Chapter 24

Romance Completed 28069

BAB 24

Malah, dia tidak mahu memanggil lelaki itu ‘abang’ seperti selepas perkahwinan mereka enam bulan yang lalu. Dia sudah menyimpul tekadnya jauh-jauh. Namun dia tersenyum manis kepada lelaki itu. Lelaki itu tidak pernah lepas memandang wajahnya. Wajah yang menyembunyikan sayu yang tidak dapat ditanggungnya seorang diri namun demi dirinya yang terluka, dia rela menanggung segala-galanya. Lelaki itu berdiam diri. Tidak menyahut apa yang disuarakannya.

“Nuha, abang nak bawa Nuha pergi klinik dan lepas tu kita pergi sarapan, cepatlah siap.” Kata lelaki itu lagi menyunting apa yang baru dikatakannya. Terkejut dia. Sepatutnya dia ada urusan di pejabat pendidikan. Bagaimana dia hendak menjelaskan kepada lelaki ini? Masalahnya kenapa lelaki ini datang semula dalam hidupnya? Kalau tidak datang semula ke dalam hidupnya, tak apakah?

“Nuha dah sarapan bang. Nuha dah beli kuih-muih yang mak cik jual di seberang jalan tu pagi tadi! Sekarang ni Nuha ada kerja sikit nak buat! Err, Nuha boleh pergi ke klinik sendiri. Nuha masih larat memandu!” kata Nuha Qarina dengan acuh tak acuh. Dia sedaya upaya hendak menolak pelawaan lelaki itu.

“Takkan sarapan dengan abang pun Nuha tak sudi! Lepas tu abang akan tunjukkan klinik keluarga kita di Wisma Merdeka! Nanti Nuha tak perlu susah-susah lagi! Kita pegi sana ya!” kata lelaki itu tadi. Dia bagaikan terpempan dengan kata-kata itu. Dia tidak perlukan klinik keluarga. Dia tidak perlukan semua itu. Dia hanya mahu kan kasih sayang lelaki ini suatu masa dulu. Tetapi lelaki ini mengabaikannya. Itulah yang menjadikan dia kesal dengan apa yang berlaku kepada mereka berdua.

“Bukan macam tu tapi…”

“Tapi apa? Nuha masih ingat apa yang abang lakukan pada Nuha? Nuha masih kecewa dengan abang kan? Maafkan abang Nuha saying, memang salah abang sebab terburu-buru.” Nuha Qarina menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu mendengar peristiwa yang sudah berlalu. Memang dia masih kecewa dengan tindakan suaminya yang mahu bernikah pada masa inai masih merah di jarinya pada ketika itu. Mana sudah kekasih yang lelaki ini agung-agungkan selama ini? Kenapa dia pula dicari semula? Lelaki ini seperti menjilat ludahnya semula! Eh, dia tidak mahu sebenarnya!

“Nuha ada kerja sikit nak buat ni! Urgent! Awak keluar dulu sementara saya siapkan kerja saya. Nanti selepas jam dua petang baru awak datang sini!” katanya bermatian menolak lelaki itu. Rancangan asalnya hendak ke sekolah terpaksa dibatalkan jika lelaki itu berkeras hendak membawanya keluar.

“Tapi, Nuha macam tak sihatkan? Mari, sekarang dah pun hampir pukul 10.00 pagi. Kita ke klinik ya!” kata Aliff Hakimimenunjukkan rasa prihatin dan tanggungjawab sebagai seorang suami. Namun, hasrat itu sudah terlambat. Beberapa hari lagi dia berada di bumi bertuah ini. Dia akan tinggalkan lelaki bertuah ini. Dia akan biarkan lelaki ini dengan labu-labunya. Adanya dia pun tidak memberikan kesan kepada lelaki ini. jadi buat apa dia tunggu lelaki ini? Membodohkan diri sahaja kan?

“Tak apalah bang. Nuha boleh pegi sendiri. Abang pun mesti banyak kerja kan? Ada baiknya abang pergi kerja dulu. Nanti petanglah kita keluar ya. Lagipun apa-apa urusan saya boleh naik kereta saya sendiri, tak perlu abang nak sibuk-sibuk nak layan saya! Lagipun saya takut mata abang sakit asyik pandang wajah saya!” Kata Nuha Qarina mengemukakan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri dari keluar dengan lelaki itu.Lelaki itu ketawa. Lelaki itu sedar dia sedang menyindirnya?

Eh, Nuha Qarina, tak baik sindir suami! Dosa tahu! Kata hatinya membantah tiba-tiba.

Dia tidak mahu pekerjaan suaminya itu terganggu kerananya. Dia tahu suaminya itu mempunyai pekerjaan yang amat sibuk di pejabatnya. Jadi ada baiknya dia minta suaminya pergi ke pejabatnya sahaja. Dirinya usah dipedulikan lagi.

“Nuha, jangan tambahkan serabut di kepala abang ni! Abang nak bawa Nuha sarapan, Nuha tak mahu! Abang nak bawa Nuha ke klinik Nuha tolak! Apa lagi yang boleh abang buat untuk isteri abang ni? Bagaimana Nuha nak tahan sakit Nuha tu kalau petang baru jumpa doktor?” soal Aliff Hakimi dengan suara yang agak tinggi.

Sabarnya bagaikan sudah hilang. Bulat matanya memerhatikan lelaki itu. Benarkah suaminya prihatinkan dirinya? Dulu, sakitkah, hidupkah atau matikah dia, lelaki itu tidak pernah pedulikannya. Balik pun macam tidak mahu balik ke rumahnya sendiri. Dirinya pun dipandang dengan sebelah mata sahaja! Jadi siapakah lelaki di depannya ini sekarang?

Suaminya yang prihatinkah ini? Atau suami yang berpura-pura hendak memujuknya semula? Atau suami yang baru tersedar dari lenanya yang panjang? Kesal dan agak marah dia sebenarnya dia. Kenapa lelaki ini terburu-buru datang semula dalam hidupnya? Alangkah baiknya kalau dia biarkan sahaja dirinya hidup bebas dan dia bebas menentukan hala tuju hidupnya! Malah, lelaki ini sendiri pun bebas hendak memilih siapa menjadi isteri barunya! Dia tidak peduli walaupun hatinya bagaikan digilis-gilis halus! Ah, sakitnya sebuah perasaan seorang isteri yang diperlakukan macam kucing kurap ini!

“Tak perlu susahkan diri untuk Nuha. Lebih baik awak pergi layan isteri muda awak tu lagi baik! Saya ni isteri tua, tak apalah! Saya hanya tunggu diceraikan bang!” katanya seperti orang yang merajuk. Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Dia memang merancang untuk bernikah dengan bekas kekasihnya tetapi bukan sekarang. Kasihan pula dirinya ini.

“Nuha, please jangan sebut yang bukan-bukan lagi. Kita hanya berdua ok!” katanya perlahan. Mata Aliff Hakimilunak memandang ke arahnya sejak tadi.

“Baiklah kalau macam tu. Untuk kali ini saja. Lain kali jangan ganggu saya. Saya menunggu surat cerai dari awak! Awak tunggu sekejap! Nuha bersiap!” katanya bergegas ke biliknya. Dia tidak mahu berlama-lama dengan lelaki itu di rumah sewanya ini. Dia tidak mahu menambah sangkaan jiran-jirannya lagi.

Lelaki yang memerhatikan itu tidak lagi dipandangnya. Tiba di biliknya dia mengunci pintu biliknya rapat-rapat. Beg pakaiannya disimpan di dalam almari. Dia takut, suaminya itu hilang kawalan dan terus mengetuk pintu biliknya.

“Nuha, awak jangan mimpi, sampai mati abang takkan ada surat cerai yang awak ingin tu!” kata Aliff Hakimi bertegas kali ini. Terkesima Nuha dengan jawapan itu. Dia tidak menyangka lelaki itu begitu tergamak hendak menyatakan demikian kepadanya. Dalam hati, dia sudah bersedia untuk menanggung apa yang sepatutnya berlaku kepada dirinya.

Nuha Qarina sempat menganggukkan kepalanya. Belum selesai Nuha mengenakan gincu bibirnya, dia terdengar pintu biliknya diketuk. Nuha Qarina pening lagi dengan perlakuan lelaki ini. Berbulan mereka tidak bertemu wajah, wajah lelaki itu sudah dipenuhi jambang, malah tidak terurus. Malah, sengaja tidak diuruskan diri itu. Wajah tampan itu tertutup oleh bulu-bulu kasar yang memenuhi muka itu.

“Nuha, Nuha dah bukakah hadiah semalam tu? Tentu Nuha suka tak dengan hadiah abang tu? Suka kan?” kata Aliff Hakimisambil mengetuk pintu biliknya.

Bergegar tubuh Nuha Qarina dengan ketukan di pintu itu. Selama tiga bulan Nuha Qarina tinggal sebumbung, tidak pernah lelaki itu seagresif ini. Lelaki itu tidak mempedulikannya. Dia bagaikan bunga meja di rumah lelaki itu. Nuha Qarina masih ingat akan sikap acuh tak acuh lelaki itu apabila berhadapan dengannya sewaktu mereka baru bernikah. Itupun selepas beberapa minggu dia bermesyuarat di luar negeri.

Tidak sesekali lelaki itu mahu melawatnya di bilik mereka yang berlainan ketika itu. Selama ini lelaki itu menganggapnya bagaikan tetamu. Sakit betul hatinya. Kehairanan-kehairanan yang menjelma di hati Nuha Qarina memaksanya memikirkan apakah perlu dia membuka pintu biliknya kali ini.

“Abang, Nuha dah sedia, marilah kita keluar.” kata Nuha Qarina cepat-cepat keluar dari biliknya dan cepat-cepat pula menutup biliknya yang masih belum berkemas sepenuhnya. Tetapi belum sempat dia menutup pintu itu, tangan kekar lelaki itu sudah menahan pintu itu dari tertutup.

“Nuha, ini bilik Nuha? Comel sungguh bilik Nuha ni macam orangnya! Bilik kita nanti bolehlah dihiaskan macam dekorasi di bilik ni kan! Redup dan nyaman!” kata Aliff Hakimi sambil meneliti perhiasan yang ada di biliknya. Berubah wajahnya dengan pengakuan itu. Malah, jauh berbeza dengan bilik khasnya yang diberikan oleh Aliff sewaktu dia tinggal di rumah banglo milik lelaki itu.

“Saya tak akan ada rumah dengan awak! Jangan nak perasan ya abang!” katanya kasar. Dia benar-benar terluka dengan sikap lelaki itu selama ini.

Tidak ada apa-apa sebenarnya di biliknya yang kecil itu. Hanya ada gambarnya sewaktu bermain dengan adiknya, Hanafi. Hanya dindingnya yang ditukar hiasan. Barangkali lelaki itu sengaja hendak menjenguk ke dalam biliknya itu. bilik yang serba sederhana sahaja. Kesunyian terasa membekam jiwa mereka berdua. Namun, Nuha Qarina begitu pandai mengisi suasana.

“Jangan macam tu Nuha. Abang sudah bosan ditanya yang bukanbukan oleh mama. Satu hari tu mama tidur di rumah kita, tapi mama kecewa kerana Nuha tidak ada di sana. Mama kehairanan dan akhirnya menghidu apa yang berlaku!” cerita suaminya itu. Ada dia kisah? Dia tidak mahu tahu mengenai lelaki ini lagi sebenarnya. Dia hanya mahu melakukan apa yang sepatutnya menjadi tugasannya. Lelaki ini sudah tidak termasuk dalam senarai tugasnya. Dia mahu lelaki ini pergi dari hidupnya.

“Memang lah itu yang awak sukakan? Saya nak buat macam mana? Kalau orang tak sudi! Saya seribu kali saya tak sudi, awak tahu!” katanya lagi mcuba menyakitkan hati lelaki itu. Lelaki itu tersengih. Kelat wajah itu.

“Maafkanlah abang sayang! Memang abang yang salah tapi sedangkan Nabi pun maafkan umatnya! Inikan pula Nuha! Takkan tak boleh maafkan Nuha!” katanya lagi, separuh memujuk. Nuha Qarina menggeleng. Memang dia tahu mengenai Nabi Muhammad akan maafkan umatnya itu. Tetapi dia bukan Nabi Muhammad.

Tangan kekarnya sudah mencapai tangan Nuha Qarina yang halus mulus itu. Nuha Qarina cuba meronta. Tetapi, lelaki itu sudah bersedia merangkulnya dengan kuat di bilik itu. Bau haruman ‘Desire’ milik lelaki itu menebal di hidungnya. Dia bagaikan tidak selesa dengan bau tersebut.

“Abang…Aliff…Aliff… Aliff Hakimi, mari kita keluar! Nuha sudah sedia nak pergi!” katanya dengan nafas yang tidak teratur.. Tas tangannya yang kecil itu yang tersangkut di lengannya sudah terlepas. Aliff Hakimi masih lagi dengan sikapnya. Dia yang meronta-ronta tidak dipedulikan. Sakit lagi hatinya melihat tingkah suaminya ini. Suka benar dia menyakitkan hati seorang isteri yang sakit hati sepertinya ini.

“Jangan ganggu saya boleh tak? Awak kana da isteri lain? Kenapa nak ganggu saya?” teriaknya apabila lelaki itu sudah mencumbu lehernya. Dia benar-benar ketakutan dengan tingkah agresif lelaki itu.

Dia cepat-cepat turun ke bawah meninggalkan lelaki itu yang termangu tetapi puas itu. Lelaki itu menuruti langkahnya. Dia bersyukur sebenarnya. Dia boleh terlepas dari beban amukan rindu lelaki itu.

“Nuha, ini beg tangan Nuha tertinggal!” katanya sambil menoleh kearah lelaki yang masih tersenyum puas itu. Bertambah pilu hatinya. Lelaki ini benar-benar suka menyakitkan hatinya. Kalau lah dia mampu membalas…

“Abang tak akan ganggu Nuha. Abang faham Nuha masih marahkan abang. Abang hanya melepaskan kerinduan-kerinduan kita berdua. Nuha rindukan abang kan? Jadi, abang tak mahu Nuha terus menderita!” katanya perlahan, masih dengan senyumannya.

“Jangan nak gila! Saya tak ada rindu untuk abang! Abang tahu tak?” katanya seperti mencabar suaminya sendiri.

“Tapi, Nuha membalas, betulkah Nuha tak rindukan abang?” soalnya lagi tidak percaya dengan pernyataan Nuha Qarina. Nuha Qarina menggelengkan kepalanya.

“Abang percaya rindu Nuha pun sudah terlepas sebentar tadi!” katanya lagi. Sakit hati Nuha Qarina.

“Sudah! Pergi abang dari sini! Jangan ganggu emosi saya lagi bang!” katanya separuh berteriak kepada lelaki itu.

“Nuha, kenapa ni? Nuha kan isteri abang? Kalau abang mahu, abang boleh lakukan apa yang sepatutnya di sini tetapi abang tak mahu! Kenapa Nuha degil sangat? Kenapa Nuha tak mahu pedulikan abang?

Bukankah abang sudah minta maaf dengan apa yang telah berlaku?” katanya Aliff Hakimi dengan perasaan yang memilukan. Dia mendiamkan dirinya. Perlahan dia keluar dari ruang yang menyesakkan. Dia memakai pashminanya dan mengambil kasutnya di atas rak kasutnya. Entah kenapa dia bersetuju keluar dengan lelaki itu. Ketika dia memandang lelaki itu, wajah lelaki itu sudah ceria! Menyesalnya dia!

Apakah masih ada rindu yang menyesakkan jiwanya untuk lelaki ini? Ah, siapa yang tidak mengharapkan suaminya membelai jiwanya yang lara ini! aduhai, kesedihan dan keceriaan bersatu dalam diam!

Selama ini dia tabah! Tabah dalam tangis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience