Chapter 28

Romance Completed 28069

Bab 28

“Mama dan papa nak Nuha datang ke rumah mereka malam esok,” bagaikan batu besar terhempas di kepalanya ketika ini. Sebenarnya dia tidak bersedia lagi hendak bertemu dengan sesiapa ketika ini. Fokusnya hanya kepada perjalanan panjang yang akan ditempuhinya dalam minggu depan. Dia tidak mahu diganggu ketika ini sebenarnya.

Suaminya sekali lagi datang ke rumah sewanya malam itu untuk memberitahu mengenai rancangan ibu bapa mertuanya. Lelaki ni main terjah sahaja. Bukan dia reti hendak tulis mesej sahaja. Itu pun setelah didesaknya hendak bertemu dirinya. Dia mahu berkemas mana-mana yang belum dikemaskannya untuk keberangkatannya. Namun dia tidak ada pilihan. Dia terpaksa menerima paksaan suaminya untuk datang ke rumahnya. Kartika sudah pun dimaklumkannya mengenai kedatangan suaminya ke rumah sewa mereka itu.

“Buat apa?” soalnya dengan pandangan yang tajam. Dia tidak mahu suaminya melibatkan mama mertuanya pula dalam memujuknya kembali kepada suaminya ini. Dia terasa betapa sakit hatinya kepada suaminya sendiri.

Sekarang senang-senang pula suaminya ini meminta itu dan ini. Dahulu sedikit pun dia tidak dipandang. Kenapa perubahan drastik ini berlaku ketika dia sibuk mencapai cita-citanya? Kenapa tidak dua tahun akan datang baru lah suaminya berubah? Soalnya dalam hati.

“Mama kan belum sempat nak sambut menantu. Hari tu kana bang sibuk. Tu yang mama nak jemput sayang datang ke rumahnya malam esok, boleh kan sayang?” soal suaminya. Berkerut wajahnya. Dia tidak menagih apa-apapun dari keluarga mertuanya itu. Dia tidak dilayan oleh ibu bapa mertuanya dia tidak kisah sangat. Tetapi apa yang dia kisah, kenapa lelaki yang sudah mengangkat akad nikah itu pula membuang pandang daripadanya? Itu yang dia kisah sangat!

Apa yang hendak dijawabnya dalam keadaan dia nanar begini. Beberapa ketika ini suaminya ini hanya membawa kejutan demi kejutan kepadanya. Sebenarnya sudah terlambat nak sambut menantu buat dirinya. Jika pasangan lain mungkin ada yang bakal menimang anak. Dia dah jadi apa? Kalau nasi dah hancur jadi bubur. Itu yang dia kesal.

“Tengoklah nanti bang, saya tak nak janji. Sebab banyak hal sekarang ni!” Ucapnya. Sebenarnya dia mahu menghilangkan dirinya sekarang ini namun dia sudah tidak dapat bersembunyi daripada lelaki ini. Lelaki ini nampaknya terlalu licik sikapnya. Sakit pula hatinya.

“Kena pergi juga sayang. Abang akan pastikan sayang mesti hadir pada malam itu nanti. Abang tak mahu papa dan mama tertunggutunggu akan kedatangan menantu kesayangannya!” kata suaminya ini.

‘Menantu kesayangan?’ soalnya cuak. Dia tidak percaya kalau dirinya adalah menantu kesayangan dalam keluarga Datuk Adnan itu. Dia memang tidak percaya!

Ah, kalau suaminya ini memang pakar kalau bab memaksa dirinya ini. Dia sudah menukar mood cerianya. Jemputan ibu bapa mertuanya terlalu menyakitkan hatinya. Malah sukar dia hendak menerimanya.

“Saya bukan menantu kesayangan mereka bang,” tolaknya perlahan. Dia tidak mahu perasan sendiri.

“Siapa lagi menantu mereka kalau bukan sayang. Mama dan papa mana ada menantu lagi setakat ini! Hanya Nuha sahaja menantu mereka!” dia tepuk dahi.

Kenapa dia lupa yang hanya dirinya menantu dalam keluarga Datuk Adnan itu. Adik-adik Aliff Hakimi yang lain masih belajar lagi. Adik lelakinya masih belajar di London dalam bidang perakaunan. Adik perempuannya masih belajar di Universiti Malaya dalam bidang Sains Perniagaan. Memang dia lupa sangatlah! Tetapi takkan secepat itu pula dinobatkan sebagai menantu kesayangan? Hoho! Dia memang tidak akan percaya!

“Ya Allah memang saya lupa bang! Tapi saya tahu saya bukan menantu kesayangan.” Katanya perlahan.

“Nanti sayang kena hadir ya,” ingatan mesra dari suaminya terdengar di telinganya lagi. Dia mahu mengangguk. Apa pilihan yang dia ada?

“Ya, nanti abang ingatkan saya.” Katanya pula. Dia tidak mahu memperpanjangkan perbualan dengan suaminya ini. Jika tidak dilayan dia akan memaksa sehingga dia kalah dan mengaku kalah. Itu yang dia tidak suka.

“Sayang, abang tak selesa sayang tinggal di rumah ni sendirian. Abang seperti lepas tangan kepada isteri sendiri pula, abang tak selesa sayang dan rasa bersalah sangat,” kata Aliff Hakimi ketika dia datang dan mengucup dahinya tadi.

Dia pula yang tidak selesa jika suaminya ini mendesak dia berpindah ke kondominium mewahnya di atas bukit itu semula. Bagaimana dia hendak menyesuaikan dirinya nanti jika dalam suasana mereka bukan seperti dulu lagi. Maksudnya mereka belum sepenuhnya berbaik-baik lagi. Jadi dia tidak akan menerima pelawaan suaminya hendak membawanya pindah ke rumahnya semula. Biarlah dia tinggal di rumah sewanya di sini.

“Tak perlu lah abang nak serba salah, ini memang pilihan saya bang. Abang jangan risau, saya selamat di sini.” Katanya membalas kata-kata suaminya. Biarpun dia sendiri terharu dan sebak namun dia tidak mungkin menerima bulat-bulat pelawaan itu pada malam ini. Tidak mungkin kan!

“Abang yang risau. Apa kata malam ni sayang tidur di rumah abang,” mahu terjegil matanya. Apa tidaknya, dia hendak dibawa semula ke tempat yang mengerikan bagi dirinya itu? Ia sebuah tempat yang memberikan pengalaman pahit untuknya. Dia pantas menggeleng.

Dia terbayang rumah besar di atas bukit dan di tingkat 15 itu. Ada pengalaman ngeri di situ. Tidak tergambar dengan hati. Dia berasa gayat pula mengingati rumah mewah itu. Malah dia rasa dia macam burung merpati pula, dikurung di dalam sangkar yang tegap binaannya.

“Tak boleh bang. Saya belum sedia lagi bang.” Katanya menolak pelawaan suaminya ini. Lelaki ini sudah duduk di katil kecilnya saiz single sahaja. Mungkin suaminya ini tidak selesa dengan kecilnya biliknya ini.

“Abang kata mama dan papa nak jumpa, kenapa pula?” soalnya berbalik ke tajuk yang awal tadi. Mungkin itulah tujuan suaminya datang ke sini. Atau, suaminya ini saja-saja hendak bertemu dengannya. Ah biasalah. Dia sendiripun bagaikan lemas jika begitu lama tidak bertemu dengan lelaki bertubuh tegap ini.

“Hmmm, mama dan papa memang dah lama nak jumpa sayang.

Mereka rindukan menantu mereka,” kata suaminya. Dia diam. Sebenarnya dia tidak selesa hendak bertemu mama dan papanya. Selama menikah ini, suaminya pun tidak pernah bertemu dengan emak dan ayahnya. Jadi buat apa dia nak sibuk-sibuk bertemu dengan ibu bapa mertuanya? Itukan logik? Bisiknya agak jahat.

“Apa pentingnya saya kepada mereka bang?” soalnya agak kecil hati.

Selama ini dia tidak pernah dipedulikan oleh suami dan keluarganya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah suaminya itu. Apa tidaknya dia tercanguk macam burung sahaja di rumahnya itu. Suaminya seminggu sekali pun belum tentu balik ke rumah.

Setiap hujung minggu belum tentu lelaki ini ada di rumahnya. Lelaki ini sentiasa sibuk dengan kerjayanya. Tetapi kenapa mala mini selepas solat maghrib ini dia sudah tercanguk di depannya di rumah sewanya yang agak kecil ini? Bukankah dia sibuk?

“Sayang, maafkan abang. Mungkin selama ini abang sudah abaikan sayang. Memang silap abang. Abang minta maaf. Sebenarnya mama abang sentiasa tanyakan menantunya. Mama tak tahu pun sayang sudah lama tinggal di sini. Saudara mama pun ada di kawasan ni!” Kata suaminya berterus-terang. Dia lega. Sekurang-kurangnya dia tahu Datin Hamidah dan Datuk Adnan tidak memperlekehkan hadirnya dalam keluarga mereka.

“Ya bang, lupakan semuanya. Saya hanya terkenangkan abang yang tidak pernah balik ke rumah abang dulu. Saya pula macam apa sahaja duduk di rumah abang seorang diri. Abang tak kasihan saya kan?” katanya.

Terus sahaja tubuh kurusnya dipeluk dari belakang. Ya Allah terkejutnya dia. Benar-benar dia terkejut dengan apa yang dilakukan suaminya ini. Apa yang perlu dia buat pula? Suaminya sudah menarik dia ke depan dan mereka bertatapan seketika. Dia pula menjadi sangat segan.

“Maafkan abang sayang. Abang janji takkan buat sayang terluka semula.” Kata suaminya di telinganya. Dia membalas pelukan suaminya. Mungkin kah selama ini dia memang merindui lelaki ini?

“Abang mari kita keluar, kita makan. Abang tak lapar?” soalnya agar suaminya melonggarkan pelukannya. Dia memang terasa terlindung. Seketika dia terkenangkan Kartika yang menunggunya hendak makan petang tadi.

“Abang nak makan sayang, boleh?” bisik suaminya menimbulkan getaran yang sukar ditolaknya. Ia getaran yang sangat indah. Namun dia menggeleng. Baginya ia sesuatu yang tidak mungkin dilakukan dalam tempoh terdekat ini. Mereka masih dalam tempoh berkenalan. Dia tidak akan melayani kerenah tidak senonoh suaminya ini.

“Bang, tak elok kita di bilik ni. Rumah ni bukannya rumah kelamin.

Saya minta maaf bang. Eloknya kita ke ruang tamu dan kita makan.” Katanya kepada suaminya. Dia segan kepada Kartika. Nanti apa pula anggapan kawan baiknya itu.

Saya dah sediakan makanan petang tadi.” Katanya masih memujuk suaminya. Suaminya mengangguk tetapi masih memeluknya. Dia sebak sungguh. Kalau dulu suaminya tidak akan menjadi sebaik ini kepadanya. Malah, suaminya menghindarinya jika terserempak di ruang tamu atau di depan biliknya. Pilukan hati seorang isteri?

“Abang rindukan sayang selama ini.” Dia mengangguk. Dia turut mengakui rindunya yang berkilo-kilo banyaknya untuk suaminya itu. Seketika bibirnya sudah menjadi santapan bibir suaminya. Dia tidak terkata dan diam dalam pelukan suaminya itu.

“Sayang tak rindukan abang?” apa yang hendak dijawabnya? Dia diam dan menundukkan pandangannya. Mukanya sudah membahang selepas dikucup suaminya beberapa saat tadi. Dia hampir lemas.

Namun dia tidak mahu lemas di sisi suaminya ini. Dia harus memaksa suaminya agar keluar dan makan bersama-samanya malam ini.

“Mari kita makan malam bang. Saya pun dah lapar ni bang.” Desaknya. Mahu atau tidak suaminya terpaksa melepaskan pelukannya.

Dahinya dikucup sekali lagi sebelum mereka keluar ke ruang tamu itu.

“Saya masuk ke dalam kejap bang. Saya nak sediakan makanan.” Dia mengetuk pintu bilik Kartika.

“Ika, kita makan sama-sama ya.” Pintanya.

“Nuha, kamu berdua makanlah. Seganlah saya.” Kartika menolak pelawaannya. Dia terpaksa mengangguk dan menerima penolakan Kartika. Akhirnya mereka makan berdua dengan Aliff Hakimi. Malam itu terasa syahdu bagi sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin tetapi baru malam ini mereka berasa amat rapat dan akrab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience