Chapter 83

Romance Completed 28069

Bab 83

“Lusa kita berangkat balik ke Gold Coast! Kita akan tinggal di Surfers Paradise! Kat sana, kita berasa seolah-olah mimpi kita jadi nyata!” kata suaminya. Terbuntang matanya. Esok dia sudah mula berkuliah setelah seminggu orientasi. Banyak ujian yang akan diikutinya. Ujian Bahasa Inggeris terutamanya mengikut level. Jika baik keputusannya dia akan terus bersama-sama dengan pelajar yang sedia ada di sini. Jika tidak dia terpaksa menghabiskan satu semester untuk belajar bahasa Inggeris tahap tinggi.

“Apa istimewanya kat sana bang?” soalnya yang mengetahui mengenai Gold Coast sebagai tempat percutian yang hebat. Dia sendiri pun memang mengimpikan hendak ke situ. Namun sumber kewangannya juga menghadkan dia ke mana-mana selama ini.

“Sayang tak tahu?” soal suaminya. Mukanya membahang. Dia memang membaca mengenai Gold Coast.

“Ia sebuah apartment yang diumpamakan sebagai sejauh balingan batu dari laut sahaja tempat tu! Taman tema, roller coaster, melawat Currumbin Wildlife Sanctuary di mana kat sana kita boleh beri makan belut yang sungguh mengujakan! Dan bertemu Tasmania Devil di mana kita boleh mengusap bulu beruang koala yang comel! Kita juga boleh meluangkan masa megunjungi pasar hujungminggu Carrara. Kalau ada masa kita ke Brisbane untuk menikmati makanan laut segar termasuk sotong garam di restoran Brisbane Chinatown.” Terang suaminya. Dia tidak tahu menahu mengenai hal lain. Apa yang dia tahu dia hanya tahu mengenai universitinya di Perth Australia. Tempat ini memang idamannya sejak dulu.

“Then?” dia khayal mendengar keindahan yang diceritakan oleh

Aliff Hakimi.

“Kita ke Sydney dalam dua hari. Sydney Opera House sangat mengujakan abang!” kata suaminya. Dia terasa semakin seronok. Macam budak-budak pula gayanya.

“Seterusnya kita akan ke Uluru, Melbourne, Great Ocean Road dan Tasmania. Kemudian kita nak saksikan sendiri fajar menyingsing di ikon

World Heritage Australia,” kata suaminya menyenaraipendekkan tempattempat yang akan mereka lawati. Dia terangguk-angguk sahaja.

“Macam abang tak kerja pula.” Sindirnya. Suaminya sudah ketawa. Lelaki itu picit hidung peseknya. Dia sudah cepat-cepat cubit rambut suaminya.

“Sakitlah sayang!” kata suaminya agak manja. Ah, masih dia terkenang. Lelaki ini cukup serius wajahnya. Tidak sesekali mahu menentang matanya. Tidak sesekali mahu melihat wajahnya. Kini, mereka asyik saling berpandangan. Sukanya!

“Suka tak?” soalnya. Lelaki itu sudah mengucup pipinya.

“Suka kalau sayang yang cubit!” kata suaminya berseloroh.

“Esok kami ada kelas yang penting abang! Saya tak nak ponteng!” katanya yang amat berat hati hendak balik ke Malaysia. Suaminya pula hendak menggunakan sepenuhnya kuasa vetonya hendak memaksanya balik ke Malaysia. Dia tidak akan setuju. Kalau boleh, hujung minggu depan, apabila cuti suaminya sudah habis, biarlah dia balik sendirian. Dia tidak mahu suaminya membawa dia balik. Belajar di sini adalah pilihannya. Jadi dia mesti kuat dan tabahkan dirinya. Jangan sesekali suaminya membawa dia balik ke Malaysia dan membatalkan perjanjian pelajarannya di sini. Itu lah kemahuannya.

“Esok abang akan uruskan perpindahan sayang ke Malaysia.” Katanya. Membulat matanya. Kenapa suaminya ini begitu tekad hendak membawa dia balik semula ke Malaysia? Bukankah dia hendak teruskan juga pelajarannya di sini selagi dia tidak terganggu? Susah kalau suami yang keras kepala ini!

“Tak nak! Abang minta cuti sahaja untuk saya. Cuti sakit! Kalau saya dah sihat nanti saya akan balik ke sini semula!” katanya membantah kemahuan suaminya. Dia memang tidak mahu menamatkan pelajarannya di sini atau berhenti. Berhenti bermaksud dia terpaksa membayar semula kos pelajarannya di sini. Dia mana ada wang sebanyak puluhan ribu itu untuk membayar semula ganti rugi kerana membatalkan pelajarannya di sini. Siapa yang hendak tanggung kerugiannya itu? Aduh, sesak nafasnya seketika. Dia duduk di birai katil dengan sesak yang tidak dia tahu dari mana datangnya!

“Baiklah. Abang akan pastikan sayang cuti selama setahun! Jangan tunjuk degillah sayang! Sayang tak sihat ni! Kalau ada apa-apa berlaku kepada anak abang dan isteri abang yang comel ni siapa yang abang nak salahkan? Diri abang kan?” kata suaminya. Dia berat hati hendak berhenti dari kuliahnya. Sebenarnya dia tidak ada apa-apapun.

Kalau dia kuat dia boleh teruskan kuliahnya selepas ini.

“Lepas tu abang akan lepaskan saya?” bulat mata suaminya. Lelaki itu menggeleng. Tidak? Kenapa dia tidak dilepaskan? Kalau boleh lelaki itu lepaskan dia biar tenang hidupnya.

“Lepaskan? Tak lah! Jangan sayang harap abang akan lepaskan sayang. Kecuali nyawa abang dah berpisah dari jasad!” kata suaminya tegas. Tegas sungguhkah dia hendak memperisterikan dirinya sehingga akhir nyawanya? Aduhai!

“Abang takkan lepaskan sayang kalau abang cintakan sayang sampai akhir nafas abang! Jadi jangan nak sebut-sebut cerai!” ulang suaminya. Dia terkedu. Dia tidak percaya lelaki ini akan senekad ini.

“Tapi siapa yang akan tanggung kos saya nanti? Saya terpaksa bayar kepada kerajaan bang! Mana saya ada duit sebanyak tu!” katanya.

“Sudah! Jangan banyak cakap. Abang akan tanggung semuanya!” kata Aliff Hakimi. Betapa sukarnya dia hendak menerima tawaran suaminya ini.

“Nanti menyusahkan abang!” katanya.

“Nanti kalau sayang sendirian di sini lebih banyak susah lagi abang! Jadi abang akan tanggung semua kos sayang datang sini! Kalau mahu nanti, sayang dah sihat, kita honeymoon kat sini pula!” katanya membuka ruang isterinya untuk berbulan madu. Dia terkejut. Memang suasana di sini sangat sesuai untuk berbulan madu tetapi harga barang agak tinggi di sini. Kasihan juga dia kepada suaminya. Sungguh dia tidak rela!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience