Chapter 35

Romance Completed 28069

Bab 35

“Kenalkan ini kakak abang, ini kak Aliya Mastura,” kata Aliff Hakimi memperkenalkan kakaknya. Dia belum pernah bertemu kakak iparnya ini. Dia hanya mendengar Aliff Hakimi ada kakak yang menyambung pelajarannya di luar negara. Dia tidak pernah bertanya siapakah kakaknya itu. Kakaknya merupakan pensyarah di sebuah universiti tempatan. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam tetapi kakak iparnya itu menyambut tangannya.

“Kak, ini isteri Aliff, Nuha Qarina.” Kata Aliff Hakimi memperkenalkan kakaknya kepada Aliya Mastura yang agak sombong dan berlagak itu.

“Oh, ini Nuha Qarina yang mama selalu sebut-sebut ni ya? Macam perasan cantik sangat kan sampai adik kakak ni terpikat konon!” soal kakak kepada suaminya itu. Pelik pula perasaannya apabila kakak iparnya itu tidak mahu menyambut huluran salamnya. Apa yang terjadi? Kenapa tidak disambut salamnya? Apakah dia tidak sudi menerima dirinya sebagai ipar? Soalnya dalam hati.

“Saya kak, saya lah Nuha Qarina.” Katanya. Membuntang mata kakak iparnya itu. Aliya Mastura agak garang juga orangnya. Memang tidak sesuai dengan jiwanya yang agak pendiam dan ceria ini.

“Siapa kakak kau? Aku? Aku bukan kakak kau! Game baru bermula Nuha Qarina!” kata kakak iparnya itu membisik kepadanya. Dia pula kehairanan. Kenapa pula game baru bermula? Soalnya sendiri. “Kakak dan Nuha ceritalah dulu ya, kawan saya pula datang tu,”kata Aliff Hakimi sudah melambaikan tangannya. Dia sudah kaku di depan kakak iparnya ini.

“Kau jangan pandai-pandai nak panggil aku kakak ya. Kau siapa? Kau adik aku? Mama kau beranakkan aku? Bila?” soal kakak iparnya Aliya Mastura itu. Dia geleng. Bergenang air matanya. Tidak menyangka kakak iparnya ini pula tidak menyenangi kehadirannya. Dia geleng lagi berulang kali.

“Baiklah, saya kena panggil apa pula?” soalnya jujur. Dia serba salah pula kepada kakak iparnya. Dia ingat dia sudah boleh mengecapi bahagia, rupanya tidak. Ada lagi seorang gadis yang tidak mahu dipanggil kakak walaupun hakikatnya kakak iparnya ini tua daripada dia.

“Panggil Aliya…” kata kakak iparnya itu. Dia menunjukkan wajah garangnya. Sepatutnya gadis ini menunjukkan wajah ceria. Tetapi dia menunjukkan wajah macam singa nak terkam mangsa!

“Kalau mama dan abang Aliff marah apa yang saya cakap?” soalnya ragu. Dia jujur. Kakak iparpun macam kakaknya sendiri. Namun kakak sulungnya lebih baik dan berwajah manusia. Bukan macam kakak ipar yang baru dikenalinya ini. Mungkin selama ini gadis ini berada di luar negara melakukan penggambaran menyebabkan dia tidak pernah bertemu kakak kepada Aliff Hakimi ini.

“Kalau depan mama dan Aliff kau panggil aku kakak bodoh! Benda senang pun nak kena ajar ke?” kata kakak iparnya itu. Sekali lagi dia terkesima. Kenapa kakak iparnya ini begitu celupar. Dia tidak tahu yang bumi Allah ini bukan dia punya!

“Baiklah Aliya!” katanya. Kepalanya terangguk-angguk. Ambik kau! Dah dia kena cakap bodoh! Mahu atau tidak dia terpaksa menerima perkataan itu iaitu ‘bodoh’ menjadi santapannya malam ini! Suka-suki aje dia kan nak cakap begitu! Memang tak bermaruah lah!

“Kenapa kau nak sangat nak kahwin dengan adik aku ya?” soal Aliya Mastura agak marah. Kenapa pula dia Tanya seolah-olah aku yang terhegeh-hegeh hendakkan adiknya? Bukankah mereka yang datang secara baik dan bertanyakan kepadaku sewaktu proses melamar dulu? Dia ni sudah skizo ke? Ah, biarlah! Kalau dia layan orang tut macam ni, dia pun tambah bingung!

“Pilihan keluarga kak err Aliya, saya tak tahu pula kalau Aliya tak suka saya!” katanya dengan berani. Mata mereka bertentangan buat seketika. Dia tidak mahu menundukkan pandangannya kepada gadis itu. Dia mahu gadis itu tahu menghargai adik iparnya!

“Memang aku tak suka kau kahwin dengan adik aku! Aku tak suka orang kampung kawin dengan adik aku! Orang kampung ni menyusahkan adik aku nanti! Kau tahu?” kata Aliya Mastura. Sakit pula hatinya mendengar pengakuan kakak iparnya itu. Tapi nanti tengoklah siapa yang akan menyusahkan. Dirinya atau dia?

“Bukan saya yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan abang Aliff.

Saya sedar siapa diri saya!” katanya. Sebak sungguh dia dituduh orang kampungan begitu. Menyesal juga dia setuju menerima pinangan keluarga Aliff Hakimi dahulu. Kalau dia tahu ada insan yang membencinya, lebih baik dia tidak kahwin.

“Tak terhegeh-hegeh konon! Tak percayalah saya!” kata Aliya Mastura. Terjuih bibir gadis itu. Tersinggung perasaannya. Mengapa, teruk sangatkah dia?

“Tak percaya sudahlah kak!” katanya tanpa perasaan. Dia tidak mahu memaksa kakak iparnya ini untuk mempercayainya. Dia benci dengan sikap hipokrit mereka adik beradik.

“Memang aku takkan percaya, kau tahu!” katanya tegas. Jahat sungguh suara itu di pendengarannya macam suara keldai. Dia diam.

Makin dibalas gadis ini makin menjadi-jadi marahnya kepadanya.

Takkan mereka hendak bergaduh pula!

“Selama ini Aliya di mana? Kenapa saya tak pernah nampak?” soalnya seolah-olah mahu berbaik dengan kakak iparnya. Memang selama ini dia tidak pernah bertemu dengan kakak iparnya ini. Dia jujur bertanya. Namun dia mendapat jelingan daripada gadis yang tidak berapa nak manis itu!

“Err, kau nak peduli apa?” soalnya pula. Bagaikan nak tercabut telinganya mendengar kata-kata kakak iparnya itu.

“Aku ke luar negaralah, aku sambung belajar lagi! Tapi kau tak tahu ke yang suami kau tu ada kekasih?” soal Aliya Mastura. Semakin menyakitkan hati pula kakak iparnya ini. Dia memang tahu kalau suaminya hendak bernikah lain. Lelaki itu pun sudah meminta kebenarannya. Dia angguk.

“Dia memang ada minta kebenaran.” Katanya. Sayu hatinya. Disangkanya kakak iparnya ini akan mempertahankannya. Rupanya kakak iparnya suka kalau dia dimadukan lagi. Aduhai! Kenapa ada juga manusia begini?

“Dah kau beri dia kebenaran?” soalnya. Dia angguk juga. Buat apa dia larang suaminya hendak menikah lain. Kalau suaminya bahagia hendak menikah lain, dia tidak akan haling. Kebahagiaan suaminya adalah kebahagiaannya juga.

“Sudah.” Katanya. Kakak iparnya tersenyum manis mendengar jawapannya. Hakikatnya hatinya menangis dan bagaikan ada api yang direnanginya. Alangkah menyakitkan hati kakak iparnya ini. Tidak ada sopan santun perempuan ini.

“Bagus! Aku tak suka kalau kau nak halang adik aku nak kahwin lain! Kekasih dia tu kawan baik aku tahu! Malah dia lebih cantik dari kau tahu? Kamu memang tak padan nak bergandingan dengan adik aku tu!” kata Aliya Mastura. Maksudnya, dia pun cantik juga lah! Bertambah terbuntang matanya mendengar kata-kata kakak iparnya itu. Sampainya hati menyokong perkahwinan adiknya yang kedua pula. Dia siapa? Dia isteri tunggul? Kalau dia tahu dia akan disakiti lagi dia tidak akan datang ke sini lagi. Kakak iparnya ini benar-benar suka menyakitkan hatinya. Dia menahan sahaja sakit hatinya.

“Sayang, mari jumpa kawan-kawan abang?” Aliff Hakimi sudah mendekatinya dan memegang tangannya. Kakak iparnya yang memerhatikan keadaan itu terkejut. Mungkin terkejut dengan layanan adiknya itu.

“Nak ke mana?” soal kakak iparnya itu. Aliff Hakimi pandang kakaknya. Mungkin dia lupa ada kakaknya di situ. Ah, pedulikanlah itu hal mereka adik-beradik!

“Nak bawa jumpa tetamu saya kak. Kak nak ikut? Mana tahu ada yang tersangkut dengan akak nanti!” kata Aliff Hakimi mengusik kakaknya. Kakak iparnya itu cuba tersenyum walaupun tidak manis.

“Aku ni tak teringin nak kahwin lagi! Tak terdesak macam Nuha ni ha!” kata kakak iparnya. Terkejut dia. Aliff Hakimi sudah pandang dirinya. Mungkin turut terkejut dengan kenyataan Aliya Mastura.

“Kenapa kakak cakap macam tu? Apa salah isteri saya kak?” soal Aliff Hakimi. Mereka berpandangan. Dia menarik tangan suaminya. Baginya mengalah lebih baik daripada melawan. Kakak iparnya ini ada penyakit. Penyakit skizo!

“Dulu kau tak suka isteri kau ni! Kenapa sekarang kau layan dia macam puteri?” soal Aliya Mastura hairan. Bertambah Aliff Hakimi marah dengan soalan yang memperlekehkan isterinya itu.

“Kakak kenapa cakap macam tu? Apa salah isteri saya kak? Saya nak layan dengan baik atau tak baik, kakak tak perlu masuk campur. Ini urusan saya dan isteri saya! Kak tu yang kena kahwin sebab dah nak jadi andartu! Ah, dah jadi andartu pun!” kata Aliff Hakimi menyakiti hati kakaknya. Aliya Mastura memasamkan mukanya.

“Bodohlah kau kahwin dengan budak kampung ni!” kata kakak iparnya. Dia masih tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh suaminya tadi.

“Jangan cakap macam tu kak! Dia tetap isteri saya juga!” kata Aliff Hakimi mengetatkan pegangan tangannya. Dia pula malas mahu ikut campur. Sakit hatinya kepada kakak iparnya.

“Sabar ya sayang.” Bisiknya di telinga isterinya. Dia angguk. Suaminya memang pandai memujuk sejak akhir-akhir ini. Apa yang dia boleh buat kalau orang masih tidak boleh menerima dirinya?

“Tak apa bang, saya ni biasa disakiti.” Katanya membisik kepada suaminya juga. Buntang mata suaminya. Tidak puas-puas orang menyakiti hatinya.

“Sudahlah sayang. Mari abang kenalkan dengan para pekerja abang di syarikat ni.” Dia terus dibawa ke bahagian depan rumah keluarga mertuanya itu. Kakak iparnya masih memandangnya dengan sebelah matanya. Dia sakit hati. Sakit hati bertimbun-timbun kini!

“Jangan peduli cakap kakak saya tu sayang.” Kata suaminya Aliff Hakimi membisik kepadanya. Dia termangu. Namun dia tetap tersenyum di depan kawan-kawan suaminya.

“Saya faham bang, saya ni siapalah. Saya ni orang kampung aje bang! Saya sedar di mana kedudukan saya! Abang jangan risau. Kalau abang dah ada isteri, saya pun faham kedudukan saya!” katanya kepada suaminya itu. Terkilan Aliff Hakimi mendengar kata-katanya. Dia hanya memberitahu sesuatu yang benar.

“Jangan cakap macam tu sayang. Kita abaikan saja kata-katanya. Abang tak akan ada isteri selain Nuha!” Kata Aliff Hakimi lagi. Dia angguk dan masih mempertikaikan kata-kata suaminya itu.

“Bang, kenapa abang tak nikah saja dengan Harrynna Lisa tu bang? Saya tak sabar nak tunggu borang abang,” soalnya setelah keadaan agak reda dan kawan-kawan suaminya sudah makan di tempatnya masing-masing. Terkejut lelaki itu apabila dia mengetahui nama kekasih suaminya. Memang sedap nama itu. Mungkin secantik orangnya.

“Sayang, kenapa cakap yang bukan-bukan ni? Kenapa ni asyik nak cakap kesalahan abang? Kenapa sayang?” soal suaminya. Dia bertambah sebak. Kenapa suaminya mahu menafikannya? Bukankah dia sudah memberikan kebenaran agar mereka bernikah dulu? Dia pun mahu juga mendapat payung emas di akhirat nanti. Kenapa suaminya tidak jadi pula?

“Bukan macam tu bang tapi abang kan minta dulu, minta nikah dengan kekasih abang tu! Kenapa tak jadi pula? Pasti kekasih abang tertunggu-tunggu kan?” katanya jujur. Dia tahu kekasih suaminya masih mengharapkannya. Mungkinkah dirinya sebagai penghalang?

“Jangan sebut orang lain boleh tak?” soal suaminya. Dia geleng. Dia kena minta penjelasan dari suaminya ini.

“Abang nikah nanti dengan kekasih abang ya!” pintanya. Dia mahu membahagiakan semua orang. Dia kasihan pula kepada suaminya. Jika suaminya hendak memberikan kebahagiaan kepadanya dia tidak mahu.

Sedangkan suaminya terseksa. Kasihan pula suaminya.

“Sayang kenapa ni? Apa yang kakak saya cakap sampai sayang macam ni?” soal suaminya sudah membisik. Mungkin suaminya hairan dengan permintaannya.

“Abang, saya hanya nak cakap yang benar saja bang. Kalau abang nak tambah isteri, abang tambah saja, tak perlu nak pedulikan saya.” Katanya memberikan kebenaran kepada suaminya.

“Jangan cakap yang bukan-bukan sayang. Malam ni malam meraikan kita. Tak perlu nak kaitkan dengan orang lain. Ini memang sayang didesak oleh kakak saya kan?” soal suaminya. Dia tunduk. Dia tidak mahu membabitkan kakak iparnya pula dalam hal ini.

“Cakap sayang!” pinta suaminya. Dia menggeleng.

“Saya nak follow-up bang. Dulu kan abang minta kebenaran saya yang abang nak nikah?” soalnya. Lelaki itu kaku. Kenapa dia menyakitkan hati suaminya ini? Kenapa dia hendak mengeruhkan keadaan mereka yang belum jernih lagi? Ah, Aliya Mastura kenapa pula dia nak masuk campur? Soalnya dalam hati.

“Maafkan saya bang, saya tak berniat nak sakitkan hati abang!” katanya mengucup tangan suaminya. Suaminya pula mengucup dahinya. Tiba-tiba semua yang hadir di situ tepuk tangan. Alangkah malunya mereka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience