Chapter 68

Romance Completed 28069

Bab 68

Aliff Hakimi mengambil telefonnya di atas katil. Malam itu dia lewat masuk ke biliknya. Dia pun tidak ada hati hendak ke rumahnya di Kondominium Waikiki itu. Perasaannya resah. Tambah pula dengan sikap kakaknya Aliya Mastura yang memberikan komen yang bukanbukan mengenai isterinya.

Harrynna Lisa sudah dia abaikan. Gadis itu tidak akan dinikahinya. Gadis itu akan dibiarkannya sendirian. Dia sudah mengambil keputusan untuk tidak akan mencari Harrynna Lisa lagi. Dia sudah tahu akan cerita yang diciptanya selama ini.

“Tengok ni!” katanya menghempaskan surat khabar Berita Harian di hadapan kakaknya semalam. Baru padan muka kakaknya yang terlalu menyokong dia bersama dengan bekas kekasihnya itu. Dia sudah beristeri tetapi kakaknya yang baru balik dari belajar di Indiana Amerika itu sibuk meminta menceraikan isterinya Nuha Qarina dan menyambung hubungannya dengan Harrynna Lisa. Terkebil-kebil mata kakaknya yang baru turun dari biliknya itu.

“Apa ni? Pagi-pagi dah buat onar! Apa hal?” soal kakaknya Aliya Mastura itu dengan mata membesar macam mata ikan merah. Dia pula sudah bercekak pinggang.

“Kakak tengoklah, apa cerita model yang sangat akak banggabanggakan tu!” katanya. Dia mahu kakaknya membuka matanya luasluas dan melihat sesuatu benda itu dengan mata hati dan bukannya dengan perasaan.

“Harrynna Lisa ditangkap basah!” itulah tajuk berita yang terpapar dua bulan lalu. Kakaknya belum tahu mengenai hal itu. Dia memang sengaja menyimpan keratin akhbar itu. Aliya Mastura mengecilkan anak matanya melihat berita itu. Dia juga baru tahu akan hal itu. Sedangkan dia sudah tahu beberapa lama.

“Betul ke ni?” soal Aliya Mastura yang masih tidak percaya. Dia bagaikan masih mamai kerana baru bangun pada pagi itu. Dia masih ada cuti dua bulan.

“Tak betul apanya? Dia ditangkap basah dengan seorang Datuk dari belah utara. Entah sapa entah! Malas nak ambik peduli!” katanya menjelaskan perkara yang sebenar.

“Oh, kenapa akak tak tahu?” soal Aliya Mastura kepada dirinya sendiri. Dia angkat bahu.

“Kakak kan sibuk belajar. Tapi sekarang kakak dah tahu! Lisa tu sengaja datang jumpa akak dan saya sebab dia terdesak. Masa dia jumpa saya dia sudah hamil. Dia nak saya yang bertanggungjawab! Ah, tak masuk akal langsung! Lain yang buat lain pula yang dapat!” katanya kepada kakaknya. Dia kesal dengan hal itu. Kakaknya masih membaca berita yang tersebar luas mengenai Harrynna Lisa itu. Dia sengih melihat kakaknya yang seperti tikus disiram air. Lencun dia!

“Macam tak percaya pula kan!” kata Aliya Mastura.

“Inilah kenyataannya kak!” jawabnya pula.

“Kakak tak seharusnya terlalu mempercayai Harrynna Lisa tu! Pasti dia jadikan kakak sebagai sandaran untuk dia mendapatkan saya! Saya tahu dia kak! Dia akan dapatkan apa yang dia mahu!” katanya yang sudah kenal isi hati bekas kekasihnya Harrynna Lisa itu. Dahulu, dia mahu dapatkan kasih sayang seorang lelaki yang lebih kaya dan popular. Dia kejar lelaki itu sampai dapat dan tinggalkan dia dengan penuh kekecewaan. Memang menyakitkan hati Harrynna Lisa. Dan, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sebelum pisang berbuah dua kali dia sudah siap sedia dengan peluru untuk menyerang musuh dalam selimutnya itu.

Semarah mana pun dia kepada Nuha Qarina dia belum sampai hati sampai memikirkan perceraian. Dulu semasa mula-mula mereka menikah memang dia fikirkan dia akan bercerai dengan isterinya itu. Tetapi setelah mendapat petunjuk Ilahi dia mengendurkan niatnya. Dia yang bersalah.

Dia yakin masih ada jalan penyelesaian untuk mereka berdua. Dia yakin mereka masih boleh berkompromi dengan isterinya. Isterinya seorang yang lembut hati. Tidak sama dengan kawan-kawan perempuan yang dikenalinya di luar sana. Apatah lagi kalau dibandingkan dengan bekas kekasihnya Harrnna Lisa dan kakaknya sendiri Aliya Mastura. Mereka agak degil. Sedangkan isterinya seorang yang beradab sopan dan dia tahu masih ada bunga-bunga harapan antara mereka. Telefon iphone-5s dicapainya perlahan. Sudah beberapa puluh jam dia menghantar mesej dan menghubungi isterinya tetapi isterinya sepi. Menyepi dalam diam. Itu yang menyebabkan dia berasa gagal untuk menjadi suami yang baik kepada isterinya sendiri.

Terbuntang matanya tatkala dia melihat sebuah mesej di telefonnya. Sudah terbuntang matanya sebuah senyuman menguntum di wajah gersangnya. Kemudian dia membaca perlahan-lahan mesej isterinya itu.

Maafkan saya bang kerana lewat membalas mesej abang. Saya terleka tadi. Saya tak tengok telefon saya di dalam beg tangan saya. Membalas mesej abang? Saya di mana? Saya di rumah emak. Saya dah maafkan abang. Abang nak jumpa saya? Err, dah malam ni bang. Lain kalillah kita jumpa bang! Sekian dulu untuk kali ini bang. Nuha Qarina. (Aliff Hakimi memegang dadanya. Terasa debarnya memuncak. Betapa rindunya dia kepada isterinya. Betapa benarnya cakapnya. Isterinya seorang yang lembut hati dan baik hatinya. Dia sungguh bersyukur kalau isterinya sudah memaafkannya. Dia berasa sunggu teruja sekali dan dia sempat berdoa agar hubungan mereka akan dipanjangkan hingga ke syurga. Dia pun mahu memperbaiki dirinya agar dia dapat menjadi suami yang baik untuk isterinya Nuha Qarina. Itulah doanya. Kemudian dia membalas mesej isterinya.)

Sayang Nuha abang, abang nak jumpa sayang malam ni tetapi rupanya abang balik ni sudah pukul 12.45 pagi. Jadi esoklah kita berjumpa ya sayang. Abang sangat rindukan sayang. Rindu sangat sayang. Kalau boleh abang nak datang ke rumah sayang malam ni juga tetapi apakan daya. Tentu sayang dah tidur sayang. Mimpikan abang ya sayang. Hmmm, love you sayang… love you very much!

Dia melepaskan telefonnya dan mula berangan-angankan isterinya. Betapa dia sendiri pun mahukan kebahagiaan dalam hubungan mereka. Namun mengenangkan dia sudah ada buah hati itu menyebabkan hatinya kembali sebal. Kesal dia dengan sikap isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience