Chapter 26

Romance Completed 28069

Bab 26

Nuha Qarina hanya memesan minuman panas sahaja apabila duduk di restoran mewah itu. Bergetar tubuhnya tatkala duduk di sebuah restoran mewah ini. Selalunya dia hanya minum di kedai kopi mamak sahaja. Dia dan Kartika. Adakalanya dia keluar dengan Beatrice dan makan di restoran makanan segera seperti Mc Donald atau KFC sahaja. Dia tidak pernah membazir duitnya untuk masuk ke restoran mewah begini. Dengar khabarnya harga segelas minuman panas pun mencecah belasan ringgit. Sayang sungguh wangnya membayar harga segelas kopi. Kalau dia berikan wang itu untuk emaknya membeli beras di kampung pasti ada lagi maknanya kepada ahli keluarganya.

“Sayang, kenapa tak order makan? Takkan nak order kopi saja?” soal Aliff Hakimi yang kehairanan melihat dia yang hanya memesan minuman. Dia pandang wajah itu. Macam tidak pernah melakukan kesilapan. Sakit perasaannya.

Dia tidak reti hendak memesan apa sebenarnya. Tetapi dia tidak mahu memberitahu apa yang bersarang di hatinya itu. Dia hanya tersenyum dan menggeleng. Pandangan mereka bertaut semula. Dia cepat-cepat menundukkan pandangannya. Tidak pernah mereka begini. Lelaki ini pernah mengarahkan agar dia tidak keluar di sekitar rumahnya jika dia ada di rumahnya. Maksudnya? Lelaki ini tidak mahu melihat wajahnya yang selalu sahaja sayu ini dahulu. Sayu sekali dia mengingati larangan suaminya itu. Kalau dia tahu awal-awal lagi dia tidak mahu dinikahkan dengan lelaki ini.

Terasa hendak terbang jantungnya ketika ini. Kalau boleh dia mahu duduk di rumahnya sahaja. Menyesal pula dia menerima pelawaan keluar dengan lelaki ini. Bukan apa, para pekerja di Promanade Café ini pun tertoleh-toleh ke arahnya. Terasa dirinya lah ni konon yang hebat. He he!

Bukan hebat sebenarnya! Sebenarnya mereka tahu lelaki ini selalu bertandang ke café ini bersama kekasihnya yang mungkin berganti-ganti atau bersama kawan-kawan perniagaannya, siapa tahu? Dia baru pertama kali datang ke sini.

“Tak pe bang, saya dah kenyang. Pagi tadi kawan saya masak mee goreng. Saya dah makan tadi, itu yang saya tak de selera. Tak pe abang makan lah, saya jadi penonton aje tak pe!” Katanya berbasa-basi dengan suaminya. Dia kekok sebenarnya.Suaminya yang selama ini tidak mempedulikannya tiba-tiba menjadi lelaki seprihatin lelaki mithali, memanglah dia agak terkejut dan seperti terkejut katak.

Sebenarnya dia belum menyentuh pun mee goreng masakan Kartika pun pagi tadi. Perasaannya berdebar-debar sahaja. Terasa bingung seketika. Hendak berterus-terang dengan lelaki ini, dia terasa bagaikan berada di awang-awangan pula. Teringat Kartika yang begitu rajin membuat menyediakan sarapan setiap pagi. Kartika sengaja memasak semata-mata hendak menjimatkan belanja makannya.

“Oh dah kenyang ya.” Dia angguk. Membahang wajahnya apabila lelaki kacak ala-ala Aaron Aziz ini merenungnya lembut. Bagai nak rak jantungnya bergetar. Hendak terkeluar pun ada!

“Ya bang. Lagipun saya tak biasa makan berat waktu begini!” Jawabnya. Dia jelling jam tangannya. Sudah jam 10.30 pagi. Sebenarnya perutnya sudah berkeroncong minta makanan tetapi dia segan hendak mengorder apa-apa makanan di restoran mewah ini. Dia cepat-cepat tundukkan lagi kepalanya. Segan sungguh dia berduaduaan begini dengan lelaki ini. Sekalipun mereka sudah enam bulan menikah tetapi mereka tidak pernah keluar berdua-duaan begini.

Mungkinkah ini mimpi baginya?

“Kenapa tak ajak abang makan di rumah tadi? Pasti masih ada mee di rumah tadi kan?” soal suaminya ini. Apa yang hendak dia jawab pula ni? Takkan dia mahu jawab masih banyak makanan di atas meja di rumahnya dan nanti balik abang boleh makan dengan saya. Eh, tak nak dia nak pelawa suaminya makan di rumahnya ini.

“Err, maafkan saya bang. Macam pening-pening pula kepala saya tadi. Tak ingat langsung nak pelawa abang makan tadi. Maafkan saya bang, saya ni lalai terhadap suami sendiri.” Kata Nuha Qarina memberikan alasan lagi.

Ah, berapa banyak alasan hendak diberikan kepada suaminya ini. Segan sungguh dia. Suaminya sudah tersenyum. Ya Allah, tidak pernah lelaki ini tersenyum kepadanya selama pernikahan mereka ini. Kalau lah benar lelaki ini ikhlas memberikan senyuman manisnya ini kepadanya, akan dia simpan kenangan manis ini.

“Tak apalah sayang, abang maafkan. Maklumlah abang faham, tentu isteri abang terkejut sebab abang tiba-tiba muncul dalam hidup sayang!” Pup! Kepalanya bagaikan dihempap batu gunung!

Aliff Hakimi sudah pandai memaafkannya dan memahaminya? Dia pula yang terasa terkilan. Terkilan kerana tidak menyediakan makanan untuk suaminya sendiri. Tetapi dulu, dia begitu rajin menyediakan makan dan minum lelaki itu, lelaki itu tidak pernah menyentuh makanannya. Malah lelaki itu memintanya membuang sahaja apa sahaja masakannya. Katanya masakannya masakan orang kampung! Padahal dia pernah belajar memasak dengan Dato’ Chef Li sampai di Kuala Lumpur. Siapa yang tidak terkilan. Itu semua dipelajarinya demi cita-citanya yang mahu membuka perniagaan masakan pada masa akan datang. Tetapi hasratnya itu belum dapat ditunaikannya buat masa ini. Dia masih sibuk dengan pelbagai benda yang megusuti hatinya.

“Abang yang sepatutnya mohon maaf. Dulu abang tak sudi nak makan apa sahaja masakan sayang.” Kata suaminya itu. Dia diam. Terlalu sebak. Sebak dengan apa yang pernah berlaku antara mereka. Siapa yang tidak sedih apabila dengan seikhlasnya dia menyediakan makanan untuk suaminya namun suaminya tidak pernah menghargainya. Suaminya pula sudah mendekatkan kerusinya kepadanya tanpa disedarinya.

“Lupakanlah semua tu bang! Saya dah maafkan abang! Saya faham, abang tak selayaknya dengan orang miskin macam saya!” katanya perlahan. Aduh! Jantungnya bagaikan hendak terjatuh lah pula. Lelaki ini sudah memegang jari jemarinya. Mungkin untuk memujuknya. “Jangan nangis sayang. Maafkan abang, memang abang yang pernah lakukan kesilapan itu,” suaminya sudah mengelap air matanya yang mengalir tanpa dipintanya. Eh, manja sungguh dirinya ini. Baru cakap sikit begini pun sudah dirinya menangis dan lelaki ini pun sudah memeluk bahunya dan mengelap air matanya. Bertambah sedih pula dia. Dia pula sudah teresak-esak. Suaminya meramas-ramas kepalanya dan entah bagaimana dia sudah berada di dalam pelukan suaminya dengan menangis sendu!

“Wah, bukan main lagi pasangan kekasih ni ya! Sampai berpelukpelukan di depan umum begini! Ini memang kes melepas rindu lah ni kan!” Tersentak dia. Tubuhnya pula masih di dalam dakapan suaminya. Dia mengangkat wajahnya dan suaminya sudah melepaskan tangannya di bahunya. Mukanya sudah membahang. Dia terus berdiri di sisi lelaki ini dengan tangan tegap lelaki ini sudah melingkari pinggangnya. Lelaki ini juga yang suka benar memeluk-meluk tubuhnya walaupun di depan orang awam. Buat malu dia saja!

“Lisa!” seru suaminya. Mahu terkeluar mata suaminya dan juga mata gadis yang dipanggilnya Lisa itu. Dia masih terpaku bagaikan dipukau. Gadis berpakaian gaun pendek paras lutut tanpa lengan itu terus memaut lengan suaminya. Dia masih terpaku. Dan masih memerhatikan tingkah suami dan gadis berpakaian seksi itu.

“Wah…wah! Rupanya ada gading baru ya! Patutlah Lisa dilupakan! Ini gadis kampung yang awak gila-gilakan ni Aliff? Sampai sanggup meninggalkan saya!” lantang suara gadis itu. Dagunya pula disentuh oleh gadis bernama Harrynna Lisa itu. Aliff Hakimi tidak pula memberontak apabila lengannya masih dipegang gadis tersebut. Sakit pula hatinya melihat drama sebabak itu. Mahu sahaja dia pergi dari situ. Tadi bukan main tangan itu memeluknya sekarang sudah lena di pelukan gadis asing yang dia tidak kenali itu. Itu yang menyakitkan matanya.

“Hey Harrynna Lisa! Awak tak kaitan dengan siapa saya bersama! Awak boleh pergi dari sini! Jangan nak ganggu pasangan bahagia macam kami berdua ni!” kata Aliff Hakimi bertambah menyakiti hati gadis tersebut. Gadis itu ketawa kuat. Apakah kata-kata suaminya itu lucu sehinggakan gadis itu ketawa kuat?

“Ohoh! Pasangan bahagia ya? Bukankah dulu kamu berjanji nak bercerai? Lepas bercerai awak nak kahwin dengan saya? Bukan begitu Aliff? Apa yang dia sudah beri awak makan ni? Ubat guna-guna? Nasi kangkang? Kenapa sekarang dah jadi pasangan bahagia pula?” soal gadis itu pula dengan muka masam mencuka. Mukanya sudah membahang.

Seketika mereka berpandangan. Dia malas mahu bercakap apaapa untuk mempertahankan kedudukannya. Dia sedar akan kedudukannya yang agak goyah di sisi lelaki itu! Dan, gadis di depan mereka itu hanya tersilap pandang sahaja. Antara mereka tidak ada apaapa! Mereka hanya menjelaskan kedudukan masing-masing dan bukannya memadu kasih asmara!

Mahu sahaja dia buka mulut dan memberitahu kedudukan mereka yang sebenar. Tetapi dia tidak mahu membuka pekung di dada. Kecuali jika lelaki itu mahu menjelaskan semuanya tanpa rahsia mengenai rumah tangga mereka berdua! Dia rela jika itu membahagiakan suami kacak di sisinya ini!

“Tak! Kami tak pernah janji nak cerai cik Harrynna Lisa! Boleh tak awak pergi dari sini sebelum saya panggil pengawal di sini kerana mengganggu ketenteraman awam di sini?” soal Aliff Hakimi tegas. Dia terdiam.

Mereka bukan nak cerai? Jadi, kenapa sejak dulu lelaki ini sudah meminta kebenarannya hendak menikah lagi dan kemudian dia dilayan macam kucing kurap di rumahnya? Apa misi lelaki ini dalam hubungan mereka? Tidakkah lelaki ini sudah lupa yang dirinya ini mahu diceraikannya? Kenapa dia cakap mereka tidak akan bercerai? Siapakah pula gadis ini bagi Aliff Hakimi? Kenapa dia dihalau pula? Kenapa tidak minum bersama-sama mereka di sini?

Inikah gadis yang hendak dinikahinya dengan nekad tanpa mempedulikan rumah tangganya yang baru bermula dulu? Inikah orangnya? Kenapa dia tidak tahu? Ah, serasa kebahagiaan yang baru tumbuh mekar tadi kian layu seperti layunya bunga di dalam jambangan rumah tangga mereka!

“Oh sampai hati awak nak halau saya darling! Bukankah selama ini kita berkasih sayang, kenapa pula sekarang awak dah beralih arah darling? Bukankah awak janji nak nikahi saya? Kenapa mungkir pula?” soal gadis itu cuba berbuat baik dengan Aliff Hakimi. Ternyata hubungan mereka sudah terlebih akrab dan mengalahkan hubungan mereka yang masih ada malu-malunya! Kedengaran Aliff Hakimi mendengus kasar. “It’s not your bussines! Cepat pergi dari sini sebelum saya lempang awak Lisa!” kata Aliff Hakimi masih menunjukkan ketegasannya. Gadis itu ketawa. Dia pula masih macam patung cendana berdiri di sisi Aliff Hakimi dan menjadi pemerhati yang diam.

“Okay fine. Now you win! Saya takkan berhenti membalas dendam untuk sakit hati saya ni!” kata gadis itu seolah memberitahu dendamnya yang tidak pernah habis. Gadis itu berlalu apabila dua orang pengawal di hotel itu sudah datang mendekati mereka. Gadis itu pergi dengan terburu-buru.

“Good! Now you can go without doubt!” kata Aliff Hakimi yang sudah duduk semula. Dia juga turut duduk di situ. Namun perasaan tidak enaknya masih menghantui perasaannya. Dia masih diam.

“Jangan pedulikan gadis itu sayang. Dia sudah gila! Gila nak kahwin dengan abang! Dia ingat dia cantik! Rupanya dia perasan cantik!” Lelaki itu sudah memanggilnya sayang. Serasa mahu melayang tubuhnya. Selama ini dia tidak pernah menerima panggilan begitu. Dia tidak boleh memperlekehkan ugutan gadis itu. Seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaannya. Dahulu dia sudah merelakan suaminya ini kepada gadis lain. Tetapi kenapa pula kini, suaminya ini pergi mendekati dirinya semula?

Sepatutnya suaminya ini sudah berbahagia dengan gadis pilihannya jika benar dia sudah menikah lagi. Kebenaran menikah itu sudah diberikan dalam tiga atau empat bulan yang lalu. Dia masih kurang pasti. Tetapi dia masih ingat betapa lelaki itu ingin menjalinkan hubungannya semula dengan kekasihnya. Dia siapa untuk menghalang? Jadi, bersetuju dengan permintaan suaminya dan memohon perceraian bagi pihaknya itu adalah salah satu cara untuk win-win situation. Ahaks!

Kenapa pula kini dia duduk di sini seperti pasangan bahagia seperti yang didakwa suaminya sebentar tadi? Agak segan dia dengan pengakuan lelaki di sisinya ini. Haruskah dia berterus-terang lagi agar kekaburan semakin jelas?

Haruskah dia memberanikan diri membuka kekaburan yang belum terjelaskan? Dia tidak mahu dihina-hina sebagai gadis kampung begini. Dia tidak mahu suaminya ini pun terkena bahang gadis kampung oleh gadis tadi.

“Silakan minum sayang. Jangan ingat hal tadi tu! Maafkan abang mungkin sayang terkejut!” pelawa suaminya apabila air kopi sudah sampai di depannya.

“Tak pe bang! Saya ni memang biasa disergah!” katanya seperti memperli suaminya itu. Lelaki itu memandangnya.

“Maafkan abang sayang. Abang ni memang tak layak untuk jadi isteri sayang!” katanya pula. Dia pula yang terasa hati.

“Abang, maafkan saya. Saya tak berniat nak sakiti hati abang! Memang biasalah hal tu! Abang kan banyak peminat! Orang kenamaan macam abang pasti ramai yang kenalan! Jadi saya tak heran dengan apa yang berlaku!” katanya memujuk suaminya. Walhal gadis tadi itu adalah gadis yang sudah dijanjikan pernikahan dengannya. Kenapa suaminya ini memungkiri janjinya? Dia pun hairan tetapi dia mahu mendiamkan dulu hal ini.

Dia jadi tawar hati. Tawar hati hendak minum dan tawar hati hendak duduk bercerita dengan lelaki dengan lebih lama. Bolehkah dia keluar dari café ini sekarang juga? Bolehkah? Tidakkah suaminya akan terasa hati nanti? Apatah lagi mereka masih dalam proses pemulihan.

Kasihan pula Aliff Hakimi.

“Abang, siapa gadis tu tadi?” soalnya setelah menarik nafasnya panjang-panjang. Dia mahu meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya ini. Dia tidak mahu seperti gadis yang berlakon-lakon pula. Berlakon mereka adalah pasangan yang bahagia kononnya.

“Err, itu Harrynna Lisa Kawan saya dulu. Ah, jangan pernah tanyakan tentang dia! Dia gadis yang tidak tahu malu!” Kata suaminya agak marah. Mungkin masih marah kepada keberanian gadis itu menegur mereka tadi. Dia tidak puas hati. Dia bukan tidak puas hati kerana suaminya tidak berterus-terang tetapi dia tahu suaminya menyembunyikan sesuatu daripadanya.

“Abang, dulu abang pernah minta kebenaran nak nikah daripada saya. Kenapa abang tak nikah dengan gadis yang menjadi kekasih abang tu? Atau abang memang dah nikah dengan dia bukan gadis tadi? Nak juga saya tahu siapa madu saya bang!” dia benar-benar ingin tahu mengenai kedudukannya sebagai isteri pertama lelaki ini. Lelaki itu sudah memeluknya tubuhnya. Para pekerja di Promanade Café itu sekali lagi membuntangkan mata mereka melihat aksi suaminya ini. Mereka seperti buat drama pula! Malunya! Aduhai!

“Sayang, abang tak jadi nikah. Abang dah silap. Abang dah silap perhitungan. Abang hampir membuang jauhari dan mengambil kaca!

Nasib baik abang cepat sedar!” kata suaminya. Dia tidak faham. Siapa jauhari dan siapa kaca? Apa maksud suaminya ini?

“Apa maksud abang? Gadis tadi tu siapa bang?” soalnya semula. Dia tidak puas hati. Dia mahu tahu siapa gadis tadi sehingga berani membelai-belai lengan suaminya ini. Dia memang tidak mahu berkongsi suami. Jika benar gadis tadi bakal isteri baru suaminya ini, kenapa suaminya mahu menyembunyikannya? Itu yang dia tidak puas hati. Wajah kelat suaminya itu dipandang. Ah, dia benar-benar perlukan penjelasan sekarang.

“Sayang cemburu ya?” mukanya kelat dituduh cemburu. Baginya hanya perempuan gila sahaja yang tidak kenal cemburu. Namun dia hanya mahu kan kepastian mengenai status gadis tu tadi. Kenapa pula dia sendiri terdiri terkena biasannya. Itu lah yang menyakitkan hatinya.

“Tak cemburu! Kan saya sudah bagi abang kebenaran nikah dengan kekasih abang dengan syarat ceraikan saya bang!” katanyay dengan nada tegas. Sakit hatinya dituduh cemburu. Dalam hatinya meman membara kerana cemburu. Huhu!

“Dia tu Rozana, kawan abang!” kata Aliff Hakimi. Ah, kenapa susah sangat suaminya mahu mengakui yang gadis itu kekasihnya? Dia tidak akan marah jika suaminya mahu berterus-terang. Sedih sangat dia.

“Kawan? Kawan kalau berpegang-pegang lengan begitu tanpa segan silu? Bukankah dia adalah kekasih abang? Kenapa abang nak sembunyikan dari saya pula bang?” soalnya dalam suara perlahan. Air kopi di depannya semakin sejuk. Dia tidak mempedulikan minuman itu. Apa yang dia mahu dia tahu siapakah gadis itu tadi. Kenapa pula sesuka hatinya dia menuduh dirinya ini.

“Sayang, mari kita pergi dari sini.” Dia kaku di depan lelaki itu sekali lagi. Hendak ke mana dia dibawa lelaki ini?

“Tak nak!” katanya membeku di kerusinya.

“Sayang Nuha, Harrynna Lisa memang bekas kekasih abang. Abang memang hampir hendak menikahinya tetapi abang ingat dia masih macam dulu. Rupanya dia sudah ada kekasih lain dan bakal menimang anak dengan lelaki lain, bukan anak abang. Tetapi dia mahu abang yang menjadi ayah kepada anaknya walaupun bukan abang yang sepatutnya bersama dia sebelum ini.” Kata Aliff Hakimi berterus-terang.

Dia lega. Puas hati dengan terus-terang suaminya itu. Dia pula menjadi sebak. Suaminya hampir sahaja menjadi mangsa perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab seperti gadis moden seperti

Harrynna Lisa itu.

“Kalau abang dah terlanjur dengan dia kenapa abang tak nikah aje? Baik aje abang nikah daripada abang tanggung dosa! Dosa besar tu bang!” soalnya masih mahukan penjelasan. Wajah lelaki itu kelat. Benarkah mereka terlanjur sudah selama ini? Ah, dia sudah memberi kebebasan kepada lelaki ini selama ini. Kenapa pula dia kembali kepadanya kali ini? Itu yang dia sungguh hairan dengan apa yang berlaku kepada suaminya ini.

“Ya Allah, abang berani bersumpah, abang tidak pernah terlanjur dengannya Nuha sayang. Abang hanya mengingati dia bekas kekasih abang hari itu, itu sebabnya abang nak nikah dengannya. Rupanya niatnya lain. Itu yang menyebabkan dia berasa sungguh berdosa kepada isteri abang sendiri.” Kata suaminya berterus-terang. Dia semakin lega.

Bulan yang agak gelap semakin terang.

“Baiklah bang saya terima. Maafkanlah saya. Saya hanya mahu abang berterus-terang sahaja. Abang mampu, jika abang nak bernikah lain saya takkan menghalang. Tapi ceraikanlah saya. Mungkin masih ada masa depan saya dengan orang lain,” katanya memohon agar suaminya memahami apa yang dia mahukan. Suaminya sudah memegang erat tangannya. Bertambah dia segan.

“Jangan gini bang, tak elok dipandang orang!” bisiknya kepada suaminya. Suaminya sudah tersengih.

“Sayang, kita kan suami isteri. Kita bukannya sepasang kekasih. Kita kan pasangan yang sudah halal di sisi syarak.” Kata suaminya. Dia diam. Mungkin ada kebenaran di dalam kata-kata suaminya. Dia semakin segan.

“Saya bimbang pula bang. Kekasih abang tu memang akan datang semula nanti. Saya takut antara kita akan menjadi mangsanya,” katanya menunjukkan kebimbangannya. Suaminya mengelus-elus tangannya memberikan dia kekuatan.

“Jangan risau. Dia takkan apa-apakan isteri abang. Abang akan aturkan sesuatu nanti,” kata suaminya. Dia angguk. Namun masih terbayang-bayang akan jelingan gadis itu tadi. Jelingan bukan jelingan sayang tetapi jelingan benci berbaur dendam. Siapakah yang tidak bimbang?

“Makan sayang. Sayang ni dah semakin kurus sejak akhir-akhir ini. Abang sudah beritahu sayang apa yang sepatutnya. Selepas ini sayang jangan bimbang. Abang akan pastikan sayang ada keutamaan abang,” kata Aliff Hakimi dengan bersungguh-sungguh. Dia diam. Masih kaku di tempat duduknya.

“Mari kita balik bang,” katanya selepas mereka minum. Dia teringat beberapa tugasnya yang masih belum selesai. Susah pula hatinya. Dapat satu jawapan dia semakin berasa pasti suaminya masih menyimpan perasaan kasih untuknya. Siapakah yang tidak terharu?

“Ayuh, abang nak bawa sayang ke klinik kan,” dia angguk. Moga ada kuntuman kasih mewangi antara mereka berdua.

Namun dia tidak sakit sebenarnya. Dia tidak mahu ke klinik. Dia mahu menyiapkan beberapa dokumen yang sepatutnya dihantarnya pada petang ini. Bagaimana dia hendak melepaskan dirinya daripada lelaki ini? Aduhai, kesal pula hatinya jika kelak berjauhan dengan lelaki bermata kuyu ala-ala Yusri KRU ini. Entah kenapa hatinya semakin sayang dan melimpah ruah rindunya. Inikah cinta namanya?

“Boleh tak hantar saya balik bang? Ada kerja sikit nak buat?” katanya perlahan. Mungkin suaminya berasa pelik. Keningnya suaminya bertemu perlahan.

“Balik? Sayang tak kerja kenapa? Apa kerja lain yang sayang ada sekarang?” soal suaminya. Wajahnya kelat. Hendak berterus-terang, sekarang bukan masa yang sesuai. Dia pasti. Dia sudah menimbangkan perkara baik dan buruknya. Dia sudah menyangka suaminya akan bertanya soalan begitu.

Apa pula jawapan yang sudah disediakannya? Ah, dia tidak ada jawapan sebenarnya. Namun dia belum sedia hendak berterus-terang dengan suaminya ini. Dia takut pada saat dia sudah mencintainya, lelaki ini berpaling tadah pula. Dia benar-benar hilang kepercayaan kepada lelaki ini. Kalau madu habis, bukankah sepah akan dibuang? Begitukah suaminya ini?

“Saya cuti hari ini bang, orang lain pun pandai penat. Jadi saya perlu cuti. Abang pula kenapa tak kerja hari ni? Buat apa nak susahsusah cari saya? Tak berbaloikan bang?” soalnya pula. Lelaki ala Yusri KRU itu tersengih dan memucat pula dengan soalannya dan tangannya diusapnya ke rambut kerasnya. Ah, kacaknya dia dalam gaya tersebut. Berdegup jantungnya seketika. Namun dia tundukkan pandangannya demi mengawal perasaan bergolak dalam jiwa mudanya ini.

“Abang cuti urus isteri abang hari ni, abang rindukan Nuha, serindu-rindunya. Nuha tak rindukan abang?” jawabnya mengundang getaran maha hebat di dadanya ini. Dia pula hanya tersengih sebagai melindungi rasa terkejutnya. Sebenarnya mukanya sudah membahang apabila suaminya sudah mula memasang mata untuk merenungnya dalam jarak dekat ini. Ah, betapa dekatnya mereka ketika ini. Betapa masa ini sudah berubah berbanding enam bulan yang lalu.

“Rindu tak ada maknanya antara kita bang. Kita seperti di ambang perceraian sekarang. Ingat abang nak kahwin lain dan saya mohon cerai?” soalnya melantunkan sakit hatinya selama ini. Dia mahu lelaki ini juga terasa apa yang sedang bergolak dalam jiwanya.

“Masih ada maknanya sayang. Semakin kita jauh maka rindu itu semakin berkembang dan menjadi bunga-bunga yang kian mekar di taman hati kita, bukan begitu sayang?” ah, bermadah-madah pula lelaki ini. Semakin dia kecewa. Dia rasa ini sebuah pembohongan bagi dirinya sebagai isterinya yang menanti kasih sayangnya selama ini.

“Saya rasa abang lupakanlah semua rindu abang kalau ada untuk saya. Simpan saja ia untuk isteri baru abang nanti,” katanya seolah memberi harapan agar suaminya menikah lain. Suaminya semakin menyengih. Dia pula puas hati.

“Sayang, benarkah di hati sayang memang mahu abang menikah lagi? Tidakkah ada sakit hati? Tidakkah ada rasa nak bersuami dengan abang sampai akhir nafas kita?” soal suaminya memohon kepastian. Dia mahu angguk tetapi dia tahan hatinya. Hatinya bagaikan disiat-siat halus. Sakitnya mengalahkan belati menyiat kulitnya.

“Kalau abang bahagia, saya lebih bahagia. Kalau abang tak bahagia dengan saya, saya tak kuasa nak memaksa bang,” akuinya dengan jujur. Dia memang mahu lelaki sekacak Yusri KRU ini bahagia. Buat apa mereka duduk sebumbung, tidur sebantal dan minum segelas yang sama jika hati mereka bagaikan duduk di dalam penjara dan mereka sendiri terseksa? Jadi, dia tegaskan dirinya untuk melihat suaminya ini bahagia dan mencari bahagianya sendiri.

“Tidakkah sayang mahu memujuk abang agar bahagia itu untuk kita berdua sayang?” soal Aliff Hakimi menambah madah-madahnya. Dia pula nanar. Nanar dengan kepandaian lelaki ini berbahasa. Malah, lelaki ini ternyata memujuknya. Haruskah dia mengangguk? Seketika hanya hati mereka berkata-kata dan pandangan mata mereka saling berbicara. Sekalipun dia segan namun sesekali dipandangnya juga mata kuyu suaminya itu.

“Abang hampir dilupakan oleh kekasih abang, kasihan pula saya lihat kekasih abang tadi, dia seperti merajuk dan abang pula seperti tersepit dek keadaan antara kekasih dan isteri!” katanya mengusik suaminya. Dia sudah membuka tajuk baru. Sama ada suaminya perasan atau tidak, dia pun tidak pasti.

Suaminya sudah mengucup tangannya. Dia pula terkesima. Apakah tanda kucupan tangannya kali ini. Satu persatu jemarinya diusap dan dikucup penuh kasih sayang, apakah benar lelaki ini sudah insaf? Dia sendiri tidak pasti. Apa yang dia pasti lelaki ini sudah menukar kasihnya kepadanya, jika dia tidak silap melihat dan mengagak.

“Abang tidak pernah lupakan apa yang dia nak buat tadi sayang. Abang tak tersepit, abang memang sudah nekad meninggalkan dia kerana abang yakin abang sudah bertemu jauhari dan bukannya kaca!” Balas suaminya. Terharu dia. Benarkah ucapan pengakuan itu?

Benarkah dia jauhari? Benarkah gadis kekasihnya itu kaca? Dia tidak tahu. Sukar dia hendak menduga. Allah sahaja yang maha membantunya dalam setiap aduannya pada setiap sepertiga malamnya. Dia mohon ditunjukkan. Jika benar suaminya benar-benar memang menjadi suaminya hingga akhir hayatnya dia mohon dikembalikan suaminya dengan kasih sayangnya.

Jika suaminya bukan untuknya, dia mohon Allah kembalikan suaminya kepada kekasihnya. Bukan kepadanya. Ah, benarkah Allah sudah mendengar rayuannya setiap sepertiga malam ini atau tidak? Dia tidak tahu. Apa yang dia tahu dia mahu bahagia. Sekarang suaminya sudah datang kepadanya, merayu kepadanya, kenapa dia masih jual mahal?

“Siapa jauhari abang?” soalnya pura-pura tidak faham. Suaminya memandangnya dengan renungan penuh kudus. Sungguh dia segan.

“Sayanglah jauhari abang,” jawab Aliff Hakimi. Serasa dunia ini dia yang punya bersama suaminya sahaja. Dia tidak mahu ada orang lain ketika ini bagi memayungi kebahagiaan mereka. Baginya kebahagiaannya hanyalah kerana mereka dipertemukan berdua.

Dia mengangguk. Mereka beriringan berpegangan tangan menuju ke perkarangan kereta. Walaupun jantungnya bagaikan hendak melompat namun dia tetap selamba memandang suaminya di sisinya.

“Balik rumah kita?” soal suaminya di sisi di dalam keretanya itu. Dia geleng. Dia bukan hendak memilih kejahatan tetapi dia sungguhsungguh ada kerja yang perlu disiapkan. Kali ini dia terpaksa menolak pelawaan suaminya.

“Tak boleh bang,” jawabnya. Dia tidak mahu mengulang semula kesakitan hati yang ditanggungnya di rumah mewah suaminya itu.

“Kenapa pula?” soal suaminya dengan mata penuh mengharap. Apa pula kenapa? Bukankah itu tempat neraka baginya? Kenapa sudah terang lagi bersuluh? Sudah tahu asyik nak tanya semula? Entah apa yang diharapkan dari dirinya ini dia pun kurang pasti. Apa yang pasti dia masih berbelah bahagi dengan pengakuan suaminya.

“Kan sudah cakap tadi, saya ada kerja sikit.” Katanya. Dia berat hati hendak memberitahu suaminya.

“Abang tak boleh tahu.” Dia menggeleng. Suaminya memandang ke depan dengan muka masam. Apa yang boleh dia buat kalau dia tidak boleh memberitahu suaminya mengenai kerjanya sehinggakan dia cuti?

“Hari lain kita jumpa bang. Cukuplah dulu untuk hari ini,” katanya agak berat juga hendak berpisah. Selama ini wajah suaminya bagaikan bulan yang menaungi hidupnya.

“Oklah, nanti malam kita jumpa lagi. Kalau sayang ada apa-apa nak bantuan abang, tolong maklumkan abang,” kata suaminya. Ah, dia tidak suka menyusahkan suaminya selagi dia memang boleh berdikari. Biarlah dia menghabiskan tugasnya sebelum dia berangkat ke destinasi ilmunya. Lelaki ini harus ditinggalkan buat sementara waktu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience