Chapter 51

Romance Completed 28069

Bab 51

“Bila kita nak balik ke Kota Kinabalu ni bang? Saya tak suka nak lamalama kat sini! Bila nak balik ni bang?” soalnya resah semacam. Aliff Hakimi yang duduk di sofa di bilik mereka itu kehairanan. Entah kenapa pula dia merengek dengan suaminya kali ini.

“Sayang tak suka kita bercuti begini?” soal Aliff Hakimi kehairanan melihat dia bagaikan cacing kepanasan. Dia geleng. Bukan maksudnya tidak suka. Dia suka tetapi waktu yang dipilih ini tidak tepat. Lelaki itu sudah mendekati dia yang duduk di birai katil ini.

“Suka, bukan tak suka. Tapi…” dia terdiam. Dia tiba-tiba hilang idea. Sudah dua hari satu malam mereka berada di Pine Resort Kundasang ini. Waktunya hendak pergi ke Australia sudah semakin dekat.

“Kenapa?” soal suaminya. Suaminya sudah memeluk tubuhnya. Mungkin dia hairan dengan sikapnya.

“Tak… saya tanya aje bang.” Jawabnya gugup tiba-tiba. Dia takut jika suaminya akan marahkannya secara tiba-tiba.

“Kita balik esok pagi. Mama dah putuskan selepas sarapan tadi.” Buntang matanya. Kenapa begitu lama mereka berada di Kundasang ini? Dari hari Jumaat hingga Ahad dan kemudian Isnin. Aduhai, kenapa lamanya mereka harus berada di sini? Betapapun indahnya pemandangan di sini namun dia terasa seksanya dia di sini. Dia garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kenapa ni sayang?” soal suaminya tidak puas hati.

“Tak pe, saya tanya aje.” Pinggangnya sudah dirangkul suaminya. Dia resah. Suaminya ini menunjukkan sikap penyayangnya.

“Maafkan abang, mungkin sayang rasa selama ini sayang terabai menyebabkan sayang tak selesa dengan abang.” Kata suaminya. Dia sudah menundukkan pandangannya. Dia memang tidak selesa tetapi dia perlahan-lahan mahu menerima suaminya ini dalam hidupnya.

“Tak bang, saya dah maafkan abang.” Katanya. Dia tidak mahu suaminya pula berasa tidak selesa.

“Apakah ada sesuatu yang sayang dah sembunyikan dari abang?” soal Aliff Hakimi. Buntang matanya. Dan mata kuyu itu sekali lagi menjadi tatapan matanya juga.

“Mana ada bang. Tak de.” Katanya menafikan kata-kata soalan suaminya.

“Kenapa sayang macam risau aje. Abang perhatikan sayang selalu berhubung dengan kawan-kawan sayang. Sayang ada masalah ke?” apa yang hendak dijawabnya? Benarkah suaminya sudah dapat menghidu apa yang ada di dalam akalnya kini.

“Saya tanya khabar Ika saja bang.” Jawabnya.

“Kenapa macam orang bercinta.” Kata suaminya. Dia tidak ternafas dengan soalan suaminya itu.

“Mana ada! Mana ada orang sudi kat saya ni bang!” katanya perlahan.

“Abang sudi. Abang cintakan sayang.” Buntang matanya. Suaminya sudah memeluk erat tubuhnya selepas dia meluahkan perasaannya itu. Dia menutup matanya untuk menikmati perasaan cinta yang mereka rasai bersama itu.

“Sayang sudi?” soal suaminya semula. Kini mereka sudah berdepan. Mukanya sudah membahang. Apa yang akan dia jawab?

Takkan dia hendak mengangguk lagi?

“Sudi?” soal suaminya yang sudah mengucup dahinya kini. Dalam sehari ini entah berapa kali suaminya sudah mengucup dahinya.

“Hmmm,” katanya.

“Apa maksudnya tu sayang?” soal suaminya. Sekali lagi mukanya terasa panas. Dia tidak mahu hendak bercakap. Tetapi dia sendiri mahu memberi peluang kepada dirinya sendiri sama ada benarkah lelaki yang dia cintai atau tidak. Oh suami berikan dia masa!

“Berikan saya masa bang, mungkin saya masih terkejut.” Katanya terketar. Bukan dia sengaja hendak menyakiti hati suaminya tetapi dia memang agak terkejut.

“Abang akan tunggu berapa lamapun sayang.” Kata suaminya. Dia terus memeluk suaminya tanpa dipinta. Suaminya begitu tulus menunggu dia meluahkan perasaannya.

“Terima kasih bang.” Katanya. Mereka berpelukan erat semula.

“Abang sayangkan isteri abang.” Bisik suaminya. Dia mengangguk. Mengakui akan kasih suaminya kepadanya.

“Terima kasih bang sebab kembali kepada saya. Tapi kalau sudah berkurang kasih abang kepada saya, beritahu saya.” Katanya. Semakin erat pelukan suaminya.

“Sayanglah isteri abang dunia dan akhirat.” Bisik lelaki itu lagi. Ah, keintiman ini lah yang dia tidak suka. Suaminya selalu sahaja membawa dia ke arah hubungan yang lebih jauh. Huhu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience