Chapter 82

Romance Completed 28069

Bab 82

“Kenapa keluar tak inform abang?” soal Aliff Hakimi berbisik-bisik kepadanya. Dia tahu lelaki itu marah. Matanya marak namun suaranya perlahan. Jarak antara hotel apartmen mereka dengan rumah sewa mereka ini tidak berapa jauh. Ia hanya sekitar dua kilometer. Dia pun menahan teksi menuju ke rumah sewanya.

“Maaflah bang. Saya nak kemas barang kat sini tak nak

menyusahkan abang. Lagipun abang jangan risau, Perth Bandar raya yang selamat dan penduduknya memang berakhlak baik kat sini. Abang jangan risau,” katanya yang mengetahui tentang kebaikan berada di Perth Australia. Terbuntang mata Aliff Hakimi. Suaminya mengikuti dia masuk ke dalam biliknya.

“Kenapa suka sangat bertindak sendirian ni? Kalau ada apa-apa berlaku kepada awak macam mana? Kalau jatuh kat jalan macam mana? Siapa yang susah? Abang jugakan?” soalnya bertalu-talu macam peluru tak kenal manusia. Dia terdiam seketika. Dia melihat suaminya ini kelam kabut hendak bertemu kawan baiknya Hafiz. Mungkin Hafiz hendak bekerja tadi. Jadi dia tidak sampai hati hendak menyibuk dengan urusan suaminya. Apa salahnya dia bertindak sendirian?

“Maafkan saya bang! Saya tak sengaja. Selama ini saya memang biasa sendirian, tak de sesiapa temankan saya bang!” Katanya. Mereka sudah masuk ke biliknya. Aliff Hakimi cepat-cepat mengikutinya. Dia sudah pun menyediakan barang-barangnya tadi. Suaminya hanya perlu memanggil teksi sahaja.

“Lain kali jangan nak buat macam tu. Dulu sayang sendirian sekarang sayang dah bawa anak kita dalam perut sayang ini. Abang bimbangkan sayang dan anak kita ni,” tangan dia dah mula jadi ulat bulu dah! Tangan Aliff Hakimi sudah mengusap-usap perutnya yang

memangnya masih kempis ini. Aduhai, kenapa lelaki ini tidak serik-serik kalau dia muntah lagi tercium bau badannya? Aliff Hakimi tolong hatihati! Bisiknya sambil tarik nafas payah.

“Ya, lain kali saya takkan buat lagi! tolong tangan tu, pindahkan dari perut saya! Kalau saya muntah, siapa yang susah? Abang jugakan?” katanya cuba mengalih perhatian lelaki ini terhadap tangan lelaki itu yang masih ralit mengusap perutnya.

“Ah, abang tahu hari ni sayang tak muntah pun! Hari ni baby dah sihat kan?” bisik suaminya di perutnya pula. Dia semakin geli. Dia bukan mengerti mahu larikan tangannya malah makin seronok mengusapnya pula. Dia pula sejak tadi menahan geli. Mahu terkencing pun ada.

“Pandai lah abang!” katanya menolak tangan lelaki itu.

“Memang abang pandai macam anak abang yang bakal lahir,” bisiknya lagi di perutnya.

“Jadi urusan dah selesai?” soalnya. Lelaki ini datang dengan sampul suratnya. Mungkin ada dokumen yang sudah dia tandatangan. Dia tidak tahu.

“Ya urusan dah selesai. Alhamdulillah. Nasib baik tak banyak songeh!” kata lelaki itu. Sampul surat sudah dia letakkan di atas katil bujangnya itu.

“Syukurlah. Tapi kasian sayalah! Susah payah datang sini tak dihargai!” katanya sayu. Lelaki itu sudah berdiri dan memeluk tubuhnya. Apa makna pelukan ini? mahu sahaja air matanya mengalir tetapi ditahannya selagi mampu!

“Sayang, bukan sengaja abang nak berhentikan sayang dari sini. Abang bimbang isteri dan anak abang tak boleh nak kuasai pelajaran nanti! Itu yang abang ni buat macam tu! Nanti kalau sayang dah sihat sayang boleh sambung belajar pun!” katanya. dia meleraikan pelukan lelaki itu. Dia tidak mahu termuntah lagi akibat tercium bau badannya.

“Sekarang kan saya dah sihat. Saya dah beritahu mak saya yang saya nak teruskan pelajaran di sini!” katanya.

“Boleh sayang tapi bukan sekarang!” kata suaminya ini dengan penuh keyakinan. Dia tahu dia sudah tidak ada harapan lagi balik ke sini menyambung pelajarannya. Dia yakin ini kali terakhir dia akan berada di bumi kangaroo ini.

“Bila?” soalnya lemah. Dia tahu suaminya hanya hendak menggula-gulakannya seperti member gula-gula kepada anak-anak

kecil.

“Selepas sayang bersalin dan habis pantang!” kata suaminya penuh yakin.

“Ya lah tu!” katanya tidak percaya.

“Err mana beg-beg sayang?” hanya ada dua buah beg yang ada. Kasihan sungguh. Dia tidak banyak membawa pakaian ke sini. Dia tahu dia akan membeli banyak pakaian di sini jika dia ada masa nanti.

Sekarang dia betul-betul sudah suntuk waktu!

“Tu bang!” terbuntang mata suaminya.

“Hanya dua buah beg kecil ni?” dia angguk. Dia tidak membawa

beg besar. Sengaja dia tidak mahu menyusahkan dirinya.

“Macam tak percaya pula!” kata suaminya.

“Kena percaya!” katanya. mereka berdua saling bertukar senyuman.

“Teksi dah tunggu kat bawah tu!” katanya apabila dia menyambut panggilan telefon dari seseorang. Rancak sahaja suaminya bercakap. “Ya lah!” dia terus mengambil beg tangannya dan sebuah beg kecil yang memuatkan semua dokumen perjalanan dan dokumen penting mengenai dirinya. Suaminya menyuruh dia menunggu di biliknya sementara dia mengangkat barang-barangnya ke bawah.

“Jalan elok-elok Nuha!” kata Asniah yang baru keluar dari biliknya. Mereka berpelukan sekali lagi. Pasti dia akan merindui kawan serumah barunya ini sekalipun hanya beberapa hari mereka sempat bersama.

“Kamu berdua jaga diri ya.” Pesannya. Asniah tersenyum dan

mengangguk. Dia turut tersenyum lagi.

“Kau yang kena jaga diri dengan baby!” kata Asniah sudah

memegang perutnya. Hampir dia terjerit. Mira Haslindah tidak kelihatan di mana-mana. Mungkin dia sudah keluar ke kuliah.

“Mira mana?” soalnya hairan.

“Mandi.” Jawab Asniah.

“Kirim salam kat dia. Suami aku dah di pintu tu! Nanti kita jumpa lagi!” katanya berpelukan sekali lagi. Suaminya hanya memerhatikan mereka.

“Ya insya Allah kita akan jumpa lagi sayang! Nanti kami akan rindu kat Nuha!” kata Asniah. Dia sudah berdiri di depan pintu menunggu suaminya. Dia tidak mahu orang lain tertunggu-tunggu akan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience