Chapter 47

Romance Completed 28069

Bab 47

“Sudah lama mama nak bercakap-cakap dengan Nuha sebenarnya.” Dia hanya mendengar kata-kata mama mertuanya. Terasa syahdu mendengar kata-kata mama mertuanya itu. Datin Hamidah duduk dengan tenang di kerusinya di café ResortPine yang agak terkenal itu. Suaminya dan papa mertuanya sudah berangkat masuk ke luar Resort Pine Kundasang. Suasana di luar sangat sejuk.

“Saya minta maaf mama, saya tak hubungi mama pun selama ini. Mungkin sebab saya sibuk, abang pun sibuk.” Katanya. Dia asyik melayan perasaan kecewanya selama ini. Mama mertuanya pun tidak pernah melawat mereka semasa dia duduk di rumah mewah suaminya itu. Entah kenapa baru sekarang mama mertuanya menunjukkan keprihatinan kepada dirinya. Apakah dia baru menyedari kehadirannya dalam keluarga berada ini?

“Tak apa, di sini kita saling berkenalan. Ambillah banyak mana pun masa untuk berkenalan dengan mama. Mama tak kisah Nuha.” Kata mama mertuanya.

Betapa kagumnya dia kepada mama mertuanya ini. Begitu sabar dengan kerenahnya. Sudah beberapa bulan mereka menikah tetapi dia tidak pernah menghubungi keluarga mertuanya itu. Bukan dia sengaja. Dia segan. Tidak pernah terjadi kepada pasangan lain, baru nikah dah memikirkan hendak bercerai. Itulah yang dia sangat kesal dengan apa yang menimpa dirinya. Nasibnya tidak macam nasib pasangan lain yang baru nikah. Dia agak kesal sekali.

“Terima kasih mama.” Dia pandang wajah mama mertuanya yang agak serupa dengan suaminya. Mama mertuanya ini pula kulitnya agak putih. Sementara suaminya agak sawo matang. Namun tetap kelihatan ada persamaan pada wajah itu. Dia berasa sejuk hati memandang wajah mama mertuanya. Memandang wajah mama mertuanya sama seperti memandang wajah suaminya. Huhu!

“Bagaimana anak mama sejak akhir-akhir ini, dia layan Nuha dengan baik?” soal mama mertuanya. Ya Allah apa yang dia hendak jawab? Dia cepat-cepat angguk. Matanya terkebil-kebil. Mama mertuanya ini suka sangat bertanya sesuatu yang agak privacy bagi dirinya dan Aliff Hakimi.

Memang sejak pertemuan kedua ini, suaminya melayan dia macam minyak yang penuh. Suaminya tidak pernah menyakiti hatinya lagi. Namun dia pun ragu. Apakah sikap suaminya ini akan berpanjangan atau untuk seketika ini sahaja? Apakah sikap suaminya ini hanya untuk menyenangkan hatinya atau bila-bila masa sahaja suaminya ini akan berubah setelah habis madu dan sepahnya dibuang ke tepi? Sedihnya dia.

Begitukah suaminya ini? Ah, dia tidak tahu. Dia tidak tahu bagaimanakah seorang lelaki terhadap cintanya. Dia belum kukuh mengenali suaminya ini. Rasa ragu dan keliru dan silap sangka kadangkadang tetap masih ada. Dia tidak tahu bilakah sikapnya ini berubah?

“Ya mama, abang baik dan layan saya dengan baik sekarang ni. Tak tahu kenapa pula dia sudah berubah perasaan kepada saya. Dulu dia kata dia sudah ada kekasih hati. Saya ini hanya sebagai isterinya sahaja. Tak tahu pula apa maksud abang mama!” Jawabnya. Bulat mata mama mertuanya mendengar pengakuannya. Dia sendiri terkejut. Memang dia tidak sepatutnya memberitahu mama mertuanya mengenai rahsia rumah tangganya. Ah kenapa dia lupa dan terlajak kata?

“Sabar sahaja Nuha. Mama harap Nuha sabar dengan kerenah anak mama tu! Hatinya tu baik sebenarnya. Tapi mama dan papa pernah warning dia agar melupakan kekasihnya itu. Kekasihnya tu dah permainkan dia tetapi dia masih nak diperbodohkan.” Kata mama mertuanya. Mungkin mama mertuanya juga memainkan peranannya dalam hubungan mereka yang semakin pulih ini. Syukurlah jika mama mertuanya masih memihak kepada dirinya. Dia juga berharap dan cuba menjadi isteri dan menantu yang baik kepada keluarga berada ini.

“Terima kasih mama, saya tak sangka abang boleh berubah begitu drastik. Saya pun tak sangka! Harap-harap abang memang sayangkan rumah tangga kami,” katanya dengan penuh harapan. Sebenarnya dia mahu cakap harap-harap suaminya mencintai dirinya sepenuh hatinya.

Huhu!

“Syukurlah kalau kamu bahagia. Jaga suami Nuha dengan baik. Jangan sampai suami Nuha kembali kepada kekasihnya lamanya. Mama tak suka. Perempuan tu tak tahu adat-adat Melayu. Mama tak suka dengannya!” kata mama mertuanya. Mungkin itulah perempuan yang ingin dinikahi oleh suaminya beberapa bulan lalu. Sebak dia seketika. Suaminya terang-terangan memohon hendak bernikah lain lagi. Isteri mana yang tidak naik angin?

“Mama doakan kami bahagia. Kalau dengan iringan doa mama dan usaha kami berdua, insyaAllah kami akan bahagia.” Jawabnya. Mama mertuanya terus sahaja memandang tunak ke dalam matanya dan mengangguk dengan penuh kasih sayang. Dia bersyukur kalau mama mertuanya masih melayan dia dengan baik-baik.

“Kena jaga makan dan minum dia baik-baik Nuha. Suami ni senang aje. Kalau perutnya kenyang, dia takkan lari ke mana-mana.” Kata mama mertuanya. Kalau kenyang perutnya? Tetapi hari tu dia memasak, lelaki itu minta dia buang semua masakan kampungnya.

Benarkah apa yang mama mertuanya cakap ni? Betulkah? Ah, inilah yang menyebabkan hatinya jadi tawar hendak kembali bersama suaminya.

Dia angguk. Dia tidak begitu pandai memasak namun dia sedia belajar dari mama suaminya.

“Apa makanan yang abang suka mama?” soalnya sambil terbayang wajah kacak suaminya itu. Benarkah dia bersungguh-sungguh mahu agar dia mengetahui makanan kegemaran suaminya? Ah, memang. Isteri mana yang mahu membiarkan suaminya hanya makan di luar rumah sahaja?

“Sebenarnya, anak mama sejak lama di luar negara tu suka makanan roti-rotian dan makanan barat sahaja. Tetapi lama kelamaan dia akan berubah. Nuha pujuklah dia. Dulu waktu dia kecil dia suka makanan tempatan kita, sambal belacan dan sayur kangkung. Tak tahulah sekarang, mama doakan dia tidak terlalu sombong dengan apa yang dia ada sekarang ni,” kata mama mertuanya. Dia bersyukur dengan apa yang sedang dihadapinya sekarang ini. Ketika ini mereka sedang duduk minum di dalam café di resort ini.

“Saya akan cuba mama. Saya tak janji yang dia akan terima saya sebagai isteri dia,” Jawabnya seperti berjanji dengan mama mertuanya.

“Anak mama tu simple, dia tak banyak kerenah. Apa yang penting dia menyukai seseorang itu,” kata Datin Hamidah.

“Wah anak dan menantu ni bukan main berbincang pasal makanan kegemaran abang ya.” Kata Aliff Hakimi yang sudah berdiri di sisinya. Dia pula terasa segan dipeluk-peluk di depan mama mertuanya. Macam dia anak patung pula. Mahu sahaja dia sorokkan mukanya, entah di mana! Sepatutnya suaminya ini menjaga pergaulan di depan ahli keluarganya. Segannya dia!

“Boleh ke?” soal mama. Aliff Hakimi sengih.

“Boleh lah mama, tak de masalah!” kata Aliff Hakimi.

“Apa kata kita jalan-jalan di sekitar resort ni mama,” ajak Aliff Hakimi.

“Boleh juga, tak de masalah!” kata Datin Hamidah.

“Mari lah sayang, ayuh kita jalan-jalan.” Kata Aliff Hakimi sudah menarik tangan isterinya. Bulat mata Nuha Qarina. Datin Hamidah purapura tidak memandang mereka. Segan dia.

“Papa mana Aliff?” soal Datin Hamidah. Hairan melihat anaknya datang seorang.

“Mama tak tahu?” soal Aliff Hakimi kehairanan. Dia sendiri tidak tahu papa mertuanya pergi ke mana. Sejak tadi dia berbual dengan mama mertuanya.

“Tak tahu, papa ke mana?” soal Aliff Hakimi pula.

“Mama, dia ada meeting! Penting katanya!” kata Aliff Hakimi. Lega Datin Hamidah mendengar suaminya pergi bermesyuarat. Jika pergi bermain golf sampai tengah malam lah dia akan sendirian nampaknya.

Tetapi dia tahu di kawasan Kundasang tidak ada padang golf.

“Kat mana? Kalau kat restoran di resort ni pun ok apa!” kata mama mertuanya pula. Dia hanya menjadi pendengar sahaja.

“Sana, dengan seorang lelaki empunya resort di sini mama.” Kata Aliff Hakimi menunjukkan mamanya. Sana maksudnya, di resort sebelah.

“Oh papa cari peluang baru!” kata Datin Hamidah.

“Dah mama, mari sayang kita jalan-jalan!” mereka berpegangan tangan menuju ke bahagian bawah menyaksikan pemandangan yang indah di situ.

“Panas lah bang!” katanya.

“Tak pe, kita bergambar kat bawah tu! Ada satu tempat di mana kita dapat melihat gunung Kinabalu seolah-olah dekat dengan kita.” Kata suaminya. Dia dan mama mertuanya akur sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience