Chapter 85

Romance Completed 28069

Bab 85

“Seronok tak sayang?” soal suaminya ketika mereka keluar berjalanjalan dan mencari makanan di kedai muslim. Dia tersenyum kepada suaminya. Memang dia seronok. Siapa yang tidak bahagia. Bahagianya dia seperti bunga gersang yang disirami air.

“Hmm, memanglah seronok!” katanya.

“Jadi, lusa kita dah kena balik. Cuti abang dah tamat,” kata Aliff Hakimi. Dia rasa macam tidak mahu pulang pula. Terasa indahnya berjalan-jalan di samping suaminya.

“Saya ni tak kerjalah bang!”

“Sayang cuti tanpa gajilah!” masam mukanya. Dia memang tidak mahu kalau cuti tanpa gaji. Hari itu dia diberikan cuti belajar dan bergaji penuh. Sekarang hidupnya berubah 360 darjah. Berubah semuanya.

“Tapi…” dia terkenangkan ibu bapanya dan adik-adiknya. Kalau dia tidak bekerja, siapa yang akan beri wang belanja kepada ibu bapa dan adik-adiknya. Dia memang ada abang tetapi abangnya pun sudah berkahwin dan hanya bekerja sebagai kontraktor kecil sahaja. Memang dia kasihan kepada abangnya jika abangnya diberi tempat untuk menggantikannya. Dia memang ingin berbakti kepada keluarganya selama ini.

“Tapi apa sayang?” soal suaminya hairan. Dia tidak berani pula hendak menyatakan masalahnya kepada suaminya ini. Selama ini dia bekerja, dia tidak ada masalah. Sekalipun suaminya ini tidak mempedulikan dirinya selama ini namun dia masih boleh bernafas. Dia masih bekerja. Kalau suaminya minta dia berhenti kerja selepas ini, bagaimana pula nanti dia hendak membiayai ibu bapanya.

“Err, tak ada apa-apalah,” suaminya tidak puas hati. Dia tahu wajah suaminya tidak puas hati.

“Kalau sayang tak cakap, abang cium sekarang!” kata lelaki ini sudah menyakiti hatinya. Dia pula sudah terketar-ketar.

“Apa ni? Abang dah gila ni!” katanya sudah ketakutan.

“Abang gila sebab sayang lah ni! Cakap sayang,” kata suaminya sudah mendekatkan pipinya. Dia pula berhabisan menolak lelaki itu.

“Abang gatal!” katanya lagi. lelaki semakin mendekatinya. Ke mana dia hendak pergi?

“Memang abang gatal lah ni!” jawab suaminya.

“Abang…” katanya.

“Cakap cepat,” kata lelak itu.

“Bang, kalau saya kerja, apa keluarga saya nak makan? Kasihan mak dan ayah saya,” Soalnya pura-pura berani. Kemudian dia tundukkan pandangannya. Lelak itu ketawa.

“Apa gunanya sayang ada suami?” kata suaminya memberikan dia soalan. Selama ini dia tidak tahu apa fungsi suaminya. Selama ini suaminya memberitahu dia yang suaminya memasukkan wang ke dalam akaunnya. Rajinnya suaminya ini demi menjalankan amanah yang dipikulnya sebagai suaminya. Dia pula, apa fungsinya selama ini? Dia melarikan diri?

“Tak faham.” Katanya. pipinya dicubit lembut.

“Geram!” kata suaminya. Dia sudah bulatkan mata. Geram pula dia dengan sikap suaminya. Suka mencubit pipinya.

“Sayang, selama ini sayang berikan sayang nafkah zahir, sayang tahu?” soal suaminya. Dia geleng. Memang dia tahu tetapi dia tidak pernah memeriksa berapa jumlah yang suaminya masukkan ke dalam akaunnya.

“Tak pernah.” Katanya.

“Lain kali check. Kalau tak cukup beritahu sayang.” Kata suaminya. Dia angguk.

“Terima kasih bang.” Katanya mengucup tangan suaminya. Lelaki itu terkesima.

“Nak cakap terima kasih kena kiss abang!” kata suaminya sudah mula mengada-ada. Bulat matanya. Sudahlah dia kucup tangan lelaki itu. Dia buat-buat minta sesuatu yang dia tidak suka pula. Hembusan angin dari tingkap bilik mereka ini menyenangkan mereka berdua.

“Cepat kiss!” kata suaminya memintanya sesuatu yang dia tidak suka hendak melakukannya.

“Buat apa pula ni bang! Nanti saya muntah lagi! Nak ke saya muntah kat baju abang tu lagi?” katanya mahu mengugut suaminya.

Pagi ini pun dia sudah muntah dua kali. Suaminya tersenyum mekar.

“Tak, just kiss!” kata suaminya. Terus merah mukanya. Darah naik ke muka. Aliff Hakimi sudah bersedia hendak dikucup olehnya. Dia sudah menuduh pipi kanannya dan menunjukkan dengan jarinya.

Mukanya sudah merona merah.

“Tak nak!” dia sudah hendak melarikan diri ke bilik air. Namun dia sempat hendak melarikan diri. Tangannya sudah dipegang suaminya. Lelaki ini memang cergas kalau dalam bab hendak mengejarnya. Dan, dia juga tidak dapat hendak berlari dengan laju, dia takut kandungannya terganggu pula. Dia hanya memanjangkan langkah kakinya.

“Mesti buat sayang. Cepat abang tunggu,” kata suaminya. Dia sudah berniat hendak mempermainkan suaminya.

“Tutup mata.” Katanya.

“Boleh.” Kata suaminya. Dia terpana. Suaminya masih memegang tangannya.

“Lepaskan tangan saya!” katanya.

“Tak boleh sayang. Abang tahu sayang nak larikan diri lagi dari abang. Cepat. Tanpa abang nak tutup mata! Kalau tak, abang akan angkut sayang ke katil sekarang juga!” terbuntang matanya. Selama mereka bercuti memang suaminya tidak mengganggunya. Dia bersyukur sangat.

“Cepat sayang. Abang kira sampai tiga. Satu… satu setengah… dua… dua setengah…”

“Cupp!” dengan berat hati dia mengangkat kakinya dan mengucup pipi suaminya. Dia menutup matanya. Sangat segan dia kepada suaminya. Dan, dia terasa badannya sudah terasa di awangan. Rupanya badannya sudah diangkat oleh suaminya.

“Abang…” katanya. Dia memukul-mukul bahu suaminya. “Sayang…” bisik suaminya. Dia sudah menutup matanya. Dia tidak mahu membuka matanya dan memandang wajah suaminya. Dia segan!

“Sayang, I love you. Thanks for giving me a chance… to love you.” Kata suaminya membisik kepadanya. Dia menutup matanya dan menikmati keindahan percintaan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience