Chapter 21

Romance Completed 28069

Bab 21

Kenapalah suaminya itu datang semula ketika dia sudah menyediakan tiket perjalanan dan segala-galanya untuk sebuah perjalanan yang jauh dan agak lama itu. Dia sudah berkira-kira untuk tidak akan kembali lagi ke negerinya ini selagi pengajiannya tidak tamat.

Mampukah Nuha Qarina? Apatah lagi dengan pujuk rayu lelaki yang memegang gelaran suami itu tidak pernah berhenti datang ke rumahnya ini. Namun, dia terpaksa menolak pelawaan lelaki itu demi untuk tidak mengecewakan banyak pihak dalam hal ini. Dia tidak mahu bakal isteri mudanya akan sakit hati dengan tindakannya keluar berduaduaan dengan lelaki itu.

“Apakah yang kau fikirkan Nuha? Macam ada sesuatu yang berat pula kau fikirkan? Ada apa-apa ya?” soal Kartika tiba-tiba. Dia menutup matanya hendak melupakan lelaki itu. Namun, siapalah dia hendak melupakan lelaki yang telah mencuri hatinya ini.

“Tak ada apa-apa Ika. Tapi, saya ni memang hari-hari fikirkan sesuatu yang berat! Maklumlah, kan! Saya… saya sedang mengemaskan barang-barang dan dokumen penting ni! Takut ada lagi yang terlupa, takut Ika juga yang susah nanti!” kata Nuha Qarina perlahan. Kartika masih memandangnya dengan pandangan hairan.

“Buat apa Ika nak susah hati. Kalau ada barang yang tinggal nanti

Ika hantar ke kondo Ika tu, apa yang susah!” kata Kartika bergurau. Dia tergugat dengan jawapan itu. Kartika tidak sepatutnya berbuat demikian.

Kondominum itu banyak menyakiti hatinya. Dia tidak mahu ke sana lagi. rumah lelaki itu banyak menyakitkan hatinya. Dia tidak mahu memori itu berulang semula lagi di dalam hidupnya ini.

“Hiss, janganlah macam tu Ika. Ika kan janji tak akan beritahu dia, tolonglah Ika. Kau saja sahabat aku dalam dunia ni!” katanya. Kartika tersenyum.

“Tapi, takkan dia tak mahu tahu ke mana kau pergi? Tentu dia akan sibuk bertanya dengan mak kau kan?” Nuha Qarina mengangkat bahunya. Dia tidak betah membayangkan kalau-kalau lelaki itu berusaha lebih untuk menjejaki dirinya nanti. Dia benar-benar takut pula jadinya. Kalaulah lelaki itu tidak datang semula dalam hidupnya, alangkah baiknya!

“Janganlah sangka yang bukan-bukan Ika. Aku tak mahu dia tahu ke mana aku! Dia kan sudah isteri kedua, aku ngeri kalau dia tahu lagi ke mana aku pergi! Aku kasihankan isteri mudanya tu. Aku tak mahu isterinya menjadi macam aku, terbiar dan terluka!” kata Nuha Qarina lantas menyapu air mata yang menuruni matanya. Ah, kenapa aku terlalu baik begini?

“Kasihan pula aku tengok suami kau Nuha. Berhabisan dia hendak memujuk kau, tapi kenapa kau bagi dia banyak alasan pula? Mungkin dia dah insaf!” kata Kartika pula. Dia diam. Dia tidak tahu sejauh mana suaminya itu insaf. Mungkin suaminya itu menyakiti hatinya sekali lagi. Dia seperti sudah trauma dengan tindakan lelaki itu selama ini. kalau boleh dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu lagi.

“Kau tak faham perasaan aku Ika.” Katanya sayu. Kartika tersengih.

“Apa pula aku tak faham kau Nuha? Aku faham kau, tapi aku kasihan tengok suami kau tu, dia merayu dan mencari kau di manamana. Itu yang aku kasihan.” Kata kartika. Sakit hati Nuha Qarina dengan pengakuan Kartika.

“Sudahlah Ika. Malas aku nak bincang pasal mamat tu! Bagi aku dia dah over! Perkahwinan kami dah over! Biarlah dia dengan labulabunya! Aku malas nak layan dia! Kalau kau nak layan, baik kau layan dia!” katanya. Terbuntang mata Kartika.

“Aku kau nak bagi suami kau? Eh, tak nak aku! Nampaknya suami kau tu dah cintakan kau! Aku tahu mamat tu jenis setia!” kata Kartika.

“Setia? Ya aku percaya dia setia. Setia kepada kekasihnya itu!” kata Nuha Qarina yang tidak lagi mempercayai akan suaminya itu. Dia memang setia tetapi setianya silap. Dia hanya mencintai kekasih gelapnya. Aduhai!

“Aku tak percaya kalau dia ada hubungan dengan bekas kekasihnya tu! Aku Nampak dia bahagia dengan kau! Kenapa kau tak mahu mengerti?” soal Kartika lagi. kartika seperti mendesak dia memilih untuk hidup dengan suaminya itu. Geram dia kepada Kartika.

“Itu aku tak tahulah Ika tapi hari tu dia minta ak setuju kalau dia kahwin lain. Apakah aku salah dengar atau salah anggap?” soalnya. Dia juga tahu suaminya tidak pernah mengabaikan nafkah zahir buatnya setiap bulan. Namun dia tetap tidak bahagia.

“Entah lah Nuha. Aku doakan kau yang terbaik. Kau pilihlah yang terbaik tu! Aku kasihankan emak dan adik kau tu!” kata Kartika.

“Terima kasihlah kalau kau doakan aku yang terbaik. Aku pun doakan kau juga, sahabat aku!” katanya.

Dia sebenarnya tidak kuat hendak menghadapi keruntuhan rumahtangga yang sekelip mata itu. namun, kepada siapa dia mengadu? Hanya kepada Allah dan sahabatnya yang mengerti. Orang lain yang mengetahuinya hanya memandang tanpa emosi.

“Eh, eh Nuha dapat hadiah pula. Dari siapa tu?” soal Kartika lagi. Nuha Qarina memandang ke atas mejanya. Dia terlupa menyimpan hadiah yang masih berbungkus di dalam kotak yang berbalut cantik itu.

“Entah, siapakah manusia yang malang memberikan hadiah tu!

Saya tak dapat nak menerimanya! Awak ambillah kalau mahu!” kata Nuha Qarina perlahan.

“Boleh tak kalau Ika yang tolong bukakan? Aku tak mahu ambil hadiah ni, ni tentu istimewa dari seorang kekasih yang merindui kekasihnya, buat apa aku nak ambil!” soal Kartika perlahan. dia masuk ke bilik Nuha Qarina dan duduk di birai katil.

“Bukalah! Bukannya ada apa-apa tu! Aku malas nak fikir fasal benda tu!” katanya perlahan. Dokumen perjalanan dimasukkan kembali ke dalam sampul surat. Baju-baju yang berselerakan di atas katil itu dipandangnya sahaja. Kartika terpaksa mengenepikan kain-kain yang berjejeran di atas katil itu untuk memberi ruang kepadanya untuk duduk.

“Eh, betulkah ni? Ni tentu benda berharga tau!” kata Kartika lagi. pandangan Nuha Qarina kosong. Apa-apa sahaja pemberian lelaki bernama Aliff Hakimiitu tidak lagi menjadi kegembiraannya. Dia sudah menamatkan kegembiraan dan apa sahaja perasaannya kepada lelaki itu.

“Tak apapun! Bukalah! Mari kita sama-sama lihat apakah yang di dalamnya!” kata Nuha Qarina sambil ketawa, seolah-olah hadiah tersebut bukan untuk dirinya. Bungkusan hadiah yang cantik itu sudah berada di tangan Kartika. Dulu, sebelum dia berkahwin dengan lelaki itu, menjadi kegilaannya menanti apakah pemberian Aliff Hakimi setiap kali balik dari berurusan di luar negeri. Kini, segalanya sudah normal dan perasaan itu hilang sama sekali.

“Jangan-jangan, ia barang berharga tak?” kata Kartika lagi. Nuha Qarina ingin menangis apabila disebut barang berharga. Dia menggelengkan kepalanya.

“Mana ada berharga. Sedangkan Nuha pun dibuang. Inikah pula barang-barang macam ni! Tak ada nilainya kepada lelaki itu barangbarang macam ni!” kata Nuha Qarina bagaikan merajuk dalam katakatanya. Kartika memandang ke anak matanya. Kartika tahu ada kekusutan di wajahnya.

“Mesti berharga. Kalau tak, mana dia bersusah payah mencari Nuha di sini! Mungkin dah lama dia cari Nuha! Mungkin hari tu dia hanya nak menguji keikhlasan Nuha mencintainya tak?” kata Kartika lagi. dia menyambung lagi. “Jangan-jangan, dia sudah lama mengintai Nuha di sini!” kata Kartika lagi meneka. Nuha Qarina mengangkat bahunya.

“Aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku nak berangkat lusa. Yang aku tahu, esok ada jamuan makan malam di Promanade dengan Beatrice dan sahabat yang lain. Yang aku tahu, aku sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Yang aku tahu, aku akan terbang jauh dari bumi Sabah ini! Yang aku tahu, aku nak berjauhan dengan dunia Aliff Hakimi dan kekasihnya! Yang aku tahu, aku nak menatap semula buku-buku pelajaran macam dulu!” katanya perlahan. dia terasa jauh hati sekali sejak akhir-akhir ini. Ah, dia memang sudah lama jauh hati.

“Baiklah kalau macam tu, kita buka hadiah ni. Kita nak lihat apakah barang yang ada di dalamnya!” kata Kartika lagi. Nuha Qarina menganggukkan kepalanya. Tangan Kartika lincah menarik jalinan reben yang mengikat hadiah itu.

“Wow! Ini tentu mahal ni! Ya Allah, Nuha, berlian satu set. Rantai berlian, gelang, anting-anting dan cincin berlian! Ya Allah segala-galanya berlian! Untungnya kau Nuha dapat suami kaya macam tu! Lebih cantik lagi bentuknya berbanding set berlian yang kau dapat sewaktu hari pernikahan kau dulu Nuha!” kata Kartika lagi begitu gembira dengan apa yang baru dilihatnya. Nuha Qarina mengangkat bahunya. Tidak memberi respon cepat mengenai pujian sahabatnya itu.

“Jangan-jangan berlian palsu kan?” terbuntang mata Kartika mendengar kata-katanya. Dia tidak mahu menerima segala barangbarang itu. Dia mahu hati lelaki itu bukan hartanya.

“Palsu? Eh, taklah! Bukan benda palsu ni!” kata Kartika meneleknelek berlian itu. Nuha Qarina seperti mahu menangis menerima hadiah semahal itu.

“Aku tak mahu benda-benda tu semua, Ika! Kalau kau mahu, kau ambillah. Nuha berlian tu tak ada gunanya kepada aku. Sedangkan Nuha Qarina dibuangnya, inikan pula barang-barang yang boleh didapatinya dengan mudah di kedai-kedai! Kau ambillah Ika!” kata Nuha Qarina mengulangi permintaannya. Dia semakin sebak dengan apa yang dilihatnya. Kartika masih membelek-belek berlian yang bertatahkan emas putih itu.

“Ika, cantik kalau kau pakai tu. Kulit kau sesuai. Kalau kau pakai, tentu kawan-kawan kau menangis tahu!” kata Nuha Qarina dengan penuh kegembiraan. Dia sendiri tersendu perlahan.

“Tak mahu. Benda ni untuk kau. Buat apa aku ambil! Lusa, kalau kau jalan pakai benda ni, tentu cantik. Sesuai dengan kulit kau yang putih, gebu ni Nuha! Percayalah! Tentu cik abang kau gembira!” kata Kartika perlahan. Nuha Qarina menjeling kawan baiknya itu.

“Aku tak mahu benda-benda tu semua. Yang dulu tu pun masih ada dalam simpanan emak aku, Ika. Benda-benda macam ni tak ada gunanya dalam hidup aku ni!” kata Nuha Qarina yang tidak gemar memakai peralatan seperti emas dan berlian di tubuhnya dan mengingati rumahtangganya yang goyah dia bertambah menolak semua perkakas ini.

“Tak apalah, kalau kau tak mahu, nanti aku tolong hantarkan ke rumah mak kau. Biar mak kau simpan benda ni ya. Mana tau suatu hari kau balik ke pangkuan suami kau tu, mesti benda ni kau perlukan!” kata Kartika lagi. Nuha Qarina tidak ada reaksi. Dia memilih diam.

“Nuha, kau kemaslah barang-barang kau ni ya. Aku nak tidur. Esok aku kerja. Mungkin esok aku akan balik lambat sikit. Boss bawa aku jumpa client di Paradise Resort. Kau dah serah tugas kan?” kata Kartika lagi. Dia angguk perlahan. Terasa sukar dia hendak meninggalkan tempat yang banyak memberikan pengalaman kepadanya.

“Sudah tapi aku nak ke sekolah juga. Aku nak jumpa dengan kawan-kawan aku.” Kata Nuha Qarina tiba-tiba berasa lebih sayu mengenangkan kawan-kawannya yang bakal ditinggalkan. Kalau Aliff Hakimi tidak memilih untuk berkahwin lain, sudah tentu dia menolak tawaran belajar ini. Tetapi, dia memikirkan tidak ada apa-apa yang tinggal di sini, dia pun memilih belajar semula, meyambung cita-citanya yang terputus di tengah jalan.

“Oklah Nuha. Kita jumpa lagi. Selamat malam! Jangan sedih-sedih lagi ya, abang sudah datang tu bawakan kereta baru untuk Nuha!” kata Kartika lantas bergerak perlahan ke biliknya. Kepala Nuha Qarina sempat dipegangnya seketika. Nuha Qarina pula tidak sempat mengelak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience