Chapter 73

Romance Completed 28069

Bab 73

Dia bertemu papanya. Dia mahu memohon cuti. Dia mahu mengejar isterinya. Baru sehari isterinya meninggalkan dia, dia sudah kerinduan. Mahu sahaja dia mati kalau isterinya itu tidak ada di sisinya. Kenapa perasaannya sudah berubah kepada isterinya? Dulu bukan main dia mengugut isterinya yang dia hendak menikah lain dengan bekas kekasihnya? Sekarang dia mahu isterinya pula.

“Sekarang bukan waktunya, kata papanya. Mereka sedang sibuk.

Sekarang cukup sibuk.” Kata papanya. Dia berasa agak hampa.

“Apa hal lagi papa?” soalnya. Setahunya papanya akan luluskan sahaja cutinya tetapi kenapa sekarang papanya tidak benarkan pula dia cuti? Soalnya dalam hati.

“Awakkan baru aje berbaik dengan isteri awak, awak nak kenapa pula nak cuti-cuti ni?” soal papanya. Papanya memang tak tahu apa yang berlaku kepada dirinya dan isterinya. isterinya entah di mana saat ini. Dia menjadi sasau dengan ketiadaan isterinya. alangkah eloknya kalau ada isteri di sisinya! Sudahlah tiga bulan mereka terpisah.

Sekarang isterinya sudah menghilang semula entah ke mana. Menurut Kartika, isterinya melanjutkan pelajarannya ke luar Negara. Kenapa gadis itu tidak memberitahunya? Jika dia diberitahu, dia sendiri akan menghantar isterinya ke Negara yang telah dipilihnya itu. Sekarang apa yang dia boleh buat? Soalnya kepada dirinya sendiri.

“Isteri saya dah pergi entah ke mana papa! Saya nak cari dia!” katanya berterus-terang. Papanya buntangkan mata. Mungkin juga papanya turut terkejut.

“Dah pergi?” soal papanya. Papanya masih nak bertegas dengannya walaupun isterinya sudah pergi begini.

“Ya papa.” Jawabnya dengan sedih memberat di hatinya.

“Ke mana dia? Kalau sekitar Malaysia ni janganlah risau Aliff, dia tak lari ke mana-mana tu!” kata papanya. Dia kesal. Papanya tidak akan tahu mengenai kesedihannya kerana ditinggalkan isteri kesayangannya.

“Tak tahu papa, menurut sumber dari kawan baiknya dia ke

Australia.” Katanya.

“Kenapa awak tak tahu, awakkan suami dia? Sepatutnya sebagai suami, kita mesti tahu mengenai isteri kita dalam semua aspek yang dia buat! Bukannya asyik tinggalkan isteri di rumah mertua aje! Mana nak tahu hakikat sebenarnya kan!” kata papanya. Macam mana dia tahu?

“Dia tak beritahu saya papa.” Katanya. Silap dia juga kerana asyik meninggalkan isterinya keseorangan.

“Awak dah biarkan dia selama beberapa lama, tentulah dia bertekad nak larikan dirinya.” Kata papanya pula. Kesal dia. Memang dia sengaja membiarkan isterinya selama ini. Tidak pernah dia mempunyai perasaan kepada isterinya itu. Tetapi apabila pada suatu hari dia terlihat bekas kekasihnya dengan lelaki lain, barulah dia tahu gadis itu bukan miliknya. Baru dia mengenang isterinya yang sudah lama dia abaikan. Pastilah gadis itu mempunyai perancangan lain setelah agak lama dia menyepi. Dia tidak tahu macam mana timbulnya kasihnya kepad lelaki itu. Sukar dia hendak katakan.

“Entahlah papa.”

“Berapa hari awak nak cuti?” soal papanya. Dia angkat kepalanya dan lihat wajah papanya. Apakah papanya bergurau atau tidak?

Papanya kelihatan serius memandang wajahnya. Mereka berpandangan semula.

“Dua minggu papa!” jawabnya spontan. Papanya ketawa pula.

“Itu macam nak honeymoon pula Hakim!” kata papanya. Apapun tanggapan papanya dia tidak peduli. Apa yang penting dia mahu mencari isterinya. isteri yang dia rindui selama ini.

“Pergilah mula minggu depan. Minggu ni tak boleh. Delegasi dari Korea hendak bertemu dengan kita.” Kata papanya. Mahu bersorak gembira ke dia? Memang dia rasa gembira kalau ayahnya mahu bertoleransi dengannya.

“Terima kasih papa. Tapi kenapa minggu depan?” soalnya pula.

“Mana boleh minggu ni. Minggu ni kita ada hal mustahak nak buat! Pelawat dari Korea akan datang untuk memantau bagi pusingan kali kedua. Jadi, papa memang tak cukup kaki tangan! Jangan nak pandaipandai nak cuti, papa tak benarkan. ” kata papanya. Dia ingat lagi pelawat Korea yang agak cerewet.

“Baiklah papa.” Sebenarnya berat juga kepalanya mendengar katakata papanya. Macam tidak ada pekerja lain di pejabat papanya. Ramai juga pekerja papanya.

“Buat masa ni awak kena confirmkan isteri awak tu kat mana! Jangan main terjah aje! Nanti salah negara bukankah awak yang sasau nanti!” kata papanya. Dia ada cara untuk mencari isterinya. Dia sudah menjalankan misinya.

Dia salami tangan papanya dan dia berhajat hendak masuk ke pejabatnya semula. Macam orang sasau setelah tahu isterinya di mana. Dia juga berhajat hendak bertemu emak mertuanya. Dia hendak jumpa dengan ibu bapanya atau dengan dia seorang sahaja?

“Aliff Hakimi, isteri awak tu kena dipujuk. Kasihan dia. Papa ni bukannya nak masuk campur dalam urusan rumah tangga tapi apa ceritanya baru kahwin sudah nak cerai? Siapa yang kau ikut begitu? Angkara siapa tu? Kalau papa tahu, papa akan kerjakan orang atau memang awak sendiri yang gatal-gatal nak kahwin lain kan?”kata papanya. Dia angguk.

Dia memang datang ke sisi isterinya membawa misi untuk memujuk isterinya dan bukannya mahu menambah sakit hati isterinya itu atau mahu menghantar surat cerai. No way!

“Ya papa,” dia memang hendak memujuk isterinya. Mungkin isterinya itu merajuk. Sepatutnya sejak minggu lalu lagi dia memujuk isterinya. Ingat kali terakhir dia meninggalkan isterinya di rumah sewanya dengan persengketaan mereka yang belum berakhir. Kasihan isterinya itu.

“Saya nak pindahkan dia ke sini papa, tak perlu nak belajar jauhjauh. Malaysia belum kurang tempat nak sambung belajar!” papanya sudah ketawa. Dia memang tidak betah berpisah-pisah lama-lama dengan isterinya. Dia akan menjejaki isterinya di Australia tidak lama lagi.

“Tahu nak sayang isteri? Bukan awak nak nikah baru? Baiklah isteri tu dah pergi!” katanya. Sakit pula hatinya.

“Mana ada papa! Tu rumours aje papa!” katanya.

“Tapi kenapa keluar benda macam tu? Tak kasihan dengan isteri?” soal papanya.

“Kasian papa!”

“So, kena urus dulu semuanya!” kata papanya. Dia angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience