Chapter 74

Romance Completed 28069

Bab 74

Aliff Hakimi sudah tiba di Perth Australia dengan penerbangan akhir malam semalam. Dia terus menginap di sebuah hotel terkemuka di Perth. Nasib baik papanya mahu memberikan dia cuti. Kalau papanya berkeras, dia tidak tahu bagaimana parahnya hatinya mengenang isterinya siang dan malam.

Dia terkenang malam indahnya dengan isterinya. Dia terasa sangat bahagia pada malam itu. Tetapi keesokan harinya dia dikejutkan dengan gambar-gambar isterinya sedang bermesra dengan seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera. Siapa yang tidak tersayat melihat gambar isterinya sedang memegang lengan lelaki itu. Dia sendiri pun tidak kenal siapa lelaki itu. Menurut isterinya, lelaki asing dalam hidupnya itu bukan kekasihnya. Itu kawan baiknya semasa menuntut di maktab perguruan semasa dia mengambil kursus KPLI di maktab selama setahun. Dia tidak dapat menerima alasan itu. Baginya isterinya sengaja mencipta cerita. Dan, sudahnya mereka terpisah lagi. Dia pula menjadi suami yang liar selepas itu. Tambahan lagi dengan sokongan kakaknya Aliya Mastura yang tidak sukakan kehadiran iparnya itu. Tibatiba telefonnya berbunyi.

“Helo asalamualaikum mama,” katanya menjawab. Mamanya di hujung talian. Telefonnya roaming secara automatic apabila dia sudah sampai di Perth siang tadi. Sekarang hari sudah hampir petang.

“Dah lama sampai nak?” soal mama.

“Baru juga mama, tak sampai dua jam.” Jawabnya.

“Nuha dah jumpa? Memang dia ada di situ? Universiti mana dia? Pastikan dia balik semula ke Malaysia nak. Nanti kita urus pembelajaran dia di sini. Papa dah jumpa dengan pengetua dia. Memang dia boleh sambung di Malaysia. Jangan rumitkan keadaan,” kata mama yang begitu sayangkan menantunya itu.

“Ya mama, saya akan cuba,” katanya. Tugasnya lebih berat datang ke sini. Dia mesti memujuk isterinya balik semula ke Malaysia dan belajar di Malaysia.

“Jangan asyik cuba aje Aliff! Mungkin Nuha tu merajuk. Itu yang dia pergi ke luar negara tu. Mungkin dia bawa perasaan sedih dia tu! Awak ni selalu buat masalah dengan isteri!” kata mamanya.

“Oklah mama. Saya akan pujuk sampai Nuha mahu menukar

tempatnya belajar. Lagipun sekarang dia baru saja mula belajar.” Kata Aliff Hakimi.

“Kau terpaksa bayar ganti rugi wang kerajaan tu Aliff,” dia faham. Dia akan selesaikan semuanya nanti.

“Ya mama, saya akan uruskan macam mana! Kalau tak pun saya pujuk Nuha bercuti dulu di sini mama! Nanti saya hubungi mama melalui skype aje ya mama!” kata Aliff Hakimi.

“Jangan lupa sampaikan salam mama dan papa untuk Nuha, jangan lagi kau marah-marah isteri kau di sana. Kalau kau Nampak dia dengan budak lelaki, jangan terus hentam isteri kau tu! Anggap saja itu kawan belajar dia. Bukan kekasih dia. Takkan Nuha asyik-asyik nak cari kekasih pula! Bawa bincang elok-elok isteri kau tu Aliff,” pesan mama dengan panjang lebar. Dia tahu disebabkan ketidaksabaran dan panas barannya menyebabkan isterinya teraniaya. Malah dia suka menyakitkan hati isterinya.

“In sha Allah mama. Saya akan bawa menantu mama balik semula ke Malaysia dengan selamatnya mama!” itu janjinya kepada mamanya. Datin Hamidah terdengar ketawa kecil mendengar suaranya.

“Syukurlah kalau kau mahu memujuk isteri kau semula Nuha. Mama tak mahu kamu bercerai-berai. Mama mahu kamu berdua hidup bahagia hingga ke anak cucu, ya nak. Mama dan papa ni tak sabar dah nak timang cucu. Sunyi sungguh hidup mama dan papa. Kalau ada menantu di rumah ni baik juga. Ini tak, asyik mama dan papa aje!” kata Datin Hamidah mengeluh mengenai kesunyiannya. Kawan-kawannya semua sudah menjaga cucu masing-masing. Dia hendak jaga siapa?

“Terima kasih mama!” katanya yang memahami akan kesunyian mama dan papanya. Papanya sekarang sudah balik ke pejabat jika dia tidak ada di pejabatnya. Papanya sukar hendak mempercayai orang lain. Mungkin atas sebab kesunyian juga papanya turun semula ke pejabatnya. Dia tahu sebab itu. Namun dia tidak tahu apakah itu yang sebenarnya.

“Bincang elok-elok Aliff,” pesan Datin Hamidah lagi. Susah hati Datin Hamidah memikirkan menantunya. Namun dia sentiasa berdoa agar menantu dan anaknya itu akan hidup bahagia akhirnya nanti.

“Terima kasih mama, asalamualaikum mama. Sampaikan salam saya kepada papa dan kakak,” katanya kepada mamanya seraya menutup telefonnya. Dia menjangkakan yang dia akan berada di Australia dalam masa tiga minggu ini. Itu yang dia jangkakan. Jadi sekarang ini dia sedang menguruskan hal dia hendak ke luar negara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience