Chapter 80

Romance Completed 28069

Bab 80

Dia tidak tahan lagi menahan perasaannya. Dia tidak mahu terlalu asyik hendak duduk sahaja di bilik apartmen hotel suaminya ini seorang diri. Dia rasa hari ini dia agak sihat. Dia mahu pergi menghadiri kuliah. Dia berharap agar dia tidak muntah-muntah teruk hari ini. Dia mengusapusap perutnya dan bercakap-cakap dengan anak di dalam perutnya agar tidak membuat hal ketika dia kuliah nanti.

“Anak mama kena kuat tahu. Anak mama kena tolong mama. Mama nak hadiri kuliah hari ini. Mama mesti buktikan pada papa yang mama ni kuat dan sihat. Jadi papa akan tinggalkan kita kat sini. Mama akan sambung belajar nanti!” katanya mengusap-usap perutnya. Kemudian dia mengambil beg sandangnya. Asniah dan dua orang kawan serumahnya sudah menunggunya di bahagian lobi hotel ini.

Suaminya pula masih tidur. Dia hanya bangun mengerjakan solat subuh tadi. Dia pula asyik bermesej dengan kawannya Asniah. Dia mahu datang ke kuliah pagi ini. Kawan-kawan lain sudah mula menduduki ujian bahasa Inggeris. Dia pun mahu menduduki ujian itu. Dia mahu tahu sejauh mana tahap diri kecemerlangannya berbahasa Inggeris.

“Sayang bersiap ni nak ke mana ni?” terkejut bukan main dia. Dia ingatkan suaminya tidur. Suaminya sudah duduk di birai katil dengan mata membuntang besar. Mungkin dia kepenatan kerana semalam seharian dia menguruskan cutinya selama satu dua semester. Malu sungguh dia. Baru sahaja masuk sudah ambil tahu. Kalau dia berhenti terus pun lelaki ini sanggup bayar. Ah, banyak sungguh pula wangnya. Macam dia tidak sampai hati pula.

“Nak gi kuliah bang!” katanya. Sudah duduk lelaki itu. Mungkin terkejut melihat dia yang sudah bersiap-siap hendak bergerak. Tidak tahan juga dia duduk di bilik sahaja dan sesekali makan dan bersiar-siar di kawasan western ini.

“Kuliah?” dia sudah bangun dan mendekatinya yang sudah bersedia di pintu biliknya itu. Bulat mata itu. Dia pula sudah terketar dalam diam.

“Ya bang.” Jawabnya. Lelaki itu sudah tidak peduli. Beg tangannya diletakkan.

“Tunggu abang.” Dia pula membuntangkan matanya. Hairan dengan apa yang suaminya hendak buat.

“Abang nak buat apa ni?” soalnya. Rasa bersalah mengganggu diri.

“Nak temankan sayang lah! Nak jumpa pensyarah sayang dan nak minta surat berhenti sayang.” Bertambah bulat mulutnya dan matanya mengembang macam mata gergasi. Memang dia sangat takjub dengan apa yang sudah suaminya rancangkan itu.

“Tak nak!” jawabnya dengan muka masam. Dia memang tidak mahu buat hal sebagai siswazah baru di Universiti Dublin ini. Sudahlah dia masuk ke sini dengan susah payah, suaminya sesuka hati pula hendak menyuruhnya keluar dari sini dan menggantikan dengan universiti yang lain. Patutkah tindakan suaminya pada ketika ini?

Mungkin suaminya ada alasan yang tersendiri untuk memintanya berhenti dari belajar di sini. Bukan mungkin tetapi pasti. Hanya kerana dia disahkan hamil enam minggu. Dia tidak dapat terima itu adalah sebab utama kenapa suaminya ini hendak memberhentikan pengajiannya. Siapa yang mahu? Selama ini pun banyak masa dan wang ringgitnya sudah dihabiskan untuk menguruskan pengajiannya. Kenapa suaminya ini senang-senang pula hendak memberhentikannya?

Adakah lelaki ini tidak ada pertimbangan-pertimbangan langsung?

“Kita balik Malaysia dulu. Jumpa keluarga kita.” Benarkah tujuannya itu? Begitu suciniatnya, begitu? Dia tidak perlu berhenti belajar? Begitu? Bagus juga! Soalnya dalam hati.

“Kalau kita gugurkan kandungan saya ni boleh tak? Sebab saya tahu suami saya bukannya percayakan saya! Mesti abang tak nak juga anak yang saya saya kandung ini kan bang! Jangan-jangan abang tak percaya anak yang saya kandung ni anak abang!” katanya cuba hendak memancing suaminya. Tangannya terus dipegang. Matanya marah seperti harimau yang siaga bersedia hendak menelan mangsanya. Ah, dia tidak sanggup memandang mata yang sudah mengembang itu!

“Nak gugurkan? Tak, ini anak abang, bukan anak siapa-siapa. Abang ingat lagi malam sayang pergi ke rumah keluarga abang malam itu, lebih sebulan yang lalu. Itu malam pertama kita kan sayang,” soalnya dengan mata membuntang dan suaranya jelas kedengaran di telinganya. Berbulu telinganya mengingati malam pertama mereka. Malam yang sepatutnya dinikmati lama dahulu seperti pasangan yang baru bernikah. Dia menutup matanya. Sakit hatinya dengan pengakuan lelaki ini. Namun dia tetap gembira jika dia mahu mengakui anak yang dia kandung ini adalah anaknya. Sebak mencucuri hatinya.

“Tak.” Katanya nekad.

“Nuha dah gila?” soalnya dengan menjegilkan matanya. Dia tidak gila. Bersama dengan suaminya yang memang terang-terang tidak mencintai suaminya, buat apa dia hendak menerima kehadiran suami dan orang baru dalam hidupnya ini?

“Tak gila!” katanya perlahan. Matanya sudah bermandikan air mata.

“Sayang, tolong dengar cakap abang kali ini. Kalau pun sayang merajuk sebab tak pedulikan sayang sebelum-belum ni, please give me a chance! I will be you truth husband, please sayang.” Kata suaminya ini. Dia kasihan kalau suaminya sudah hampir sujud di kakinya. Dirinya ini siapa? Lelaki di depannya ni siapa? Sepatutnya isteri yang mesti sujud kepada suaminya dan bukannya Aliff Hakimi. Aduhai, memang dia berdosa kalau begini!

“Bangun bang!” katanya menarik tangan suaminya. Air matanya bagaikan air hujan lebat menuruni lurah pipinya.

“Tak nak!” suaminya mengeraskan tangannya. Dia pula tidak berdaya menarik suaminya. Dia menarik tangan suaminya sekuat hatinya. Apa yang berlaku? Dia sendiri pun terduduk di depan suaminya.

“Abang!” suaminya sudah memeluknya. Hairan pula dia. Dia tidak mencium bau-bauan suaminya. Sebaliknya mereka berpelukan dan saling menangis.

“Maafkan abang. Jika kerana anak kita ni sayang nak gugurkan, abang sanggup melutut sujud di depan sayang sampai sayang menerima kata maaf abang. Abang minta maaf, memang selama ini semuanya khilaf abang, tak jaga sayang macam suami lain menjaga isterinya. Maafkan abang, memang abang salah! Tapi nak gugurkan kandungan sayang, abang tak rela, ia anak kita, hasil kasih sayang kita berdua sayang,” bisik suaminya di telinganya. Syahdu terasa perasaannya pada pagi ini.

Namun terkenangkan Asniah, matanya terbuntang dan badannya mahu sahaja terkejang. Apa tidaknya, sudah berapa lama kawan seperjuangannya itu hendak menunggunya di lobi? Soalnya dalam hati.

Dengan susah payah dia berdiri.

“Sayang nak ke mana ni? Sayang tak maafkan abang lagi!” kata suaminya yang sudah menarik tangannya. Dia terduduk semula. Mereka berpandangan.

“Abang, saya beri abang peluang tapi beri saya peluang sambung belajar di sini,” dia bermain tarik tali pula dengan suaminya. Suaminya menggeleng. Apa lagi syaratnya yang tidak dipenuhi? Soalnya dalm hari memandang suaminya dan tangannya yang masih dipegang erat oleh suaminya ini?

“Kenapa tak boleh?” soalnya dengan kening berkerut.

“Bagaimana abang nak jadi suami mithali untuk sayang kalau sayang nak sangat berjauhan dengan abang? Jadi, abang minta terima abang dan kita balik dulu ke Malaysia. Mama tak sabar jumpa menantu dan cucunya!” kata Aliff Hakimi. Dia angguk tetapi dia tetap masih waswas dengan suaminya. Lebih setengah tahun mereka bernikah tetapi suaminya suka buat hal. Macam-macam hal dia buat semata-mata kerana tidak sukakan dirinya. Selalunya perempuan yang suka buat hal, ini tidak. Suaminya pula buat hal. Itu yang dia hairan. Sungguh hairan. “Ya kita balik dulu. Nanti saya pujuk mama agar lepaskan saya belajar di sini semula. Abang lahyang kena pindah pula ke sini!” katanya kepada suaminya.

“Lepas sayang bersalin nanti boleh, tetapi sekarang kita kena balik dulu. Minta restu mak ayah kita! Sayang larikan diri kan?” kata Aliff Hakimi. Dia tersengih.

“Mana ada!” katanya. Dia butangkan matanya melihat telefonnya. Asniah sudah menghubunginya sejak setengah jam yang lalu. Ke mana kawan baiknya? Soalnya sendiri. Dia tidak pun meninggalkan mesej di telefon atau di mesengernya. Itu yang dia risau sangat.

“Abang nanti kita bincang lagi. Saya nak cari kawan saya di lobi dulu.” Katanya yang sudah melihat beberapa missed call dari kawan senegaranya itu. Tentu Asniah akan marahkan dia. Dia tekan nombor Asniah. Tetapi sayang, Asniah sudah menutup telefonnya.

“Sayang, kita rehat dulu. Sayang tu bukannya sihat. Kita sarapan dulu!” membuntang matanya. Dia tidak sangka suaminya yang disangkanya sedang tidur itu rupanya sudah membuat perancangan untuknya.

“Abang! Kelas kami dah start!” katanya hampir menjeritkan suaranya.

“Jangan nak degil kat abang! Esok atau lusa kita akan balik ke Malaysia! Jangan awak nak pandai-pandai nak belakangkan keluarga kita Nuha.” Kali ini tegas sungguh suaranya. Mahu bertegas lah tu!

“Baiklah! Abang buatlah apa yang patut! Saya ikut aje!” katanya yang sudah merajuk kepada suaminya. Suaminya sudah tersenyum kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience