Chapter 72

Romance Completed 28069

Bab 72

Dia menangis tersedu-sedu selepas dia menerima panggilan suaminya. Siapakah yang tidak sayu hati apabila mengenangkan suaminya yang selama ini tidak menerimanya. Sekarang menagih macam penagih untuk alamat tempat tinggalnya. Siapa yang mahu pisang berbuah dua kali?

Dia tidak mahu sebenarnya! Dia tidak mahu bertemu dengan suaminya yang tidak bertoleransi itu. Sekalipun dia rindu, ya dia memang rindukan seraut wajah kacak dengan muka ala-ala Aaron Aziz itu namun dia terpaksa menolak lelaki itu untuk kali ini. Mungkin ini kali yang terakhir dia membuat penolakan itu. Ini kali yang terakhir sebab dia mahu lelaki itu memberikan lafaz cerai untuknya! Ya lafaz cerai untuknya!

Baginya, biarlah dia hidup sendirian tanpa suami. Kalau ada suamipun macam tidak ada suami. Jadi apakah maknanya ada suami di atas kertas begitu? Apa maknanya ada tertulis nama suaminya di atas surat nikah itu jika suaminya tidak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya selama ini? apakah gunanya?

Daripada tidak ada gunanya dia mempunyai suami, eloklah suaminya menceraikan dia. Dia memang tidak tahan menunggu suaminya insaf seperti enam bulan yang lalu. Dia sanggup hidup tanpa suami jika benar suaminya memang ada niat hendak menceraikannya!

Dia teringat sesuatu! Ya! Emak! Dia lantas menekan nombornombor di keypad telefonnya.

“Assalamualaikum mak, mak apa khabar?” soalnya kepada emak. Terasa sebak sungguh dia meninggalkan ahli keluarganya.

“Walaikum salam. Mak dan ayah sihat. Nuha sihat sayang? Bagaimana di situ? Ok juga?” soal emak. Dia mahu sahaja memeluk emaknya.

“Sihat mak, Alhamdulillah. Mak, gini. Kalau Aliff ada datang cari emak dan minta alamat saya, mak jangan beri ya mak! Tolong jangan layan dia mak! Saya dah serik hidup dengan dia mak! Ada suami macam tak de suami mak! Jadi mak, jangan mak nak pandai-pandai layan dia!” katanya kepada emak. Puan Suria terkedu mendengar kata-kata pesanannya.

“Ya lah! Mak tak kan beri dia. Biarlah dia kat sini ya nak!” kata Puan Suria.

“Terima kasih mak!” katanya.

“Kamu ada masalah ke Nuha?” soalan jenis apa yang emaknya tanyakan itu? Emak seperti tidak faham pula masalahnya. Dia duduk seminggu di rumah emaknya pun lelaki itu tidak datang ke rumah emak.

Lelaki apa tu? Soalnya dalam hati.

“Mak pun faham kan?” soalnya pula.

“Mak tak faham. Yang mak faham hari tu kamu dah berbaik-baik semula kan?” kata Puan Suria lagi. sebenarnya Puan Suria tidak mahu anaknya bercerai berai. Bukan senang hendak hidup tanpa suami. Hidup tanpa suami bermakna sanggup mendepani hidup yang penuh cabaran ini seorang diri. Dia tidak mahu anaknya ini hidup seorang diri. Daripada tidak ada orang sudi, biarlah anaknya berteman. Aliff Hakimi kan masih sudi kepada anaknya?

“Ermmm, ya lah Nuha. Nuha elok-elok di stu ya Nuha. Nanti kalau Aliff datang cari Nuha di sini, pandailah mak nak nasihatkan dia, kalau perlu!” kata Puan Suria tersengih-sengih di hujung talian. Sebenarnya dia sudah memberitahu Aliff Hakimi pun di mana anaknya berada! Kalau Nuha Qarina tahu mesti dia kena marah!

“Terima kasih mak. Mak jangan bocor rahsia ya!” kata Nuha Qarina lagi.

“Ya nak! Pandailah mak nanti!” kata Puan Suria lagi. lega hati Nuha Qarina mendengar kata-kata emaknya. Tetapi benarkah emaknya akan member sepatah dua kata kepada suaminya itu? Bukankah emaknya dan mama mertuanya yang sangat sayangkan suaminya itu?

Ah, dia pun serba salah! Malah dia hilang percaya kepada emaknya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience