Chapter 12

Romance Completed 28069

Bab 12

Sudah puas dia mencari isterinya itu. Entah di manakah dia menghilang. Tetapi dia tahu isterinya itu tetap juga dekat dengannya. Dia masih di sekitar Kota Kinabalu juga sama sepertinya. Dia tahu itu. Dia sudah bertanyakan kepada mamanya yang di mana isterinya mengajar. Dia tahu isterinya memang dekat dengannya. Dia tahu isterinya merajuk. Itu yang penting. Tetapi sudah berhari-hari juga dia mencari bersungguhsungguh. Sudah di mana-mana dia mencari isterinya itu. Dia cari di kampungnya namun isterinya tetap tidak ada di situ. Isterinya kerja di mana? Pun dia tidak sempat nak tanya.

Apa yang dia tahu isterinya itu ialah seorang guru sekolah menengah. Itu pun mamanya yang beritahu. Kalau harapkan dia nak bertanya dan berkenalan dengan isterinya memang tidak akan pernah lah dia buat pada masa awal pernikahannya. Dia menyibukkan dirinya dengan menguruskan kerjanya. Hairan dia. Kenapa hatinya sukar hendak menerima pernikahannya itu. Hairan sungguh dia!

Dia tidak tahu pun isterinya itu kerja apa, di mana tempat kerjanya dan apa kelulusannya. Itu yang menyebabkan dia sejuta kesal dengan sikapnya sendiri.

Kalau lah dia mahu merendah diri dulu, alangkah baiknya dia. Alangkah bahagianya dia sekarang. Tetapi sekarang apa yang sudah berlaku? Dia macam kucing beranak pula. Mencari isteri di mana-mana. Isterinya pula bukannya hendak menjawab panggilan atau mesejnya.

Satu mesejpun tidak pernah dia terima. Sedihnya dia. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia tergesa-gesa menekan butang hijau.

“Helo, assalamualaikum tuan,” kata suara itu. Dia sudah kenal siapakah yang memanggilnya. Dia mengharapkan isterinya yang memanggilnya. Dia mengharapkan isterinya mahu kembali kepadanya. Dia begitu merindui isterinya di rumahnya ini. Dia terasa isterinya seperti biasa menunggu kepulangannya di muka pintu rumahnya ini.

Tetapi dulu dia sangat benci pula memandang wajah isterinya. Dia benci melihat isterinya. Baginya mamanya silap kerana menikahkan dia dengan anak kenalan mamanya itu. Papanya pun sama asyik hendak ikut kemahuan mamanya. Marahnya kepada mamanya memanjang sehingga dia sudah menikah dengan isterinya.

Isterinya menjadi mangsa kemarahannya. Namun isterinya itu penyabar. Walau bagaimanapun marahnya, isterinya hanya mendiamkan diri dan menangis. Menangis dalam diam. Air matanya sahaja berair tetapi dia tetap melayani dirinya dengan baik. Mungkin dia tahu tanggungjawabnya sebagai isteri yang melayani suaminya dengan baik. Kasihan isterinya itu. Sesal pun tidak berguna pada masa ini. Terasa dia pula yang menjadi sebak mengenangkan kejahatannya kepada isterinya sendiri.

“Walaikumsalam. Jadi apa cerita?” soalnya tidak sabar.

“Hmm, saya dah pergi rumah dia tuan.” Katanya. Wajah isterinya yang ayu itu terbayang di matanya. Entah sejak bilakah dia asyik mengingati isterinya itu, dia kurang pasti. Apa yang pasti sudah hampir tiga bulan isterinya keluar dari rumahnya ini. Itupun ketika dia tidak ada di rumahnya. Itu pun ketika dia masih dalam keadaan bingung mengejar cinta bekas kekasihnya Harrynna Lisa. Harrynna Lisa yang menjadi impiannya selama ini. Ah, mengingati Harrynna Lisa, hatinya membengkak benci pula. Gadis itu bukan gadis yang dikenalinya lebih sepuluh tahun yang dahulu. Gadis itu sudah pandai memancing hartanya. Tetapi nasib baik dia cepat tersedar. Jika tidak, habis dirinya yang tergadai.

“Jadi?” soalnya pula. Payah sungguh orang suruhannya itu hendak bercakap jika tidak ditanya.

“Perempuan itu tidak mengaku yang Nuha tinggal di situ.” Kata Aiman. Dia memikir. Memang dia mendapat maklumat yang isterinya tinggal di sebuah perumahan teres di kawasan itu. Dia tidak akan berputus asa mencari jejak isterinya. Dia tahu isterinya dalam tiada!

“Perempuan mana?” soalnya tidak tahu.

“Kawan serumah dia.” Dia faham. Mana mungkin kawan baiknya hendak memberitahu rahsia kawannya sendiri. Mungkin isterinya sudah memberitahu mengenai hal itu.

“Oh, jadi apa yang awak buat?” soalnya lagi. Dia tidak puas hati. Aiman memang orang suruhannya sejak dua minggu yang lalu. Namun belum ada sesuatu yang positif dan menyakinkannya mengenai isterinya itu. Entah di manakah isterinya?

“Saya… tunggu tuan.” Jawab orang yang disuruhnya. Apa yang ditunggunya?

“Tunggu? Jadi, awak jumpa isteri saya?” soalnya. Wajah Nuha Qarina memang sudah terbayang di matanya. Wajah sedih, wajah marah, wajah ceria, wajah merayu… ah segala-galanya mengenai isterinya itu dia kenangkan sekarang.

“Jumpa, dia keluar dari keretanya petang tadi. Berpeluh saya bos.” Kata orang suruhannya itu. Dia sengih. Memang kalau kita cari duit, memang tidak senang.

“Kenapa pula?” soalnya.

“Dia balik malam bos.” Resah sungguh dia. Kenapa perlu isterinya balik malam. Tertanya-tanya pula dia. Ke mana isterinya sampai balik malam-malam begitu? Ada sesiapa yang dia jumpa di luar sana? Dia sudah ada penggantinya? Ah, sukarnya kalau berteka-teki begini. Tetapi kenapa dia harus mempersoalkan ke mana isterinya pergi? Bukankah dia meluat melihat isterinya sewaktu mereka sebumbung dulu?

“Balik malam? Dia dihantar siapa balik semalam? Ada seseorang temani dia?” soalnya tidak sabar. Makin berdebar-debar hatinya. Sudah ada penggantikah isterinya itu? Mustahil! Mustahil sebelum menikah dengannya isterinya itu tidak diintai oleh sesiapa. Mustahil.

Hari itu pun dia terdengar isterinya bercakap dengan seseorang dalam senyap. Dia bertanya, isterinya itu tidak menjawab. Dia hanya memberitahu yang orang yang menghubungi itu adalah kawan semaktabnya. Dia tidak percaya. Sampai sekarang pun dia masih waswas kepada isterinya. Malah, setiap malam dia menghantar mesej dan merayu-rayu isterinya itu namun isterinya tidak pernah melayaninya. Kerasnya hati isterinya itu. Jika dia dalam situasi begitu, apakah yang harus dia buat?

Bagaimana pula isterinya apabila dia mengakui dirinya mahu menikah lain? Tidakkah berderai harapan isterinya itu?

“Err, dia balik sendiri bos.” Lega hatinya. Kalau dihantar seseorang, memang sah hati isterinya sudah diisi oleh seseorang. Bertambah sakit hatinya.

“Jadi awak ada jumpa dia?” soalnya. Aiman diam seketika. Memikirkan sesuatu. Apa yang difikirkan Aiman? Dia jatuh cinta dengan isterinya ke?

“Maksud bos?” soal orang suruhannya. Soalan senang pun tidak boleh nak jawab?

“Ada awak bercakap dengan dia? Beritahu dia yang awak nak jumpa dia.” Terdengar keluhan dari orang suruhannya. Lelaki yang dilawannya bercakap itu tidak menjawab tetapi hanya kedengaran desahan nafasnya.

“Aiman, ada awak bercakap dengan dia?” soalnya berulang-ulang. Dia tidak sabar mahu bertemu dengan isterinya.

“Tak de bos. Saya tunggu sebab saya nak pastikan dia isteri bos! Saya bukan nak bercakap dan menakut-nakutkan dia bos! Saya takut salah orang. Saya kena buat kerja bagus-bagus bos. Takut nanti salah siapkan tugasan, naya saya bos!” Katanya. Dia hampa. Dia takut isterinya akan melarikan dirinya lagi. Kalau lah dia tahu dia dicari, tidak mustahil isterinya akan menghilang lagi. Itu yang dia takut sangat.

“Kenapa tak cakap dengan dia?” soalnya tegas. Aiman menarik nafas lagi. Takkan Aiman nak bercakap-cakap dengan isterinya yang bukan ajnabi dengannya kan!

“Dia terus masuk ke dalam rumah dan ada kawannya menunggu di pintu bos. Tak dapat saya nak tanya bos. Ala relakslah bos, tak lama lagi dapatlah bos jumpa dia. Tak ke mana dia tu bos!” Kata orang suruhannya. Dia pula mendengus. Hampa dengan jawapan orang suruhannya itu.

“Tak apalah. Nanti berikan alamat rumah dia. Biar saya sendiri yang cari dia. Awak ni tak boleh diharap pula!” Katanya memarahi orang suruhannya. Dia jadi hairan. Sejak akhir-akhir ini dia sudah kuat marah. Ini penangan isterinya atau masihkah dia marahkan Rozana? Rozana yang menipu dirinya.

“Saya akan teks nanti bos.” Jawab orang suruhannya.

“Baik.” Dia menarik nafas. Rindunya dia kepada isterinya hanya Allah sahaja yang tahu. Namun sejak akhir-akhir ini kerjanya semakin bertimbun. Papanya pula tidak mahu dia meletakkan tugas-tugas penting di pejabat kepada pembantunya. Papanya tidak mahu dia terlalu bergantung kepada para pembantu mereka. Argh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience