Chapter 11

Romance Completed 28069

Bab 11

Siapa nak jumpa dirinya yang sudah terbuang ini? Dia memang tahu kerinduan Aliff Hakimi kepadanya. Dia sendiripun bukan tidak pandai rindu kepada suaminya sendiri tetapi kebencian dan kemarahannya mengatasi segala-galanya. Dia memang tahu pencarian Aliff Hakimi kepadanya selama ini. Namun dia buat tidak tahu sahaja. Segala mesej dan panggilan tidak mahu dilayaninya. Buat apa dia hendak melayani lelaki yang sudah membuangnya. Buat apa dia tarik balik lagi dia punya keputusan. Keputusannya sudah bulat. Dia mahu mohon cerai dengan lelaki itu.

Namun apa yang dituliskannya dalam mesejnya yang sudah beratus-ratus itu memang menyayat hatinya jika dia hendak layan-layan mesej itu. Namun dia terasa dirinya teraniaya. Teraniaya di malam bulan madu mereka. Buat apa lagi mereka nak bersatu seperti suami isteri yang lain jika selama ini lelaki ini tidak mahu mencuba untuk berbaik dengannya.

Asyik-asyik dia juga disalahkan dan menjadi batu penghalang hubungan dengan kekasihnya. Biarlah dia menikah lagi dengan kekasihnya itu. Mereka pun belum saling jatuh cinta jadi buat apa dia hendak melayani setiap mesej lelaki itu? Biarlah dia teruskan hidupnya sendirian. Dia pun tidak rugi apa-apa selepas ini.

Apa yang berubah selepas ini hanyalah gelarannya. Dia akan bergelar janda. Haha, janda. Janda berhias. Dia memang tidak mahu memegang gelaran itu. Kalau boleh biarlah hanya sekali sahaja perkahwinannya. Sekali sahaja akad nikah. Tetapi apa yang boleh dia buat. Susah dijangkanya. Takdir Allah yang tentukan. Namun hatinya hancur. Hancur akibat tindakan lelaki itu.

Kedengaran satu bunyi di telefonnya. Bip..bip..bip… dia terus pegang telefonnya dan membaca mesej yang baru masuk. Oh, adiknya meminta dikirimkan wang untuk belanja dapurnya. Ah, esoklah. Adiknya itu memang sudah berkahwin tetapi dia sambung belajar. Jadi itulah sebabnya wang gajinya selalu tidak mencukupi. Sekali lagi telefonnya berbunyi. Bunyi yang sama.

Ada mesej yang masuk ke telefonnya. Dia malas mahu membaca mesej itu. Dia penat dan mahu tidur. Tetapi orang yang mencarinya tadi memang amat menghairankannya. Tidak tahu siapakah yang sedang mencarinya. Kalau bukan Aliff Hakimi siapa lagi kan?

Dengan malas dia ambil telefonnya. Dia membaca dengan penuh perasaan. Sebak dia seketika. Mahu percaya atau tidak? Jangan-jangan dia hanya mahu memerangkap dirinya. Dia tidak Aliff Hakimi lelaki yang agak licik orangnya. Dulu pun dia dibuang macam sampah sahaja. Tetapi dia tahu lelaki itu seorang yang setia kepada kekasihnya dan bukannya kepada isterinya. Isteri yang baru dikenalinya. Dia sendiri pun setia. Setia kepada suaminya. Tidak mungkin dalam tempoh perpisahan ini dia sanggup hendak mencari lelaki lain. Memang kurang sopan lah dia nampaknya!

Waduh! Benarkah ni?

- Sayang… abang memang tak boleh nak berjauhan dengan sayang. (Alah, tak boleh berjauhan konon! Dulu bukan main lagi dia ditinggalkan ke sana sini. Bukan dalam negara pula tu. Semuanya di luar negara. Kalau dia yang dibawa bersama oklah juga! Tetapi dia hanya melayani kekasihnya! Oh tak nak terima! Tak nak tahu!)
-
- Sayang Nuha, abang mohon maaf di atas kesilapan abang dulu, abang memang sudah insaf dan ingin kembali ke pangkuan isteri abang semula. Di manakah Nuha menyembunyikan diri. Puas abang cari! (Nuha Qarina cebik bibir. Dulu bukan main lagi. Sekarang pula bukan main dia hendak memohon maaf kepadanya dan mahu kembali pula tu. Ah, buat apa kembali kepada dirinya? Dia bukan isteri yang ada apa-apa. Dia isteri yang tidak ada apa-apa. Dia hanya ada kerja dan sebuah rumah sewa serta sebuah keluarga di pinggir Kota Kinabalu ini. Jadi dia tidak mengharap apa-apa lagi yang hubungan mereka akan pulih. Dia benci kepada lelaki itu. Dia benci!)
-
- Nuha sayang, berilah abang peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai suami Nuha dan abang ingin kita kembali macam dulu. Abang takkan biarkan Nuha macam tunggul di rumah abang. Abang janji. Muktamad. Janji abang akan abang kotakan. Abang memang salah selama ini sayang. (Nuha Qarina meluat lagi. Bertambah sakit hatinya apabila lelaki itu memanggil-manggilnya sayang. Selama ini hendak panggil namanya Nuha Qarina pun tak pernah. Bukan dia tidak tahu lelaki yang sungguh sombong, ego dan perasan macho tu! Eh, memang macho pun! Ah, buat apalah dia kembali ke sisi suaminya itu. Buatlah apalah dia kembali menjadi suami isteri dengan lelaki itu. Kalau boleh cukuplah sekali dia sakit hati akibat perbuatan lelaki itu selama ini. Dia mahu bebas macam sekarang ni!)
-
- Sayang, abang akan hargai sayang sebagai isteri abang. Tak pernah abang akan sia-siakan isteri abang. Percayalah abang.(Dia juih bibir lagi. Sukar mempercayai suaminya ini. Entah-entah dia sengaja hendak mengumpulkan isterinya dalam sebuah istananya. Ah, siapa yang mahu berkongsi suami dalam saat baru berkenalan begini! Dia lebih rela bercerai. Sekalipun dia tahu suaminya mampu, namun dia tidak mampu hendak bersama madu di dalam sebuah rumah. Ah, janganlah! Janganlah dia dirayu lagi. Dia tidak akan kembali lagi kepada suaminya itu. Biarlah, dia yakin dia sudah yakin yang dia akan bercerai dengan suaminya itu. Dia tidak mahu bersama lagi!)
-
- Sayang isteri abang, I love you! (Ah, ucapan keramat itu tidak mahu diingatinya lagi. Sort suaminya ini! Kalau boleh jangan sampai dia dengar lelaki itu mengucapkan cintanya untuk dirinya. Sakit hatinya!
-
Akhirnya dia mematikan telefonnya. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pula mesej lelaki itu kepadanya. Siang malam dia tidak peduli. Lelaki itu akan menghantar mesej sebanyak-banyak bagi memujuk seorang isteri yang telah dilukai ini. Ah, dia memang sudah terluka. Luka yang tidak mungkin ada sembuhnya. Kalau sembuh pun pasti ada parutnya. Parut luka itu dalam. Dan dia tidak tahu bilakah parut lukanya itu akan hilang. Walaupun dia bermandi dengan air akar peria sekalipun, parut luka akan dikenang semula! Ah, sekali terluka dia akan terluka untuk selamanya!

Dia tetap tidak mahu bersatu semula dengan Aliff Hakimi, titik! Cukuplah sekali dia derita! Sekali ini dia mahu memilih untuk tidak derita lagi. Itulah janjinya. Janji untuk tidak derita lagi! Ah, kenapa dia dilahirkan untuk menderita dalam hidup!

Sekarang dia memilih untuh bahagia! Ya bahagia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience