Chapter 25

Romance Completed 28069

Bab 25

Nuha Qarina sudah berada di sisi Aliff Hakimi. Wajah lelaki itu sudah ceria sedangkan wajah Nuha Qarina semakin sayu. Entah kenapa perasaannya jadi sayu dan sepi begitu, dia sendiri berasa sukar hendak menterjemahkan perasaannya sendiri.

“Nuha, kereta Nuha tu dah lama tak digunakan. Kalau ada masa, Nuha startkan enjinnya ya. Kalau Nuha tak berkenan dengan kereta tu, abang boleh tukar yang baru ya!” kata Aliff Hakimi tiba-tiba.

Bibir yang mengganggu bibirnya sebentar tadi dilapnya. Nuha

Qarina benar-benar ingin marah dengan sikapnya yang terburu-buru. Terpana Nuha Qarina dengan pelawaan itu. Nuha Qarina semakin takut rahsia yang disimpannya akan diketahui oleh lelaki itu.

“Tak, tak. Jangan susah kan diri kerana Nuha! Nuha tak perlukan kereta tu. Nuha kan dah ada kereta! Tak payahlah abang nak susahsusahkan diri beri saya kereta.” katanya menolak lagi. Pandangannya dihalakannya ke luar. Dia kalau boleh tidak mahu memandang lelaki ini. Segan dan malu bertingkah-tingkah dia di hatinya. Dia bagaikan tidak mahu memandang wajah suaminya itu.

“Nuha kita singgah minum sekejap ya. Kita minum kat Promanade Café ya!” Kata Aliff Hakimi memujuknya itu. Itulah tempat yang disukai oleh lelaki itu. Tempat yang dia tidak suka! Tempat itu agak privacy dan jauh dari kesibukan. Sekali lagi dia tidak suka dengan ajakan itu. Sekejap hendak bawa dia ke klinik. Sekejap nak bawa dia minum. Dia benar-benar tidak selesa.

“Tak apa kah kalau kita minum di Restoran BBM ke, atau di manamana?” soalnya pula sekali lagi cuba menolak. Lelaki itu gelak apabila mendengar dia menyebut restoran kegemarannya.

“Boleh, kat mana yang Nuha sukalah!” katanya memperlahankan perjalanan keretanya. Berpandangan mereka bertaut. Memang ada kerinduan dalam dirinya kepada suaminya ini namun dia berasa masih marah kepada lelaki ini. Lelaki itu tersenyum. Dia membalas senyuman itu tetapi dia memandang ke luar kemudiannya.

“Tak apalah, biar Nuha ikut abanglah kali ini!” katanya perlahan. Dia terpaksa mengalah. Setahunya suaminya ini tidak mahu mengalah. Dia tahu. Ada keegoaan yang tinggi bagi lelaki ini. Kalau dia memang tidak mahu beristeri seperti pernikahan mereka ini, itulah sebabnya dia dilayan bagaikan acuh tak acuh sahaja. Kesal sungguh dia. Kesal yang amat. Ada sesuatu yang dibimbangkannya. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengikut suaminya itu. Mungkinkah ini adalah pertemuan mereka yang terakhir? Fikirnya.

“Apa hal mustahak yang abang nak jumpa saya sangat ni? Bagi saya taka da hal penting sangat abang nak jumpa saya. Sepatutnya abang berikan banyak masa untuk isteri baru abang,” soalnya tiba-tiba. Lelaki itu menyengih. Kelat wajah kacak itu. Namun matanya masih memandang ke depan memberi perhatian kepada pemanduannya.

“Bukankah dulu sudah muktamad, Nuha tak akan bersama abang lagi! Kankah abang nak kahwin lain! Abang kahwinlah, saya sedia tanda tangani borang poligami kalau abang nak ceraikan saya! Bila abang nikah?” soalnya lagi. Terpinga lelaki itu seketika. Bagaikan bom jangka meletup di kepalanya. Mana dia sampai hati hendak menceraikan orang yang ditunggu-tunggunya selama ini?

“Nuha, boleh tak kalau kita tak bincang hal tu? Bukankah kita masih suami isteri, kenapa benda tu nak dipersoal? Kankah abang masih ada hak terhadap Nuha? Hak nafkah zahir dan….” Bulat mata Nuha Qarina. Dia benci dengan kata-kata suaminya itu. Dia tahu apa yang mahu diperkatakan oleh suaminya itu. Dia terus menjerit.

“Sudah! Jangan awak nak mengada-ada! Tapi, kalau abang masih waras tentu abang masih ingat apa yang katakan dulu? Nuha tak mahu berebutkan abang. Nuha boleh mulakan hidup baru sekarang ni! Nuha tak mahu kembali kepada hidup yang lama dan menderita. Nuha pun ada hak nak hidup bahagia macam orang lain! Kenapa abang nak ganggu hidup Nuha lagi? Mana sudah kekasih abang?” soalnya brtalutalu. Nuha Qarina tidak peduli dengan penerimaan lelaki itu.

“Nuha, abang cari ni sebab mama nak jumpa menantu dia!” katanya perlahan. Jumpa emak mertuanya yang agak cerewet itu? Namun dia tidak boleh menuduh, selepas kahwin mereka tidak pernah bertemu. Wanita separuh abad itu mungkin tertunggu-tunggu akan kedatangannya. Mana tahu kan?

“Sebab mama saja abang cari Nuha? Kenapa mama abang? Apa yang berlaku kepada dia?” soalnya kehairanan. Tidak pernah emak mertuanya mencarinya selama ini. Setahunya emak mertuanya tidak mempedulikannya selama ini. Ah, mungkin ini cuma alasan lelaki itu hendak memerangkapnya. Dia tahu lelaki ini penuh dengan alasan.

“Nuha, abang ni memang dah lama rindukan Nuha! Tu lah abang cari Nuha! Bukan sebab mama! Dulu pun, abang ambil Nuha sebagai isteri sebab abang memang tertawan kepada Nuha buat pandangan pertama. Jangan tuduh abang cari Nuha kerana mama tapi kerana hati abang ni!” katanya tegas di pendengarannya. Bagai ada sesuatu yang salah di anak telinganya. Makin membulat matanya dan jantungnya seperti buat hal. Sakit pula hatinya.

“Entahlah, mungkin awak ni sudah nyanyuk agaknya Aliff! Malas saya nak layan awak ni! Sepatutnya abang sudah ceraikan saya. Tak perlu nak tunggu sesiapa! Kalau abang dah tak suka saya lepaskan saya!” katanya geram lalu memilih untuk berdiam diri.

“Memang abang dah nyanyuk dan gila! Segala-galanya kerana awak Nuha! awak percaya tak? Saya sangat kehilangan awak! Oh ya, malam ni mama ada buat sedikit jamuan untuk menyambut menantunya, jadi, malam ni abang jemput Nuha jam 7.30 malam ya. Mama nak kenalkan dengan saudara-mara yang lain!” katanya mengingatkan mengenai jemputan mamanya itu.

“Sudah kahwin dekat enam bulan baru emak abang nak buat majlis, eh tak payahlah nak susah-susah! Terima kasih ler!” kata Nuha Qarina menolak rancangan emak mertuanya itu.

Nuha Qarina menghalakan nafas peritnya. Rasanya, dia sudah ada jamuan lain tatkala jamuan di rumah keluarga mertuanya itu diadakan. Ah, apakah yang harus diberitahu kepada lelaki itu? Perlukah dia meminta kebenaran?

“Kan selama ini abang sibuk? Mama abang tunggu abang tak sibuk barulah dia buat majlis. Maafkanlah abang ya, sebab selama ni tak prihatin kepada isteri abang sendiri,” hampir sahaja dia mengalirkan air matanya. Sesungguhnya dia tidak mahu pihak keluarga lelaki itu menyusahkan mengadakan majlis segala hanya untuk dirinya.

“Buatlah untuk isteri abang yang satu lagi!” katanya berterusterang. Sakit hatinya. Pengakuan berani suaminya ketika mereka berada di luar Negara hari itu sungguh menyayat hati. Isteri mana yang sudi dimadukan pada saat pernikahan baru beberapa hari dan inai di jari masih merah lagi? Siapa mahu? Dia terdengar dengusan nafas pedih suaminya. Itu lah hakikatnya. Hakikatnya dia yang terluka dan lelaki itu hanya tahu mencipta luka untuknya. Sekarang dia datang lagi dan cuba menyakitkan hatinya semula. Ah, dia mati akal kini.

“His, mana ada! Malam ni abang jemput ya?” itu sahaja jawapannya jika dia mengajukan mengenai isteri barunya. Apa yang sebenarnya berlaku, dia sendiri tidak tahu. Mahu bertanya dengan lanjut dia berasa segan pula. Biarlah mereka dengan dunianya dan dia dengan dunianya yang tersendiri.

“Nuha tak boleh malam ni bang! Nuha ada hal!” katanya menolak. Malam ini dia ada hal penting bersama kawan-kawan sekerjanya.

Bagaimana dia hendak menurut permintaan suaminya?

“Tapi, jamuan tu dah dirancang lebih awal dan abang pun sudah bagi tahu lebih awal!” kata Aliff Hakimi mempertahankan jemputannya. Dia tidak mahu peduli berapa orangpun jemputan mertuanya. Dia tidak akan peduli. Dia sudah mempunyai perancangan sendiri. Ada aku kisah?

“Abang, faham tak kalau ada hal? Nuha tak boleh malam ni! Hal itu sudah dirancang dua minggu yang lalu. Faham?” katanya perlahan. kepalanya digelengkannya.

“Saya tak faham, kenapa Nuha lebih menyayangi hal lain berbanding keluarga mertua awak sendiri! Malah, mama dah atur sekian lama.” Katanya lagi. Dia angkat kening. Mereka bertatapan seketika. Tetapi dia cepat-cepat menundukkan mukanya ke lantai. Lelaki ini cuba mempengaruhinya dengan pandangannya.

“Tapi, abang baru jumpa dengan saya semalam! Semalam tu lamakah berbanding dua minggu yang lalu atau empat belas hari yang lalu?” kata Nuha Qarina menuntut kefahaman lelaki itu. Tergelenggeleng lelaki itu. Apakah mahunya lagi?

“Tak apalah kalau macam tu! Nuha nak ke mana malam ni, boleh abang hantarkan!” katanya mempelawa diri. Dia gugup seketika mendengarkan kata permintaan lelaki itu.

“Tak apalah. Saya boleh pergi sendiri. Saya bukannya biasa dihantar oleh sesiapa! Saya biasa hidup begini! Kirim salam dengan Datin Hamidah dan Datuk Othman ya!” katanya perlahan. Sebak semakin menguasai diri. Aliff Hakimi kemudiannya mendiamkan diri dengan pengakuannya itu.

Jamuan yang diatur oleh keluarga Aliff Hakimi bertembung dengan jamuan yang diadakan oleh pihak sekolahnya. Kereta yang dipandu Aliff Hakimimeluncur laju akhirnya menuju ke destinasi yang telah dirancangkan.

“Abang nak hantar pun awak tak sudi?” soal Aliff Hakimiseperti merajuk. Dalam kesibukan akalnya memikirkan perjalanannya yang habis diuruskan, dia tidak sempat memikirkan bagaimana caranya memujuk lelaki di sisinya itu.

“Saya tak perlu dihantar oleh sesiapa Aliff! Selama ini pun saya hidup sendiri. Saya tak percayakan awak lagi! sudahlah turunkan saya di sini! Saya tak mahu awak datang lagi mencari saya!” katanya meminta. Namun, dia tahu lelaki itu tidak akan melepaskan dirinya semudah itu. Nuha Qarina mengesat airmatanya tatkala kereta lelaki itu sudah berada di hadapan Hotel Promanade. Sesekali kenangan pertemuan pertama terkesan juga di mata ingatnya. Namun, dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

“Mari sayang kita turun.” Kata Aliff Hakimi yang sudah menyerahkan kunci kepada pembantu di hotel tersebut. Layanan pihak hotel itu membayangkan suaminya itu adalah pengunjung setia hotel tersebut. Aliff Hakimi sudah membukakan pintu kereta untuknya dan dia pura-pura mesra di hadapan pekerja hotel tersebut. Senyumannya dimaniskan semata-mata dia tidak mahu lelaki itu berasa malu di hadapan mereka. Aliff Hakimi mengenyitkan mata kepadanya, sekali lagi dia membalasnya dengan senyuman paling menawan.

“Terima kasih bang.” Katanya. Mereka berpegangan tangan masuk ke dalam restoran mewah itu. Hatinya yang menangis Tuhan sahaja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience