Chapter 4

Romance Completed 28069

Bab 4

“What? Divorse? What a dreaming beb! Baru beberapa bulan menikah kau dah nak cerai Nuha? Kau memang perempuan Melayu terakhir yang hebat. Aku bangga,” kata Kartika seperti mempersendakannya. Kelat wajah kuning langsatnya. Memang kalau dia boleh dia mahu pernikahannya akan kekal sehingga dia tua tetapi kalau tidak ada jodoh antara mereka, dia tidak dapat menolak. Dia terpaksa terima dengan hati yang reda. Sebenarnya agak lama juga dia memujuk hatinya untuk reda dengan keadaan ini. Namun, apa yang boleh dia buat. Dia harus pasrah!

“Entahlah Tika! Aku pun tak tahu. Seperti aku cerita tadi, begitulah kisah kami. Selepas ni aku akan mengadu kisah di mahkamah syariah.

Aku takkan duduk diam. Aku akan menuntut cerai!” katanya dengan sepenuh perasaannya. Bulat mata Kartika.

“Kau sepatutnya tenang dulu Nuha, minta petunjuk Allah dulu. Jangan nak buat terburu-buru. Kasihan suami kau Nuha. Aku ni bukan nak sokong poligami tetapi aku kasihankan kau. Takkan kau sanggup bergelar janda sekarang. Aku kasihan tengok kau Nuha,” terbuntang mata Nuha Qarina mendengar kata-kata Kartika. Kartika seperti menyebelahi suaminya. Suami yang tidak memberikan hak sepenuhnya untuknya. Ah, dia tidak perlu kasihan daripada sesiapa.

“Tenang? Kau minta aku tenang? Kau memang tak faham apa yang aku rasalah Ika! Kalau boleh sekarang ni juga aku bercerai!” Kartika termangu apabila diajukan soalan itu. Dia menggeleng.

“Selama ini kau sudah bersabar dengan kerenahnya selama berbulan-bulan lamanya. Kenapa sekarang baru kau nak mohon cerai?

Apa sebenarnya?” soalnya perlahan. Dia pendam semua kesakitan hatinya. Emaknya sahaja yang tahu.

“Aku tak sabar sebenarnya Tika. Aku sakit hati dengan sikapnya. Sudahlah berbulan aku ditinggalkan di rumahnya. Empat bulan kemudian dia bawa aku berbulan madu tetapi dia mahu aku menerima madu! Ya Allah, bagaimana aku mahu menjadi tabah Tika?” soalnya pula. Memang sukar sekali menjadi Nuha Qarina. Sukar sekali.

“Kau sudah banyak bersabar Nuha. Sepatutnya kau sabar dulu. Jangan nak tergesa-gesa nak minta cerai. Nanti apa kata keluarga kau dan keluarganya. Biarlah kau derita asalkan keluarga kau tak malu

Nuha,” nasihat Kartika. Ada juga baiknya kepala Kartika.

Walaupun dia masih bujang tetapi dia banyak idea. Namun dia memang sudah hilang sabar dengan kerenah suaminya itu. Lebih baik mereka buat perjanjian sebelum kahwin yang mereka akan berlakon sahaja dan bukannya berkahwin betul-betul. Namun lelaki itu tidak pun bercakap apa-apa selepas pernikahan mereka. Kasal dia kepada lelaki itu. Kesal dengan apa yang berlaku!

“Aku akan tinggal dengan kau semula Tika,” katanya kepada Kartika. Kebetulan bilik yang dihuninya dahulu masih kosong. Tidak ada sesiapa yang mahu tinggal dengan Kartika.

“Ya, boleh aku tak ada masalah! Tapi aku mau kau minta kebenaran dengan suami kau dulu,” pinta Kartika. Bulat matanya mendengar permintaan Kartika. Dia sebolehnya mahu melarikan diri daripada suaminya itu. Sekarang dia diminta meminta kebenaran dengan lelaki itu pula untuk tinggal di sini? Huh, memang cari nahas lah! “Tak naklah aku! Aku tak mahu dia cari aku lagi! aku pun sudah tukar nombor telefon aku dulu. Aku tak mahu dia hubungi aku lagi,” Kartika ketawa kecil.

“Sampai hati kau buat suami kau begitu! Aku rasa kamu ada salah faham tu. Suami kau selalu sibuk uruskan kerja-kerja pejabatnya.

Mungkin dia bingung tu dengan kehadiran kekasih lama dia,” kata

Kartika.

Semakin sayu hatinya. Kalau dia sepah yang sudah dia buang dia tidak akan mengutip semula. Percayalah! Walaupun berjuta kali pun bekas tunangnya datang memujuknya dia pasti dia tidak akan terpujuk. Walaupun mereka sudah berjanji sehidup semati tetapi jika bekas tunangnya sudah membuangnya dia tidak akan menerimanya semula. Berlainan pula dengan suaminya. Bekas kekasihnya datang dan dia sanggup menolak lelaki itu. Tidak mungkin dia akan menduakan suaminya.

Namun apa yang berlaku kepada suaminya? Ah susah mau menerangkan hatinya dan hatinyay suaminya. Ia sangat menyakitkan hatinya. Dia tidak suaminya itu akan menduakannya. Baru beberapa bulan menikah dia menghulurkan borang poligami kepadanya. Adilkah?

Ia seperti menghantar dirinya ke neraka.

“Tak ada salah faham lah! Memang takdirnya kami akan cerai, malas saya dengan sikap dia yang hipokrit tau Ika. Ika tak kenal dia, itulah menyalahkan saya aje.” katanya perlahan. Terasa sedih sungguh hatinya.

“Jangan salah faham. Saya bukan nak salahkan Nuha. Nuha kawan baik saya. Tapi saya sayangkan Nuha. Saya kasihan tengok Nuha bercerai berai begini! Sepatutnya Nuha bahagia dan hampir nak ada anak sekarang,” kata Kartika perlahan. Dia tahu Kartika sayangkannya. Mereka memang berkawan baik sejak di bangku sekolah. Mereka terpisah semasa di universiti. Dia di universiti Malaya dan Kartika di Universiti Malaysia Sabah.

“Tak apalah Ika. Mungkin bukan takdir saya hidup bahagia dengan dia. Saya pun tak sekufu dengan dia. Mak saya saja yang beriya-iya kahwinkan saya dengan anak kawan dia. Tapi saya memang tak suka.” Kata Nuha Qarina yang mahu sahaja menangis namun ditahannya.

Dia tidak mahu Kartika betapa cederanya hatinya. Dia tidak mahu sahabat baiknya itu terlalu simpati kepadanya. Dia hanya meluahkan perasaannya dan bukannya hendak menagih simpati daripada sahabatnya ini. Malunya dia. Sepatutnya dia sama macam Kartika. Tak perlu nak kahwin kalau belum ada yang sudi.

“Ya lah, kalau Nuha nak tinggal semula dengan saya, saya tak boleh nak buat apa-apa. Nuha memang tinggalnya di sini.” Kata Kartika.

Mereka berdua berpelukan.

“Terima kasih Ika kerana fahami saya,” kata Nuha Qarina seakan mahu teresak-esak.

“Saya memang akan fahami awak selamanya.” Kata Kartika. Mereka berpelukan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience