Chapter 10

Romance Completed 28069

Bab 10

Dia tidak dapat tidur mengingati isterinya yang seperti merajuk dengannya. Sepatutnya dia tidak kisah. Tetapi kenapa dia hendak kisah pula? Dia bertambah sakit hati mengingati perangai bekas kekasihnya yang telah ditangkap basah itu. Habis heboh satu negara melihat tingkah tidak elok bekas kekasihnya itu. Nasib baik dia belum memberitahu ibu bapanya yang dia mahu menikah dengan bekas kekasihnya itu. Nasib baik juga dia belum mengakui yang anak yang dikandung oleh bekas kekasihnya itu adalah anaknya.

Ah, bila masa dia berhubungan dengan bekas kekasihnya itu sehingga gadis itu mengandung? Kenapa bodohnya dia menerima gadis itu semula dalam hidupnya sedangkan dia tahu gadis itu yang dulu membuat onar dan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain di depan matanya? Sehingga sekarang pun dia masih lagi trauma untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Setelah itu bekas kekasihnya itu datang semula dalam hidupnya ketika dia baru menikah dengan Nuha Qarina, kenapa semudah itu dia pula hendak meminta restu isterinya untuk menikah dengan bekas kekasihnya?

Angaukah dia dengan bekas kekasihnya atau hilang pertimbangankah dia? Sepatutnya dia memikirkan kewajarannya jika dia hendak memohon pernikahan dengan gadis lain dan bukannya sewenang-wenangnya dia hendak melepaskan isterinya dan menikahi bekas kekasihnya.

“Saya hendak balik semula ke pangkuan kau Aliff, saya tak boleh nak hidup tanpa kau di sisi,” itulah ayat pertama yang keluar dari mulut bekas kekasihnya itu. Harrynna Lisa memang gadis yang menawan. Sesiapa pun akan tertawan. Padahal sudah dua tahun setengah mereka berpisah. Setelah dia bernikah dengan Nuha Qarina, gadis itu datang menuntut haknya? Ah, bukankah itu dengan sengaja dia hendak merobohkan masjid yang baru dibinanya dengan gadis pilihan mamanya? Kenapa dia tidak berfikir sebaliknya dia main lompat sahaja setuju hendak menikah dengan bekas kekasihnya itu? Dia tidak memikirkan sedalam-dalamnya?

“Balik ke pangkuan saya? Apa mimpi kau ni Lisa?” soalnya ragu. Gaya manja bekas kekasihnya itu dipandang. Dulu dia memang suka sangat dengan gaya Harrynna Lisa itu. Sekarang bukan main dia mahu muntah. Dia mahu sahaja muak dengan gaya bekas kekasihnya yang dulu menukar teman lelakinya dengan lelaki yang lebih kaya daripadanya. Di mana sudah lelaki itu? Kenapa Harrynna Lisa tidak kahwin dengan dia? Takkan nak tunggu dia?

Dia yang sedang mendaki dari bawah ini masih bertatih dalam bidang perniagaan. Papanya walaupun sudah melantiknya menjawat jawatan penting di dalam syarikat tetapi papanya bukan sewenangwenangnya melepaskan syarikatnya kepada dirinya. papanya memantau dia setiap masa. Dia pun kadang-kadang naik rimas. Namun dia tahu itu semua untuk kebaikan syarikat mereka sendiri. Jatuh bangun syarikat mereka adalah di tangan usaha mereka. Bukan sewenang-wenangnya pula dia berbelanja yang tidak tentu hala.

“Saya dah putus dengan kekasih saya Aliff! Saya pun tak boleh lupakan awak! Itulah sebabnya saya mahu kembali kepada awak!” kata Harrynna Lisa. Dia tersenyum. Ada bangga berbunga di hatinya.

Betulkah gadis ini tidak mampu berpisah dengannya?

“Tak boleh nak lupakan saya? Wow, how surprise?” katanya girang. Namun dia tidak semudahnya percaya kepada gadis ini. Wajah sendu isterinya tergantung di matanya. Entah ke mana perginya isterinya itu.

Setahunya, gadis ini sudah mempunyai kekasih baru yang lebih hebat daripadanya. Kenapa tiba-tiba mahu menukar dan kembali kepada dirinya pula. Tiba-tiba gadis itu teresak-esak di depannya. Kebetulan dia baru sahaja balik dari Jakarta kerana urusan kerjanya di sana. Keesokan harinya dia akan menikmati bulan madu dengan isterinya di Bali. Tetapi petang ini dia bersetuju bertemu dengan bekas kekasihnya. Harrynna Lisa. Apa cerita yang sebenarnya? Soalnya dalam hati.

“Saya cakap yang benar ni Aliff,” kata gadis yang sudah memeluk lengannya itu. Terbuntang matanya.

“Siapa cakap awak cakap bohong? Saya fikirkan dulu. Kau tahu kan saya bukan lagi seperti dulu?” soalnya. Terkedu Harrynna Lisa. Dia tidak terbaca di laman sosialnya yang glamour tu kah yang dirinya sudah menikah? Namun mereka hanya membuat majlis persandingan di kampung isterinya. Dia tidak bernafsu hendak membesarkan majlis persandingannya di bandar raya! Mama dan papanya pun mahu mendengar kata-katanya. Jika tidak, dia tidak mahu menikah. Dia akan lenyapkan diri! Aduh, memang kurang baik sungguh syaratnya kepada ibu bapanya!

“Maksud kau, kau sudah beristeri Aliff?” dia angguk. Sekalipun dia tidak mencintai isterinya dia tetap mengaku yang dia sudah bernikah beberapa bulan yang lalu.

“Apakah kau mencintai dia seperti mana kau mencintai Lisa?” soal gadis itu. Agak berani dan penuh keyakinan dengan soalan itu. Dia termangu seketika. Dia memang tidak mencintai gadis itu tetapi adilkah kalau dia ceraikan isterinya? Bukankah mereka baru sahaja bernikah? Dia menggeleng perlahan.

“Harrynna Lisa yang curang? Isteri lebih baik! Dia tidak curang!” katanya. Dia sudah malas mahu melayani permintaan gadis ini. Tetapi jika benar dirinya masih diperlukan, apa salahnya dia tambah kuota. Bukankah dia lelaki dan masih ada kosong tiga kuota? Bisiknya perlahan.

“Kau cakap aku curang?” dia angguk. Memang terang-terang gadis di sisinya ini yang curang. Siapa yang mampu nafikan? Kakaknya Aliya Mastura pula cakap dia bodoh sebab tidak pandai hendak ambil hati Harrynna Lisa sehinggakan gadis ini mencari orang lain. Salah tu sebenarnya. Sebenarnya, Harrynna Lisa tidak cukup dengan dia seorang. Dia masih mahu memuaskan nafsunya dengan lelaki lain! Itu pendapatnya!

“Memang kau curang! Kau dapat gading baru kan?” katanya yang masih mengingati seorang ahli politik yang sedang meningkat naik menjadi pilihan gadis ini. Dia ditinggalkan macam ikan kering di tengah panas! Berbaloikah dia ambil semula gadis ini?

“Dia dah tinggalkan aku!” kata Harrynna Lisa.

“Bukan kau yang tinggalkan dia sebab dia ada gading baru pula?

Dan kau tak mahu terlepaskan aku?” soalnya memperli Harrynna Lisa. “Aku sayangkan kau Aliff! Janganlah kau nak perli aku! Aku nakkan kau!” kata gadis itu bersungguh-sungguh. Dia pandang gadis itu dengan mata bundarnya. Susah dia membuat keputusan namun jika didesak, kenapa dia tidak berminat?

“Aku boleh nikah dengan kau dengan syarat kau isteri kedua,” jawabnya. Gadis itu memandangnya. Mungkin terkejut dengan kenyataannya. Namun itu sahaja syarat yang dia boleh berikan kepada bekas kekasihnya ini. Lainlah kalau dulu. Kalau dulu dia tidak buat hal, tentu mereka sudah menikah. Tetapi gadis ini buat hal pula!

“Isteri kedua? Kenapa pula isteri kedua? Bukankah kau dan isteri kau tak hidup bahagia dan ke ambang perceraian! Kenapa pula saya isteri kedua?” soal gadis itu tidak puas hati. Bulat matanya mendengar kata-kata Harrynna Lisa itu. Di manakah dia mendapat berita yang dia hendak bercerai dengan isterinya? Siapakah yang tahu mengenai dirinya selain ahli keluarganya? Takkan kakaknya Aliya Mastura? Soalnya berkira-kira dalam hati.

“Kan saya sudah jadi suami orang. Kalau dah jadi suami orang alamatnya, jadi isteri kedualah kau! Mana ada saya nak ceraikan isteri saya! Awak ni pandai-pandai pula!” katanya perlahan. Jujur, dia belum bersedia hendak menceraikan isterinya. Apakah kata emak mertua dan keluarga sebelah isterinya kalau dia menceraikan isterinya? Sekalipun dia mencintai isterinya, gadis di depannya bukan alasan untuk dia menceraikan isterinya.

“Kenapa kau tak ceraikan isteri kau Aliff dan nikahi saya sahaja? Bukankah kamu memang tak rapat pun dengan isteri kau tu! Kenapa nak jadikan saya isteri kedua pula?” soal Harrynna Lisa. Harrynna Lisa masih tidak puas hati. Dia pula tidak puas hati kenapa gadis di depan yang tiba-tiba muncul ini tiba-tiba minta dinikahi dan tidak mahu menjadi isteri kedua! Hairan pula dia kepada gadis ini. Rasa pelik pun ada!

“Lisa… Lisa, sayang saja muka kau cantik tetapi otak kosong!” makin membuntang mata Harrynna Lisa mendengar kata-katanya.

“Kenapa pula kau cakap macam tu?” soalnya agak marah. Namun entah kenapa gadis itu tidak serancak dulu memarahinya.

“Sebab aku mahu isteri aku! Kau patut jadi isteri kedua saja! Dulu kau ada kekasih baru, ada aku suruh kau balik jadi kekasih aku?” katanya mengembalikan paku buah keras gadis itu.

“Oklah kalau macam tu!” kata Harrynna Lisa. Dia melihat gadis itu benar-benar sudah agak berubah. Dia macam terdesak. Benarkah bekas kekasihnya ini sudah terdesak hendak menikah dengannya? Kenapa pula ya?

“Baiklah aku akan bincang dulu dengan ibu bapa dan isteri aku.

Kalau dia setuju kita akan nikah kemudian.” Katanya. Muka gadis yang agak cantik itu masih masam macam buah limau masam. Dia masih tidak puas hati. Dia tahu.

“Kenapa nak bincang-bincang lagi?” soal Harrynna Lisa tidak puas hati. Dia pandang wajah yang macam patung itu yang penuh dengan mekapnya itu. Dia tidak tahan pula memikirkan gadis yang suka marahmarah ini. isterinya tidak pernah marah-marah kepadanya. Dia sahaja yang suka marah-marah kepada isterinya.

“Sebab aku ni bukan anak ayam atau anak ikan. Aku ni dah ada keluarga. Kalau mereka setuju baru aku boleh proceed.”katanya. Terbuntang mata Harrynna Lisa yang agak cantik itu. Tetapi matanya digunakan pula untuk menjadikan dia seorang spy yang hanya tahu memfitnah. Namun dia sudah tidak mahu percaya dengan kecantikan gadis itu. Dulu dia suka sangat dengan wajah cantik ala-ala wajah Selena Gomez. Namun sekarang ini wajah gadis itu macam memucat pula. Ada apa-apa yang dia tidak tahu?

“Dulu tak pernah pula kau buat begini?” soal gadis itu. Dia ketawa. Dia sudah banyak kali dipermainkan oleh gadis ini. Kenapa pula dia tidak boleh mempermainkan gadis ini? Selama ini ada dia pernah hormatkan dirinya?

“Itu dulu, berapa tahun yang lalu? Sekarang dah lain. Aku dah ada keluarga, kita pun bukan macam dulu. Eh, yang kau terdesak sangat nak balik dengan aku ni kenapa? Kau tak tahu aku nak jadi ayah dah? Kau pula sibuk-sibuk nak jadi isteri kedua aku! Kau ingat aku akan ceraikan isteri aku?” soalnya memandang wajah pucat dan terkejut itu. Sebenarnya dia letih.

Dia mahu berehat di rumahnya. Sebenarnya ada kerinduan di hatinya untuk isterinya mungkin. Dia bingung seketika. Tetapi benar, dia rindukan seseorang. Tetapi bukan kekasihnya yang baru ditemuinya ini. Wajah yang cantik dulu tetap masih cantik tetapi dia tidak tahu apa yang sudah berlaku antara dia dan kekasihnya. Jadi dia sangsi.

“Aku nak balik kepada kau. Kau tak sama macam kekasih aku! Tetapi aku tahu kau bukan ada apa-apa hubungan dengan isteri kau selain hubungan di atas kertas!” katanya.

“Tak sama? Apa yang tak sama?” dia masih ingin tahu. Dia parah dipermainkan gadis ini dulu.

“Aliff, boleh tak kita bincang hal ni masa lain?” soalnya. Dia angguk. Hari sudah beransur malam. Dia yang belum pun balik ke rumahnya ini pun memang terasa sangat penat sejak tadi. Dia baru sahaja balik dari Jakarta petang ini. Gadis ini pula seperti ambil kesempatan hendak menyusahkannya pula. Sudahlah dia asyik sibuk mencari di mana isterinya. Sekarang dia pula datang mahu menyusahkan dirinya.

“Ya kita bincang masa lain,” katanya. Dia memanggil pelayan untuk membayar minuman mereka.

“Aku harap kau tak mungkir janji Aliff, aku memang mahu nikah dengan kau. Aku harap kau akan ceraikan isteri kau! Aku tahu isteri kau tak mengandung! Jangan nak perasan konon kau nak jadi ayah! Aku tahu kau bohong!” kata Harrynna Lisa. Dia sengih. Gadis ini tahu juga kalau dia sudah berbohong. Ah, apa yang dia mahu peduli!

“Aku akan beri jawapan nanti!” katanya berdiri selepas membayar minuman mereka.

“Kau dah berubah sekarang!” kata gadis itu lagi. Dia seperti tidak sayangkan mulutnya.

“Pantai pun berubah dilanda tsunami, inikan lagi aku yang kau pijak-pijak sejak dulu!” katanya sinis. Ditinggalkan kekasih suatu waktu dulu bukan sesuatu yang mudah dia hendak mengubatnya. Gadis ini terlalu licik. Namun dia masih memberikan ruang kepada gadis ini untuk kembali kepadanya sekalipun sebagai isteri keduanya. Kalau dia mahu boleh sahaja kalau dia jadikan gadis ini menjadi perempuan simpanannya, tetapi dia tidak mahu. Dia mahu menghalalkan hubungan mereka.

“Itu dulu masa aku muda lagi!” dia sengih. Dia rasa cuak dengan kata-kata gadis itu. Muda konon!

“Mana ada muda lagi! kita dah berumur lah! Sampai bila kau nak rasa kau tua dan mahu berubah? Sekarang pun kau tak berubah lagi! Sekarang ni sikit pun kau tak prihatin! Malah kau suruh aku ceraikan isteri aku pula! Kenapa kau nak aku buat begitu? Itu maksudnya kau muda dan tak sedar diri lagi!” katanya memperli Harrynna Lisa. Dia bersedia angkat begnya.

“Kenapa kau nak hina-hina aku pula! Aku nak kau balik pun kira dah baik!” semakin muak dia dengan kata-kata Harrynna Lisa itu. “Kau ingat kau tinggalkan aku aku mati? Eh, pergi satu sepuluh datang tau!” katanya tidak mahu mengalah dengan bekas kekasihnya itu.

“Sombong!” kata Harrynna Lisa yang seperti ditampar dengan kata-kata bekas kekasihnya itu. Dia puas hati.

“Kita jumpa nanti! Aku dah penat ni! Tak sabar nak jumpa isteri aku!” katanya terus berlalu meninggalkan gadis yang masih termangu memandangnya itu.

Ah, kenapa semudah itu dia membuat keputusan? Kenapa semudah itu dia hendak menambah isterinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience