Chapter 44

Romance Completed 28069

Bab 44

“Kenapa tiba-tiba saja keluarga abang buat aktiviti pada minggu ni?

Saya tak sedia bang,” itulah yang diungkapkannya pada ketika mereka sudah berada di bilik pengantin tertunda bagi suaminya itu. Aliff Hakimi pandang tajam ke arahnya. Mungkin terkejut dengan soalannya. Malah dia bimbang kalau-kalau kakak iparnya itu akan turut serta dalam lawatan mereka ke Kundasang kali ini. Kalau ikut dia bimbang dirinya akan bertambah sakit hati dengan sikap kakak iparnya itu.

“Abang pun tak tahu. Papa tiba-tiba umumkan sayang. Abang tak de bincang dengan papa tentang hal ini. Tapi bagi abang, kalau benda ni baik bagi abang, kenapa kita tak nak ikut. Hari ni kan cuti. Esok pun cuti. Kalau kita nak sambung pun tak pe. Bukannya menyusahkan pun! Kita ikut ajelah!” kata Aliff Hakimi. Dia diam memikir.

Kerja-kerjanya ada sedikit lagi yang harus disiapkan. Walaupun ada kebenaran dalam kata-kata suaminya tetapi dia tetap tidak menyukainya. Dia sudah ada aktiviti lain. Kenapa suaminya tidak mahu memahaminya?

“Bang saya tak nak ikut ke Kundasang bang, saya ada kerja yang nak dibuat bang! Saya sibuk sekarang ni bang! Abang tahu kerja guru banyak yang belum selesai. Mama dan papa sesuka hati aje nak bawa kita bercuti.” katanya apabila mereka sudah di dalam bilik. Tiba-tiba suaranya lantang. Selama tinggal di rumah suaminya, jarang sekali suaranya keluar. Berkerut wajah suaminya.

“Kenapa pula? Kerja apa pula sayang nak buat ni? Kan hari ni cuti? Takkan Nuha ada hal lain pula?” soal Aliff Hakimi. Dia angguk. Dia memang ada hal lain. Sepatutnya dia akan bergerak pada hari Isnin. Pasti kawan baiknya Kartika akan tertanya-tanya ke mana dia menghilang. Malah, memikirkan mata garang dan marah kakak iparnya dia jadi sasau. Dia bimbang dengan kemarahan yang menjadi-jadi itu.

“Bukan begitu bang. Tapi pakaian saya bang,” katanya pula. Tak pasal-pasal semalam suaminya memberikan dia baju tidur yang agak seksi untuk pakaian tidurnya. Hari ini dia tidak mahu terkena dengan tingkah suaminya itu.

Suaminya ketawa. Dia tahu isu pakaian bukan masalah utama bagi suaminya. Baginya, isu pakaian pun bukan isu utama tetapi isu perjalanannya ke Australia pada hari Selasa. Hari Khamis dia sudah mendaftar di university yang dipilihnya. Apa yang dia harus kata kepada suaminya? Bagaimana dia hendak berterus-terang kepada keluarga mertuanya?

“Ok gini, kita balik ke rumah sayang dulu, then ambil baju mana yang patut. Tak payah banyak. Hanya untuk dua tiga hari saja. Kalau sempat kita beli di mana-mana kita singgah ya sayang.” Kata suaminya. Perlukah dia mengangguk? Isu sebenarnya bukan pakaian. Itulah puncanya. Dia bagaikan kaku di tempat dia duduk di atas katil itu.

“Hmmm, sebenarnya, saya…” dia dongak pandang wajah kacak itu. Hilang rindunya kepada lelaki yang dicintainya dalam diam ini. Dia sepatutnya memberitahu hal yang sebenarnya. Namun dia tidak sampai hati pula.

Teringat mama dan papa mertuanya. Papa mertua dan mama mertuanya beriya-iya mengajak dia pergi ke Kundasang. Boleh makan strawberri yang segar, katanya. Malah, dka terkenang-kenang jambak bunga mawar merah yang indah menghiasi laman bunganya. Dia tidak sampai hati pula. Kalau dia korbankan hari ini dan hari esok, itu maksudnya dia akan mengorbankan seluruh impiannya untuk menyambung pelajarannya. Aduhai!

“Tak nak ikut? Tak suka sejuk? Abang suka kalau tempat sejuksejuk macam Kundasang tu!” soal suaminya seperti meminta dia melupakan cita-citanya. Kalaulah suaminya ini melayan dan menerima dia sebaiknya, tentu dia tidak akan memilih untuk belajar semula. Biarlah dia bahagia dengan suaminya. Namun sebelum suaminya tidak pernah melayani dia sebaik ini. Aduhai!

“Bolehkah kalau saya tak nak ikut? Abang ajelah yang kena pergi! Sebab, kita kan baru jumpa semalam jadi banyak program yang abang sudah ketinggalan mengenai saya!” soalnya ragu. Lelaki itu kelihatan resah.

Kasihan pula dia hendak menghampakan perasaan suaminya itu. Kalau impiannya musnah, apa kah mereka bahagia? Aduhai, sukar sungguh dia hendak menjawab soalannya sendiri. Tetapi kata emaknya sendiri, isteri yang baik sentiasa di sisi suaminya. Dia ni isteri yang baikkah?

“Bukankah papa dah book tempat untuk kita berdua dan mama dan papa sekali? Kenapa Nuha nak tolak pula ni sayang? Abang macam tak faham dah dengan perangai sayang ni!” soal suaminya. Dia resah.

Resah sekali.

Memanglah abang tidak faham saya sebab abang baru muncul semula dalam hidup Nuha Qarina sejak dua hari yang lalu. Sebelumsebelum tu banyak rancangan saya dah rancang. Bagaimana saya nak tolak pada saat-saat terakhir ini? Soalnya dalam hati.

“Baiklah bang. Kita pergi. Kena balik rumah saya kejap ya bang. Saya nak ambil barang-barang saya di rumah, nak beritahu Kartika juga.

Kasihan dia. Pasti dia bimbang! Pasti dia takut kalau saya diapaapakan!” Katanya setuju akhirnya. Suaminya sudah tersenyum.

Tangannya sudah dikucup. Sekali lagi dia berasa sungguh bahagia jika suaminya bahagia. Sebenarnya dia lebih menyayangi suaminya melebihi sayang suaminya kepadanya. Tahukah suaminya itu?

“Sayang selepas ini kita akan bulan madu pula. Ke mana sayang nak pergi?” soal suaminya pula. Apa lagi yang dia akan jawab? Bukankah dia hendak pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya. Namun lidahnya kelu hendak memberitahu suaminya ini. Kenapa dia begini?

“Saya tak tahu bang! Mana ada cuti saya lagi bang! Ini cuti hujung minggu aje.” katanya. Padahal cutinya hendak menyambung pelajarannya sudah diluluskan. Aduhai, macam mana dia hendak berterus-terang kepada suaminya mengenai hal ini?

“Tak da cuti? Tunggulah cuti sekolah atau cuti sendiri aje!” kata suaminya. Dia menggeleng. Dia tidak mungkin akan cuti sendiri pula.

“Sayang, apa kata kita ke Australia cuti ni? Sayang cuti sendiri aje.

Kita ronda Australia,” cadang lelaki itu. Dia diam. Berdegup jantungnya. Kenapa pula suaminya mahu membawa dia ke Austarlia? Apakah dia tahu yang dia akan belajar di sana? Mana suaminya tahu?

“Nanti saya akan fikirkan bang,” katanya lambat-lambat. Kenapa suaminya seperti tahu pula akan rancangannya?

“Tentu indah di sana kan? Kita pergi masa musim sejuk, baru seronok!” kata suaminya lagi. Dia diam lagi.

“Mana-mana abanglah saya fikirkan dulu.” Katanya. Dia sudah tidak terkata sebenarnya.

“Kenapa macam tak suka pula sayang?” soal suaminya pula. Siapa yang tidak suka jika dibawa bercuti ke luar negara? Namun dia tidak tahu bagaimana hendak memberikan jawapan? Sebenarnya bagi seorang isteri, kebahagiaan suaminya adalah kebahagiaannya namun apa yang ada di fikirannya kini? Dia sebenarnya mahu membunuh semua kebahagiaan yang dia ada sekarang ini. Aduhai!

“Suka bang.” Katanya perlahan. Pandangannya ditundukkan.

“Tapi kenapa macam banyak aje yang sayang nak fikirkan tu!” kata suaminya. Sekali lagi dia terdiam. Memang banyak yang dia fikirkan saat ini.

“Tak de apa-apa bang. Saya Cuma kasihan kepada abang,” katanya.

“Nak kasihankan apa pula sayang?” soal suaminya.

“Abang kan banyak kerja, takkan nak cuti pula.” Jawabnya. Dia tidak mahu pergi ke mana-mana sebenarnya. Dia banyak agenda nak dibuat selepas balik dari bercuti nanti. Kalau lah dia terlepas tiket hendak ke Australia menyambung pelajarannya ini, apakah yang hendak dilakukannya lagi?

Tangannya dikucup perlahan. Kemudian dibawa pula ke pipinya. Mereka sudah berpelukan. Mahu sahaja dia merintih sedih dengan tindakan suaminya ini. Jika mereka sudah begini intim sejak berbulan yang lalu, dia tidak akan mengambil sedrastik ini. Dia tidak akan tergamak meninggalkan suaminya ini. Buat apa dia hendak buat hal?

“Tak pa sayang. Untuk sayang apa sahaja abang akan buat. Cuti setahun pun abang tak kisah.” Kata suaminya. Dia diam. Matanya membuntang. Takkan nak cuti setahun? Siapa nak uruskan syarikat keluarga mereka? Eh, kasihan pula suaminya ini. Kenapa sanggup berkorban untuknya?

“His abang ni. Siapa nak uruskan syarikat abang kalau abang tak kerja!” katanya. Suaminya sudah mengucup pipinya semula. Dalam sehari ini tidak tahu sudah berapa pipinya menjadi mangsa suaminya.

“Abanglah siapa lagi sayang.” Kata suaminya.

“Laratkah abang?” soalnya mengusik. Pipinya sudah dicubit.

“Nak mainkan abang kan?” soal suaminya. Dia mengaduh kesakitan.

“Takut abang tak mampu,” katanya pula.

“Sayang… marilah kita ke rumah sayang. Nanti lama-lama begini lain pula yang berlaku.” Kata Aliff Hakimi. Dia diam. Dia angkat badan dan hendak bergerak ke rumah sewanya.

“Tunggu abang kat bawah. Abang nak ke tandas jap!” kata suaminya. Dia terus mengangkat beg tangannya.

“Jangan lama tau. Kereta saya kat hotel sejak semalam abang tak ingat?” katanya mengingatkan suaminya. Suaminya tepuk dahi. “Tak pe, nanti abang hubungi kawan abang di hotel tu! Tolong jagakan kereta sayang tu untuk abang!” katanya. Dia pantas turun ke tingkat bawah. Pembantu-pembantu rumah keluarga mertuanya sibuk berkemas.

“Baik bang. Mana-mana abanglah! Yang penting kereta saya selamat!” katanya. Suaminya sudah menghilang di sebalik dinding batu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience