Prolog

Romance Completed 28069

Prolog

Nuha Qarina bersyukur. Dia pulang dengan menanai impiannya yang sudah pun tercapai. Segulung ijazah sarjana pendidikan sudah berada di tangannya. Dia benar-benar bersyukur dan merindui sanak saudara di tanahairnya yang tercinta. Anak kecil yang merupakan buah hati barunya dipegang dengan erat. Takut dalam kesibukan itu, anak kecil itu terlepas ke tangan orang lain. Banyak perkara yang harus disyukurinya termasuk anak kecil itu.

Wajah-wajah yang selama ini dirinduinya sudah menunggu di luar ruang menunggu. Dia benar-benar gembira. Sengaja dilakukannya dalam tempoh empat tahun dia tidak mahu kembali ke tanahairnya yang tercinta. Semangat kecintaannya begitu mendalam selama berada di bumi Perak itu namun ditahannya sedalam-dalamnya. Apatah lagi dengan adanya dia di sisi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello…”

“Ya…ya…kami sedang tunggu barang-barang ni di ruang bagasi. Aliff? Mama nak cakap dengan dia? Oh, dia sedang mengangkat barang-barang kami yang banyak tu mama.”

Malu dia sebenarnya. Malu dengan apa yang pernah menimpa. Namun, demi keluarga yang merindu dan menanti dia akur dengan kehendak mereka. Kembali ke tanahair setelah dia menamatkan pengajiannya walaupun sebelum itu mereka sudah sepakat hendak bermastautin di luar negara.

Dia sanggup tinggal di luar negara untuk beberapa tahun lagi tetapi emak dan mama mertuanya tidak tahan berjauhan dengan cucu mereka yang seorang itu. Itulah yang menyukarkan dia membuat keputusan secara sendirian kini. Segala-galanya harus mementingkan kebaikan Alieya Maisarah.

Barangkali orang-orang terdekat yang menantinya sekian lama sudah tidak sabar dengan kedatangannya. Dia sudah terpandangkan lambaian tangan mereka. Malah, mereka juga tidak mengetahui betapa dirinya kembali kali ini dengan tiga orang. Dulu, kepergiannya hanya seorang diri. Itulah yang lebih istimewa dalam kepulangannya kali ini.

“Awak nak malu apanya? Awakkan isteri saya. Saya kan suami awak. Kita mempunyai ikatan yang sah sayang. Kenapa harus melarikan diri pula?” soal suaminya. Nuha Qarina menundukkan wajahnya.

Cerita dia dipangil ke kondominium suaminya pada suatu malam masih terbayang di ruang matanya. Dia berasa malu dan dimalukan sekaligus. Lelaki itu pula berasa bersalah yang amat sangat dengan perbuatannya lantas dia terbang ke Tokyo Jepun. Sepatutnya musim sejuk Tokyo itu dialami bersama isterinya namun lain hal pula yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience