Chapter 49

Romance Completed 28069

Bab 49

“Assalamualaikum mak!” dia memasuki halaman rumah emaknya. Dilihatnya emaknya sedang membelai bunga-bunga di taman mininya.

“Ya Allah, nak kau balik nak? Mari nak, mari naik nak. Lama Nuha tak balik rumah. Macam tiga bulan lamanya kan!” Kata emaknya yang sedang sibuk itu. dia menyalami tangan emaknya dan memeluk bahu emaknya itu. mereka berpelukan seketika. Barangkali kerana lama tidak berjumpa menyebabkan emaknya semakin kerinduan.

“Minggu lalu mak ada telefon Nuha ya? Kebetulan Nuha ada kerja nak buat, tak pula panggil mak balik. Maafkan saya mak! Nuha betulbetul sibuk mak!” kata Nuha Qarina perlahan. Lama mata mereka bertatapan. Jelas terpancar kerinduan di wajah tua emaknya itu.

“Ya, minggu lalu mak ada telefon Nuha tapi Nuha tak angkat. Nak cari Nuha mak tak tahu di mana. Jadi, mahu tak mahu mak terpaksalah tunggu Nuha panggil balik. Tapi sampai sekarang baru nampak muka

Nuha. nasib baik Nuha tak tukar nombor telefon!” kata emak perlahan. Sejak emak bersara dari tugasnya sebagai pembantu kerani lima tahun lalu, kerja emak hanyalah mengemaskan bunga-bunga di taman mininya ini.

“Saya sibuk sikit mak. Ada urusan yang nak diselesaikan tapi sekarang sudah selesai!” Katanya perlahan. Emak sudah membawanya duduk di kerusi panjang yang dibina oleh ayahnya di taman mini itu. “Urusan apa nak? Macam lain bunyinya!” kata emak Nuha, Puan Suria lagi. Emak Nuha termangu. Tambahan pula Nuha Qarina masih berdiam diri.

“Nuha, mak nak tanya sikit, kalau boleh?” Tanya emak Nuha, Puan Suria itu. Mata emak Nuha yang kuyu itu dipandangnya tajam. Ada kehairanan yang bersatu di dalam soalan itu.

“Apa yang mak nak tanya, Ya Allah takkan nak tanya dengan anak pun nak main minta izin lagi. Tanyalah mak!” kata Nuha Qarina perlahan. Wajah emaknya manis walaupun sudah agak berusia. Mungkin kerana air wudhuk yang sentiasa ada di dalam dirinya.

“Nuha, hujung minggu lalu, keluarga Aliff datang!” pup, bagai berhenti degupan jantung Nuha Qarina dengan kenyataan emaknya itu. Bulat matanya memandang emaknya yang sudah bersedia hendak bercerita itu.

“Apa urusan mereka datang mak? Macam nak meminang pula! Hairan saya!” kata Nuha Qarina lagi. Emak Nuha Qarina hanya memandangnya. Senyumannya hilang dengan serta merta.

“Mereka datang nak minta maaf nak. Mereka tak tahu apa yang telah berlaku. Mak pun cakap mak tak tahu apa-apa. Tiba-tiba Nuha datang sendiri ke sini beberapa bulan lalu dan mak tak tahu di mana Nuha. Aliff apatah lagi. Mereka kesal juga dengan apa yang berlaku!

Dan, segalanya tak patut berlaku!” kata emaknya Puan Suria dengan panjang lebar. Sedih sungguh dia dengan apa yang berlaku antara mereka.

“Mak, mereka dah tahu apa yang berlaku kepada kami?” soal Nuha Qarina ingin tahu apa yang sedang berlaku. Emak mengangguk. Jantungnya berdenyut laju. Dia tidak mahu mengingati semua yang terjadi sebelumnya. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu mengenai rumah tangganya yang agak pelik itu. Bagaimana ya?

“Aliff, anak mereka tu yang datang ceritakan kepada mereka. Tu lah mereka tahu. Macam Nuha juga. Mak tak mahu masuk campur walaupun anak mak terluka tapi apa boleh buat, mak tak boleh buat apaapa. Dah takdir! Benarkah dia hendak menikah lagi?” kata emaknya lagi yang bagaikan menerima kehendak takdir yang berlaku itu. Sebak hatinya dengan apa yang berlaku. Soalan terakhir emaknya menyebabkan dia bertambah sedih.

“Entah lah mak. Saya pun tak tahu kalau dia nak nikah lagi, tak faham sungguh!” katanya memberitahu yang dia tidak mahu masuk campur.

“Nuha setuju?” soal emaknya lagi. Kenapa soalan-soalan yang lahir dari mulut emaknya? Apakah emaknya mahu dia memberikan jawapan yang sejujurnya. Ya, sejujurnya dia tidak mahu lagi dengan suaminya. Dia mahu diceraikan kalau lelaki itu mahu menikah lagi. Dia tidak mahu dimadukan. Apakah dalam hidup ini hanya ada suaminya sahaja? Dia yakin kalau dia sudah diceraikan, ada jodoh lain untuknya. Jika tidak ada jodoh pun dia sanggup begini sahaja. Sendirian sehingga akhir hayatnya.

“Entahlah mak! Saya pun tak tahu lagi. setakat ni dia tak nikah lagi!” jawabnya dengaan ringkas. Kalau dia cerita lebih-lebih, lain pula nanti!

“Mak pun sedih juga dengan perkhabaran itu nak! Mak pun sedih juga kalau semuda anak mak ini sudah dimadukan. Mentangmentanglah mereka banyak duit, mereka nak buat tak senonoh pula dengan anak mak! Memng tak patutlah!” kata Puan Suria dengan rasa agak marah.

“Datin Hamidah minta anaknya tu pujuk Nuha semula, mereka tak mahu Nuha bercerai dengan anaknya tu! Mak bimbang juga kalau-kalau

Nuha dah tak mahu dengan lelaki itu! mak tahu perangai anak mak yang seorang ni! Kalau anak mak lain, senang mak pujuk, tapi kalau Nuha, susah nak cakap!” kata emaknya lagi. Nuha Qarina tertunduk lesu. Baru saja minggu lalu mereka bertemu dan dia tidur di rumah emak mertuanya itu. Oh, mungkin emaknya tidak tahu.

“Saya pun sudah ada kehidupan saya sendiri. Apa yang sudah berlaku, biarlah berlaku. Saya reda, mungkin jodoh saya sampai di sini saja. Biarlah Aliff cari pengganti yang lain. Wanita yang lebih ‘grand’ yang lebih berstandard, bukan macam kita, orang kampung saja!” Kata Nuha Qarina perlahan.

“Tapi kata Datin Hamidah tu, kamu belum bercerai lagi. Mereka tak mahu kamu bercerai nak. Mana yang betul ni nak? Mak pula yang dimarahi oleh Datin tu nak! Mak tak dapat nak apa-apa sebab tak ada bukti nak!” kata emaknya pula. Dia kehairanan. Dia mula beranggapan anak lelakinya Aliff Hakimi sudah memberitahu akan apa yang telah berlaku kepada mereka berdua. Apa yang lebih memalukan apabila mereka berpisah ketika hari pertama berbulan madu di Bali. Entah apalah yang dapat dikatakannya lagi.

“Mereka tak faham tu mak! Tak apalah mak, saya akan selesaikan sendiri. Mak tak usahlah risau!” katanya memujuk emaknya, Puan Suria itu.

“Mak risau nak. Memang mak risau, Datin pun risau. Mak tahu gaya anak mak yang degil ni, tu lah mak risau sangat nak! tapi mak harap Nuha boleh terima semula Aliff Hakimi tu!” Dia sudah tidak terkata. Dia pula yang dikatakan degil. Emaknya ini tidak tahu sikap Aliff Hakimi yang tidak waras itu? Adakah masa berbulan madu dia hendak menceraikan dirinya.

Dia tidak tahu kalau mama mertuanya mengetahui kisah tragis mereka suami isteri. Apa yang menyedihkan, baru sahaja kahwin sudah ada pergolakan demi pergolakan. Dia sendiri berasa hairan kenapa nasibnya menjadi begini. Mungkin dia memang ditakdirkan hendak melakukan hal seperti ini. M emang dia sakit hati!

“Entahlah mak, susah saya nak cakap.” Katanya. Membayangkan wajah kacak suaminya yang agak sombong itu, hatinya bagaikan air di kolam yang berkocak hebat. Sungguh dia tidak menyukai tingkah suaminya itu.

“Harap-harap kamu berdamailah nak. Carilah jalan.” Pening dia. Dia sudahlah menyembunyikan diri dari suaminya. Sekarang emaknya mahu pula dia berdamai. Bagaimana dia hendak berdamai? Itu yang dia sendiri risau. Takkan dia hendak mencari suaminya semula? Ah, mustahillah dia hendak mencari lelaki sesombong Aliff Hakimi itu untuk dibuat suami semula.

“Tengoklah nanti mak,” jawabnya ringkas. Bergolak lagi perasaannya. Berkerut wajah cengkung emaknya. Dia masih lagi tenang. Tenang dalam bergolak sebenarnya.

“Jangan nak tengok-tengok. Mak malu tahu Nuha. Mak malu dengan apa yang berlaku kepada kamu berdua ni.” Mahu sahaja dia tutup mukanya dengan bantal. Kalau emaknya malu, dia seribu kali lebih malu. Adakah suami yang sudah melafazkan ijab kabul itu sebenarnya tidak menerima dirinya sebagai isteri. Siapa yang lebih malu mak?

Soalnya dalam hati.

“Oh ya, Datin ada kirimkan kau kain sutera untuk dibuat baju kebaya nak! katanya sesuai untuk kulit putih macam Nuha! Mari mak tunjukkan kain tu!” kata emak lalu berdiri sambil mendaki anak-anak tangga rumahnya itu. Nuha Qarina juga menuruti langkah emaknya. Sebenarnya dia tidak mahu lagi termakan budi. Dia tidak mahu lagi menerima apa-apa daripada mama mertuanya itu. Jangan-jangan dia hanya cuba memerangkapnya semula? Ah, buruk sangka lagi dia. “Terima kasihlah kat Datin Hamidah mak.” Katanya pendek. Sebenarnya dia pun mahu mengambil hati emaknya. Dia tidak mahu emaknya sakit hati jika terang-terangan dia menolak.

“Tak perlu risaukan Nuha mak. Nuha kan biasa hidup sendiri, tinggal dengan kawan. Sekarang pun Nuha masih macam tu. Nuha bukan bergaul dengan budak-budak nakal tu mak! Nuha pandai jaga diri kan mak!” kata Nuha Qarina memberikan jaminannya.

“Nuha, dulu Nuha masih bujang mak tak kisah. Tapi sekarang Nuha dah jadi isteri orang, anak kenamaan di negeri kita ni. Sepatutnya

Nuha duduk rumah dia, bukan duduk rumah kawan! Mak malu nak!” kata Puan Suria lagi. Pandangan matanya semakin sayu. Nuha Qarina tidak mahu mengulas lebih banyak mengenai hal itu. Sebenarnya dia lebih malu, malu kerana tidak diterima secara mutlak oleh suaminya sendiri. Adakah selepas kahwin sahaja dia ditinggal-tinggalkan bagaikan anak kucing yang diangkut daripada pasar ikan! Patutkah dia dibuat begitu?

“Cantik kain ni mak. Tapi, saya sibuk nak buat baju baru sekarang ni. Baju-baju yang dibuat sebelum kahwin pun masih belum habis pakai. Datin tu memang suka belikan kain untuk menantunya mak. Mak, sedekahkan saja kain-kain ni kepada orang-orang miskin di kampung mak tu! Saya tak mahu! Baju saya tak habis pakai lagi. malah saya malu nak pakai mak, terlalu banyak hiasan!” Kata Nuha Qarina membuka cerita baru. Dia tidak mahu menceritakan sesuatu yang bukan pada petang ini. Kebetulan dia baru sahaja balik dari mengajar.

“Mana boleh buat macam tu nak! Nuha tu kahwin dengan anak orang ada-ada! Nuha kenalah pandai bawa diri!” kata mak Nuha lagi. sakit hati Nuha Qarina dengan ungkapan nasihat emaknya itu.

“Biarlah mak. Sedekah tu kan ada pahala! Saya ni tak apalah, boleh beli yang lain!” katanya sambil tersenyum manis kepada emaknya itu.

“Nuha, Aliff dah jumpa Nuha ya? Datin dah marahkan dia, keluarganya tak mahu kamu bercerai berai. Harapan mak macam tu juga. Janganlah kamu bercerai berai. Usia perkahwinan baru lagi.” kata emaknya perlahan membuka cerita yang sama semula. Suasana hening di rumahnya ini menenangkan jiwanya namun ia tidak dapat menenangkan hatinya yang runsing ini.

“Mak, saya balik dulu. Saya balik ni nak beritahu mak yang saya nak berangkat ke Australia minggu depan. Permohonan saya melanjutkan pelajaran dah diterima mak!” tidak terkata emaknya mendengar ungkapannya. Bulat mata emaknya. Apa lagi yang hendak kata?

“Nuha, apa yang dah Nuha buat ni? Sepatutnya Nuha ni jadi isteri orang bukannya nak belajar lagi! sudah Nuha minta kebenaran dengan suami Nuha tak? Datin dan datuk dah tahu?” bantah emaknya. Dia geleng. Suaminya tidak perlu tahu hal ini. Suaminya pun tidak pernah pedulikan dirinya selama ini.

“Mak, saya pun ada cita-cita macam orang lain. Soal jodoh saya dengan Aliff biarkan lah masa sahaja yang akan menentukan. Saya tak boleh nak kata apa-apa lagi. Semua sudah tak ada apa-apa lagi. dia yang buat hal sendiri saya tak mahu tanggung! Saya pun susah nak cakap mak! Tolong rahsiakan hal ini dari dia dan keluarga dia mak!

Tolonglah mak!” kata Nuha Qarina bagaikan membuka pekung di dadanya. Dia tahu sebenarnya emaknya akan memarahinya lagi tetapi kali ini emaknya seperti mahu berdamai dengannya.

“Tapi, Aliff kan ada. Kau tak kerja pun tak apa nak. Buat apa nak susah kan diri belajar lagi? Kau nak jadi apa? Pensyarah? Doktor?” Emaknya ternyata masih belum faham dengan apa yang berlaku. Dia kalut seketika. Soalan emaknya itu ikut sedap mulutnya sahaja. Mahu sakit hatipun ada. Mahu berasa kelucuan pun ada. Entahlah!

“Tak mak. Mahu jadi cikgu ja. Tak nak jadi yang lain. Oklah mak,

Nuha balik dulu. Nanti Nuha datang lagi.” katanya perlahan lalu mengambil tangan emaknya lalu mengucupnya lama.

Dia tiba-tiba terkenangkan Aliff Hakimiyang mengucup jarijemarinya dengan lama sekali. Alangkah menyayatkan hati dirasanya. Tuhan sahaja yang Tahu betapa bahagianya dia saat itu. Macam pertama kali mereka ditemukan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia. Hakikatnya mereka tidak bahagia ketika itu. Entah mimpi apa suaminya itu sehinggakan lelaki itu mengucup jemarinya. Malah mahu sahaja ditariknya tangannya dengan sekuat hatinya. Namun lelaki itu sudah bersedia menarik tangannya dengan secukup tenaganya.

“Bila kau berangkat nak?” soal emak Nuha benar-benar susah hati dengan permasalahan rumah tangga anaknya yang semakin rumit itu. “Minggu depan mak! Jangan beri tahu mertua saya mak! Susah pula saya nanti!” katanya lagi mengulangi apa yang baru dikatakannya sebentar tadi. Emaknya masih termangu dengan keputusan yang baru diberitahunya.

“Tak baik macam tu nak. Seolah-olah kau larikan diri! Mak kasihankan si Alif tu yang terlari ke sana-sini tanyakan kau! Mak tak tahu nak buat apa lagi. Tapi apa yang mak nak beritahu, steri yang baik sentiasa berada di sisi suaminya.” kata emak menasihatinya. Namun dia sudah tidak mendengar nasihat itu. Dia harus pergi tanpa pengetahuan lelaki itu. Kalau lelaki itu tahu dia tidak tahu apa yang akan berlaku kelak.

“Tak mak! Saya tak melarikan diri. Kebetulan saja. Kebetulan tahun lalu saya ada memohon untuk melanjutkan pelajaran jadi sekaranglah masa saya nak berangkat! Tiba-tiba saja saya diterima. Tolong mak, tolong rahsiakan dari Aliff! Kalau mak mahu lihat anak mak ni bahagia mak!” kata Nuha Qarina sambil menyalami tangan emaknya itu. dia tidak mahu berlama-lama di sana. Dia harus pergi dulu sebelum Aliff Hakimidapat menghidu destinasinya kali ini.

“Mak akan cuba sedaya upaya nak! Mak tak janji. Mak doakan anak mak berjaya mencapai matlamat hidupnya. Tapi, mak kasihan kat menantu mak tu!” kata emaknya cuba membela menantunya itu. Boleh pula emaknya kasihankan suaminya yang tidak mempedulikan dirinya ini? hairan sungguh dia kepada emaknya ini. baik sungguh kepada menantunya. Sedangkan emak suaminya itu kasihankan dia ke?

“Buat apa mak nak kasihankan dia mak!” katanya. Berubah wajah agak tua itu.

“Syurga di bawah tapak kaki suami nak. Kalau tak macam tu, mak tak pedulikan anak mak nak buat apa. Tapi tulah, dari segi syarak, selagi suami Nuha tak lepaskan Nuha secara sah, Nuha tak boleh lah nak pergi mana-mana tanpa izin dia nak.” Kata emaknya dengan panjang lebar. Apa yang dia nak jawab? Bukankah sudah terang lagi bersuluh? Aduhai!

“Saya pergi dulu mak!” kata Nuha Qarina sambil menciumi tangan emaknya.

“Jalan elok-elok, bawa kereta tu jangan laju sangat. Pemandu sekarang ni bahaya sungguhh! Tak ingat dunia!” kata emaknya. Dia angguk.

“Terima kasih mak, saya jalan dulu. Kirim salam kat ayah mak!” katanya memeluk tubuh emaknya sekali lagi.

“Kalau jumpa mak dengan suami kan elok. Kamu pun baru lagi kahwinnya,” bebel emaknya. Ah, dia tidak mampu mengucapkan apaapa. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkongnya. Alangkah menyakitkannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience