Chapter 61

Romance Completed 28069

Bab 61

Betapa sunyinya dirinya di rumahnya ini. Entah kenapa sejak beberapa hari ini dia sudah terasa akan kehilangan isterinya. Isterinya tidak pernah mahu lagi balik ke rumahnya ini. mungkin bukan isterinya tidak mahu. Mungkin serik atau masih mahu menduga kejujurannya. Baru sahaja mereka bertengkar tempohari. Takkan sekarang isterinya itu hendak datang ke rumahnya. Kesnya belum selesai lagi.

Selalunya kalau dia menunggu di depan pagar rumahnya isterinya akan keluar dengan sebuah beg kecilnya untuk tidur di rumahnya. Dia tahu isterinya belum betah hendak duduk di rumahnya. Mungkin isterinya masih terasa-rasa akan kesakitan hatinya.

“Ini tak boleh jadi!” bisiknya sambil mengepal penumbuknya ke atas meja kerjanya. Sesekali dia teringatkan isterinya. wajah comel itu tidak betah dia lupakan. Sekalipun dia mahu membenci sekali lagi isterinya itu ternyata ia hanya bertahan di mulutnya sahaja. Di hatinya berkata lain. Di hatinya akan marah-marah semula kepada dirinya. Kenapa isterinya itu mahu menjauhkan diri daripadanya? Kenapa isterinya itu tidak sedia berkongsi hidup dan mati dengannya. Kenapa isterinya masih tidak mahu merapatkan hubungan suami isteri dengannya? Adakah benar lelaki itu adalah pengganti dirinya? Adakah ruang-ruang kosong di hati isterinya itu telah terisi semenjak perpisahan mereka beberapa bulan yang lalu? Malah, ruang-ruang kosong yang ditinggalkannya menyebabkan isterinya itu telah jatuh cinta kepada orang lain err lelaki yang dilihatnya sedang dipeluk isterinya dengan mesra sekali tempohari?

Lelaki itu kah pengganti dirinya? Apakah selama ini isterinya terasa terabai dan mahu berpisah dengan dirinya? Ah, tak mungkin! Tak mungkin dia akan melepaskan isterinya itu sekalipun dia belum mengenali isterinya itu sejauh itu.

Benarkah selama ini isterinya terasa terabai dan berusaha mencari pengganti dirinya? Benarkah sangkaannya? Benarkah itu adalah alasan isterinya untuk membuatkan mereka berpisah? Lalu isterinya sudah menyiapkan paying sebelum hujan dengan mencari semula bekas kekasihnya, begitu? Betulkah telahannya atau memang dia yang silap menduga? Dia yang terburu-buru memarahi isterinya dan tidak mahu mendengar penerangan isterinya! iya kah? Atau dia sendiri yang tidak pandai menjaga hubungan dengan isterinya itu sehingga isterinya berasa lebih baik mereka berpisah! Begitu?

Ah, sia-sia sahaja papanya menghantar dia sekolah tinggi-tinggi sehingga ke Amerika jika akalnya begitu cetek dalam melayani soerang isteri yang dianugerahkan kepadanya. Selama ini pun dia terlalu kasar kepada isterinya. siapakah yang tahan, baru sahaja menikah, isterinya dicemuh-cemuh dan diancam-ancam berulangkali dengan kata-kata yang kurang menyenangkan anak telinganya? Ah, di manakah keseimbangan akalnya dalam melayani seorang isteri yang dianugerahkan Allah kepadanya? Kenapa lelaki setuanya ini sanggup menyakiti hati seorang isteri yang tulus menerimanya sebagai suami dan bakal berpayung di bawah payung perlindungannya?

Ah, sebenarnya dia sudah marah kepada dirinya sendiri. Dirinya yang tidak pandai mengawal diri sendiri. Bagaimana dia mengawal sebuah organisasi jika isterinya sendiri pun dia tidak mampu mengawalnya? Ah, bagaimana papanya hendak mempercayainya untuk memegang jawatan yang lebih tinggi dalam syarikatnya? Dia jadi bingung, sangat bingung!

Sudah beberapa hari dia sibuk di pejabatnya. Malam baru dia balik. Itupun dia sudah penat. Isterinya pula tidak dapat dihubunginya. Isterinya itu menutup telefonnya. Mamanya pula asyik bertanyakan menantunya. Entah kenapa sejak mereka balik dari Kundasang, mamanya terlalu prihatin kepada menantunya itu.

Mahu atau tidak dia terpaksa mencari isterinya. Dia pergi ke rumah isterinya di Taman Bersatu. Namun ruang itu sudah sunyi. Isterinya sudah tidak ada di situ. Berdegup jantungnya. Apakah ada sesuatu yang berlaku di luar pengetahuannya?

“Ke mana Nuha? Ada tak dia di biliknya?” soalnya apabila gadis yang menyambut di hadapannya itu bukan isterinya. Dia terasa juga rumah sewa isterinya itu amat sunyi seperti mana rumahnya juga. Ke manakah isterinya? Rumah itu sunyi dan kereta Myvi isterinya juga tidak ada di situ. Terasa sayu pula hatinya mengingati isterinya yang

“Encik tak tahu ke mana isteri encik? Encik ni siapa?” berkerut dahi Kartika. Dia hairan dengan perubahan wajah kawan baik isterinya itu.

Apakah dia tersalah masa untuk bertemu dengan isterinya.

“Tahu apa?” soalnya kepada Kartika. Dia menggeleng. Dia tahu ura-ura mengenai isterinya hendak ke Australia tetapi dia tidak tahu bilakah dia akan pergi ke situ. Benarkah isterinya sudah di Australia? Dia sudah memberitahu isterinya akan rancangannya yang dia akan pergi bertemu dengan ibu bapa mertuanya pada hujung minggu ini. Isterinya mengangguk juga. Adakah ada persilangan dengan rancangannya itu?

“Isteri Encik dah pergi ke Australia beberapa hari yang lalu.

Kenapa encik tak tahu?” Kata Kartika. Bagai tertimbus tubuhnya dengan pasir mendengar khabar itu. Isterinya memberitahunya dia tidak jadi meneruskan pelajarannya. Kenapa isterinya membohonginya?

“Ke Australia? Dia jadi pergi? Katanya hari itu dia dah batalkan pemergiannya ke sana. Betulkah apa yang awak cakap ni?” soalnya dengan wajah yang masih tidak percaya.

“Ya. Dia dah pergi. Saya pun dah bantu dia hantar keretanya ke rumah mak mertua encik,” kata Kartika. Dia diam.

“Buat apa? Adakah dia pergi sekadar melancong?” Kartika menggeleng. Kartika serba salah. Bukankah lelaki ini sudah tahu yang isterinya hendak pergi menyambung pelajarannya, kenapa dia tidak peka dan seperti tidak ingat apa-apa. Apakah lelaki ini hilang ingatan?

“Jadi?”

“Dia sambung belajar encik. Dua tahun dia di sana paling lama. Kalau dia nak cepatkan mungkin setahun setengah!” Jawab Kartika tegas. Macam putus harapannya. Bertambah menggunung rindunya kepada isterinya itu. Baru sahaja beberapa hari ini mereka bertemu.

Sekarang semuanya bagaikan sudah hilang semuanya.

“Sambung belajar?” soalnya. Kartika angguk. Masih kehairanan melihat kesangsian mendengar isterinya menyambung pelajarannya.

Macam pula habis tempat di Malaysia ini.

“Bukankah encik dah tahu?” dia garu kepalanya yang tidak gatal. Buat apa lagi isterinya itu sambung pelajarannya? Tidak cukupkah dengan kelulusan yang dia ada? Kenapa dia hendak sambung belajar lagi? Soalnya dalam hati. Bingung dia mendengar perkhabaran itu. Kenapa dia tidak terus bertemu sahaja isterinya itu.

“Memang dia dah lama nak sambung belajar?” soalnya. Kartika hairan. Sekali lagi Kartika hanya mengangguk.

“Dia tak beritahu encik?” dia geleng. Kartika pun hairan kenapa kawan baiknya itu tidak memberitahu suaminya sendiri. Kalau kawan baiknya boleh pula dia bercerita dengan penuh keceriaan tanpa ada rahsia.

“Tak de pula. Dia kata dia dah batalkan pemergiannya.” Mungkin inilah yang dirisaukan isterinya ketika mereka bercuti di Kundasang minggu lalu. Kenapa misteri sungguh isterinya. Jika benar dia hendak menyambung pelajarannya kenapa isterinya tidak memaklumkannya. Dia kan boleh sama-sama menghantar isterinya ke Australia. Kenapa isterinya terlalu berahsia dengannya?

“Mungkin dia dah nekad nak pegi!” kata Kartika tegas. Tahukah Kartika akan persengketaan mereka suami isteri? Ah, dia bukan sengaja. Tiba-tiba sahaja Allah mengetuk pintu hatinya.

“Bukannya saya tak benarkan dia! Saya benarkan. Kalau boleh saya pun akan belikan dia rumah di situ supaya mudah dia belajar di situ!” katanya cuba memarahi kawan serumah isterinya itu pula. Kartika mengangguk.

“Err, saya tak tahulah encik. Saya masuk dulu. Encik uruslah masalah encik sendiri!” Dia hampa. Isterinya sudah pergi meninggalkannya. Apakah ini balasannya kerana membiarkan isterinya itu selama ini?

“Terima kasih,” katanya berbasa-basi.

Ah, Nuha Qarina, kenapa kau tinggalkan aku sendirian. Kenapa tidak kau beritahu aku tentang permegiannya ke situ. Sedihnya mengenang isterinya yang telah pergi. Tetapi… betulkah dia sudah bergerak? Pada masa ini hari raya baru sahaja mahu muncul dan kapal terbang MH17 baru sahaja terhempas di bahagian Ukraine dan Russia.

Mahukah dia membenarkah isterinya pergi sendiri!

Ah risau sungguh dia!

***

Dia terus menghubungi isterinya itu melalui telefon pintarnya namun isterinya tidak dapat dihubungi. Isterinya itu menutup telefonnya. Bagaimana dia hendak mencari isterinya? Apa alamatnya di situ? Kalau dia hendak ke Canberra malam ini bagaimana dia mengetahui di mana isterinya itu tinggal?

Dia harus pergi ke rumah kawan serumah isterinya itu semula. Dia mahu alamat isterinya di situ. Namun, argh, banyak pula kekangannya di sini. Esok ada mesyuarat penting dengan semua ahli lembaga pengarah di Hotel Lee Meridien.

‘Tak boleh jadi ni! Boleh tak kalau dia mengundur diri dan dirinya diwakili oleh papanya sahaja?’Soalnya dalam hati. Panas betul hatinya kepada isterinya ini. Boleh pula dia pergi ke Australia tanpa pengetahuannya. Aduhai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience