Chapter 19

Romance Completed 28069

Bab 19

“Ana, kenapa ni? Siapa yang panggil mesyuarat pada masa ini? Bukankah saya dah isi borang cuti semalam? Siapa yang berani buat mesyuarat pada masa ini?” soalnya kepada setiausahanya. Geram sungguh dia. Baru sahaja isterinya ditemuinya ada pula kekangan pada masa ini. Sakit betul hatinya. Isterinya terpaksa dilepaskan semula.

Kasihan pula dia kepada isterinya. Dia terpaksa menaiki teksi. Oh tidak!

“Err maafkan saya tuan. Papa tuan Datuk Adnan yang panggil!” jawab setiausahanya. Sungguh terkejut dia. Bagaikan terkena renjatan elektrik pun ada. Baru sahaja hari ini dia meluangkan masa untuk menjejaki isterinya. Sudah pula papanya memanggilnya.

“Papa?” soalnya. Kenapa papanya turun pada saat dia sangatsangat rindukan isterinya ini? Ketika dia sudah tahu di mana isterinya berada, papanya pula bertindak bagaikan tidak ada esok lusa. Itu yang dia agak kesal sekali. Suara Ana pun menggeletar. Papanya memang tegas dalam tugas-tugas pejabatnya.

“Cepatlah tuan muda. Papa tuan muda sudah ada di sini. Dia sedang tunggu tuan tu! Saya pun tak tahu nak jawab apa tuan muda!” kata setiausahanya dengan terketar.

“Baiklah. Mana sudah papa?” soalnya pula. Wajah isterinya terbayang di wajahnya. Kasihan pula dia kepada isterinya itu. Dia pula dapat merasakan isterinya sangat terkejut dengan kehadirannya. Bagaikan terkejut katak pun ada. Matanya mahu terkeluar pun ada.

Hairan pun ada. Kenapa dia tiba-tiba pula muncul di depan isterinya.

Kalau dulu, isterinya sentiasa muncul di depannya pun dia tidak kisah dan kadang-kadang buat-buat tidak nampak! Kejamnya dia! Mahu sahaja dia marahkan dirinya sendiri kerana tindakannya yang agak jahat itu. Ah, bagaimana dia hendak melupakan sikapnya yang acuh tidak acuh kepada isterinya itu? Bagaimana dia mahu padamkan perasaannya itu dan menggantikan sebuah kasih sayang yang tidak pernah mati dalam hatinya?

“Err, dia tunggu tuan muda di pejabatnya. Sekarang dia tengah tunggu tuan tu!” kata Ana lagi. Dia terus menekan butang merah. Entah apa lagi yang hendak dibicarakan papanya. Pandai pula papanya. Pada ketika dia sedang cuti itulah masa dia dipanggil. Semalam dia semalaman di pejabatnya, sampai malam pula. Tak ada pula papanya datang. Hairan sungguh dia dengan kerenah papanya.

“Baik saya akan ke sana sekarang!” katanya kepada setiausahanya. Telefonnya berbunyi. Dia pandang. Masih nombor pejabat. Dia tahu papanya sudah tidak sabar menunggunya di ruang pejabatnya itu.

“Assalamualaikum,” sapanya.

“Awak kat mana ni Aliff? Papa dah tunggu sejak sejam yang lalu. Kenapa awak tak datang-datang lagi ni? Awak ni kan memang suka sangat mengabaikan kerja awak. Papa tak suka awak selalu macam ni tahu!” kata papanya di talian. Macam mahu bernanah telinganya mendengar kata-kata papanya itu. Jika suara papanya lantang dan garau begitu, dia tahu papanya sedang marah.

“Kejap papa. Kejap saya datang. Tapi hari ini kan saya cuti papa! Memanglah saya di luar kawasan!” katanya memberi alasannya.

“Berani awak kata awak cuti hari ini? Awak tak tahu ada kerja yang sangat penting hari ini, hari ini juga awak nak cuti! Awak ni memang nak cari nahaslah Aliff!” kata papanya di hujung talian. Dia tertanya-tanya.

Apakah tugasan penting yang dia tidak buat? Kenapa dia tidak tahu? Tetapi bukankah semuanya sudah dia selesaikan dan tugas penting itu diserahkannya kepada Azman pembantunya? Kenapa papanya tidak puas hati lagi?

“Baik papa, sekejap lagi saya datang!” katanya menekan butang merah. Dia tidak menyangka akan mendapat panggilan papanya pada hari ini. dia belum pernah mengambil cuti. Pada saat dia mengambil cuti papanya meminta datang pula ke pejabatnya semula. Menyesal sungguh dia, sungguh menyesal! Dan, dia kasihan pula kepada isterinya yang terkebil-kebil ditinggalkannya.

Sampainya hatinya!

***

“Apa yang penting sangat papa?” katanya apabila sudah berhadapan dengan papanya. Wajah papanya mencuka. Dia tanya dengan setiausahanya tetapi Ana hanya mengangkat bahunya. Dia terburu-buru terus masuk ke dalam bilik papanya.

“Awak pura-pura tak tahu?” soal papanya. Dia geleng. Setahunya kerja-kerja yang penting sudah diberikannya kepada Azman pembantunya di pejabat itu. Setahunya papanya juga mempercayai Azman. Kenapa pula kali papanya mempertikaikan kewibawaannya?

“Apa yang penting papa?” papanya masih dengan pandangan tajamnya. Memang agak marah papanya itu. Dia tahu. Kali ini dia tidak sepatutnya banyak menjawab apa yang papanya marahkan kepadanya.

“Awak tak tahu esok hari terakhir menghantar proposal ke Jabatan

Pengangkutan tu? Kenapa awak pura-pura tak tahu? Awak punya fokus sekarang dah ke mana Aliff? Itulah awak, banyak sangat fikiran! Ada isteri dah dibuang! Awak nak ambil pula gadis lain tak tahu latar belakang! Sekarang awak ni cuti buat apa pula? Kerja-kerja di pejabat kita ni bukannya susah sangat!” leter papanya. Dia diam.

Memang benar sejak akhir-akhir ini fikirannya runsing. Runsing memikirkan isterinya. Entah kenapa tiba-tiba sahaja akal tumpuannya seperti berputar 360 darjah. Isterinya yang dibencinya selama ini menjadi isteri yang dirindui setiap masa dan dia mahu bersama-sama dengan isterinya itu. Kenapa sudah tunggang terbalik perasaannya ini?

“Oh tentang proposal tu? Saya dah siapkan papa! Semalam saya dah semak apa yang Azman dah buat. Hari ni memang saya minta

Azman yang hantar.” Katanya selamba. Bertambah marak mata tua papanya. Apa yang silapnya pula? Bukankah itu memang tugas Azman?

Kenapa pula dia disalahkan?

“Awak cakap dah siap? Ada awak semak semuanya?” apakah dia silap? Semuanya sudah dia dia semak. Dia angguk. Memang dia tidak silap.

“Ini? Apa ni? Kesalahan ejaan tak semak, semua tak semak lagi!” kata papanya menghempaskan proposal yang dibuat Azman semalam.

Dia pungut proposal itu perlahan-lahan.

Datuk Adnan memang begini. Kasar kalau tidak kena di hatinya. Dia pun geram. Memang dia agak kelam-kabut semalam. Semuanya ini adalah disebabkan kecuaiannya sendiri. Ada isteri dia buang isteri. Sekarang dia juga yang tercari-cari ke manakah isterinya. Setiap malam dia berdoa agar dia diberikan peluang untuk bertemu semula isterinya.

Setiap malam juga dia memohon agar isterinya menerimanya semula.

“Err, saya dah semak semalam papa. Mungkin saya tak berapa semak ni!” dia mengakui kesilapannya. Jika tidak papanya akan lebih marah lagi.

“Awak semak sekarang. Panggil Azman sekali. Saya mahu ia siap sebelum pukul empat petang ini. Papa tak mahu awak terlalu harapkan orang lain dalam melengkapkan proposal ini. Ini penting. Ini periuk nasi kita Aliff! Kalau kita terlepas, kita akan kerugian berjuta ringgit banyaknya! Duit tak begitu penting tapi yang lebih penting ialah maruah kita! Mana papa nak letak maruah papa ha? Kenapa awak tak fikirkan hal ini Aliff?” soal papanya dengan panjang lebar. Dia jelling jam di tangannya. Sudah jam2.15 petang.

“Baik papa. Saya akan semak sekarang.” Katanya kepada papanya. Sebenarnya dia kesal kenapa hal ini terjadi namun dalam masa yang sama dia bersyukur kepada Tuhan jika semua ini ada hikmahnya.

“Cepat awak siapkan. Papa tunggu sampai jam 3.30 petang ni. Jangan awak balik awal. Cuti awak ganti esok!” Kata Datuk Adnan lagi. Dia angguk. Mahu tidak mahu dia terpaksa menyiapkan kerjanya dahulu. Dia tidak ada pilihan lagi. Proposal yang mereka siapkan semalam diambilnya semula. Dia masuk semula ke dalam biliknya sendiri.

Datuk Adnan hanya memerhatikannya sehingga anaknya hilang dari pandangannya. Kesal sungguh dia dengan anak lelakinya ini. Sebelum berkahwin bukan main dia cekap melaksanakan tugasnya. Sekarang dia sudah bertukar kulit. Dia seperti tidak tahu apa yang hendak dibuatnya. Apakah ada sesuatu yang berlaku kepada anak lelakinya ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience