Chapter 76

Romance Completed 28069

Bab 76

Aliff Hakimi mengangkat telefonnya. Mesej dari Hafiz. Dia sudah menunggu di bawah.

“Kita kena keluar sekarang Nuha,” ajak lelaki itu. Matanya sudah mencerlung tajam memandangnya seperti matanya sahaja yang mengeluarkan arahan. Pakaiannya masih belum ditukar. Masih berbau muntahnya tadi. Eh, tak nak dia nak keluar ke mana-mana. Kepalanya pun masih berdenyut. Takkan dia nak gagahkan dirinya keluar juga! Malah dia tidak tahu pun ke mana destinasi suaminya ini! Nanti dibawanya dia ke mana-mana dalam keadaan yang tidak sihat ini, kan naya dia!

“Bang, saya tak nak!” tolaknya lembut. Dia memang masih pening dan ingin berehat.

“Nuha kena ikut abang keluar,” paksa lelaki ini. inilah yang dia tidak suka. Suaminya ini suka memaksa. Inilah yang menyebabkan mahu melarikan diri daripada pandangan lelaki ini, lelaki ini suka berbuat sesuatu yang dirinya tidak suka!

“Abang, saya banyak kerja nak siapkan. Pensyarah kami bukan melayu. Bukan dia faham sangat cakap saya! Tolong lah bang! Saya tak boleh keluar ni. Lagipun saya tak nak kawan tau yang saya dah kahwin!” kata Nuha Qarina kepada lelaki ini.

“Gila awak ni Nuha!”

“Gila apanya? Memang betul! Dulu ada awak nak pedulikan saya?” mencerlung mata lelaki ini memandangnya. Kepalanya pula masih pening. Jangan sampai lelaki ini mendekati dia seperti tadi. Dia takut dia akan muntah lagi. kalau muntah biasa tidak apa. Tetapi sampai muntah kuning, muntah hijau muntahnya! Eh, naya betul!

“Memang takde tapi abang tak abaikan nafkah sayang!” dia terdiam. Dia tidak ada alasan lagi hendak menolak ajakan lelaki itu.

“Itu tak kira! Lantak sayalah! Saya penat bang!” katanya berdalih. “Jangan nak berdalih! Ayuh kita keluar. Abang bawa sayang ke klinik!” kata suaminya yang sudah menarik tangannya.

“Bang, abang nak bawa saya ke mana?” soalnya pula. Kalau dia hendak bawa dia ke kedai makan, dia tidak akan sesekali mahu hal itu berlaku. Susah hendak mencari makanan halal di Perth ini. Lain lah di Malaysia.

“Banyak alasan!” marahnya. Mungkin suaminya sudah hilang sabar.

“Yang benar bang!”

“Sayang tak rindu abang?” soalan itu menyentakkan hatinya. Siapalah yang tidak merindui suami sendiri? Sejak dahulu lagi dia sudah merindui lelaki ini. Namun, dia tidak akan sesekali akan memalukan dirinya sendiri.

“Apa yang hendak dirindukan?” soalnya. Buntang mata lelaki ini. punggungnya sudah panas.

“Sampai hati sayang tak rindukan abang!” kata suaminya pura-pura merajuk. Apa yang hendak dia katakan? Dia nak cakap dia rindu?

“Betul sayang tak rindukan abang?” matanya dipandang tajam. Dia memang kalah kalau bab-bab berpandangan ini. Matanya cepat-cepat ditundukkan. Memang matanya tidak pernah berbohong. Ah, rindu usah disebut! Dia memang seperti orang gila baying mengingati suaminya seorang. Namun di depan lelaki ini dia tidak sampai hati hendak mengakui rasa rindunya. Ah, siapa yang hendak buat pengakuan berani mati itu?

“Sayang…”

“Mana ada nak rindu! Takut nak rindukan abang!” setelah tidak memandang suaminya, baru dia berani hendak menjawab pertanyaan suaminya.

“Betul?” dia angguk takut-takut.

“Tak!”

“Cepat! Hafiz dah tunggu tu!” kata suaminya.

“Tak nak!”

“Abang angkat sayang ni sampai ke bawah?” soal suaminya. Menggeletar tubuhnya. Suaminya sudah bersedia hendak mengangkat tubuhnya. Dia tidak tahu suaminya tidak boleh dicabar. Lelaki ini memang akan mengotakan kata-katanya.

“Err, saya nak tukar baju bang!” katanya tergagap-gagap.

“Tahu pun takut!” ejek Aliff Hakimi. Kurang asam! Sumpahnya dalam hati.

“Tak jadilah!” katanya yang lambat-lambat bergerak ke bahagian almari.

“Abang keluar lah dulu bang!” katanya berdalih. Mahukah suaminya itu keluar?

“Tak nak!” ah, sudah! Dia sudah tunjukkan kedegilannya macam budak lelaki umur lima tahun.

“Apa yang tak nak?” soalnya.

“Abang tahu, sayang akan kunci pintu dan biarkan abang sendirian di luar.” Kata suaminya. Dia sengih.

“Tak lah! Macam mana saya nak tukar baju ni?”

“Kita kan suami isteri? Mana ada rahsia lagi? Semua sudah abang tahu! Tak ada rahsia antara kita!” dia berasa malu. Dia terkenang malam dia tidur di rumah mertuanya. Benci sungguh dia dengan taktik lelaki ini.

“Abang keluar boleh tak?” soalnya.

“Tak boleh!” jawabnya degil. Memang lelaki ini degil. Benci sungguh dia kepada lelaki ini. dia berharap dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki ini setelah dia pergi. Lelaki ini selalu sahaja mengenakan dia. Pelbagai cara dia mengenakan dirinya. lelaki ini sepatutnya sudah dia nyahkan dari hidupnya!

“Tolong…” katanya. Dia cepat-cepat ambil pakaiannya, blaus dan skirt hitam. Dia bawa pakaiannya masuk ke bilik air. Dia malasmahu berdolak dalik dengan lelaki ini. Suaminya sudah ketawakan dia yang terburu-buru ke bilik air kerana tidak ada pilihan lain!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience