Chapter 62

Romance Completed 28069

Bab 62

Ah, betulkah tindakannya ini? Pergi meneruskan perjalanan ilmunya tanpa pengetahuan suaminya? Emaknya pun sudah memujuknya agar dia memberitahu suaminya. Ah, kalau dia beritahu suaminya harapannya pergi ke negara kangaroo ini akan menjadi nipis senipis kertas tisu. Tetapi dua hari berada di sini dia terasa betapa hambarnya dunianya.

Dia hanya mengenang suaminya.

Benarkah dia rindu? Kenapa wajah kacak itu sahaja yang diingatingatnya? Malah dia boleh sahaja membayangkan wajah kacak itu. Dia sedang merenung jauh ke depan tanpa memandangnya. Dia sedang merenung dirinya dengan pandangannya yang tajam. Dia sedang menatap wajahnya dengan mata tersenyum. Malah, wajah kacak suaminya itu kadang-kadang masuk ke dalam mimpinya. Lelaki itu memeluk pinggangnya. Lelaki itu mengucup pipinya. Lelaki itu mengucup dahinya. Lelaki itu memegang tangannya dan mereka bergerak seiringan di pantai yang halus pasirnya. Tetapi apabila dia tersedar, di alam reality, suaminya tidak pernah berbuat demikian. Lalu dia menangis sepuas hatinya pada malam yang sunyi sepi ini.

Selama ini dia tidak mahu mengaku akan rindunya dan kasihnya kepada suaminya itu. Tetapi kenapa dia asyik-asyik terkenang akan kerenah suaminya yang suka menjeling-jelingnya. Pernah makanan tom yam seafood yang dia masak tidak habis di belanga. Lelaki itu buang semua tom yam itu. Alangkah sayangnya dia kepada tom yam itu. Dia pula sahaja berkira-kira hendak makan semula tom yam itu. Tetapi sayang, semuanya sudah habis dibuang lelaki itu. Mahu meraung dia tetapi ditahannya perasaannya. Dia tahu suaminya itu memang kejam kepadanya. Dia tahu suaminya tidak mahu menyentuh langsung makanan yang dia masak!

Hairannya kenapa dia tidak membenci suaminya itu sekarang? Hairannya kenapa dia asyik mengenang lelaki itu dalam hidupnya ini? hakikatnya kenapa masih mahu menyayangi suaminya itu dan sering mendoakan kesejahteraannya dalam setiap solatnya. Ya Allah betapa agungnya kuasa Allah sehingga memperteguhkan kasih sayangnya kepada suaminya! Sekarang dia terasa seperti ikan tanpa air pula. Dia baru terasa betapa seksanya kehilangan seseorang yang menyayanginya jika sudah lama tidak ada di sisinya. Perlukah dia kembali ke rumah lelaki itu dan memohon keampunannya?

Dia terkenang pula emaknya. Emaknya yang memberikan dia galakan selama ini. Galakan menyambung pelajaran hingga ke peringkat yang tertinggi. Emaknya tahu dia sudah kecewa dengan apa yang berlaku kepada mereka berdua. Perkahwinannya gagal di tengah jalan. Hmm, belum sampai tengah jalan pun. Belum pun sesuku jalan. Lelaki itu sudah berniat hendak menceraikannya. Sedihnya, kan!

“Beritahu suami dan minta izin dia Nuha.” Kata emaknya Puan Suria. Dia pula menunjukkan kedegilannya. Dia beritahu kepada suaminya yang dia batalkan hasratnya itu. Kenapa dia percaya bulatbulat? Kenapa pula isterinya itu hendak membohongi dia sedangkan dia adalah suaminya? Adakah isterinya masih memarahinya? Patutkah?

“Saya dah beritahu dia mak,” katanya. Buntang mata emaknya. Benarkah anaknya sudah memberitahu suaminya?

“Jadi dia benarkan?” soal emaknya. Dia mahu mengangguk.

Namun dia tidak sampai hati hendak mengangguk.

“Memang lah dia benarkan. Dia mana nak berani nak halang saya!

Selama ini saya tak pernah nak halang dia.” Katanya. Emaknya diam.

“Macam pula Nuha berdendam dengan suami? Betulkah?” soal emaknya yang berasa sangsi dengan tindakannya.

“Taklah mak. Buat apa saya nak dendam. Tak sdendam mak!” katanya menafikan kemarahannya kepada suaminya itu.

“Tapi dari kata-kata dan tindakan anak mak, anak mak ni dendam!” Dia geleng. Dia sebenarnya tidak mahu berdendam dengan suaminya.

Buat apa dia dendam?

“Mak tak mahu Nuha pergi sambung belajar kalau suami tak izin

Nuha.” Kata Puan Suria. Emaknya memang suka menghalang apa yang dia suka.

“Mak ni suka menghalang kemahuan saya.” Katanya seperti berasa terkejut dengan sikapnya. Emaknya sungguh menyayangi menantunya itu.

“Bukan menghalang nak tapi anak mak dah kahwin dan tanggungjawab sepenuh di bahu suami kau sayang. Mak dah tak de hak!”kata Puan Suria memberitahu buruk baik dia tidak meminta keizinan suaminya.

“Susah nak cakap mak. Nanti kalau ada menantu mak ke sini.

Saya kirim salam kat dia mak!” katanya kepada emaknya. Semakin sayu wajah emaknya itu. Kenapa pula emaknya harus bersedih?

“Kirim salam? Sepatutnya kau sebagai isteri menjalankan tanggungjawab di sisi dia, sekarang kau nak pergi dari dia nak? Betapa besarnya dosa anak mak kepada suaminya sendiri!” kata emaknya.

Terpempan dia. Sungguh besar tanggungjawab seorang isteri. Tetapi kenapa suaminya tidak menjalankan tugasnya sebagai seorang suami, suaminya tidak ditegur? Kenapa semua orang seperti menyokong suamiknya? Apakah ini adil?

“Nantilah saya fikirkan mak. Buat masa sekarang saya nak pergi dulu. Saya memang dah buat perjanjian dengan pihak universiti! Takkan saya nak batalkan pula.”katanya. memang dia rasa dia berdosa jika meninggalkan suaminya tanpa izin suaminya itu. Tetapi lelaki itu pun bukan terlalu baik juga. Dia juga bukannya melayani dia sebagai seorang isteri yang sepatutnya.

“Jangan nak fikir-fikirkan nak. Memang dah sah-sah berdosa kau tinggalkan suami di sini nak!” kata emaknya. Dia hairan kalau emaknya tidak menyokong pemergiannya. Emaknya asyik hendak memarahinya.

“Saya pergi dulu mak.” Dia menyalami tangan tua emaknya.

“Jangan nak buat hal nak. Kasihanilah suami kau tu!” kata emaknya perlahan. Mereka berpisah di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience