Chapter 55

Romance Completed 28069

Bab 55

Ketika dia sampai di rumah sewanya, suaminya sudah berdiri di depan halaman rumahnya itu. Mukanya masam mengalahkan asam jawa. Dia menyilangkan tangannya dan memandangnya dengan pandangan benci. Selalunya dia bukan begini. Selalunya lelaki ini begitu lembut kepadanya. Tetapi kenapa kali ini suaminya ini bagaikan mahu berkasar kepadanya? Apa yang sudah jadi kepada suaminya ini?

“Abang?” dia hairan kenapa suaminya ini ada di sini. Dia menghulurkan tangannya mahu menyalami tangan suamiya. Suaminya tidak menghulurkan tangannya. Dia menarik tangannya perlahanlahan.Lelaki itu berdiri dengan tegak seperti Yusri KRU sedang memandang isterinya Lisa Surihani. Tetapi Yusri KRU memandang isterinya dengan penuh kasih sayang. Suaminya ini memandangnya dengan penuh kebencian dan kemarahannya. Bagaimana dia mahu memujuk suaminyaini? Sudahlah dia kepenatan dan hendak berehat serta mahu melaksanakan solat Asar. Tetapi lelaki ini sudah berada di ruang laman rumahnya, apa yang akan dia buat?

“Apa yang awak buat tadi? Awak bercinta pula ya? Selama ini awak memang bercinta dengan lelaki lain? Sejak bila awak dah gatal nak bercinta dengan lelaki lain?” soal lelaki itu dengan suara menyakitkan hatinya.

Jiran-jirannya yang melihat tingkah mereka terasa pelik. Dia memandang suaminya dengan selamba. Saiful pula entah di mana.

Bagaimana dia hendak mendepani suaminya ini?

“Silakan masuk dulu bang, saya nak solat kejap. Apa-apapun kita bincang lepas saya solat bang,” dia mempelawa lelaki itu masuk ke dalam rumah sewanya sekalipun lelaki ini datang dengan cara yang tidak elok. Dia mahu suaminya ini bertenang dulu dan bukannya datang dengan marah-marah begini. Dengan marah pun suaminya itu ikut juga masuk ke dalam rumah sewanya itu.

“Awak sudah melampau!” kata suaminya. Dia diam. Matanya sudah terbuntang besar. Masih hangat kemarahan suaminya itu. Apa yang dimarahkannya? Apa salahnya kali ini? Dia tarik nafas payah. Dia sudah beritahu suaminya hari itu, jika suaminya tidak mahu dirinya, kenapa suaminya tidak ceraikan sahaja dia? Kenapa mahu marahmarah begini?

“Abang, apa abang cakap ni? Kenapa pula saya melampau bang? Tak faham saya abang ni!” soalnya dituduh dengan cara yang paling tidak bermaruah begitu. Dia benci kalau suaminya sudah bertukar menjadi harimau pada ketika ini. Apakah selama ini dia berpegang erat kepada perlindungan lelaki ini? Tidak!

“Awak buat-buat tidak faham pula?” soal lelaki itu. Masih ada sinar kebencian di mata itu. Dia yang bersedia mahu melaksanakan solat Asar semakin tertangguh.

“Tak faham bang, memang saya tak faham. Apa sebenarnya berlaku?” soalnya. Mungkinkah suaminya sudah ternampak dia sedang minum dengan Saiful tadi? Tetapi dia bukan buat apa-apa. Dia hanya duduk minum sambil berbual-bual dengan lelaki itu. Dia pun bukan berjanji hendak bertemu di situ tetapi dia terserempak dengan kawan sekelasnya di maktab dahulu. Dia memang tidak sengaja. Dia hanya berbual kosong pula. Bukannya mereka berjanji hendak sehidup semati. Kenapa pula suaminya tahu? Di manakah suaminya sewaktu dia ke City Mall tadi? Siapa yang memberitahu kepada suaminya mengenai dirinya dan Saiful?

Suaminya mengeluarkan telefonnya. Dia menekan-nekan sesuatu.

Entah apa yang dicarinya. Berdebar dadanya.

“Ini, awak nampak?” soal lelaki itu menunjukkan telefon pintarnya. Dia mengecilkan matanya memandang telefon lelaki itu. Dia sudah dapat mengagak. Ada orang yang cuba membuat jahat kepada dirinya. Apa yang dia boleh buat kalau suaminya sudah melihat dia berbual dengan Saiful?

“Apa ni bang?” soalnya. Walhal dia sudah melihat gambarnya tersenyum kepada Saiful. Namun dia sekali-kali tidak berjanji hendak bertemu dengan bekas kawan sekelasnya itu. Benar dia berani bersumpah. Namun, mahukah lelaki yang seperti memegang pisau di tangannya ini mempercayainya? Dia yakin lelaki ini tidak mahu mempercayainya lagi.

“Tengok betul-betul!” katanya. Mata itu masih memandangnya dengan pandangan yang seperti menelan orang. Macam ular sawa pula dia lihat lelaki ini. Ah, betapa berbezanya lelaki ini ketika dia marah dan tidak marah. Kenapa lelaki ini begitu mudah mempercayai orang lain berbanding dengan dirinya sendiri, orang yang dikasihinya? Betapa peritnya apa yang dilihatnya. Bagaimana dia mahu suaminya mempertahankan hubungan mereka sebagai suami isteri? Kalau dia tidak dipercayai, lebih baik suaminya ceraikan sahaja dia. Buat apa mereka bertahan begini?

“Mana abang dapat gambar ni?” soalnya tidak puas hati. Kenapa suaminya mendapat gambarnya ini? Gambarnya ini seperti sudah diubah-ubah pula! Siapa punya angkara? Siapa musuhnya? Ah, pening dia!

“Mana saya dapat gambar ni bukan perkara penting bagi awak Nuha! Tapi awak kena jawab saya, apa yang awak buat ni? Sampai begini awak bermesra dengan lelaki lain!” kata suaminya. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan yang sukar diterjemahnya. Dia benci kepada lelaki itu.

“Tak bang! Saya tak buat begini! Memang saya dah jumpa tadi tapi kami hanya terserempak tadi. Kebetulan saya makan di KFC tadi. Dia sudah duduk makan di situ. Dia panggil saya. Hanya kebetulan bang!” katanya jujur. Dia tidak sengaja bertemu dengan kawan baiknya itu. Selama ini dia tidak pernah bersetuju untuk bertemu dengan lelaki ini.

Nasib baik hari ini mereka terserempak.

“Eh, awak ni sesuka hati aje ya! Bercinta pula ya! Patutlah tak kisah pun kalau saya kahwin! Sampai berciuman tangan pula tu!” kata lelaki itu. Punah harapannya. Tidak ada seorang isteri pun di dunia ini yang mahu suaminya bernikah lain dengan gadis lain. Tidak ada seorang pun yang mahu! Dia yakin hal ini. Tetapi dia tidak ada pilihan. Jika benar suaminya ini memang akan bahagia dengan pilihan keduanya, kenapa dia harus menentang hasrat suaminya? Wahai suami, buatlah apa yang patut!

Saiful pun satu hal juga. Boleh-boleh pula dia mengucup tangannya tadi. Malangnya ada pula orang yang mengambil gambarnya. Entah siapakah yang telah mengambil gambarnya tadi dengan Saiful.

Saiful pun satu hal juga. Eh, memang sakit benar hatinya.

“Siapa yang tidak kisah bang?” soalnya perlahan. Mata marah lelaki itu dipandang tegang.

“Pandai marah, tapi tengok ni? Siapa yang sedang pegang lengan lelaki lain tu? Sedang berkucupan tangan ni siapa? Saya?” soal suaminya bagaikan polis garang. Dia memandang dekat-dekat telefon suaminya itu. Memang ada gambar di situ. Gambar dia sedang memegang lengan Saiful. Dia tidak ada pegang lengan Saiful. Sekalipun dia sudah diceraikan nanti, dia tidak akan lapar sehingga bertindak bukan-bukan begitu.

Ya Saiful. Saiful pandai-pandai cium tangannya. Tetapi dia cepatcepat mengakui yang dia sudah berkahwin. Kenapa lelaki ini dia tidak mahu mendengar dahulu kata-katanya? Kenapa lelaki ini tidak mahu berunding baik-baik dengannya?

“Abang silap! Saya tahu gambar ini sudah diedit! Saya tahu orang yang membenci saya yang hantar gambar ini! Kenapa pula saya yang jadi mangsa? Saya takkan buat perkara ini bang! Kawan baik saya tu pula suka hati aje mengucup tangan saya!” katanya tidak mengakui apa yang dilihatnya itu. Ini adalah kesilapan baginya. Lelaki itu ketawa.

“Sekarang awak pula nak nafikan apa yang sedang awak tengok?” soal lelaki ini. Kali ini dia bukan lagi bercakap dengan suaminya tetapi dia sedang berdepan dengan siasatan polis.

“Memang saya nafikan! Saya tak buat ni bang! Ada seseorang yang buat ni bang!” katanya. Air matanya sudah bergenang di pipinya. “Tapi gambar ini sudah menunjukkan awak memegang lengan dan mendekatkan muka dengan kekasih awak ni!” kata suaminya menunjukkan gambar yang lain pula. Dia kelihatan sedang tersenyum mesra dengan kawan baiknya Saiful. Dia geleng. Bergenang sudah air matanya.

“Tak, ini tak benar bang! Saiful bukan kekasih saya! Kekasih saya tak de! Saya tak de kekasih bang! Percayalah saya!” jawabnya. Dia sudah difitnah. Kali ini dia sudah difitnah oleh suaminya sendiri.

“Kalau tak benar, kenapa ada gambar begini?” soal suaminya. Benar, suaminya tidak mahu percayakan dia sekarang. Dia menggeleng. Dia memang tidak pernah berbuat sesuatu yang melampau begini.

“Kalau abang tak percayakan saya, abang balik lah sekarang. Sudah tak ada gunanya saya nak terangkan kepada abang, memang saya ni tak ada gunanya kepada abang. Jadi bang, silakan keluar. Jangan cari Nuha lagi. Anggaplah kita sudah tak de apa-apa bang! Saya tahu abang pun tak kisah kalau saya tak wujud di sisi abang!” Katanya sudah membukakan pintu untuk suaminya. Bertukar wajah suaminya itu.

“Baik Nuha, maafkan abang, sila terangkan. Kenapa Nuha bertemu dengan lelaki lain sedangkan abang memang sedia nak ambil Nuha tadi?” soal suaminya sudah bersuara perlahan. Air matanya sudah mengalir bagaikan titis hujan lebat.

“Perlukah abang pertikaikan kejujuran saya bang? Selama ini saya sudah berikan abang kebenaran untuk menikah lain. Abang sepatutnya sudah menikah dengan kekasih abang. Saya sedia tanda tangan borang nikah abang, jangan pula abang nak tuduh-tuduh saya buat serong di belakang abang tahu!” Katanya cuba menerangkan betapa lurusnya hatinya terhadap suaminya ini. Kalau lelaki ini masih tidak mahu mempercayai dia, itu terpulanglah. Dia sudah memberikan hak yang sepatutnya kepada suaminya itu.Lelaki itu masih memandang dirinya dengan garang.

“Kalau abang tak nak menikah dengan gadis lain, jadi awak boleh bersuami lain pula? Begitu?” soal lelaki itu seperti sudah salah sangka. Dia geleng. Bergenang air matanya. Ia bagaikan gunung berapi yang hendak memuntahkan laharnya. Sedihnya dia sukar hendak dikatakannya dengan kata-katanya. Suaminya benar-benar sudah melampau.

“Siapa nak kahwin lain bang? Kalau abang nak kahwin lain silakan! Sudah saya katakan sudah lama saya benarkan! Saya sedar siapa saya di hati abang!” katanya. Aliff Hakimi kusutkan rambutnya. Mungkin lelaki ini juga tidak rela jika disuruh nikah dengan gadis lain. Hubungan mereka makin akrab tetapi kenapa pula tiba-tiba mereka difitnah begini?

“Oh awak dah sempat bercinta selama ini? Begitu pula awak selama ini ya?” soal Aliff Hakimi pula. Dia geleng. Dia tidak bercinta dan tidak berniat hendak bernikah dengan lelaki lain kecuali selepas suaminya ini melepaskannya. Itu pun jika hatinya terbuka hendak bersuami lain semula.

“Tak bang, saya tak berniat pun nak nikah dengan lelaki lain. Lelaki tadi Saiful, kawan baik saya semasa di maktab dulu. Dia rupanya menganggap saya masih tak dimiliki sesiapa. Rupanya saya dah kahwin.

Barulah dia faham.” Katanya menerangkan hal yang sebenarnya. Lelaki itu mengurangkan kemarahannya. Pandangan mereka bertaut. Tetapi pandangan suaminya masih mengandung bara marah. Dia tahu lelaki itu masih marahkan dirinya.

“Oh Saiful nama kekasih awak ya!” kata suaminya. Dia geleng. Lelaki itu bukan kekasihnya. Kalau dia ada kekasih, sudah lama dia mohon cerai dari suaminya yang tidak mempedulikannya selama ini. Buat apa dia mahu tunggu suaminya ini kalau memang terang-terang lelaki ini tidak menyukainya?

“Terpulanglah kalau dia mahu percaya atau tidak bang. Saiful bukan kekasih saya bang. Kalau boleh abang nombor telefonnya dan hubungi dia. Abang tanyakan sendiri tentang hubungan kami! Saya pasti abang akan dapat kepastian!” Katanya tenang. Lelaki itu menggeleng lagi.

“Susah nak percaya.” Jawabnya perlahan. Dia terkejut dan pandang suaminya. Sampainya hati!

“Ya saya tak peduli kalau abang tak percaya. Saya tak mampu nak buat apa-apa. Saya hanya mahu bersikap jujur dengan abang. Tapi kalau abang tak mahu percayakan saya, siapalah saya bang!” Katanya.

“Kasihan pula boyfriend awak tu Nuha.” Dia diam. Suaminya mengendurkan suaranya. Apa yang sebenarnya suaminya mahu sekarang? Kenapa dia tidak beransur keluar sahaja dari ruang biliknya yang agak sempit ini?

“Nak kasihan buat apa. Memang saya ni dah kahwin, buat apa saya nak menipu dia yang saya ni belum kahwin.” Katanya.

“Pandailah awak nak berlakon pula depan saya! Tadi bukan main lagi awak kan?” kata lelaki itu. Sakit dadanya.

“Saya tak berlakon bang,” katanya. Mahu sahaja dia menangis di sini. Namun di depan lelaki ini dia tidak mahu memperlihatkan kelemahannya. Biarlah hatinya sedih, Tuhan sahaja yang tahu!

“Tak berlakon konon!” kata suaminya. Dia pandang wajah kacak yang sudah tidak kacak itu betul-betul.

“Baiklah bang, sekarang abang boleh keluar dari bilik saya ni!” katanya membuka pintu dan mempersilakan suaminya keluar.

“Awak halau saya?” soal Aliff Hakimi. Dia angguk. Dia tidak mampu memujuk suaminya lagi. Dia sudah terlambat hendak solat Asar. Jadi ada baiknya kalau dia minta lelaki ini keluar dengan segala hormatnya.

“Ya silakan keluar bang! Tidak ada gunanya abang ada di sini kalau hanya hendak bertekak dengan saya! Saya dah beritahu abang apa yang sebenarnya. Lebih baik abang keluar kalau abang tak percayakan saya! Assalamualaikum bang!” katanya menolak tubuh tegap lelaki itu. Dia tidak mahu membiarkan suaminya ini berlama-lama di biliknya. Hatinya sekeras kerikil!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience