Chapter 84

Romance Completed 28069

Bab 84

“Kita nak melancong ke mana lagi bang?” soalnya apabila mereka sudah di lapangan terbang antarabangsa Perth Australia.Mereka sedang menuju ke Gold Coast. Mereka akan berada di situ selama enam hari lima malam. Dia resah sebenarnya. Mereka duduk di kerusi menunggu. Suaminya duduk di sebelahnya. Dia duduk mendiamkan dirinya. orang ramai yang bersimpang siur menjadi tumpuan pandangannya.

Lehernya masih perit. Pagi tadi sudah berkali-kali dia memuntahkan semua makanannya. Tetapi suaminya ini masih degil hendak membawa dia berbulan madu mengelilingi Australia ini. Dia sudah tidak larat. Dia asyik hendak tidur dan tidur kalau boleh. Matanya seperti tidak mahu dibukanya. Pagi ini pun dia paksa dirinya untuk bangun bergerak menuju haluan pertama mereka.

“Bukan nak melancong tapi bulan madu. Papa yang taja semuanya. Kita kena pergi ajelah! Bukannya susah kalau nak pergi pun!” kata suaminya apabila mereka sudah sampai di biliknya. Buntang matanya. Dia pandang muka suaminya.

“Bulan madu? Masa saya begini nak bulan madu? Muntah dan mengantuk begini?” soalnya. Lelaki itumenjongketkan keningnya. Ada yang silap dalam soalannya? Tak kasihankah suaminya kepada dirinya ini? Betapakah dirinya ini tidak larat tetapi suaminya masih lagi mahu memaksanya berbulan madu segala. Apakah yang dapat dinikmatinya nanti dengan perasaannya yang tidak enak begini?

“Tak pe sayang. Abang bukannya nak ganggu sayang pun. Kita hanya nak jalan-jalan saja. Abang tak sampai hati nak tolak pemberian papa. Kebetulan kita sudah di sini. Kita jalan-jalanlah atau duduk di hotel aje! Ada masa kita jalan, kita ambil gambarlah mana yang patut! Kasihan pula abang kepada papa dan mama yang susah payah memberikan kita hadiah ini!” dengan panjang lebar lelaki yang macam tak ada perasaan ini bercakap.

Dia pula tercengang. Pandai pula dia kasihankan papa dan mama dia. Dia tak kasihankan pula dirinya ini yang muntah-muntah tak habishabis dan hampir tidak ada tenaga dan keluar ke mana-mana. Kenapa suaminya ini hilang pertimbangan kepada dirinya? Haruskah dia marah dan menagih simpati lelaki ini?

“Kenapa pula? Sayakan tak sihat! Abang tak kasihankan saya pun! Takkan nak bulan madu time muntah-muntah macam ni!” katanya kepada suaminya. Suaminya memandangnya, macam pandangan berbisa memukau hatinya. Tetapi dia bercakap hal yang benarkan?

“Nanti sihatlah tu kalau abang dah beri vitamin!” kata suaminya dengan selamba. Dia kehairanan. Jantung berdegup-degup. Pandangan mereka bersatu. Lelaki itu sudah tersenyum dan mengelus kepalanya. Dia pula terdiam macam anak kecil diberikan susu botol. Berani sungguh suaminya ini hendak memeluk-meluk dia di khalayak ramai.

“Vitamin apa bang?” soalnya. Dia masih cuba mencerna apa yang suaminya maksudkan.

“Vitamin cinta!” kata suaminya. Membahang mukanya mendengar suaminya bercakap mengenai sesuatu yang tidak pernah dia dengar. Lelaki itu sudah menatap wajahnya dengan mata bersinar. Dia sudah tertunduk malu dan tidak berani memandang mata suaminya yang bersinar cerlang itu. Dia mahu menjauhkan jarak antara mereka. Dia takut termuntah tatkala suaminya sudah mendekatkan tangannya di bahunya. Takut terhidu bau badan suaminya lagi. nasib baik tandas awam dekat dengan mereka, nanti kalau mahu muntah senanglah dia berlari ke tandas.

Mahu marah pun ada. Berani-berani lelaki ini menatapnya penuh kasih. Ah, kasih kah suaminya kepadanya ini? Dan, adakah vitamin cinta dalam dunia ini?

“Bohonglah abang ni!” katanya. Wajahnya masih merah. Tangan tegap suaminya masih enak berada di bahunya.

“Mana ada! Tak percaya ke sayang? Abang ni cintakan sayang.

Sayang, tak cintakan abang?” kata suaminya membisik kepadanya. Dia mahu sahaja memijak kaki lelaki ini. Tidak cukup dia menatap wajahnya ini, lelaki ini sudah mendekatinya pula. Jangan nak berani-berani pula. Dia sempat mengingatkan lelaki itu.

“Abang jangan buat begini, kita depan orang ramai ni!!” katanya mengingatkan suaminya.

“Apa abang peduli? Dan siapa pedulikan kita kalau berpelukan pun?” soal suaminya perlahan. Sudah keluar suara romantik yang membuatkan bulu romanya menegak. Ini yang dia tidak suka. Boleh tak kalau dia gigit tangan lelaki ini? Soalnya mahu tersenyum sendirian.

Tetapi dia takut lelaki ini akan lebih mempermainkan dia lagi.

“Abang ni tak nak beri saya peluang nak rehat-rehat kan! Suka betul ambil kesempatan,” katanya.

“Kita nak rehat-rehatlah ni sayang, lepas ni sayang rehatlah,” katanya lagi. pipinya sudah dikucup perlahan. Dia membuntangkan matanya.

“Abang… kalau selepas ni abang nak sesia-siakan hidup saya lagi, saya tak tahulah! Saya dah tak ada apa-apa bang! Kalau lepas ni abang tak benarkan saya sambung belajar lagilah saya tak de apa-apa!” katanya perlahan. Tiba-tiba dia sakit. Sakit hati dengan tingkah suaminya. Bahunya dielus perlahan. Mereka berhadapan. Suaminya memaksa dia menghadapnya.

“Sayang, abang hanya nak sayang beri abang peluang. Abang hanya nak sayang beri satu lagi peluang dalam hidup kita ini. kalau sayang tak beri abang peluang, tak tahulah! Dan, kalau ada peluang dari sayang nanti, abang janji takkan hampakan sayang, percayalah! Abang janji sayang,” kata lelaki ini. Dia dua kali segan. Lelaki ini sudah pun mengangkat dagunya agar dia mereka bertentangan mata. Ya Allah, betapa beraninya lelaki ini.

“Tapi… malam abang di rumah keluarga abang pun abang dah minta peluang tu,” katanya perlahan. Dia teringat suaminya meminta peluang itu lagi.

“Berikan abang peluang terakhir itu, abang janji takkan lukakan hati sayang lagi,” kata lelaki ini berjanji. Mata bundarnya menatap ke wajahnya ini menjadikan debar jantungnya bagaikan gendang yang dipalu dengan rancak sekali, iramanya irama cinta muda-mudi! Ah, betapa selama ini dia memang menyimpan harapan kepada lelaki ini akan membahagiakannya. Kali ini masih ada harapankah hubungan mereka suami isteri akan berkembang seperti mana adanya pasangan lain? Masih adakah ihsan Allah memberi ruang dan peluang kepada mereka suami isteri akan membina bahagia dalam perjalanan mereka ke jalan syurga ini? Soalnya dalam hatinya.

“Masih adakah peluang terakhir itu sayang?” soal suaminya semula dan mengembalikan dia ke dunia nyata. Mereka berpandangan semula. Dadanya kembali berkocak-kocak seperti mana anak katak mengocakkan air di kolam dengan penuh kegembiraan. Apakah ada taman dalam hati mereka?

“Izinkan abang sayang… izinkan abang bahagiakan sayang,” kata suaminya lagi. pandangan mereka bersatu lagi. Begitu berpadu dan meriuh-riuh dadanya. Semakin berbunga hatinya. Warna-warni pelbagai bunga bagaikan tumbuh segera di hatinya. Benarkah suaminya cuba membahagiakan dia dan bukannya membiarkan dirinya bagaikan padang tandus selama ini? Haruskah dia mengangguk dengan mata terkunang-kunang begini?

“Ya, saya berikan peluang itu abang,” katanya perlahan.

“Terima kasih sayang.” Tidak lama kemudian kedengaran panggilan untuk penerbangan mereka ke Canberra pada hari itu. Mereka berjalan beriringan berbaris menuju ke destinasi mereka itu. Sebuah taman bagaikan berwarna-warni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience