Chapter 42

Romance Completed 28069

Bab 42

“Wah, pengantin baru turun siap berpegangan tangan lagi. Ini memang ada cerita best semalam ni!”kata Datuk Adnan apabila sahaja mereka masuk ke ruang makan itu. Papa mertuanya sedang duduk di kerusi panjang di kawasan dapur itu. Dia sudah berasa segan. Mukanya mula membahang. Baru sahaja lega sebentar tadi. Mereka macam pakatpakat hendak kenakan dia pula. Emak mertuanya juga sudah tersengihsengih memandang mereka. Tangannya cuba ditarik dari genggaman suaminya tetapi suaminya semakin mengemaskan pegangannya. Pembantu rumah pula tertoleh-toleh ke arahnya. Mungkin sebab dia baru di sini. Aduhai!

“Papa ni pandai-pandai aje tahu! Best tak best biarlah hanya pada pengetahuan mereka,” kata mamanya. Aliff Hakimi hanya tersengihsengih di sisinya. Sekarang mereka sudah duduk berdepan.

“Tak pe, papa hanya bergurau kan sayang!” kata Aliff Hkimi pula. Dia mengangguk.Sudah banyak kali mukanya membahang di depan suaminya ini. Mereka ini seperti baru sahaja semalam menikah. Padahal tarikh nikah mereka sudah lama meninggalkan mereka.

Dia segan sekali diusik-usik begitu. Dia tidak pernah ke sini sebelum ini. Kalau orang lain tahu mengenai perkahwinannya yang aneh ini, memang amat memalukannya. Dia sendiri yang malu.

“Ya papa, mama, saya ok aje.” Jawabnya selamba. Aliff Hakimi sudah mengenyitkan matanya. Dia lebih terkesima dan mukanya sudah membahang. Kenapa sejak tadi mukanya ini membahang dan dadanya tidak habis-habis bagaikan dipalu dengan kuat. Aduh!

“Seronoklah kan dapat kahwin dengan orang berada, berpangkat pula tu!” bisik Aliya Mastura di sisinya. Dia diam. Matanya terbuntang tegang. Mahu sahaja dia tuangkan air milo panas ini di kepala kakak iparnya namun dia tidak mahu menghuru-harakan keadaan. Dia memilih diam. Biarlah kakak iparnya ini.

“Bagaimana tidur semalam Nuha, nyenyak tak? Aliff tak ganggu menantu mama ni? Kasihan menantu mama ni!” soal mama mertuanya apabila mereka sudah duduk berdepan dengan suaminya. Mama mertuanya duduk di sisinya. Sekali lagi mukanya membahang. Soalan itu juga yang mereka tanyakan. Apa yang dia hendak jawab? Dia pandang suaminya. Suaminya hanya mengulum senyum. Takkan suaminya itu hendak berdiam diri sahaja tanpa mahu membantunya menjawab? Aduh, malunya.

“Err, nyenyak mama,” jawabnya perlahan. Padahal tidurnya bagaikan tidak cukup akibat perbuatan suaminya ini. Sukar dia hendak menjelaskan dengan kata. Suaminya pula sudah senyum sumbing menghadapi papanya. Mama tersenyum. Tersenyum penuh makna tu!

“Betul anak mama tak kacau Nuha? Anak mama ni mama tahu agak nakal juga!” soal Datin Hamidah lagi. Dia geleng lagi. takkan dia hendak beritahu suaminya dan dia sudah …argh… ia sesuatu yang sangat memalukan.

“Ah mama ni ke situ pula dia. Saya ni mana pandai nak kacau isteri mama. Tengok Nuha yang kacau saya mama!” bertambah berderau darahnya mendengar jawapan suaminya. Membulat matanya. Sakit hati pun ada. Adakah dia kata dia yang kacau? Aduh mana nak letak mukanya yang semakin panas ini? Hatinya pun geram sungguh mendengar kata-kata ejekan suaminya! Mama dan papa mertuanya sudah ketawa dengan kuat. Bertambah panas mukanya.

Mama mertuanya menyambut mereka dengan ramah. Hanya kelihatan ibu bapa mertuanya. Tidak kelihatan adik beradik suaminya yang lain di ruang dapur itu.

“Mestilah lena, kan pengantin baru, kan Nuha?” papa mertuanya pula menyahut. Bertambah-tambah segannya di ruangan kegemaran keluarga suaminya itu. Mak cik Onis pula hanya tersengih-sengih sambil menghidang makanan. Bertambah dia segan. Segan sangat.

“Ya papa. Abang Aliff ni mengada betullah. Mana ada Nuha yang kacau dia ni mama! Abang ni mengada betullah!” jawabnya pula. Mereka serentak ketawa. Dia sudah menahan muka kemerahan.

“Janganlah diganggu isteri saya ni mama, papa, isteri saya dah merah muka ni! Dia ni pemalu mama! Kasihan dia!” kata Aliff Hakimi yang mula membelanya. Sejak tadi bukan main dia diganggu. Bukan sedikit gangguan. Gangguan besar-besaran. Aduhai!

“Silakan minum Nuha, Aliff. Mama tak sempat nak masak apa-apa.

Mak cik Onis masak mee goreng dan buat kuih ketayap aje.” Kata Datin Hamidah. Air milo sudah sedia dituangkan ke gelas masing-masing.

“Tak pe mama, yang ni pun dah ok mama.” Katanya.

“Silakan minum.” Kata papa pula. Dia menghirup milo yang sudah ada di depan mata. Mak cik Onis sudah menghidangkan milo kepada mereka berempat. Mungkin sebab dia haus, dia minum dengan banyak walaupun air milo itu agak panas.

“Lepas ni Nuha tinggal sinilah. Sementara kalau Aliff ada urusan kerja di luar kawasan. Tapi mama ingat nak minta Aliff dan Nuha tinggal sini aje lah. Mama bukannya ramai anak, hanya tiga orang aje anak mama, kan papa?” kata Datin Hamidah. Mahu tersembur air milo di mulut Nuha Qarina. Mata Aliff Hakimi sudah marak memerhatikannya. Mata Aliya Mastura pun agak berbulu mendengar kata-kata mamanya itu. Kenapa pula perlu tinggal di rumah mereka?

“Ya Nuha, Nuha dan Aliff tinggal sini ajelah. Nak tinggal mana lagi. nanti kalau cucu kami dah ada, tak lah susah nak cari pembantu. Di sini semua lengkap kan mama?” kata papa mertuanya. Mereka bagaikan sehati sejiwa memujuknya agar tinggal di sini. Ya Allah, apa yang hendak dia jawab ni? Bagaimana dengan rencana belajarnya ke luar Negara? Dia tidak mahu rencananya gagal.

“Tinggal sini?” soalnya spontan. Matanya sudah membulat. Agak terkejut dengan pelawaan mama mertuanya.

“A’ah tinggal sini lah Nuha. Sekolah Nuha mengajar tu tak jauh dari rumah mama ni!” kata Datin Hamidah. Kenapa selama ini dia tidak dipedulikan? Sekarang dia ditatang bagaikan minyak pula. Apa yang sudah jadi ni? Soalnya dalam hati.

“Oh…” dia terlopong. Matanya masih membulat.

“Kenapa pula terkejut, tak setuju?” dia spontan menggeleng. “Bukan begitu mama, Nuha setuju aje tu mama,” kata Alliff Hakimi sudah menjawab bagi pihaknya. Sakit pula hatinya. Tetapi kalau dia menjawab, takkan dia nak cakap yang dia setuju? Huh! Memang dia tidak mahu lah tinggal di rumah macam istana ini! lebih baik dia duduk di rumah sewanya sahaja. Dia lebih selesa. Namun dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab lagi.

“Jadi? Setujulah Nuha ini?” soal papa pula. Dia sekali lagi terganggu. Mee goreng yang dia kunyah pun bagaikan mee keras yang kering dan sukar masuk ke dalam mulutnya. Apa yang dia hendak jawab ni? Takkan suaminya hendak bantu dia menjawab?

“Errr, nantilah saya akan fikir dulu mama.” Katanya takut-takut. Dia takut mama dan papanya akan tersinggung.

“Hai, tadi dah setuju, kenapa nak fikir pula?” soal papa mertuanya. Dia berasa serba salah.

“Nantilah kita bincang semula mama. Nuha macam tak kenyang pula mama.” Kata Aliff Hakimi. Dia angguk. Nasib baik ada suaminya. Itu pun suaminya kenyit mata kanan kepadanya lagi. Lelaki ini pun satu.

Asyik mengusik sahaja kerjanya!

“Hari ni kamu tak ke mana-mana kan?” soal papanya. Dia angguk. Dia malas mahu ke mana-mana. Seboleh-bolehnya dia mahu balik ke rumah sewanya. Kawan baiknya keseorangan di rumahnya. Tetapi bagaimana dia mampu memberitahu yang dia mahu balik ke rumah sewanya?

“Hari ini kami nak ke 1B papa.” Kata Aliff Hakimi pula. Dia geleng. Isu retak di kawasan itu belum selesai lagi. Dia tidak berani hendak pergi ke sana.

“Retak bangunan tu Aliff. Tak selamat untuk kamu nak pergi ke sana.” Kata mama. Dia angguk lagi. Memang dia setuju dengan katakata mama mertuanya. Suaminya seperti ada syer pula di bangunan 1 Borneo itu. Dia berkeras hati hendak ke pusat membeli belah yang agak besar dan ternama itu.

“Sikit je tu mama!” jawab Aliff Hakimi pula. Dia jeling suaminya. Memang suaminya ini agak degil juga. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. Lebih baik dia diam. Berkata-kata belum tentu menyelesaikan masalah.

“Kita pergi ke Kundasang lah pagi ni, kita honeymoon kan mama!” kata papa mertuanya. Mukanya sudah membahang semula. Dia segan pula. Aliff Hakimi pula sudah tersenyum gatal kepadanya.

“Boleh juga papa. Nuha pun dah setuju.” Kata Aliff Hakim memandai pula dia. Sakit hatinya. Dia cari kaki Aliff Hakimi di bawah meja. Dia tendang kaki itu. Baru dia tahu.

“Eh siapa tendang kaki papa?” soal papa. Muka Nuha Qarina sudah memucat. Disangkanya kaki suaminya, rupanya kaki bapa mertuanya. Mereka berpandangan. Mukanya sendiri sudah membahang. Suaminya masih memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir dan mukanya sudah seperti udang kepanasan akibat disalai!

“Err, maafkan saya papa. Tak sengaja.” Katanya kepada papa mertuanya. Aliff Hakimi masih dengan senyum gatalnya. Kali ini bukannya mukanya sahaja yang memerah malah seluruh tubuhnya menggeletar. Segan kerana tertendang kaki papa mertuanya. Aduhai mana nak letak muka!

“Oh tak apalah kalau menantu papa yang tendang kaki papa. Papa suka aje!” Kata papa mertuanya. Bertambah panas mukanya. Dia tunduk memandang lantai marmar yang cantik berwarna biru dan merah hati itu. Tidak tahu apa yang hendak diktakan lagi. dia sangat malu ketika ini. kenapa pula dia tertendang kaki papa mertuanya. Kaki suaminya di mana pula. Bukankah mereka yang duduk berdepan kenapa begitu jauh pula kaki suaminya? Huh, dia sudah malu tersangat!

“Kenapa muka sayang ni dah merah ni? Sayang tersalah tendang kaki papa ya sayang? Tak pe,kaki abang sudah abang turunkan!” kata Aliff Hakimi pula. Ya Allah, memang dia sudah mahu pengsan kalau begini.

“Ah, janganlah kita buang masa. Sekarang ni kita buat persediaan dan kita pergi Kundasang. Tiga hari dua malam kita di sana. Papa dah sedia book tempat sebenarnya.” Kata Datuk Adnan selamba. Dia pula masih tidak berani memandang mata papa mertuanya. Dan, rancangan hendak ke Kundasang memang jauh tersasar daripada rencananya yang sebenar. Kalau suaminya yang ajak tadi dia memang akan tolak habis-habisan. Sekarang papa mertuanya yang berhabisan mengajak mereka, apa yang dia boleh cakap? Adui…

“Sayang, lepas sarapan kita naik atas kemas barang abang dan pergi rumah sayang ambil pakaian sayang. Ok sayang?” soal suaminya. Dia hanya angguk.

Dalam hati dia sangat merungut namun dia tidak mampu hendak memberikan jawapan.

“Sayang macam tak gembira? Nak balik kampung?” soal Aliff Hakimi.

“Tak… tak bang!” katanya. Gugup dia seketika. Makan diteruskan. Namun hatinya bagaikan bergendang hebat.

Masih dia teringat betapa malunya dia kerana tertendang kaki papa mertuanya. Suaminya ini pula boleh buat selamba ketika dia berasa sangat malu kerana tersepak kaki papa mertuanya… aduhai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience