Chapter 59

Romance Completed 28069

Bab 59

Dia balik ke rumahnya dengan perasaan mendongkol. Dia tidak menyangka isteri yang baru sahaja mulai dicintainya itu akan bermain kayu tiga di belakangnya. Dia tidak menyangka isterinya yang kelihatan sungguh ayu dan sentiasa menjaga perilakunya itu akan duduk berduaduaan dan saling berkucupan lengan di depan orang ramai begitu. Sakit sungguh hatinya ini.

Dia amati lagi gambar di dalam telefon pintarnya itu. Memang tidak sah lagi, wanita yang sedang duduk dengan mata bersinar indah itu adalah isterinya. dia benar-benar tidak menyangka. Dia pandang wajah ayu itu berkali-kali. Dia ingat bukan isterinya rupanya dia tertipu. Lelaki itu pun sama kacak dan sama cantik itu.

‘Dasar perempuan tak de maruah diri! Di belakangnya bukan main dia bercumbu dan bercengkarama. Di depannya bukan main lagi dia baik konon! Baik yang dibuat-buat! Tetapi setahunya Nuha Qarina bukan seorang gadis yang pandai berpura-pura! Kenapa dia suka menuduhnuduh isterinya? kenapa dia terlalu percaya dengan apa yang dilihatnya berbanding dengan apa yang sepatutnya didengarnya dari mulut mungil isterinya? Kenapa dia tidak mahu duduk berbincang dengan isterinya dan santai-santai di mana-mana?

Kenapa dia terus menghambur tuduhan demi tuduhan? Ah, itu bukan tuduhan! Itu memang kebenaran! Kalau sudah bukti di depan mata, apakah itu namanya tuduhan? Bukankah itu kebenaran? Benarkah isterinya begitu? Benarkah isterinya yang mula dicintai dan dirinduinya itu sanggup menduakannya? Malah, baru setengah hari sahaja mereka berpisah. Isterinya baru balik dari sekolah. Dia pula sengaja menunggu isterinya dan mahu membawanya ke suatu tempat yang istimewa. Tetapi lain pula yang dia dapat. Gambar-gambar yang memperlihatkan isterinya tersenyum riang itu memang menyakitkan hatinya. Dia bagaikan diletakkan di atas bara api! Dia tidak senang duduk akhirnya! Mahu sahaja dia bertemu isterinya dan menarik isterinya itu ke dalam keretanya. Tetapi isterinya itu pula yang menutup pintu rumah sewanya dan mempersilakan dia keluar! Apa cerita?

Siapa pula yang menghantar gambar-gambar isterinya itu? Kebanyakan gambar itu memfokuskan wajah isterinya. kebanyakan gambar memfokuskan situasi isterinya yang sedang berpelukan dengan kekasihnya itu. Ah sekalipun isterinya tidak mempercayainya dia tetap tidak percaya! Begitu tegakah dia kepada isterinya itu!

“Kenapa marah-marah ni Aliff?” soal mamanya tiba-tiba. Dia tidak tunjukkan marahnya tetapi ipintu biliknya dihempaskannya.

“Tidak ma, saya pening sikit,” katanya. Dalam masa yang sama dia lihat kakaknya Aliya Mastura sudah keluar dari biliknya dan memakan keropok. Tajam mata kakaknya memandangnya. Dia juga memandang kakaknya

“Pening? Sampai hempaskan pintu?” soal mamanya dengan dahi berkerut. Aliya Mastura hanya memerhatikannya dengan wajah serius.

“Ya mama, saya tak sengaja. Mama tak marahkan anak mama?” dia sudah peluk mamanya. Dia rasa tidak tenang apabila mengingati isterinya.

“Dahlah! Mama nak naik kejap nak solat. Anak mama dah solat?” soal Datin Hamidah. Dia angguk. Sebelum turun dari biliknya dia sah bersolat.

“Sudah mama.” Jawabnya. Solat tidak boleh ditinggalkan. Kalau patah tiang solat maka rosaklah solatnya dan semua amalannya.

“Nuha mana? Bukankah kamu berdua sudah berbaik sejak majlis yang mama adakan hari tu? Sekarang Nuha kat mana? Kat rumah mak dia?” soal mamanya dengan panjang lebar. Susah dia hendak menjawabnya. Dia pandang kakaknya. Mereka saling berpandangan tanpa suara. Memang sepatutnya dia mahu membawa Nuha Qarina ke rumah mamanya hari ini. Namun dia sudah batalkan semua itu. Perempuan itu tidak sedar diri pula. Biarlah dia di rumah sewanya itu. Ada dia kisah? Dia masih geram pula kepada isterinya sendiri!

“Entah mama, isterinya dah lari mungkin! Tengoklah muka dia, macam tikus kena siram air!” suka hati sahaja kakaknya menjawab. Dia jeling kakaknya. Datin Hamidah sudah bulat mata memandangnya. Aliya Mastura pula sudah memainkan jarumnya. Gambar di dalam telefonnya belum dipadamkan. Alamat dia sendiri yang akan mengamuk kepada isteri adiknya itu. Biar padan mukanya!

“Apa akak cakap? Saya macam tikus kena siram air? Eh, kakak ni mengada-ada tau! Patutkah kakak samakan adik macam tikus!” katanya yang tidak puas hati dengan peribahasa yang kakaknya gunakan itu. Mahu sahaja dia marah kepada kakaknya. Nasib baik mereka sudah lama tidak bertemu. Kakaknya baru balik dari belajar di Indiana State Amerika Syarikat.

“Ha! Ha! Betullah tu! Apa salahnya! Muka kau tu comot! Macam orang hilang bini!” kata Aliya Mastura. Ah, memang iseterinya sudah hilang berbulan-bulan lamanya! Dia baru mahu mula mencari isterinya itu.

“Lari? Lari ke mana Nuha ya Aliff?” soal mamanya. Datin Hamidah hairan. Ke mana pula menantunya? Baru sahaja minggu lalu mereka bercuti bersama. Dia juga tahu kalau selama ini hubungan anak dan menantunya seperti anjing dengan kucing, asyik bercakaran!

“Mana ada mama, suka hati aje!” katanya. Aliff Hakimi sudah bersuara. Isterinya pun dia tidak tahu di mana. Suami apalah dia ni!

“Betul tu mama! Saya tak bohong tu mama! Dia halau isterinya tadi!” kata Aliya Mastura lagi. Marak matanya memandang kakaknya.

Kalau adiknya, sudah lama ditariknya telinga.

“Kau Aliya jangan masuk campur urusan rumah tangga Aliff. Aliya bila pula nak bawa calon jumpa mama ni?” soal Datin Hamidah kepada anak sulungnya. Dahulu Aliya Mastura memang pernah bertunang tetapi putus. Lelaki itu pula buat hal. Itu yang menyebabkan dia sakit hati. Sampai sekarang dia masih belum ada hati dengan orang lain. Dia semakin sosial pula sekarang. Asyik keluar malam. Kalau tidak ada kuliahnya, dia akan ke kelab malam.

“Ah, mama ni. Saya belum nak kahwin lah mama! Malas nak nikah awal-awal!” kata Aliya Mastura. Dia memang tidak ada hati hendak kahwin. Apatah lagi sejak dia sudah habis belajar ini. lelaki semakin takut hendak mendekatinya.

“Kalau gitu mama akan carikan calon suami,” kata Datin Hamidah. Bulat mata Aliya Mastura.

“Tak nak mama!” tolaknya lembut.

“Eloklah tu mama, kahwin aje kakak ni tak lah dia ganggu adik ni mama!” kata Aliff Hakimi. Makin tajam jelingan kakaknya. Dia sudah ketawa kecil.

“Ya, kalau dalam dua bulan ni tak de lagi Aliya punya calon, nanti

mama akan carikan anak kawan mama yang masih belum berkahwin,” kata Datin Hamidah tegas.

“Jangan begitu memaksa mama!” rayu Aliya Mastura.

“Suruh aje dia kahwin mama!” desak Aliff Hakimi. Aliya Mastura sudah memukul lengannya.

“Gila!”

“Kakak yang gila tu mama!” katanya. Mamanya sudah naik ke atas. Mereka pula berkejaran di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience