Chapter 16

Romance Completed 28069

Bab 16

“Nasib baik kau hubungi saya Aiman, hampir saya tak sedar tadi! Masih mamai,” katanya sebaik sahaja dia sudah duduk di kerusi kereta Aiman. Proton yang Aiman gunakan dirasakan agak kecil.

“Maafkan saya tuan, ganggu tuan pada waktu pagi begini! Tapi begini sajalah caranya tuan nak jejaki isteri tuan tu,” kata Aiman. Dia angguk. Dia memang tidak marahkan orang suruhannya ini. Dia juga yang mendesak-desak Aiman selama ini. Memang agak lama juga Aiman menyiasat, baru dia dapat bertemu dengan isterinya itu.

“Tak pe. Jauh tak lagi ni?” soalnya tidak tahu di manakah lokasi rumah isterinya selama ini. Puas dia mencarinya. Mamanya pun sudah memarahinya. Tetapi dia mencari isterinya bukan sebab ibu bapanya. Dia mencari isterinya kerana suara hatinya sendiri. Bohonglah dia kalau dia tidak merindui gadis itu.

“Tak lah jauh sangat tuan. Dalam 12 kilometer dari rumah tuan. Tapi rumahnya itu agak dekat dengan sekolahnya. Mungkin dalam lima kilometer aje.” Kata orang suruhannya itu memberitahu perkara yang sebenar.

“Oh tak jauh sangat.” Katanya. Selama ini juga dia berasa dirinya tidak jauh sangat dengan isterinya. rupanya benar telahannya. Dia begitu dekat dengan isterinya. dia sahaja yang selalu menjauhi isterinya itu. Dia selalu terbang ke mana-mana destinasi tanpa mempedulikan isterinya itu.

“Tak lah jauh sangat tuan.” Kereta menderum dengan laju. Aiman membawa kereta dengan agak laju pada pagi itu. Kebetulan pula belum banyak kereta di jalan raya pada waktu pagi begini. Jadi Aiman boleh membawa keretanya dengan agak laju.

“Jangan laju sangat Aiman, aku tak ada zuriat lagi ni!” katanya kepada Aiman. Aiman ketawa dan mempelahankan larian keretanya. Dia sendiri geli hati dengan bahasanya sendiri.

“Saya pun belum kahwin lagi tuan,” kata Aiman. Dia ketawa. Mereka sama-sama ketawa.

“Awak tak pe awak memang belum kahwin! Saya ni dah kahwin tapi abaikan isteri pula! Memang silap besarlah!” katanya kesal. Aiman sengih mendengar luahan hatinya.

“Sabarlah tuan. Isteri tuan tu perempuan baik orangnya. Dia jarang ke mana-mana.” Kata Aiman. Begitu banyak yang Aiman tahu mengenai isterinya. Hairan dia. Semalam Aiman beritahu dia yang isterinya balik malam. Hari ini dia cakap isterinya jarang ke mana-mana. Mana satu yang betul ni?

“Selama ini saya tak tahu isteri saya perempuan yang baik. Mungkin hati saya dibutakan. Kalau saya tak buta, saya takkan sesiakan gadis sebaik isteri saya Aiman.” Katanya. Dia sebak tiba-tiba.

“Sabar tuan. Mungkin ini fasa ujian untuk tuan dan isteri tuan. Tuan kena sabar. Setiap kita akan menghadapi ujiannya yang tersendiri. Kita ni hambaNya!” Kata Aiman bertazkirah ringkas untuknya. Dia angguk. Dia memang sudah agak lama bersabar. Mungkin benar, ini fasa ujian untuk dia dan isterinya.

“Kita ikut laluan jalan lintas?” soalnya. Aiman angguk. Aiman sudah membelok mengikut jalan lintas dan dia potong dari Jalan Kepayan. “Boleh juga tuan, lagi senang nak cari rumah isteri tuan tu. Kalau ikut laluan Jalan Tuaran boleh juga tetapi sampai satu simpang tuan kena patah balik.” Kata Aiman. Dia angguk. “Kalau laluan jalan lintas?” soalnya pula.

“Kalau laluan jalan lintas kita jalan lurus dan tak perlu nak patah balik lagi!” kata Aiman. Dia angguk dan sudah faham dengan penerangan Aiman.

“Kalau nak ikut jalan dari pesisir laut, boleh juga tuan. Tapi agak jauh lah! Silap hari bulan kita tak dapat nak jumpa isteri bos lah!” kata Aiman. Dia bimbang kalau isterinya terlalu awal ke tempat kerjanya.

“Jadi, kita ikut jalan lintas lah ni?” soalnya kepada Aiman. Aiman angguk dan memperlahankan jalannya.

“Cuma agak jauh juga sebab ada banyak lampu isyarat.” Kata Aiman. Dia angguk lagi.

“Memang lampu isyarat saja yang banyak!” katanya. Namun dia perlu cepat. Dia hendak menatap seraut wajah ayu dan sayu isterinya.

“Kita dah dekat bos,” kata Aiman setelah hampir dua puluh minit mendiamkan dirinya. Hampir terlena dia.

Aiman memberhentikan keretanya di bawah sebatang pokok.

Entah pokok apa itu,dia sendiri tidak pasti.

“Itu rumahnya tuan, agak tengah sedikit. Kalau tuan ada rezeki, tuan akan dapat melihat isteri tuan memandu keretanya menuju ke tempatnya mengajar.” Kata Aiman perlahan. Dia sudah memberhentikan enjin keretanya.

“Oh ya, harap-haraplah!” katanya. Aiman sudah menurunkan kerusinya ke belakang. Dia mahu memerhatikan sekeliling. Kawasan rumah isterinya ini agak sunyi.

“Apa nama taman ini Aiman?” soalnya melilau-lilaukan matanya melihat sekeliling.

“Kalau tak silap saya Taman Saujana tuan. Tu nampak tak tu nama lorong rumah ni. Lorong Saujana 8.” Kata Aiman. Dia melihat-lihat kawasan sekeliling. Agak sunyi juga kawasan perumahan isterinya.

“Ya ini Lorong Saujana 8.” Katanya. Rumah isterinya masih agak gelap. Hanya ada lampu dari dalam kawasan bilik itu. Sudah bangunkah isterinya itu? Nuha Qarina, ini suamimu yang amat rindukanmu. Bisiknya menyeru nama isterinya.

Ini taman perumahan sederhana sahaja. Tidak macam kawasan rumahnya. Kawasan rumahnya ialah kondominium mewah. Hanya golongan tertentu sahaja yang mampu memiliki rumah sepertinya. Namun sekarang dia insaf, wang dan harta benda tidak akan bermakna jika kasih sayang diabaikannya. Kasihan pula isterinya. Mengenang isterinya dia mahu sahaja mengalirkan air matanya. Dalam dia mengenang isterinya akhirnya dia terlelap.

“Tuan… tuan… bangun tuan!” kata Aiman membangunkannya.

“Eh, ada bumi meletup?” soalnya mengigau.

“His tuan ni ke situ pula. Bangun tuan. Isteri tuan sudah hidupkan enjin keretanya tu, dia sudah sedia hendak bergerak!” kata Aiman. Dia terus menegakkan kerusinya. Dia memandang dari jauh isterinya yang sudah menghidupkan enjin keretanya. Dia tidak menggunakan kereta yang dia berikan. Kereta itu sudah dia kembalikan di tempat letak keretanya. Dia perasan akan hal itu.

“Benar itu Nuha Qarina dengan baju ungunya dipadankan dengan tudung shawl hitam. Agak cantik dia mengenakan tudung begitu. Dulu ketika dia melihat isterinya mengenakan tudung, bertambah tinggi anggapannya yang isterinya orang kampung. Dia tidak biasa bergaul dengan orang yang mengenakan tudung. Sekarang mengenangkan isterinya yang bertudung, dia terasa bahagia pula. Terlepas satu dosa besarnya.

Bukan macam bekas kekasihnya, agak liat jika disuruh mengenakan tudung kepala. Tetapi Nuha Qarina yang dinikahinya memang sudah mengenakan tudung. Tidak perlu dia arahkan itu dan ini.

kenapa dia tidak melihat banyak kelebihan dalam diri isterinya itu?

“Tuan nak turun? Jumpa dengan isteri tuan tu?” soal Aiman cemas. Dia angguk. Dari sebatang pokok yang akan melindungi mereka, dia duduk di situ untuk memerhatikan isterinya. Selama ini dia tidak tahu isterinya di mana dan bekerja di mana.

“Jangan tuan!” tahan Aiman. Aiman memegang tangannya. Dia memang tidak tahan hendak bertemu isterinya. Kalau boleh saat ini juga dia hendak bertemu dengan isterinya.

“Tuan, kita lihat sahaja dan intip dia sampai ke sekolahnya. Jangan kejutkan dia tuan. Nanti dia lari lagi!” kata Aiman. Dia kaku di tempat duduknya. Sebenarnya pagi ini dia mahu mendapatkan isterinya. Dia memang tidak dapat menahan bahang rindunya.

“Itu memang isteri saya Aiman.”katanya mengesahkan akan isterinya. Betapa rindunya dia kepada isterinya.

“Saya tahu tapi tuan kena sabar. Jangan terburu-buru lah tuan. Kasihan isteri tuan. Tentu dia akan terkejut kalau tuan sergah dia nanti!” Kata Aiman lagi. Dia agak marah. Tetapi kalau difikirkan semula ada benarnya kata-kata Aiman. Dia terpaksa menahan isterinya.

“Baiklah. Saya faham.” Katanya yang tidak jadi membuka pintu kereta Aiman.

“Sabar tuan. Takkan lari gunung dikejar.” Kata Aiman.

“Ya saya faham. Saya memang rindukan isteri saya.” Katanya perlahan. Aiman ketawa kecil.

“Saya faham tuan.” Kata Aiman. Akhirnya mereka memerhatikan isterinya sehingga dia sampai ke sekolahnya. Dia puas hati ketika melihat isterinya sudah sampai di tempatnya mengajar. Kasihan pula dia kepada isterinya itu. Dia terpaksa berdikari untuk sampai ke sekolahnya. Memang agak jauh juga sekolahnya daripada rumah sewanya itu.

Namun dia tidak dapat menghalang isterinya itu.

“Mari kita patah balik. Saya dah tahu di mana tempat tinggal isteri saya. Kita sarapan dulu sebelum kita balik.” Katanya. Aiman mengangguk.

“Tak kerja hari ini tuan? “ soal Aiman kepadanya. Dia geleng. Dia sudah mengambil cuti selama dua hari untuk mencari isterinya pada hari ini. Ah, sudikah isterinya bertemu dengannya setelah sekian banyak kesilapan yang dia lakukan?

“Tak saya tak kerja.” Katanya. Buntang mata Aiman.

“Kenapa pula tuan tak kerja?” soal Aiman.

“Kan saya dah jumpa mana isteri saya. Tu yang saya nak cuti!” katanya kepada Aiman.

“Baiklah tuan kita boleh balik sekarang.” Kata Aiman. Akhirnya

mereka berpatah semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience