Chapter 9

Romance Completed 28069

Bab 9

“Nuha, lambatnya kau balik?” Nuha Qarina seperti disergah seseorang apabila mendengar suara kawan baiknya itu. Perlahan matanya memandang Kartika yang sedang berdiri di depan pintu dengan cahaya lampu yang agak malap. Itulah sebabnya dia tidak perasan tadi yang kawan baiknya itu ada di situ. Memang sungguh jantungnya bagaikan terbang ke langit!

“Kus semangat! Kalau aku ada sakit jantung memang aku dah terbongkang pengsan depan kau Ika!” katanya mengurut dada. Matanya yang agak kecil itu kian membulat.Terkejut amat dia. Kartika pula ketawa kecil. Mungkin geli hati dengan sikapnya. Dia benar-benar terkejut dengan sergahan kawan serumahnya itu. Namun untuk marah, tidak sekali-kali. Kawan baiknya inilah yang selalu membantunya tatkala dia kesusahan. Kata orang tua-tua, kawan ketika ketawa senang dicari tetapi kawan ketika menangis susah hendak dicari.

“Aku tahu kau tak ada sakit jantung, itulah aku tak takut sergah kau! Haha!” kata Kartika sambil ketawa dan menutup mulutnya. Mereka berpandangan dan saling ketawa.

“Cepatlah bagi aku laluan! Aku dah lambat ni!” dia sudah ke arah jam tangannya. Dia menolak tubuh Kartika. Kartika mengeraskan tubuhnya di muka pintu itu. Agak kuat juga Kartika. Sukar dia menolak tubuh itu.

“His kau ni tak sabar-sabar nak ke mana? Nak jumpa boyfriend lagi ke ni? Aku nak ikut boleh?” soal Kartika pula. Dia mengerutkan dahinya. Hairan dengan bunyi kata-kata Kartika. Tidak pernah-pernah dia hendak bertemu kekasih. Dikata pula dia ada boyfriend. Sakit hatinya dalam diam. Baginya ada boyfriend atau ada suami memang menyakitkan. Lebih baik dia diam-diam dan mengerjakan tugas sehariannya. Ada faedah lagi.

“Boyfriend?” berkerut dahinya. Tadi dia pening dengan sikap penyibuk kawan baiknya di tempatnya bekerja iaitu Beatrice. Sekarang kawan serumahnya pula menyebut dia ada boyfriend. Bila masa dia pandai ada boyfriend? Huh, apa ceritanya sekarang ni? Soalnya kehairanan. Mata bulat dan cantik Kartika dipandang tegang. Hairan sungguh dia.

“Ya, aku takut kau ada boyfriend lagi. tulah kau lambat balik!” kata Kartika. Dia menggeleng.

“Tak de maknanya aku nak ada boyfriend Ika! Aku tak kan buat macam tu!” katanya memberitahu perkara yang sebenar. Bertemu dengan Beatrice menyebabkan mereka terlajak berbual-bual panjang.

“Aku agak ajelah! Jangan nak marah pula Nuha!” kata Kartika. Dia masih hairan dengan sikap kawan baiknya ini yang tiba-tiba menegurnya. Kalau masin mulutnya dan tiba-tiba dia ada kawan lelaki macam mana? Takkan dia mahu kalau ada kawan lelaki!

Akmal Adli yang tiba-tiba menghubungi juga tidak dilayani. Saiful kawan baiknya semasa di institut perguruan pun tidak dipedulikannya. Apatah lagi suaminya yang merayu itu dan ini kepadanya, bertambahtambah sakit hatinya. Kalau boleh hendak dilenyapkan dirinya daripada manusia-manusia itu. Dia tidak mahu menjalinkan apa-apa.

Nasib baik suaminya Aliff Hakimi, emaknya yang merestui hubungan mereka, jika tidak dia tidak akan setuju untuk menikah hari itu.

Ah, susah hidupnya! Susah hati, tidak ada sesiapa yang tahu. Kawankawannya hanya tahu dia beruntung. Sebenarnya dia tidak beruntung.

Nasibnya tidak baik. Tuhan sahaja yang tahu. Argh! Sudahlah Kartika!

“Apa pula? Eh, kau ni macam sakit pula!” kata Nuha Qarina kehairanan dengan kata-kata Kartika. Apa pula dia hendak bertemu dengan boyfriendnya. Eh tak adalah! Memang Saiful ada menghubunginya tetapi dia tidak mahu menemui lelaki itu. Memang tiga bulan yang lalu lelaki itu ada menghubungi dia tetapi dia tidak mahu melayani akan lelaki itu.

Dia sedar dirinya. Dia sudah ada suami. Dia tidak akan buat hal lagi dengan suaminya. Dia tidak akan cuba-cuba mencari kawan lelaki sekalipun suaminya sudah sah menceraikannya nanti. Eh, rasa sakit pula kalau suaminya hendak menceraikannya sekarang ini. Apatah lagi kalau cerai itu sudah menjadi kenyataan nanti. Apa yang dia rasa? Dia rasa seperti kulit yang disisihkan dari isinya. Ya Allah sakitnya hatinya.

Kalaulah ia benar!

Tetapi kalau benar suaminya masih ada rasa sayang kepadanya kenapa dia tidak dicari? Kenapa dibiarkan begitu sahaja di rumah kawan baiknya ini? Memang benar lelaki itu memang tidak menyukainya. Dia tahu!

“Apa pula sakit? Aku cakap yang betullah!” kata Kartika pula. Sekali lagi dia hairan. Apa lagi yang betul dan salah ni? Memang dia hairan sangat.

“Kau dah solat kah ni?” soalnya pula kepada Kartika. Kartika mengangguk. Walau sesibuk manapun mereka, solat tidak akan ditinggalkan. Dia belum solat maghrib lagi. Sepatutnya dia sembahyang maghrib di masjid tadi tetapi dia takut pula terlewat. Jadi dia terus balik ke rumahnya. Jalan pula agak sibuk menyebabkan dia terpaksa hampir keakhiran untuk sampai ke rumah sewanya.

“Sudah, aku minta balik awal tadi. Aku ingat kau ada di rumah. Rupanya kau tak ada. Aku ingat kau jumpa kekasih gelap kau!” dia tepuk dahi mendengar ungkapan Kartika. Dia tidak ada orang yang disebut oleh kawan baiknya itu.

“Mimpilah kau ni!” katanya. Dia mengangkat beg tangannya dan beg kerjanya untuk masuk ke biliknya. Dia hairan kalau melihat kawan baiknya itu ada di rumah ketika dia hari masih awal. Kawannya ini hanya akan balik selepas jam 5.30 petang. Itu pun jika tidak ada mesyuarat. Jika ada mesyuarat, malam baru mereka dapat bersua muka. Itu pun disebabkan kedua-dua mereka menggilai drama Korea. Jika tidak, alamatnya seminggu sekali lah mereka bertemu. Itu pun ketika hari sudah tinggi. Biasanya hujung minggu mereka menyambung tidur.

“Kau solat dulu. Dah lewat ni. Lepas ni kita makan sambil ceritacerita.” Kata Kartika. Bertambah berkerut dahi Nuha Qarina. Dia semakin hairan dengan apa yang kawannya cakapkan ini.

“Nak cerita apa?” dia semakin tidak puas hati. Pada hari bekerja, mereka jarang bercerita. Ada hal yang penting? Kawan baiknya selalu membuatkan dia tertanya-tanya. Sebenarnya dia sendiri malas hendak bercakap perkara yang tidak berfaedah. Kalau dia menyiapkan kerjanya ada baiknya. Dia tidak suka membuang masa. Lagipun dia tidak suka hal-hal yang mendatangkan dosa iaitu mengumpat dan mencela orang lain. Kartika juga sama sepertinya. Suka mendiamkan diri dan bercakap jika ada keperluan sahaja. Syukurlah dia mendapat kawan yang baik.

Sekali lagi dia bersyukur kepada Ilahi.

“Nantilah!” kata Kartika seperti main tarik-tarik tali kepadanya. Semakin senak pula. Kepalanya pula semakin berputar. Kenapa ni?

“Apa yang kau nak cakap ni Ika?” soalnya tidak sabar pula. Tudung di kepalanya sudah dibukanya. Semakin galak pula Kartika mengganggunya. Entah apa yang berlaku sebenarnya.

“Cepatlah kau solat maghrib! Dah nak habis masa ni!” kata Kartika pula. Dia angguk. Dia cepat-cepat msuk ke dalam bilik. Dalam dia berjalan dia memikir keanehan sikap kawan baiknya itu. Dia jarang balik awal ke rumah sewa mereka. Dia jarang menyergahnya begitu. Dia selalu duduk terperap di biliknya. Kenapa ada perubahan sikapnya hari ini? Kenapa dia tiba-tiba berubah? Apa yang hendak dia cakapkan?

“Aku naik atas dulu.” Katanya. Kartika pula sudah masuk ke ruangan televisyen. Pasti sebentar lagi rancangan drama Korea kegemaran mereka akan berlangsung. Dia juga tidak sabar hendak mengetahui apa yang akan berlaku kepada Doktor Stranger seterusnya.

Huh, dia kena cepat-cepat mandi dan bersiap untuk solat!

***

“Apa cerita kau sebenarnya?” dalam sibuk mencedok nasi ke dalam pinggan dia sibuk bertanya. Dia jadi tidak sabar sekali lagi. Mata Kartika dipandang tegang walaupun dia tahu tangan Kartika sedang sibuk memindahkan gulai ikan ke dalam mangkuk. Kartika tersenyum manis kepadanya.

“Mana ada ceritanya.” Kata Kartika menunduk wajah ke lantai dengan selamba. Terkedu dia. Tadi bukan main bercakap ada cerita.

Sekarang tak ada cerita pula. Mana yang betul ni?

Berdegup jantungnya. Apakah Kartika membohonginya? Wajah selamba Kartika itu cuba ditekanya. Dia tahu ada sesuatu yang cuba dihuraikannya tetapi dia masih tidak mengerti. Dia hanya berteka-teki.

Bencinya dia berteka-teki begini!

“Ada. Aku tahu. Dari mata kau pun aku tahu!” duganya. Mata Kartika direnungnya. Kartika tersenyum pula. Dia sudah duduk di ruangan makan itu.

“Sabarlah kita makan dulu. Kata mak aku, tak baik bercerita masa makan. Nanti tersedak! Tak elok untuk kita!” Kata Kartika yang sudah meletakkan mangkuk lauk di atas meja. Kartika memang gadis yang pandai memujuknya. Dia membaca doa dan duduk dengan tenang.

“Memang betul tapi aku memang tak sabar nak dengar apa cerita kau! Kau ni bendul betul!” katanya mengenakan Kartika selepas membaca doa makan. Besar mata Kartika memandangnya.

“Pandailah kau nak kenakan aku ya!” kata Kartika sudah mencubit kulit gebunya.

“Sakitlah!” katanya kepada Kartika. Kartika sudah ketawa. Ketawakan dia yang sudah kesakitan. Cubitannya bukan cubitan sayang tetapi cubitan subhanallah!

“Mari kita makan! Nanti sejuk tak sedap pula!” kata Kartika yang sudah makan. Dia turut menjamah lauk dan nasi putih itu.

“Sedap lauk yang kau masak ni, kau beli di mana?” soalnya sambil merasa gulai kari daging dengan kentang.

Dia tidak sempat membeli apa-apa di kantin sekolahnya tadi. Dia hanya tahu dia harus cepat menyiapkan semua kerjanya yang terakhir. Ada banyak kerjanya yang menunggunya. Ia harus disiapkan sebelum dia memulakan cutinya pada minggu depan. Sebelum dia berangkat ke destinasi ilmu pilihannya. Insya Allah.

“Kau kata aku beli?” soal Kartika pula. Tersentak dia. Selama ini mereka hanya membeli lauk pauk yang mereka hidangkan saban malam. Hanya hujung minggu sahaja mereka memasak. Itupun jika tidak ada aktiviti lain. Jika ada aktiviti seperti kelas tambahan dan Kartika memang ada kerja di pejabat, mereka masing-masing akan makan di luar sahaja. Balik rumah mereka hanya berehat sahaja. Sampai malam, mereka makan apa-apa sahaja yang patut seperti biskut atau buahbuahan.

“Mestilah! Kau mana ada masa masak!” katanya lagi. Kartika angkat kening. Apakah dia pandang sahabatnya ini sebelah mata? Haha!

“Hari ini aku masak sayang Nuha!” kata Kartika. Nuha Qarina kehairanan. Bila masa pula kawan baiknya sempat hendak memasak?

“Sempat pula kau masak ya?” soalnya pula, masih tidak percaya. Berkerut dahinya.

“Hari ini semuanya aku sempat!” kata Kartika dengan penuh bangga. Dia menyengih. Syukurlah. Jimatlah perbelanjaan mereka berdua. Jika tidak, mereka memilih maggi atau membeli lauk di luar.

Nasi sahaja yang mereka masak di rumah.

“Syukurlah! Kau cuti hari ini? Jarang sekali setiausaha kita ni balik awal dari tempat kerjanya.” Katanya lagi. Kartika pula tersengih.

“Aku minta kebenaran balik awal sebab perut aku sakit tadi. Lepas aku tidur dalam dua jam dan melepaskan apa yang patut, akhirnya aku sihat semula. Lepas tu aku makan ubat tahan sakit. Tadi aku sempat singgah klinik. Lepas tu aku sembuh! Terus saja aku masak.

Sedapkan?” soalnya setelah bercerita dengan panjang lebar. Dia merasa gulai yang Kartika masak dengan lidahnya. Dia teranggukangguk. Memang pandai anak Mak Peah masak gulai. Kalau dia belum tentu lagi.

“Oh patutlah kau sempat masak. Kenapa tak hubungi aku tadi? Aku sengaja balik lambat. Kalau awalpun mana ada kawan aku di rumah!” katanya pula. Daging empuk itu masih lagi dia kunyah. Dia sibuk di sekolahnya tadi. Banyak sangat tugas yang hendak dia siapkan. Tinggal sedikit masa sahaja lagi dia akan bertolak menyambung pelajarannya. Dia tidak mahu reputasi dan nama baiknya terganggu. Jadi dia harus menyiapkan semua kerjanya sebelum diserahkan kepada pengetua.

“Aku tahu kau sibuk di sekolah! Itulah aku tak nak ganggu kau! Jadi aku masakkan kau sesuatu. Barulah aku puas hati. Maklumlah tak lama kita akan terpisah lagi!” kata Kartika perlahan. Kedengaran suara itu turut sebak. Sudah agak lama mereka sama-sama. Dia sebak pula kalau mengingati mereka akan berpisah tidak lama lagi. Oh, kalau tak ingatnya akan kemarahan dan sakit hati kepada Aliff Hakimi, dia sudah duduk di rumah sewanya selama-lamanya. Dan, dia mahu merebut peluang. Kebetulan dia ada peluang. Kalau tidak, dia akan duduk mengajar sahaja di sekolahnya sekarang. Dia tidak mahu cakap banyak dah!

Dia selalu memohon agar pilihannya ini tepat tetapi dia belum lagi memohon keizinan daripada suaminya. Ah, suaminya! Bikin panas punya suami yang dia ada! Entah-entah sekarang dia sudah bahagia dengan kekasih yang baru dinikahinya. Dia juga tumpang bahagia dengan pilihannya.

“Sebenarnya ada seseorang datang tadi.” Hampir berhenti detak jantungnya sebentar. Siapa yang datang? Matanya terus mencari sepasang mata bundar milik Kartika.

Otaknya cepat mencerna yang dia akan dicari dan sedang dicari! Aliff Hakimi? Akmal Adli? Saiful? Buat apa mereka nak datang? Aku nak sepak nanti baru tahu! Bisiknya perlahan. Matanya sudah membulat.

Terkejut dengan pernyataan kawan baiknya itu.

“Siapa yang datang Ika? Cepat kau beritahu aku!” katanya menyebabkan Kartika tersengih-sengih.

“Aku tak kenal Nuha. Kalau aku kenal aku akan beritahu kau. Takkan aku tak kenal bekas tunang kau Adli dan suami kau Aliff Hakimi kan! Tetapi bukan mereka!” Kata Kartika berdolak-dalik.

“Bohong! Apa yang dia mahu?” soalnya pula. Sejak akhir-akhir ini dia memang berasa dia diikuti oleh seseorang. Pendek kata dia seperti diintip. Tetapi dia tidak tahu siapa yang mengintip dia. Mungkinkah orang suruhan Aliff Hakimi? Untuk apa lagi dia diintip? Bukankah dia mahu mereka berdua bercerai dan habis cerita. Lagipun mereka bukannya ada apa-apapun selama ini. Syukurlah kalau mereka tidak ada apa-apa!

“Tak tahu. Tapi dia tanya kau!” jawab Kartika lambat-lambat. Bulat matanya. Jadi benarlah dia diekori selama ini? Tapi siapa?

“Tanya apa?” soalnya tidak sabar semula. Sejak tadi dia terasa ada sesuatu yang Kartika mahu cakap. Itu sebabnya dia menjadi tidak sabar hendak mendengar apa yang hendak diberitakan. Huh!

“Dia tanya kau di mana tapi aku tak beritahu! Aku malas mahu campur tangan urusan kau!” kata Kartika takut-takut. Dia mengangguk.

Tindakan kawan baiknya itu memang benar. Dia setuju.

“Siapa orang tu?” Kartika geleng. Dia tahu sahabatnya ini memang tidak tahu. Nasi yang dikunyah pun terasa kerasa macam batu mendengar berita daripada kawan baiknya ini.

“Aku tak tahu. Aku tanya siapa yang suruh dia tetapi dia tidak mahu menjawab apa yang aku tanya. Dia kata dia mahu tahu kau tinggal di sini atau tidak.” Kata Kartika. Nuha Qarina menekur seketika. Dia mahu tahu siapa yang mencarinya tadi.

“Jadi kau cakap apa?” soalnya tidak sabar.

“Aku cakap tak ada. Aku tak boleh beri maklumat siapa yang tinggal di sini.” Jawab Kartika. Dia semakin takut. Apa yang menyebabkan dia dicari? Siapa yang cari dia?

“Jadi apa yang dia buat?” soalnya pula.

“Lelaki itu terus pergi. Tapi dia bercakap dengan seseorang dalam telefon. Orang tu gelap dan berpakaian smart tapi aku tahu dia bukan suami kau!” kata Kartika. Kartika pernah bertemu dengan Aliff Hakimi. Jadi tidak mungkin Aliff Hakimi yang datang tadi. Mungkinkah orang suruhannya?

“Kau tak dengar?” soalnya pula. Kartika menggeleng.

“Buat apa aku nak dengar. Aku pun takut tadi. Aku nak telefon kau tapi aku takut ganggu kau!” kata Kartika. Hati Nuha Qarina sudah tidak tenang. Meremang bulu romanya. Fikirannya jadi runsing. Apa yang patut dibuatnya? Panggil polis?

Siapakah yang sedang mencarinya? Takkan Saiful? Buat apa Saiful sampai mengupah seseorang untuk mencarinya? Saiful bukan pemuda yang banyak wang untuk mengupah seseorang tetapi kalau Aliff Hakimi dia memang percaya. Akmal Adli pun tidak akan tergamak menyuruh seseorang. Sudah lama mereka putus tunang. Lelaki itu mungkin sedang mencarinya? Lelaki itu banyak duit tetapi kenapa lagi dia dicari? Dia bukan ada harta atau apa-apa yang penting. Semua harta lelaki itu sudah dikembalikannya. Hairan… hairan!

“Apa aku nak buat ni?” soalnya. Kartika membuntangkan mata. Mungkin dia pun tidak ada idea. Apa yang mereka perlu buat? Takkan nak pindah dari sini? Memang tak cukup tanganlah dia kalau nak pindah dari sini.

“Sabar ajelah! Bukan ada apa-apa tu! Kalau suami kau yang suruh, tak ada apa-apalah tu! Jangan risau!” kata Kartika. Dia berdiri dan mengangkat pinggan kotor selepas mereka makan. Dia mahu masuk ke dalam biliknya selepas ini. Apa-apapun tidak akan dibuatnya pada mala mini. Dia menjadi begitu takut.

“Aku bukan takut tapi aku bimbang. Ini semua memang kerja si Aliff lah tu! Tak de kerja orang lain lah tu!” katanya kepada Kartika.

“Sabarlah. Kita hati-hati aje. Jangan percaya dengan sesiapa selepas ini!” kata Kartika menasihatinya. Dia angguk. Mereka pun masuk ke bilik masing-masing. Namun dalam hati tetap masih tertanya-tanya tentang orang asing yang mencarinya. Dia sendiri hairan. Hairan siapa yang datang secara tiba-tiba. Mungkinkah? Ah, dia tidak mahu berburuk sangka!

Biarlah kebenaran itu datang kemudian…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience