Chapter 75

Romance Completed 28069

Bab 75

“Melupakan seseorang yang telah memberikan aku banyak kenangan indah atau perit adalah satu perkara yang sangat sukar untuk aku lakukan. Tetapi jika itu yang terbaik, aku terpaksa merelakannya.” Nuha Qarina menulis kata-kata dari Ustaz Azhar itu di dalam buku notanya. Berkenan sungguh dia dengan kata-kata itu. Pasti ia sudah kena di hatinya. Kalau sudah kena di hatinya pasti dia akan menyalinnya ke dalam buku notanya.

Dia berbaring di atas katilnya. Hari ini hari cuti. Kalau cuti bermakna tidak ada kuliah. Agak penat juga mereka. Badannya juga rasa tidak selesa. Sudah dua hari dia tidak sedap badan. Sudah dua hari dia tidak tahu apa yang terjadi kepada dirinya ini. kepalanya asyik pening dan matanya sakit. Selepas itu, dia juga rasa hendak muntah.Walaupun dia sudah makan ubat tetapi sakit kepalanya seperti tidak mahu sembuh.

Entah penyakit apa yang sudah menyerangnya sejak dua minggu dia di bumi kangaroo ini. kadang-kadang pandangannya berpinar-pinar tetapi cepat-cepat dia duduk dan mendiamkan dirinya. Kalau dia jatuh di sini, siapa yang akan bawa dia ke rumah sewanya? Takkan mat salleh tu semua yang akan angkat tubuhnya ini! Eh, tidak rela dia!

Sebenarnya dia sedang merindui seseorang. Rindu menggila di jiwanya. Namun dia tidak mahu meluahkan kepada sesiapa. Kawankawannya yang lain memang agak muda dan ada yang seusia dengannya tetapi belum berkahwin. Dia sahaja yang sudah kahwin.

Tetapi dia tidak memberitahu sesiapa yang dia sudah kahwin. Baginya tak ada juga orang yang tahu sebab suaminya tidak akan datang ke sini. Kakak senior mereka ada yang sudah kahwin tetapi suaminya samasama belajar dengan mereka di sini.

‘Aliff….’ Hatinya menyeru dalam diam. Apakah lelaki itu juga sedang menyeru namanya? Ah, dia tidak tahu! Tetapi entah kenapa ingatannya dan tumpuannya kepada lelaki itu sungguh, hanya Tuhan sahaja yang tahu!

Sepatutnya dia membenci nama itu. Sepatutnya dia tidak perlu mengingati nama itu. Dia tidak perlu menyeru nama itu. Sepatutnya dia sudah melupakan nama itu. Namun, entah mengapa, perasaannya sudah dibolak-balikkan. Ingatannya kepada seraut wajah mirip Yusri KRU itu memang tidak dapat disangkal-sangkal. Mungkinkah ini rindu? Mungkinkah ini cinta? Ah, dia bukan budak-budak zaman sekolah menengah lagi yang asyik merindui seseorang. Tetapi benar, wajah suaminya Aliff Hakimi bagaikan duduk bertenggek di anak matanya ini. kadang-kadang dia melihat suaminya duduk di kerusi di tempatnya kuliah. Kadang-kadang duduk di hujung katil di tempatnya sedang tidur ini. dia mendekati di mana dia melihat suaminya itu, namun ternyata itu hanya ilusinya sendiri.

Malu dia sendiri. Malu kerana seperti orang gila bayang kerana sering terkenang-kenang akan suaminya yang dia sendiri yang telah meninggalkan lelaki itu tanpa pesan. Sekarang siapa yang gila bayang? Nuha Qarina juga kan! Argh! Sakitnya menanggung rindu! Dan, mahu sahaja dia pulang ke negaranya semula agar boleh dia bertemu dengan lelaki itu, dan menatap wajahnya sepuas hatinya sekalipun di sisinya seorang gadis yang dipanggil kekasihnya. Argh!

Pintu biliknya diketuk. Apahal lagi kawan-kawannya ni? Kalau lapar, tadi pagi mereka dah makan. Apa hal ya? Tanya tentang assignment? Belum ada assignment berat yang perlu mereka siapkan. Mereka masih orientasi dan sedang memilih kelas bahasa Inggeris yang sesuai dengan kemahiran mereka. Dia baru di level tiga. Dia perlu menjalani ujian lagi. Senak akalnya memikirkan kawan-kawannya tetapi cepat-cepat bangun membuka pintu.

“Kak Nuha,” kata Asniah takut-takut. Nuha Qarina kekejutan melihat aksi kawannya itu. Buntang matanya melihat kawannya itu.

Kenapa pula kawannya ini jadi penakut ni?

“Apa hal?” soalnya hairan. Asniah terlihat-lihat ke ruang tamu.

“Ada orang cari akak!” kata Asniah. Bulat matanya. Siapa yang mencari dia? Emaknya tidak kuat hendak menjenguknya di sini. Begitu juga adik-beradiknya yang lain. Siapa pula yang jadi tetamunya pada pagi hari ini? Takkan dia?

“Sapa?” soalnya. Jantungnya berdegup kencang. Siapa yang berani dan tahu dia di apartmen ini? Setahunya dia belum beritahu ibu bapanya yang dia tinggal di sini? Benarkah suaminya? Oh tidak!

“Tak tahu kak.” Kata Asniah. Dia mengenakan tudung shawlnya. Tudung shawl yang agak simple yang dibelinya di tepi jalan menuju ke tempatnya singgah makan pada hari pertama dia sampai di Perth. Cantik tudung itu. Memang sesuai dengan dirinya yang suka simple.

“Lelaki ke perempuan?” soalnya.

“Lelaki kak? Abang kak?” soal Asniah. Dia geleng. Dia tidak ada abang. Adiknya masih bersekolah di sekolah menengah. Tidak mungkin adiknya akan datang ke sini. Mustahil. Jadi siapa?

“Bukan As! Mungkin kawan kak…” katanya.

“Kawan?” mengecil mata Asniah. Perlukah dia berterus-terang kalau orang yang datang itu adalah suaminya? Tetapi benarkah Aliff Hakimi yang datang? Matanya berkedip-kedip. Tidak tahu apa yang hendak dijawabnya.

“Handsome tak?” soalnya.

“Ya kak, macam Yusri KRU!” nah, sudah terang lagi bersuluh. Lelaki yang datang itu memang suaminya.

“Ok terima kasih As. Kau masuk dulu ya. Yang datang tu mungkin suami kakak!” Katanya kepada Asniah. Asniah dan Mimi masuk ke dalam bilik masing-masing.

“Suami? Oh tahniah kak! Memang awesome suami akak!” kata Mimi pula. Dia hanya senyum. Senyum yang manis.

Perlahan-lahan dia keluar ke ruang tamu. Dia keluar dengan jaket hitamnya. Sekarang musim sejuk.

Bulat matanya memandang lelaki yang sedang duduk di sofa di rumah sewa mereka ini.

“Abang?” mahu tidak ternganga mulutnya melihat suaminya. Sudah dua minggu lelaki itu senyap. Hari ini dia datang dengan kejutan yang sungguh tidak disangka-sangkanya. Lelaki itu sudah mendekatinya yang sedang kaku macam batu di depan lelaki itu. Lelaki itu berdiri dan mendekatinya. Lantas mengucup dahinya. Dia tidak terkata. Lelaki ini memang dirinduinya. Air matanya mengalir macam air sungai yang mengalir deras.

“Bila abang sampai?” soalnya. Memang dia terkejut dengan

“Perlukah sayang tahu?” soal lelaki itu pula. Dia angguk. Dia tidak menyangka lelaki ini sanggup menjejakinya sampai ke sini. Benarkah lelaki ini masih menyayangi dan sanggup menunggunya?

“Perlu abang.” Katanya menumbuk dada suaminya. Dia menarik tangan suaminya menuju ke biliknya.

“Sini tempat awam bang!” katanya yang sudah membawa suaminya masuk ke dalam biliknya. Kawan-kawan serumahnya menjenguk mereka. Dia cepat-cepat mengunci biliknya. Ruang tamu itu ialah tempat awam. Sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam ruang itu.

Dia cepat-cepat menjauhi suaminya.

“Sayang, tak rindu abang?” soal suaminya. Berkerut dahinya. Lagilagi menyebut rindu. Tetapi kalau menuduhnya, macam tak de sempadan pula lelaki ini. Dia masih ingat betapa dia diburuk-burukkan kerana dikatakan mempunyai kekasih. Sebenarnya dia tidak ada kekasih dan tidak pernah pun jatuh cinta!

“Perlukah abang tahu?” soalnya. Suaminya yang duduk di birai katil itu mengangguk. Dia memang masih terkejut.

“Perlu.” Jawab suaminya mengharap balasan kata rindunya pula. Mahu meluat dia dengan sikap suaminya yang acuh tidak acuh kepadanya selama ini. Siapa yang tidak sakit hati?

“Abang tahu jawapannya kan?” soalnya pula seperti mahu main teka-teki dengan suaminya. Suaminya pula mengerutkan dahinya. Apakah selama ini lelaki ini tidak tahu yang dia memang sangat menantikan suaminya? Setiap hari dia mengharapkan suaminya datang memujuknya namun dia hampa. Suaminya tidak pernah mempedulikannya. Malah suaminya dilihat berdua-duaan dengan kekasihnya di pusat-pusat membeli-belah. Beatrice sendiri hairan kenapa suaminya berkelakuan begitu. Sekarang senang-senang pula dia datang membawa rindunya?

“Tak tahu. Abang yang rindukan sayang. Memang abang rindu! Ya lah, isteri abang mana pandai nak rindukan abang!” kata suaminya kepadanya seperti merajuk. Dia mencebikkan bibirnya.

“Terima kasih bang. Tetapi kita tak sepatutnya saling merindu. Abang dengan kekasih abang dan saya sebaliknya!” Katanya menolak kata-kata rindu suaminya. Benci dia. Suaminya ini hipokrit. Dahulu bukan main suaminya menolak alasannya yang kawannya makan di Restoran KFC itu bukan kekasihnya tetapi kawan baiknya. Suaminya tidak mahu mendengar kata-katanya. Sakit hatinya masih tersisa sampai bumi kangaroo ini.

“Lupakan semuau itu sayang. Abang dah jumpa pun Saiful.

Maafkan abang!” katanya. Terbuntang matanya. Benarkah Saiful ada bertemu suaminya ini? kenapa dia tidak tahu?

“Ya? Bila dia jumpa abang? Buat apa pula?” soalnya. Suaminya sudah tersengih. Eh, sengihan itulah yang dia tidak suka.

“Banyaknya soalan. Soalan mana yang harus abang jawab dulu ini?” soal suaminya pula. Dia memang sudah terkena.

“Mana-mana abanglah!” katanya tertunduk segan. Macam gelojoh pula dia.

“Dia minta maaf mengenai gambar itu! Abang dah maafkan dan dia dah jelaskan semuanya.” Katanya suaminya yang sudah memegang tangannya. Wajah kusut itu sudah datang semula dengan sengihannya.

“Sayang tak rindukan abang? Betul tak rindu?” soal suaminya. Dia angguk perlahan-lahan.

“Rindu tapi mungkin tak sesuai sebab abang dah nak kahwin lain! Abang bukan orang yang sepatutnya saya rindui, sebab abang dah ada orang lain. Lainlah saya ni dituduh-tuduh ada kekasih! Hakikatnya saya tak de kekasih bang!” katanya dengan rasa sebak. Suaminya sudah mendekatinya yang duduk di meja belajarnya. Dia pula bergerak menjauhinya.

“Kenapa nak tinggalkan abang?” bulat matanya. Kenapa suaminya ini menyoal sesuatu yang dia sudah tahu jawapannya. Dia hendak sambung belajar sebab dia mahu meningkatkan tahap profesionalismenya sendiri. Kenapa pula suaminya masih mahu menyoalnya kenapa dirinya ditinggalkan? Sepatutnya dia sudah tahu. Lagipun, kenapa dia perlu dicari lagi, bukankah lelaki ini tidak mempercayainya. Jika tidak ada kepercayaan antara mereka buat apa dia hendak bersama? Tidak ada gunanya kebersamaan antara mereka.

“Perlukah saya jawab soalan bang? Sedangkan kita tak sehaluan?” soalnya pula. Sedih dia dengan keadaan lelaki ini. Dia hanya mengenakan jeans yang warnanya yang agak lusuh dan t-shirt putih kegemarannya.

“Memang, abang perlu tahu kenapa sayang pergi sejauh ini? Apakah untuk kebahagiaan kita? Atau sayang membenci abang?” soal suaminya. Mahu sahaja dia menangis. Dia tidak pernah membenci suaminya. Malah, rindunya kepada lelaki ini Tuhan sahaja yang tahu. Namun, dia tahu lelaki ini membenci dia kerana gambar-gambarnya yang diedarkan dengan meluas di laman sosial suaminya, kekasihnya dan kakak iparnya. Sampai hati mereka hendak berbuat demikian. Jadi untuk apa dia bertahan sebagai isteri kepada lelaki ini jika nilai dirinya dipijak-pijak suaminya ini? Untuk apa mereka menjadi sedekat ini? Lebih baik sahaja mereka berpisah!

“Abangkan tak nak saya. Kan abang tuduh saya dah ada kekasih. Saya dah jelaskan tapi abbang tak nak dengar. Saiful tu kawan baik saya! Bukan kekasih saya! Kalau kekasih saya, saya dah tolak lamaran abang dulu! Jadi mungkin abang dah tak nak saya ni bang!” katanya yang sudah sebak dengan apa yang berlaku antara mereka. Lelaki itu sudah memeluk bahunya. Entah atas tolakan apa, dia turut membalas pelukan suaminya itu. Dia memang rindukan lelaki itu.

“I miss you honey.” Bisik suaminya. Dia hanya mendiamkan dirinya di pelukan lelaki itu. Sekian lama dia menanti lelaki ini. Baru kini mereka bertemu.

“Do you miss me?” bisik suaminya. Dia menutup matanya. Hendak menggeleng atau mengangguk dia tidak berani buat pengakuan. “Hurmm,” dia hanya mendiamkan dirinya. Mereka masing-masing membatu menikmati pertemuan mereka.

“Sayang… maafkan abang sayang. Memang salah abang tak pernah nak percayakan sayang. Tapi sejauh ini, abang dah percayakan sayang. Jangan pernah pergi dari sisi abang sayang. Abang sayangkan isteri abang! Maafkan abang tak jenguk sayang seperti janji abang. Abang masih memikirkan buruk baiknya hubungan kita. Memang antara kita perlu bermuhasabah sayang. But, I love you sayang!” bisik suaminya pula.

“Ya bang, kita perlu muhasabah.” Katanya perlahan. Deria hidunya semakin menyempit.

“Abang tak boleh nak tidur semenjak sayang pergi ke sini. Abang menyesal sayang. Menyesal kerana abaikan sayang!” Bisik suaminya. Dia sudah menghamburkan tangisnya kepada suaminya. Dia juga tidak pernah lena tidurnya sepanjang masa dia di sini.

“Tapi badan abang maintain aje! Macam tak sama dengan apa yang abang cakap!” katanya mengusik suaminya. Suaminya sudah memicit pinggangnya. Dia kegelian.

“Memang maintain demi sayang!” katanya. Dia pula sudah tersenyum dalam diam.

“Eh, abang ni gatal tahu!” katanya.

“Hanya kepada isteri abang!” katanya. Nuha Qarina sudah mengekek kecil mendengar kata-kata suaminya. Tetapi bau badan suaminya yang dia tidak tahan. Dia tidak dapat menahan bau badan suaminya. Pening kepalanya semakin membingitkannya.

“Abang, saya nak ke tandas kejap!” katanya meminta izin suaminya. Bulat mata Aliff Hakimi. Baru sahaja dia hendak bermesra dengan isterinya itu, isterinya sudah hendak pergi ke tandas. Apa yang sudah berlaku?

“Kenapa sayang?” soal suaminya kehairanan. Belum puas lagi dia memeluk tubuh kurus isterinya, isterinya sudah meminta izin hendak ke tandas pula.

“Saya… saya nak buang air…” katanya yang menutup mulutnya. Aliff Hakimi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hairan melihat Nuha Qarina yang sudah masuk ke dalam bilik air di luar bilik mereka. Aliff Hakimi duduk semula di atas katil single isterinya. Dia masih memikirkan akan tindakan isterinya itu.

“Buang air? Kenapa tiba-tiba?” soalnya dalam hati. Belum puas dia bermesra dengan isterinya. Dia membuntuti isterinya ke bilik air.

Nuha Qarina tidak selesa. Sejak semalam dia berasa tidak selesa. Entah kenapa. Kepalanya asyik sakit dan muntahnya tidak berhenti-henti sejak seminggu ini. Malah dua hari yang lalu dia terpaksadirehatkan dari mengikuti orientasi kerana sakit kepalanya. Jangan dia pengsan sudahlah!

“Sayang?” kata suaminya yang sudah menunggu di depan pintu.

“Muntah?” soalnya. Dia memicit kepalanya yang sakit. Dia menundukkan pandangannya. Segan pula dia. Tekaknya terasa perit.

Entah apa yang terjadi kepada dirinya ini.

“Ermm,”

“Sakit apa ni sayang?” dia angkat bahu. Dia mahu berbaring di katilnya. Dia agak pening.

“Tak tahu bang. Saya pening ni bang! Saya nak tidur bang. Tercium bau badan abang ni saya pening pula. Abang mandi dulu, saya nak tidur! Ada tuala kat almari bang!” katanya. Suaminya memegang tangannya. Dia memang tidak berbohong. Isterinya sakit!

“Sejak bilasayang ni sakit?” soalnya. Dia sudah berbaring di atas katil dengan menutup mukanya dengan bantal.

“Sejak abang datang!” katanya perlahan. Dia tidak larat membuka matanya.

“Sayang! Kita kena ke klinik ni!” jeritan suaminya sudah tidak dipedulikannya.

“Kenapa ni sayang?” soalnya mengucup tangan isterinya. Air matanya mengalir dari kolam mata lelakinya.

***

“Fiz, kau kena tolong aku!” Aliff Hakimi sudah menghubungi kawan baiknya di Perth Australia ini. Kebetulan Hafiz sedang belajar di sini.

Tetapi university yang berlainan dengan isterinya.

“Pe hal? Kau kena rompak ke? Memang kalau kau tak biasa di sini, mudah sangat kau kena rompak! Berapa kau hilang?” soal Hafiz. Dia tepuk dahi. Ya Allah, suka-suki sahaja dia cakap aku kena rompak! Kata Aliff Hakimi.

“Tak! Aku nak kau datang sini! Tempat kau hantar aku tadi!”katanya.

“Macam cemas saja bunyinya!” kata Hafiz.

“Memanglah! Aku tak kena rompak! Aku sihat walafiat! Masalahnya isteri aku yang sakit!” katanya.

“Kenapa? Isteri kau pengsan?” soal kawannya.

“Ya.”

“Kau pukul dia?” soal Hafiz. Dia geleng kepala walaupun Hafiz tidak melihatnya. Takkan baru bertemu dah memukul isteri. Eh tak padan sungguh!

“Mana ada! Dia tiba-tiba tak sedar diri!” katanya.

“Jadi?” soal Hafiz di hujung talian.

“Kau datang sini lah dulu!” katanya cemas.

“Baik-baik aku akan datang sana. Kejap lagi!” kata Hafiz yang baru faham apa yang berlaku kepada isteri kawan baiknya ini.

***

“Sayang, jangan tinggalkan abang. Abang mencintai sayang. Abang akan bahagiakan sayang. Jangan tinggalkan abang sayang. Jangan pergi lagi. Ke manapun sayang pergi abang akan kejar sayang. Tapi sekarang, sayang pengsan pula. Sayang, tolong sayang, jangan pergi dulu abang membahagiakan sayang!” Aliff Hakimi duduk di sisi isterinya.

Nuha Qarina yang sebenarnya hanya pening itu terkejut dengan kata-kata suaminya itu terlopong. Benarkah suaminya ini? Memegang tangannya dan mengucup dahinya dengan penuh kasih sayang? Tetapi kenapa dia tidak sanggup?

***

“Abang, kenapa nangis pula ni?” dia terpisat-pisat bangun. Suaminya masih memegang tangannya.

“Saya pening aje bang. Kenapa abang nak panggil kawan abang pula?” soalnya. Terbuntang mata suaminya. Mungkin terkejut.

“Bukan sayang sakit?” soal Aliff Hakimi.

“Tak. Saya tak sakit bang! Nanti makan ubat saya sihatlah ni!” katanya kepada suaminya. Dia tidak mahu bermanja-manja dengan lelaki ini.

“Lega pula abang.” Kata lelaki itu.

“Tapi…” dia berjeda. Masih keliru sama ada mahu cakap atau tidak.

“Bang, baiklah abang keluar dari bilik ni. Kawan-kawan saya tak tahu saya dah kahwin bang!” katanya. Terbuntang lagi mata suaminya.

“Tak tahu?” dia angguk.

“Memang tak tahu! Saya pun ingat abang akan ceraikan saya selepas kes gambar saya dan Saiful diedarkan di twitter abang tu.” Katanya. Dia tidak ada akaun twitter. Sengaja dia tidak aktifkan akaun twitternya. Tetapi dia tahu suaminya ini orang yang banyak peminatnya. Pasti ada orang lain yang menguruskan akaun laman sosialnya.

Malunya tatkala kawan baiknya Saiful memberitahu yang gambar mereka di sebuah restoran itu sudah disalah tafsir.

“Abang dah beritahu banyak kali. Saya takkan ceraikan sayang.” Kata Aliff Hakimi tegas. Dia sudah terkatup mulut.

“Saya tak yakin kita boleh hidup macam suami isteri yang lain bang.” Katanya perlahan.

“Kita akan cuba. Jangan lupa kalau Hafiz datang kita akan keluar sama-sama. Nuha kita akan sama-sama keluar.” Mahu terbeliak matanya.

“Siapa Hafiz tu bang?” soalnya. Tiba-tiba muncul nama itu dari mulut suaminya. Mana ada dia kenal nama-nama lelaki Melayu di sini kecuali Abdul Mannaf dari Sarawak.

“Kawan abang di sini. Kalau ada apa-apa sayang kat sini, senang lah abang.” Bertambah tidak selesa hatinya.

“Kenapa pula nak senang?” soalnya.

“Senanglah kawan abang tolong tengok-tengokkan!” katanya semudah memetik jarinya.

“Taklah, tak perlu susah-susah!” katanya perlahan.

“Tak pe abang kan ada di sisi abang!” bertambah jatuh semangatnya. Kenapa lelaki ini menempel pula di sisinya? Bukankah selama ini lelaki ini tidak mempedulikannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience