Chapter 66

Romance Completed 28069

Bab 66

Balik dari bertemu dengan Nuha Qarina, Kartika pening. Pening dengan pendirian Nuha. Sebenarnya dia mahu tolong suami Nuha. Dia kasihankan merekaa. Dia tidak amhu suaminya memutuskan hubungan dengan Nuha. Kasihan pula dia kepada kedua-duanya. Ada pro dan kontra.

Telefonnya berbunyi. Kelihatan nombor telefon tunangnya. Dia memang agak rindu kepada tunangnya itu.

“Assalamualaikum abang,” sapanya. Sudah dua minggu tunangnya itu berada di luar daerah kerana menghadiri pameran di situ.

“Walaikumsalam Ika, apa khabar?” soal Rostam menjawab salam tunangnya.

“Baik bang,” katanya sayu. Rostam terpinga.

“Kenapa macam tak ada semangat aje sambut panggilan abang ni? Ada masalah ke?” soal Rostam kepada tunangnya. Kartika dua hati hendak memberitahu tunangnya mengenai kawan baiknya itu.

“Entahlah bang, tak de juga masalahnya,” katanya perlahan.

“Jadi apa yang sebenarnya berlaku?” soal Rostam pula. Perlukah dia berterus-terang? Soalnya dalam hati.

“Bang, Nuha Qarina, kawan baik saya tu bang!” katanya akhirnya berterus-terang. Rostam tahu, Nuha Qarina kawan baiknya sewaktu kecil dahulu. Namun dia tidak mahu menceritakan hal itu kepada Kartika. “Oh Nuha, apa hal dengan Nuha ya Ika? Dia ada masalah?” soal Rostam. Nuha Qarina kawan sekampungnya. Nuha Qarina macam adiknya sendiri.

“Dia tak de masalah bang tapi dia nak sambung belajar tanpa pengetahuan suaminya. Itu yang saya tak puas hati dan tak setuju lah!”kata Kartika. Rostam tahu adik angkatnya itu memang komitmen jika belajar. Dia memang mempunyai cita-cita yang tinggi.

“Mungkin mereka ada masalah. Biarkanlah dia dulu. Nanti-nanti suaminya tahulah tu. Kalau suaminya sayangkan isterinya pasti dia akan kejar isterinya, ke manapun dia pergi. Ika tak perlu lah nak sibuk-sibuk hal mereka tu. Pasti mereka dapat selesaikan masalah mereka tu!” kata Rostam.

“Tapi dia kawan baik saya bang. Apa-apapun saya nak share benda yang baik dengan dia,” kata Kartika.

“Abang tahu. Tapi abang percaya Nuha tahu apa yang baik untuk mereka suami isteri. Kita tak perlu masuk campur. Kita beri pandangan aje.” Kata Rostam.

“Ya bang. Nanti saya minta maaf kat dia.” Katanya kepada Rostam.

“Tak rindu abang?” soal Rostam pula. Kartika segan hendak memberitahu akan rindunya.

“Mungkin orang di sana yang tak rindu.” Katanya segan hendak bercakap soal rindu. Lagipun dia diperkenalkan oleh mak ciknya. Kalau tunggu dia hendak mencari jodohnya, dia belum lagi ada kawan lelaki.

“Abang ni memang sangat rindu tapi maafkan abang. Kalau pameran lukisan antara bangsa begini memang agak lama. Kalau di luar

Negara kadan-kadang sampai sebulan Ika,” cerita Rostam. Dia faham akan kerjaya bakal suaminya. Dia tidak menghalang.

“Ya saya faham bang,” katanya.

“Tapi sekarang abang sudah di Kota Kinabalu!” kata Rostam. Kartika membuntangkan mata. Sungguh terkejut dengan kejutan yang dibuat oleh bakal suaminya.

“Abang ni! Kenapa buat kejutan begini bang! Ingatkan abang masih di KL!” Rostam sudah ketawa. Di hujung talian.

“Saja, abang hanya nak buat kejutan kepada Ika!” kata Rostam.

“Tak apalah bang. Dah malam dah ni!” kata Kartika yang tidak dapat bertemu dengan tunangnya pada waktu malam begini.

“Ya abang pun akan tunggu esok.” Kata Rostam.

“Esok saya balik ke rumah mak ayah saya. Esoklah kita jumpa kalau abang nak jumpa saya.” Kata Kartika yang lebih selesa kalau tunangnya datang ke rumah keluarganya sahaja.

“Ya lah, tak pe. Lagipun tak lama kita akan menikah,” kata Rostam. Membahang wajah Kartika. Dia terasa sungguh segan pula bercakap dengan bakal suaminya. Dia berdoa bakal suaminya ini akan melayannya seperti selayaknya isteri.

“Ya bang. Oklah bang. Saya nak solat pula. Nanti lambat pula!” kata Kartika yang agak segan bercakap dengan tunangnya lama-lama. “Ya lah Ika. Abang pun nak check ini di hotel ni. Esoklah kita jumpa ya.” Kata Rostam.

“Jaga diri elok-elok bang!” pesannya kepada tunangnya itu.

“Ika pun sama jaga diri elok-elok untuk abang!” kata Rostam pula. Sekali lagi mukanya membahang kerana terlalu segan.

“Terima kasih bang. Saya letak telefon dulu ya.” Katanya meminta izin Rostam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience