Chapter 70

Romance Completed 28069

Bab 70

“Nuha mana Aliff?” soal Datin Hamidah dengan mata marak berapi. Apa yang hendak dijawabnya kalau isterinya masih berada di rumah keluarganya. Dia pula belum datang ke rumah keluarga mertuanya untuk menjemput isterinya agar balik ke rumah mereka semula. Dia masih memikir-mikir bagaimana hendak membawa semula isterinya ke rumah mereka. Dia mahu isterinya percaya yang dia tidak akan mengulangi sikapnya yang dahulu. Namun, petang ini mamanya menjemputnya datang ke rumahnya pula. Nuha Qarina pula tidak sempat dijemput.

“Nuha ada kerja sikit mama!” katanya. Dia agak sukar memikirkan alasannya. Dipandangnya wajah tua mamanya, wajah itu seperti tidak mempercayainya.

“Kerja apa petang-petang begini? Dia cikgu Aliff sayang. Petang begini dia sudah di rumah. Takkan tak boleh ambil tadi di rumah kau tu!” kata Datin Hamidah memikirkan kebarangkalian jika Nuha Qarina tinggal di rumahnya. Hakikatnya isterinya tidak ada di rumahnya. Mungkin sangka mamanya selepas mereka balik bercuti di Kundasang hari itu, isterinya sudah balik semula ke rumahnya. Hakikatnya tidak. Isterinya buat hal pula dengan kawan lelakinya menyebabkan dia pun menjauhi isterinya dan membiarkan isterinya di rumah keluarganya buat sementara waktu. Sebenarnya itu silapnya!

“Aliff, macam ada hal lagi Nuha dan Aliff? Sampai bila nak bermasalah ni Aliff?” soal Datin Hamidah. Dia sengaja memanggil anaknya datang ke rumahnya petang ini. Dia berpesan agar anaknya mengajak menantunya sekali.

“Mana ada mama! Kami macam biasalah!” katanya menafikan tuduhan mamanya. Tuduhan? Itu bukan tuduhan. Itu kenyataan.

“Macam biasa apa kalau seorang di utara dan seorang di barat?” soal mamanya. Aliff Hakimi faham maksud mamanya.

Ini bermakna mamanya sudah tahu yang mereka tidak tinggal sebumbung. Dia pula bagaikan terkena renjatan elektrik. Tidak menyangka kalau mamanya sibuk mengambil tahu mengenai menantunya. Dan, jangan lupa mama Nuha Qarina adalah salah seorang kawan baik mamanya. Itu yang dia lupa seketika tadi!

“Tak mama, kita orang bukan gaduh!” katanya menafikan lagi.

“Tak gaduh?” soal mamanya lagi. Dia angguk.

“Jadi apa masalahnya kalau seorang di selatan dan seorang di barat tu?” soal mama lagi. Datin Hamidah benar-benar ingin tahu masalahnya. Lagipun dia baru sahaja menghubungi besannya untuk membuat pengesahan.

“Kita ada hal sikit mama,” katanya mahu menutupi cerita yang terjadi.

“Tak kasihankan isteri yang sudah beberapa hari di rumah emaknya? Sepatutnya Aliff datang baik-baik jumpa ibu bapa mertua kau tu dan jelaskan apa yang terjadi. Bukannya sibukkan diri dengan hal sendiri!” kata mamanya. Dia angguk juga. Ada benarnya kata-kata mamanya.

“Ya mama, nanti saya akan jumpa mak dan ayah mertua.” Katanya. Seingatnya baru sekali dia bertemu dengan ibu bapa mertuanya. Itupun ketika mereka nikah dahulu. Terasa segan pula hendak bertemu dengan mereka. Ah, ini semua dia sendiri yang buat hal. Baik-baik isterinya hendak balik ke rumah mereka, dia pula datang ke rumah sewa isterinya dan marah-marah. Tetapi mereka sudah pun memohon maaf melalui telefon dua malam yang lalu. Janjinya hendak menemui isterinya pun jadi janji tinggal janji.

“Jangan sampai terlewat kau bertemu isteri kau Aliff,” kata mamanya perlahan. Mamanya sudah tidak mahu memanjangkan cerita mereka. Wajah emakpun sudah ceria dan tidak semarah tadi. Dia tahu mamanya hanya memberikan pandangan sahaja kepada rumah tangganya. Umpama sebuah rumah yang baru dibina, begitulah rumah tangga yang baru mereka dirikan. Seperti sebuah rumah yang belum begitu siap.

“Apa maksud mama?” soalnya. Termangu dia.

“Tak, carilah isteri kau tu cepat-cepat!” kata mamanya. Mama sudah bergerak ke dapur basah melihat pembantu mereka melakukan kerja.

“Ya mama, saya akan pergi ke rumah Nuha malam ini,” katanya. Namun dia tidak tahu sama ada dia boleh datang ke rumah mertuanya pada malam ini atau tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience