Chapter 67

Romance Completed 28069

Bab 67

“Kau dah habis fikirkan?” soal Aliya Mastura yang tiba-tiba duduk di sebelahnya. Mama sudah masuk ke dalam bilik. Papa pula masih sibuk di pejabatnya. Kadang-kadang petang begini papanya sibuk di padang golf. Ada-ada sahaja hobinya sejak dia melantik anak lelakinya bekerja di pejabatnya.

“Apa nak fikir lagi?” soalnya seperti tidak tahu apa-apa. Matanya memberat mengingati isterinya. Walau bagaimana marah pun dia kepada isterinya, dia tetap menyayangi dan merindui isterinya. Entah bagaimana dia hendak mencari isterinya.

Dalam hati dia menyeru nama isterinya. Nuha Qarina. Dia tahu isterinya masih ada di bumi Malaysia ini. masih tidak jauh daripadanya. Itu yang dia pasti. Namun mesejnya tidak berbalas. Berpuluh-puluh mesej yang dihantarnya. Isterinya tidak mempedulikan jeritan batinnya. Malah panggilannya juga tidak berjawab. Di manakah isterinya sekarang?

“Nuha isteri kau tu lah! Kau nak stay dengan dia lagi ke? Dah terang-terangan dia curang kepada kau Aliff! Saya pun tak tahu nasiba baik tengok gambar dia berkasih-kasihan dengan kekasihnya! Kalau tak, sampai mati aku tak tahu Aliff! Apa lagi kau tunggu? Sepatutnya kau dah ceraikan dia! Bukannya diam diri macam tunggul begitu!” ah kakaknya ini masih tidak mahu dia berdekatan dengan isterinya. Kakaknya ini masih menyimpan perasaan dendam kepada isterinya itu hanya melalui gambar yang diterimanya. Benarkah isterinya curang? Dia masih ragu. “Kenapa dengan Nuha ni kak? Apa salah Nuha kepada kakak? Kasihan dia kak! Dia mana pernah sakitkan hati kakak! Dia mungkin sakitkan hati saya tanpa sengaja tapi bukan kakak!” katanya kepada kakaknya. Aliya Mastura memuncungkan mulutnya. Dia tidak setuju dengan kata-kata adiknya itu. Ternyata adiknya itu masih sayangkan isterinya itu. Sakit pula hati Aliya Mastura mendengar jawapan adiknya itu. Macam dibuat-buat orang pula adiknya ini!

“Kau sayangkan isteri kau yang nusyuz dan kampungan tu?” soalan itu menyebabkan dia terjeda. Memang dia sayangkan isterinya. Kenapa dia tidak boleh maafkan isterinya sedangkan dia sudah banyak kali sakitkan hati isterinya. Kenapa dia begitu kejam kepada isterinya?

“Nusyuz dan kampungan? Kenapa kakak cakap macam tu? Kakak tak tahu gambar yang saya terima tu dah diedit oleh manusia yang tak bertanggungjawab tahu tak!” katanya. Pucat wajah kakaknya itu. Apakah ini semua angkara kakaknya?

“Ya. Kalau aku dah lama aku buang dia dari hidup aku! Tengok tunang aku dulu. Sampai sekarang dia menyesal!” kata Aliya Mastura kepada adiknya. Aliff Hakimi tidak setuju dengan kata-kata kakaknya itu. Kakaknya terlalu berburuk sangka dengan isterinya sendiri. Dia perlu mencari isterinya itu.

“Dia nak balik kat kakak kan? Isterinya dah meninggal! Kakak sepatutnya dah maafkan bekas tunang kakak tu!” katanya kepada kakaknya. Aliya Mastura merenung matanya tajam. Itu tandanya kakaknya marah kepadanya. Apa yang dia peduli kalau kakaknya marah?

“Huh! Jangan sebut pasal lelaki tak sedar diri tu! Aku takkan terima dia! Jangan sampai kau pun macam akak juga!” kata Aliya Mastura. Dia geleng. Isterinya bukan begitu. Isterinya seorang yang baik. Dia tahu isterinya tidak bersalah.

“Sabar kakak!” jawabnya. Masam muka kakaknya macam asam jawa mentah itu.

“Nak sabar apa macam tu? Kalau dah depan mata buat onar, nanti-nanti tentu teruk lagi dia buat!” katanya. Bingung dia dengan sikap kakaknya ini. Dia tidak tahu pula jika kerenah isterinya sampai seteruk itu.

“Sabarlah aku dengan akak ni! Isteri saya tu taklah sampai macam tu kak!” katanya yang menyebelahi isterinya. Kalau isterinya tahu pasti dia bahagia kan!

“Tapi kau dah dibodohkan dik!” tidak, isterinya tidak memperbodohkan dia. Mungkin dia sendiri yang memperbodohkan isterinya. Dia tahu kedudukannya yang sebenar.

“Taklah kak! Saya siasat dia nanti! Kalau tak benar macam mana?” katanya kepada kakaknya. Aliya Mastura senyum gembira dengan jawapannya. Apakah kakaknya ada rancangan untuknya?

“Baguslah! Biarlah kau dibodohkan oleh perempuan tu!” dia ketawa kecil memandang ke arah televisyen. Dia tahu isterinya tidak memperbodohkannya.

“Kenapa pula? Kakak sepatutnya rasa bangga ada adik ipar yang baik macam isteri saya tu!” kata Aliff Hakimi.

“Adik ipar begitu? Kalau macam Harrynna Lisa tu memang akak suka!” dia terbuntang mata. Mungkin selama ini kakaknya mahu dia menikah dengan gadis yang pernah curang di depan matanya itu? Ah, jangan dia terkena jerat gadis itu sekali lagi.

“Sebab dia kawan baik akak? Begitu?” kakaknya angguk. Dia pula mahu marah dengan sikap kakaknya itu. Kakaknya itu macam buta dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Kakaknya ini seperti tidak kenal yang mana jauhari dan kaca. Nama sahaja ada PHD dalam bidang biologi tetapi kakaknya ini sungguh tidak bertimbang rasa dan tidak tahu membuat penilaian.

“Bukan sebab itu! Tapi dia memang cocok dengan kau Aliff. Harrynna Lisa tu sejak dulu tunggu kau!” Aliff Hakimi ketawa. Gadis periang dan sungguh sosial macam Harrynna Lisa bukan lagi pilihannya. Tetapi Nuha Qarina yang didapati mempunyai kawan lelaki juga meresahkannya. Bukan itu sahaja, dia ditangkap basah itu yang menyakitkan hatinya. Siapa yang mahu?

“Siapa yang menghantar gambar tu kak? Akak nampak isteri saya hari tu dengan kawan dia?” soalnya. Kakaknya Aliya Mastura membuntangkan mata. Kakaknya mengangguk. Dia berasa ragu kepada kakaknya.

“Memang, isteri kau tu Aliff memang jalang!” mahu sahaja dia tampar muka kakaknya yang putih bersih itu. Namun dia tahan sebab di depannya itu kakaknya. Kalau adiknya memang sudah kena tadi.

Menggeletar tubuhnya.

“Apa akak cakap ni?” soalnya marah. Kakaknya benar-benar tidak sukakan isterinya. Sakit pula hatinya.

“Akak cakap yang benar ni!” katanya mempertahankan hujahnya.

Dia geleng.

“Apa yang benar?” soalnya lagi.

“Gambar tu benar! Bukannya palsu! Memang isteri kau tu keluar dengan lelaki lain! Kau aje yang tak tahu!” kata kakaknya lagi. Matanya terkebil-kebil memandang Aliya Mastura. Baru balik dari luar negaras sudah pandai cakap yang bukan-bukan. Sedangkan dia sudah nikah dengan isterinya enam bulan lamanya. Kenapa kakaknya banyak tahu mengenai isterinya? Siapa dalangnya?

“Sampai begitu sekali? Kenapa akak cakap sampai begitu jahatnya isteri saya?” soalnya kesal. Kesal dengan sikap degil kakaknya.

“Kau tak tahu isteri kau ja…”

“Jangan nak naikkan darah saya kak!” dia potong cakap kakaknya.

“Yang kau nampak tu bukan bukti?” dia geleng. Itu bukan bukti yang nyata. Itu ternyata fitnah seseorang yang hendak merosakkan rumah tangganya yang belum pun sampai setahun. Baru sahaja mereka hendak berbaik, sudah ada orang lain yang tidak senang hati. Jadi dia fikirkan hal ini dari segi rasional. Dia tahu memang ada pihak yang tidak senang hati dengan keakrabannya dengan isterinya.

“Bukan bukti! Takkan dia buat begitu sekali kakak terus tuduh dia sekejam itu! Kakak memang kejam tahu tak?” Aliya Mastura ketawa.

“Nonsense!” katanya.

“Akak kejam!” katanya. Kakaknya sepatutnya memberikan nasihat yang baik kepadanya tetapi lain pula tuduhannya.

“Kau yang bodoh adik!” kata Aliya Mastura merenungnya tajam. Dia pandang muka kakaknya dengan pandangan yang tidak percaya. Hairan juga dia. Kakaknya tidak setuju dengan pernikahannya. Mungkin kakaknya ingat dia juga masih tidak sukakan Nuha Qarina. Memang dahulu dia tidak suka. Ah, perasaan manusia boleh sahaja berubah dengan izin yang berkuasa. Siapa dia hendak menentang takdir?

“Akak sepatutnya sokong saya! Takkan baru nikah nak cerai,” katanya mahu memujuk kakaknya. Kakaknya menggeleng. Memang agak degil perempuan ini. Sudah berusia tetapi masih tidak serik-serik nak buat kejahatan!

“Memang patut cerai kalau baru kenal dah tahu dia jahat atau tidak!” kata Aliya Mastura. Pening Aliff Hakimi kalau begini. Dia pun susah hendak cakap.

“Sudahlah kak! Jangan masuk campur urusan saya! Saya tahulah nak handle isteri saya! Akak pula cepat-cepat cari suami, baru tahu susah payah bersuami!” Bantahnya kepada kakaknya. Masam macam lemon muka kakaknya itu. Sayang betul, muka cantik tetapi hatinya tidak secantik mukanya.

“Aku bukan nak masuk campur. Aku nak kau bahagia aje!” kata kakaknya. Dia cebik bibir. Kakaknya bukan hendak melihat dia bahagia tetapi kakaknya sengaja hendak merobohkan rumah tangganya. Sudahlah rumah tangganya agak goyah sekarang ini, kakaknya pula hendak meruntuhnya. Dia tidak berapa faham sikap kakaknya ini.

“Bahagia macam mana menurut akak ek?” baru sahaja dia hendak berbaik dengan isterinya, angin ribut bagaikan melanda semula.

“Jangan macam tak percayakan kakak! Nanti kakak akan cari bukti yang cukup semula!” kata Aliya Mastura. Kakaknya masih tidak puas hati.

“Tak perlu kak!” bantahnya lagi. dia tidak mahu kakaknya hanya mencari kesalahan orang lain. Lebih baik mencari kesilapan diri sendiri, ada lagi faedahnya. Entah kenapa kakaknya suka benar mencari kesilapannya dan kesilapan isterinya. Kesal sungguh dia sikap kakaknya ini. Lepas itu, dia tidak suka kakaknya suka bergaul dengan gadis yang sudah rosak. Siapa lagi kalau bukan Harrynna Lisa.

“Sangat perlu!” kata kakaknya menegakkan benang basahnya.

“Jangan!” bantahnya pula. Dia pandang tegang kakaknya itu. Entah kenapa sikap kakaknya tidak berubah. Sejak dulu dia mahu hanya dia yang menang dan dia mesti cakap kakaknya. Itu yang dia tidak suka.

“Jangan dah beranak pinak baru kau tahu isteri kau jahat Aliff…” “Saya tahu jaga isteri saya kak!” sebal sungguh dia. Dia tidak tahu kenapa sikap kakaknya tidak pandai berubah.

“Baiklah jangan nak menyesal nanti!” kata Aliya Mastura seperti mengugutnya. Dia bukan hendak membantah kata-kata kakaknya tetapi dia benar-benar tidak suka jika kehidupannya ini dicakap-cakap begini. “Ya kak! Janji akak jangan masuk campur kecuali saya minta!” katanya memperlahankan suaranya.

“Jaga diri akak! Akak tu orang berpangkat tinggi!” Aliya Mastura ketawa.

“Kau tu yang kena jaga isteri kau sendiri! Hati-hati, perempuan tu nak mengaut keuntungan dari kau aje tu!” dia ketawa. Agak geli hati dengan pesanan kakaknya. Sudah lama juga dia mengenali isterinya namun dia tahu isterinya bukan begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience