ma, Nuha ma! Mama mahu cakap tak?” Datin Hamidah terus mengangguk dan mengambil telefon anaknya itu.

“Helo Nuha menantu mama, assalamualaikum,” sapa Datin Hamidah merendahkan dirinya. Sudah lama dia tidak mendengar berita mengenai menantunya itu. Menantunya itu juga orang yang baik-baik. Tidak pernah dia mendengar menantunya mengadu yang bukan-bukan kepada emak atau sesiapapun.

“Walaikumsalam mama, hmmm, maaflah mama, saya tak dapat datang ke majlis mama tu. Kebetulan ada hal ni.” Kata Nuha Qarina dengan penuh hati-hati.

“Mama dah siapkan makanan dan tetamu pun dah nak datang ni. Keluarga Nuha pun mama jemput. Boleh tak Nuha datang walaupun sekejap? Mama pohon ni!” kata Datin Hamidah merayu menantunya. Agak lama Nuha Qarina mendiamkan diri.

“Err, susah nak cakap mama!”

“Sampai bila pula majlis Nuha tu? Majlis apa pula dia buat lagi?” soal Datin Hamidah kehairanan dengan majlis yang perlu menantunya hadiri.

“Err, tak apalah mama, majlis menyambut menantu mama jam berapa?” Datin Hamidah menunjukkan ibu jarinya kepada anaknya Aliff Hakimi. Aliff Hakimi mengenyitkan matanya kepada mamanya. Kedengaran agak lucu pula. Mereka sudah nikah enam bulan yang lalu tetapi majlis menyambut menantu baru diadakan sekarang. Macam ada kelucuan pula kedengarannya!

“Dalam jam8.30 malam ni. Tak apalah kalau Nuha nak datang lewat sikit dalam jam9.00 malam begitu? Boleh tak? Mama tak sabar nak jumpa menantu mama. Anak mama ni selalu buat hal. Jangan buat begitu lagi ya nak!” kata Datin Hamidah. Dia mengangguk dalam diam.

“Err, saya tak bawa kereta ni mama,” kata Nuha Qarina.

“Tak apalah, Nuha cakap dengan Aliff Hakimi ya, atur lah baik-baik ya. Mama ni bukan apa, mama tak mau anak mama dan menantu mama bertengkar dan tak sefahaman. Mama ni bukannya hidup lama di dunia ni!” kata Datin Hamidah menasihati menantunya. Nuha Qarina terkedu. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakannya lagi. Memang benar apa yang dikatakan mertuanya itu.

“Mama faham, pastinya Nuha rasa merajuk kerana selama ni anak mama tak pedulikan menantu mama ni! Berilah dia peluang ya sayang. Mungkin dia baru dapat mimpi baik tu sayang! Itulah dia nak kembali kepada isterinya!” Nasihat Datin Hamidah lagi. dia tidak terkata. Memang dia terkejut. Dia memang sudah sedia jika lelaki itu hendak menceraikannya. Sudah beberapa bulan dia menantikan surat cerai suaminya. Namun belum sampai-sampai!

“Saya sudah maafkan dia mama. Abang Aliff mana mama?” soalnya pula.

“Kejap ya Nuha, anak mama ke tandas mungkin tu!” Datin Hamidah menyerahkan telefon kepada anaknya. Aliff Hakimi tersengihsengih memandang mamanya. Dia menyambut huluran mamanya itu.

“Ya sayang asalamualaikum.” Kata Aliff Hakimi yang sudah memegang telefonnya. Mamanya sudah keluar entah ke mana. Mungkin tidak mahu melihat kemesraan anak dan menantunya.

“Eh abang ni mengada-ada sungguh nak bersayang-sayang!

Malaslah!” kata Nuha Qarina di hujung talian. Dia segan sebenarnya. Lelaki ini pula selalu sahaja menunjukkan keprihatinan dan sikap romantiknya walau di mana pun mereka berada. Itu yang dia tidak gemar kepada suaminya. Dia terpaksa menepis tangan suaminya jika sudah melebih-lebih mengganggunya.

“Kat mana abang nak jemput Nuha? Kat lobby? Kat dalam? Then berkenalan dengan kawan-kawan sayang?” soal Aliff Hakimi. Nuha Qarina tercari-cari jawapan yang sesuai.

“Err, kat Hotel Promanade di lobi aje tu bang, nanti saya turun dan tunggu kat situ,” kata Nuha Qarina yang serba salah hendak memperkenalkan suaminya kepada kawan-kawan dan majikannya. Dia belum sedia. Dan, dia tidak tahu bilakah dia akan sedia jika keyakinan kepada suaminya sendiri belum muncul! Baru sahaja mereka minum pun, sudah ada kekasihnya datang! Apatah lagi kalau dia dan suaminya ke pusat-pusat membeli belah. Pasti lebih ramai kenalannya! Dan, ia amat memalukan dirinya! Macam melukut di tepi gantang pula dirinya ini!

Ahaks!

“Sekarang?” soal lelaki itu. Dia baharu sahaja duduk di kerusi di bilik yang mereka tempah itu. Tidak menyangka secepat ini pula suaminya datang kepadanya. Kenapa secepat itu! Belum pun sempat dia berbual mesra dengan kawan-kawannya!

“Tidak! Nanti dalam jam 8.30 malam. Hmm, kalau bukan mama abang, saya takkan terima pelawaan abang!” Aliff Hakimi ketawa kuat. Riang sekali perasaannya. Isterinya sudah mahu berlemah lembut dengannya. Dia bersyukur jika isterinya sudah memaafkan dirinya. Dia bersyukur sangat.

“Baiklah, nanti abang akan ke situ tunggu sayang di sana ya!” kata Aliff Hakimi yang sudah bersemangat hendak menjemput isternya yang sudah banyak terluka itu.

“Terima kasih, maafkan saya menyusahkan awak pula, malam ni saya tak bawa kereta!” kata Nuha Qarina yang sengaja tidak membawa keretanya. Dia tinggalkan keretanya di rumah sewanya. Suaminya pula membuat majlis yang agak mengejutkannya. Memang dia ada memberitahu yang mama mertuanya mahu bertemunya tetapi dia tidak tahu bilakah mama mertuanya hendak bertemunya. Ah, rupanya malam ini pula! Terkejut sangat dia!

“Abang tau. Tak apalah, kereta abang kan ada!” Kata Aliff Safwan dengan suara paling romantik yang dia ada. Dia ingin membahagiakan isterinya.

“Mungkin sekarang abang suka, lama-lama dah bosan, saya akan dibuang kan bang?” terkejut dia dengan pernyataan isterinya itu. Soalan apa itu? Dia sudah berjanji akan menjadikan isterinya sebagai isteri hingga akhir hayat. Kenapa dia mahu bosan dengan isterinya sendiri? Dia sudah taubat. Dia tidak akan pernah memberitahu isterinya yang dia mahu kahwin lagi. Kasihan Nuha.

“Kenapa cakap macam tu? Selagi ada nyawa abang, abang akan temani sayang hingga ke akhir nafas abang,” kata Aliff Hakimi. Kedengaran suara Nuha Qarina ketawa.

“Betullah tu apa yang salahnya? Baru kahwin pun saya dianiayai apatah kalau dah tua berkedut!” kata Nuha Qarina terasa sebak memikirkan hal suaminya. Aliff Hakimi ketawa. Dia cakap yang benar. Semasa masih elok wajahnya pun suaminya sudah membuang dia, apatah lagi kalau dia sudah tua berkedut dan ramai anak! Pasti lelaki ini tidak akan menyukainya lagi. Dia percaya akan hal itu!

“Jangan cakap macam tu sayang! Abang takkan buat macam tu lagi! Abang janji! Lepas ni hukumlah abang, abang akan terima apa saja hukuman sayang,” kata Aliff Hakimi memaku janjinya kepada dirinya. dia bersyukur juga kepada Allah, sekurang-kurangnya suaminya ini sudah pandai memohon maaf kepadanya dan berjanji akan menjadi suaminya yang baik untuknya. Tetapi kalau dia berubah, dia tidak akan menyesali apa yang terjadi kepadanya. Mungkin sudah takdirnya dia begini!

“Hmmm… lepaskan saya!” kata Nuha Qarina memohon sesuatu yang amat dibenci Tuhan. Namun dia sebak. Kenapa pada waktu dia sudak nekad untuk meninggalkan lelaki itu, kini dia dating semula. Itu yang menyebabkan dia serba-salah.

“Lepaskan? Takkan sesekali pun abang akan buat! Abang pernah cakapkan, sampai mati pun abang, sayan tetap isteri abang? Dengar? Jangan pernah pinta lepaskan! Kalau kerbau, lembu boleh abang lepaskan tapi bukan Nuha Qarina! Please sayang!” hampir terkedu Nuha Qarina mendengar perkataan suaminya.

“Entah lah bang. Nanti saya tunggu di lobi ya!” kata Nuha Qarina terasa sebak.

“Tunggu abang ya. Abang rindu sangat ni! Macam dah lama tak pandang wajah sayang, memang terasa sungguh rindu abang,” kata Aliff Hakimi. Mahu sahaja dia muntah mendengar kata-kata suaminya itu.

Kalau tidak, dia mahu sahaja pengsan!

“Abang ni macam kena pugai pula! Nanti kekasih abang cakap abang dah makan nasi kangkang buatan Nuha pula!” kata Nuha Qarina yang kehairanan dengan sikap suaminya itu. Satu perubahan baru yang sangat ajaib. Mungkinkah doa-doanya sudah diterima? Ah, dia tidak tahu, tetapi dia berasa sung uh terharu dengan apa yang baru didengarnya.

“Tak apalah sayang! Kalau sayang nak pugai ke, nak bagi makan nasi kangkang ke, bagi makan ubat guna-guna ke, abang tak kisah! Apa yang penting sayang jangan pergi dari sisi abang! Setiap masa abang nak peluk sayang!” kata suaminya. Terasa geli pula dia mendengar katakata gatal suaminya itu. Dia sebenarnya tidak mahu dibuat begitu setiap masa! Akhirnya dia ketawa kecil.

“Saya takkan buat macam tu kat abang!” katanya perlahan. Suaminyay pula mengekek di hujung talian. Terasa bahagia pula dirinya. Namun kadang-kadang dia hampa, kebahagiaan itu umpama kabut di pagi hari. Ketika terbit matahari kabut itu hilang. Begitulah macam kebahagiaan yang dia impikan! Akhirnya sirna begitu sahaja! Terasa sedih membumbui hatinya tiba-tiba.

“Kalau buat pun abang tak kisah! Abang lagi suka kat isteri abang sendiri!” kata suaminya. Dia terasa rindu pula wajah kacak suaminya. Akhirnya dia diam sahaja sambil membayangkan wajah ala-ala Aaron Aziz yang mengenakan rambut pendek itu. Bezanya suaminya agak cerah kulitnya.

“Mengadalah abang ni! Takkan saya nak buat suami sendiri macam tu! Abang nak kahwin lain pun saya tak buat lagi macam tu bang!” katanya perlahan. Aliff Hakimi mesti tahu yang dia tidak sekejam gadis lain!

“Abang tahu isteri abang ni isteri solehah!” kata Aliff Hakimi sudah memuji dirinya pula. Bagaikan terbang tubuhnya ini dilambung pujian suaminya. Kalau dia naik belon, tubuhnya ini dengan belon sekali dia terbang! Terbang setinggi awan!

“In sha Allah bang. Kalau abang doakan saya begitu, pasti isteri abang ni akan jadi macam tu! Jangan lupa abang doakan selalu! Oklah bang! Kita jumpa nanti, saya letak telefon dulu bang,” kata Nuha Qarina begitu menghormati suaminya. Nuha Qarina tidak ada pilihan lain selain menerima pelawaan suaminya. Kedengaran suaminya mengekek lembut lagi.

“Ya sayang. Abang sentiasa akan mendoakan isteri abang akan menjadi isteri solehah untuk anak-anak kita yang bakal lahir menjadi khalifah di dunia ini nanti! Terima kasih sayang. Nanti kita jumpa!” kata Aliff Hakimi yang sungguh bersyukur dengan perubahan isterinya.

Nuha Qarina hanya mendiamkan diri seolah terkejut dengan perubahan lelaki itu. Mahu sahaja dia menangis di situ mengenangkan apa yang berlaku sebelum ini. Enam bulan dia mandi air mata. Hampir setiap malam dia tidak dapat tidur. Siapalah yang sanggup memberikan kebenaran agar suami bernikah dengan gadis lain sedangkan pernikahan mereka baru berusia seminggu dua! Sebenarnya dia tidak sanggup! Tetapi kerana dia begitu sayang dan cintakan suaminya serta mahu melihat suaminya bahagia, maka dia setuju suaminya beristeri lain lagi selain dirinya!

Sebenarnya dia yang hilang bahagia!

Argh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience