Chapter 8

Romance Completed 28069

Bab 8

“Nuha, jangan balik dulu.” Kata Beatrice yang sudah memegang tangannya ketika dia sudah terkocoh-kocoh hendak balik ke rumahnya seperti biasa. Terkejutnya bukan kepalang melihat kawan baiknya yang sudah memegang tangannya.

“Apa hal?” soalnya kepada Beatrice. Beatrice hanya menyengih. Suasana di bilik guru sudah pun lengang. Kalau ada guru pun hanya guru-guru lelaki yang aktif melatih para pelajar dalam aktiviti sukan. Dia pula tidak ada aktiviti pada hari ini. Setahunya Beatrice pun tidak ada aktiviti pada hari ini.

“Aku nak cakap dengan kau. Kau sangat jual mahal dengan aku sekarang,” kata Beatrice yang sudah menariknya ke bilik guru semula. Dia membuntuti langkah Beatrice yang meletakkan buku-buku latihan panjang di atas mejanya.

“Aku tunggu kau sejak tadi. Kau tak turun-turun dari kelas tu. Kau sangat komited sekarang!” katanya memuji kawan baiknya yang rajin itu. Beatrice menyengih lagi. Sebenarnya dia tahu Beatrice tidak begitu rajin sangat tetapi mungkin ada sesuatu yang dibuatnya di kelas. Dia sendiri tidak mampu meneka.

“Kenapa kau tak datang ke kelas aku? Aku telefon kau sejak tadi. Kau tak angkat! Kau yang sangat komited dengan kerja kau sampai telefon pun kau tak peduli kan!” kata Beatrice memulangkan paku buah keras kepadanya.

“Mana ada!” katanya. Dia memang baru sahaja turun dari kelasnya setengah jam yang lalu. Dia tenggelam dalam arus rumah tangganya yang tidak ada hujung pangkal itu.

Orang lain kalau sudah berkahwin pasti akan mengecapi nilai bahagia itu. Namun dia sangat berlainan daripada orang lain. Dia memendam perasaan. Bukannya dia hendak sangat dengan lelaki itu. Bukan pula dia desperate sangat hendak menikah tetapi dia hairan dengan sikap emaknya yang susah hati melihat ke hulu ke hilir seorang diri. Maka, emaknya mencarikan dia jodoh. Dia ingat kalau jodoh pilihan orang pasti akan berkekalan dan dirahmati Allah. Jadi dia setuju sahaja kemahuan emaknya. Tetapi lain pula yang berlaku. Itulah yang dia kesal. Mungkin emak tersilap pandang. Atau dia yang tersilap pertimbangan?

Ah, susah dia menjawab soalannya sendiri.

“Pandailah kau!” katanya.

“Jadi kau ke mana tadi?” soal Beatrice pula. Mata Beatrice yang macam mata helang itu sibuk mencari matanya. Beatrice tidak puas hati dengan penampilannya.

“Mata kau menangis!” macam orang tersandung dia mendengar kata-kata Beatrice yang memandang matanya agak lama.

“Mata aku pula menangis? Eh kau ni biar betul!” soalnya kepada Beatrice. Beatrice mengangguk.

“Aku tahu kau ada masalah dengan suami kau atau dengan keluarga kau!” kata Beatrice yang baru mengambil beg tangannya di dalam almarinya yang berkunci.

“Kau ni macam bomoh pula!” katanya. Beatrice ketawa.

“Aku bukan bomoh tapi aku dapat baca hati kau yang menangis!

Kalau orang lain kau boleh nak tipu! Tetapi kau jangan nak tipu aku!” kata Beatrice pula. Tersayat hatinya mendengar kata-kata Beatrice itu. Sukar dia hendak menjelaskan. Malah dia tidak mahu membuka pekung di dadanya. Ia sama seperti meludah ke langit, akhirnya dirinya sendiri yang akan malu nanti. Jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

“Buat apa aku nak tipu kau Beat,” katanya perlahan. Dia turunkan beg kerjanya ke meja. Beatrice pula hendak membawanya bercerita panjang. Dia mahu balik sahaja ke rumah sewanya. Sejak akhir-akhir ini dia memang agak diam. Diam memikirkan tingkah laku suaminya yang tidak macam suami itu. Beberapa bulan dia di rumah suaminya, dia dilayan macam hamba. Kalau hamba baik juga tetapi ah, malas dia mahu jelaskan kepada semua orang!

“Jadi kalau kau tak tipu kenapa mata kau menangis? Ya, aku tahu kau sembunyikan sesuatu tetapi kau tak dapat nak sembunyikan dari aku apa-apa Nuha!” kata Beatrice yang sungguh-sungguh hendak membuat tuduhan kepadanya. Sebak dia.

“Mana ada, mungkin mata aku ni memang tak sihat Beat,” katanya lagi. Beatrice menggeleng.

“Jangan nak bohongi aku. Kau ada masalah kan?” soalnya lagi. Aku buntangkan mata memandangnya. Begitu pandai dia membaca perasaanku? Soalku dalam hati.

“Masalah ada atau tak de, sama sahaja Beat,” katanya perlahan. Sememangnya dia tidak mahu mempopularkan dirinya dengan ceritacerita peribadi murahan. Mana tahu kalau dia bercerita dengan kawan baiknya di sekolah ini Beatrice akan menyampaikan pula kepada kawankawannya yang lain. Itulah sebabnya dia sukar hendak mempercayai sesiapa. Biarlah dia memendamkan sesuatu sendirian. Dia lebih rela menangani masalahnya sendirian. Dia tahu tidak ada sesiapa yang akan pedulikannya.

“Tak. Aku tahu kau jarang ada masalah Nuha. Kau selalu ceria. Sebenarnya aku mahu berkongsi masalah dengan kau.”kata Beatrice.

Dia malas mahu melayan kawan baiknya ini. Mereka dikatakan seperti belangkas di sekolah ini. Namun mereka tidak mempedulikan gelaran orang lain kepadanya. Dia sudah maklum akan hal itu.

“Beat, masalah jangan kita fikirkan. Lebih baik kita fikirkan apa yang akan kita buat pada masa akan datang.” Beatrice tersengih mendengar hujahnya. Memang selama ini dia tidak pernah berahsia kepada kawan baiknya mengenai dirinya namun kali ini dia tidak dapat berkompromi dengan kawan baiknya ini. Biarlah masalah dia dan suaminya dia simpan sendiri. Apatah lagi kalau Beatrice tahu yang suaminya akan menikah lain. Malunya dia. Malu besar nanti!

“Itu aku tahu! Tapi apa masalah kau sebenarnya? Suami kau marah-marah kau?” soal Beatrice. Dia geleng. Sukar dia hendak menjawab soalan kawan baiknya ini. Baginya, mereka hanya kawan baik di tempat kerja sahaja dan bukannya perlu mengetahui luar dan dalam masalahnya. Dia belum sudi hendak berkongsi kisah dia dan suaminya.

“Lupakanlah semua Beat, baik kita keluar ke restoran terdekat dan makan nasi beriyani gam kegemaran kau di sebelah!” katanya. Beatrice sudah ketawa. Mereka selalu ketawa. Nasi beriyani memang makanan Beatrice. Jadi untuk memindahkan persoalan yang sedang berkisar antara mereka berdua dia mahu membawa Beatrice ke restoran di sebelah sekolah mereka ini.

“Kau nak belanja?” soal Beatrice. Dia angguk. Sudah lama juga mereka tidak makan bersama-sama. Biasanya memang dia yang menjadi mangsa membelanja Beatrice.

“Aku tak sabar nak tunggu sugar daddy kau munculkan diri depan aku!” katanya mengenakan kawab baiknya. Dia sengih sahaja. Agak sukar hendak meramal hubungannya dengan suaminya. Betapapun dia sering mendoakan suaminya namun dia tidak tahu bilakah suaminya akan muncul dan mengembalikan hubungan mereka.

“His mana ada aku ada sugar daddy!Kau ingat aku gila?” katanya menafikan. Memang dia tidak ada sugar daddy. Dia bukan gadis yang sesuka hati hendak berkawan dengan mana-mana lelaki.

“Aku tahu aku hanya bergurau aje dengan kau. Kau jangan nak marahkan aku pula!”katanya mengembalikan senyuman di bibirnya sendiri. Buat apa dia mahu ambil hati dengan kawan baiknya. Dia tahu Beatrice hanya bergurau. Bukan selalu mereka dapat bercerita panjang begini. Mereka selalu sibuk dengan tugas harian masing-masing.

Beatrice orang kuat dalam subjek Bahasa Inggeris.

“Lama jugakau diam dan simpan rahsia kau seorang diri.” Kata Beatrice yang masih mahu mengalih perhatiannya. Dia juga masih berkeras tidak mahu memberitahu kisah hidupnya kepada kawan baiknya ini.

“Tak deapa yang perlu dirahsiakan. Memang tak ada apa-apa. Aku memang sibuk sejak akhir-akhir ini,” Jawabnya cuba menutupi hatinya. Beatrice tersenyum menyengih. Apakah gadis kawan baiknya itu percayakannya?

“Tak apalah kalau Nuha tak nak cerita. Saya tahu Nuha bersedih. Jadi, Nuha kena sabar lah hadapi keadaan yang berlaku sekarang. Nuha jangan lupa berdoa minta menjadi manusia yang kuat dan tabah!” kata Beatrice. Dia angguk dan sengih lagi.

“Kalau nak kuat ayuh kita makan nasi beriyani gam. Kat sebelah ni sedap.” Katanya menarik tangan Beatrice yang sudah bersedia dengan beg kerjanya.

“Ayuhlah! Buat kita di sini kan! Lapar pula kita nanti!” katanya. Dia mengangguk. Hari ini dia menikmati lagi nasi beriyani. Sebenarnya dia bukan suka sangat nasi beriyani tetapi demi mengambil hati kawan baiknya dia mengajaknya ke Restoran Asyik itu. Itu memang nama restoran itu.

***

“Sebenarnya aku susah hati lihat kau selalu termenung Nuha. Sejak akhir-akhir ini kau dah lain macam aje! Kawan-kawan kita yang lain pun cakap. Benarkah kau ada masalah ni?” soal Beatrice apabila mereka sudah duduk di keretanya. Dia diam. Cuba mencari ayat yang sesuai.

“Tak perlu kau nak fikirkan masalah aku Beat. Kita buat kerja kita sendiri,” nasihatnya kepada kawan baiknya ini.

“Aku risau tengok kau,” kata Beatrice lagi. Mahu sahaja dia menangis.

“Tak perlu risau kat akulah.” Katanya perlahan. Sebenarnya dia tidak mahu kawan baiknya itu menyibuk mengenai dirinya.

“Kau kena jaga kesihatan Nuha kau kan dah kahwin,” Nuha Qarina mengeluh kecil. Lelaki itu tidak pernah lagi pedulikannya. Bagaimana dia hendak menceritakan kepada orang lain.

“Ya aku jaga kesihatan aku. Aku kan kerja. Takkan aku nak sakitsakit pula. Janganlah kau risau. Yang penting kita enjoy, kita makan dulu. Nanti kenyang kau belanja aku beli buku pula,” katanya kepada Beatrice. Beatrice mengangguk. Mereka memang biasa keluar ke City Mall jika ada kelapangan. Untungnya dia sebab ada kawan yang memahami macam Beatrice ini. Dia sudah merangka tempat yang hendak dilawatinya petang ini.

“Kau freesungguh petang ni? Suami kau tak cari kau? Sepatutnya sebagai pengantin yang masih agak baru kau masih malu-malu lagi kat suami dan jaga tatasusila sama-sama di depan pasangan masingmasing kan?” soal Beatrice. Dia geleng. Kenapa pula lelaki itu hendak cari dia? Bukankah dia sudah ada teman baru yang lebih baik dan memahaminya? Biarkanlah mereka!

“Tak juga. Mungkin dia sibuk di pejabatnya. Aku tak nak ganggu dia Beat. Biarlah dia dengan sibuknya. Takkan aku nak menyibuk di pejabatnya!” katanya kepada Beatrice. Dia tidak tahu pun di mana suaminya sekarang. Sudah agak lama mereka seperti terputus hubungan dengan suaminya itu.

“Korang ni macam peliklah! Biasanya kalau baru kahwin, pasti ada sesekali suami datang ke tempat kerja kau dan jemput atau hantar kau,” dia diam. Memang begitu hal nya sebagai suami isteri yang normal. Tetapi mereka bukan suami isteri yang normal. Hubungan mereka agak luar biasa.

“Dia sibuk sangat Beat. Urusan luar negerinya tak pernah selesai.

Aku pun susah nak cakap Beat. Aku pun malas nak ikut campur,” semakin Beatrice pelik dengan sikap tidak peduli Nuha Qarina kepada suaminya.

“Kau tak tahu apa aktivitinya Nuha?” soal Beatrice semakin kehairanan dengan sikap pasangan suami isteri di depannya ini. Nuha Qarina geleng kepala. Memang dia tidak ada urusan dengan suaminya sekarang. Apa lagi yang hendak dia cakap? Memang dia beritahu perkara yang sejujurnya. Takkan dia hendak berbohong? Terpulanglah kepada kawan baiknya itu hendak mentafsir hubungan mereka bagaimana.

“Aku tak ambil tahu Beat. Aku hanya tahu dia balik dan kadangkadang dia tak balik dalam seminggu kalau dia sibuk di luar negara,” bertambah membulat mata Beatrice dengan kesibukan pasangan kawan baiknya itu.

“Kamu tak saling rapat Nuha?” soal Beatrice lagi. Dia geleng. Macam mana hubungan mereka akan menjadi rapat kalau lelaki itu ada di rumahnya, dia diminta menghilangkan diri. Suami isteri apa mereka ini? Dia sendiripun tidak menyangka begitu sekali kebencian suaminya kepadanya. Hairan sungguh dia namun dia tidak mahu memujuk lelaki itu akan memujuknya. Biarlah dia menjauhkan diri. Malah sewaktu mereka berbulan madu lelaki itu memberitahunya yang dia mahu menambah cawangannya. Wah, bukan main cantik mukanya!

“Kami tak rapat Beat. Kami masih dalam proses berkenalan,” katanya. Beatrice tersenyum. Kali ini dia seperti bahagia pula mendengarnya.

“Baguslah. Aku harap akan lahir nanti anak-anak saudara aku!

Takkan kamu tak nak anakkan?” kata Beatrice. Dia diam dan tersenyum kecil.

“Marilah kita order makanan,” katanya cuba memintas pemikiran Beatrice yang hanya saling mahu bertanyakan mengenai suaminya itu.

Entah di manakah lelaki itu sekarang ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience